Resepi Biskut Mazola Cair Di Mulut Dan Pastinya Sedap

Resepi biskut mazola ni memang kegemaran mak. Tiap kali nak raya, mesti mak buat. Cuma 4 tahun kebelakangan ni, mak jarang buat sebabnya barang dah mahal. Tahun lepas pun, mak beli aje kuih raya. Malas nak buat katanya. Buat dengan beli, lebih kurang aje harga. 

Sama juga untuk tahun ni, plan macam nak beli aje. Barang betul-betul mahal, terasa betul nak beli. Memang tak raguilah, beli dengan buat lebih kurang harga. Jadi lagi baik beli ajelah. Nanti buat banyak takut tak habis, dah kira membazir pula kan?

Cuma rasa berbesar hati nak kongsikan resepi biskut mazola kegemaran mak ni. Lagi legend bila mak-mak kita yang buat kan? Barulah rasa air tangan mak yang buat, eh tiba! Biskut mazola ni orang kampung kata biskut kacang. Biskut kacang ni buatnya taklah mudah dan taklah susah mana.

Resepi Biskut Mazola Cair Di Mulut

Resepi Biskut Mazola
Biskut Mazola cair di mulut

$ads={1}

Perkongsian resepi biskut Mazola ini adalah daripada Puan Rohaya Binti Hassan yang mengatakan resepi ini sangat mudah nak buat dan cair di mulut. Tak sempat raya biskut dah habis, katanya lagi.

Apa yang pasti hasilnya nanti akan memuaskan hati kerana teksturnya sangat lembut, cair di mulut dan yang paling penting semua cukup serta rasa kacang tersebut yang lazat tak terkata.

Bahan-bahan resepi biskut Mazola:

  • 3 cawan kacang tanah  
  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1 1/2 cawan gula ising 
  • 1 sudu kecik garam halus 
  • Minyak mazola secukupnya

Bahan hiasan Biskut Mazola: 

  • Kacang tanah
  • 1 biji telur kuning
  • Pewarna kuning jika mahu

Cara penyediaan Biskut Mazola:

Resepi Biskut Mazola
Bahan yang digunakan

$ads={2}

1. Anda sediakan kisaran kacang tanah terlebih dahulu dengan goreng tanpa minyak di buang kulit lalu blend sehingga halus. Bila dah blend halus, bolehlah sukat sebanyak 3 cawan dan masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan juga 3 cawan tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 1 1/2 cawan gula ising, 1 sudu kecik garam halus ke dalam bekas yang sama. Kemudian, bolehlah mula menguli doh sambil memasukkan minyak mazola sedikit demi sedikit.

3. Bila doh dah boleh dibentuk, bolehlah anda gentel bulat atau canai dan terapkan dengan acuan kesukaan anda. Sambil itu, panaskan juga oven terlebih dahulu pada suhu 160'C.

4. Susun atas dulang pembakar dan sapukan dengan kuning telur serta letakkan separuh kacang tanah di atasnya. Kalau boleh, tekan sedikit supaya tidak mudah tercabut.

5. Lalu, bakar pada suhu 160'C selama 20 minit menggunakan api atas bawah pada oven masing masing. Bila dah masak, boleh sejukkan seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara. 

6. Biskut Mazola siap untuk dihidang di pagi raya.

Resepi Biskut Mazola
Nampak sedapkan?

Kesimpulan 

Macamana senang tak nak buat resepi biskut mazola ni? Jika anda mempunyai idea sendiri untuk olahkan dengan cara tersendiri, anda boleh cuba try and error, manalah tahu nati silap hari bulan, resepi rahsia anda boleh buat bisnes sehingga menjadikan anda seorang jutawan dalam industri pembuatan biskut, siapa tahu kan? Tuah ayam nampak di kaki. 

Diharap perkongsian daripada pengguna Facebook yang telah mencuba resepi biskut mazola yang mudah dan sedap ini dapat memudahkan tugas anda di dapur. 

Semoga bermanfaat.

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Biskut Mazola memang kegemaran dari dulu, kini dan selamanya.

    BalasPadam
  2. kebetulan, memang plan nak wat biskut ni weekend ni. leh cuba resepi ni.. terima kasih sbb berkongsi.. :-)

    BalasPadam
  3. waahh mazola! feveret ibu & ayah saya juga ni!


    salam kenal,
    blog anamizu :)

    BalasPadam
  4. antara biskut kegemaran ... biskut raya pesen lama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama