Mari Berbuka Puasa Di Thistle Johor Bahru

Minggu lepas, aku dan juga Luth berkesempatan berbuka puasa di Thistle Johor Bahru. Awalnya memang takut nak pergi dengan Luth, sebabnya takut Luth ni terlebih lasak bila tak ada penjaga yang lain. Kami pergi berdua aje masa tu, dalam hati tawakkal ajelah. 

Thistle Johor Bahru

$ads={1}

Lagi pun nak expose Luth dengan suasana riuh, kesian pula dia asyik nak terperap dalam rumah. Untuk tahun ni, Thistle Johor buat buffet ramadhan di Ground Ballroom mereka. First time aku masuk ke sana, selama ni pergi tak pernah masuk situ.

Thistle Johor Bahru menyajikan buffet ramadan yang bertemakan "Citarasa Warisan Kampung" dengan menghidangkan lebih daripada 200 hidangan. Hidangan ini terdiri daripada pelbagai jenis aneka pilihan lauk-pauk sehinggalah menu pembuka selera dan juga termasuk dengan pencuci mulut.

Mari Berbuka Puasa Di Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru
Thistle Johor Bahru
Menu lauk pauk


Sampai aku sendiri tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Memang kat sini, lauk pauknya banyak dan mata aku tertumpu pada Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Sedap eak berbuka sambil sedut siput, arghhhh baru terasa makan lauk pauk melayu.

Aku suka betul dengan menu itik salai. Walaupun aku tak makan itik, tapi aku tetap nak cuba telur itik. Bila rasa tu, macam nak makan lagi. Ohhh baru tahu, sedap rupanya telur itik ni. Selama ni harap makan telur masin aje.

Thistle Johor Bahru
Menu pencuci mulut

$ads={2}

Antara hidangan yang ada di sini ialah Asam Pedas Ikan Pari, Kambing Golek, Nasi Ayam, Itik Masak Lemak Cili Api, Ayam Masak Merah, Siakap Masak Stim, aneka Sup termasuk Sup Gearbox, Goreng-gorengan dan macam-macam lagi.

Selain itu, di sini juga menyediakan live stall yang menyajikan menu bakar-bakar, Sate Ayam & Daging, Ayam Percik, Kibas Panggang 30 Hari, Mee Goreng Stall dan banyak lagi. 

Bila datang Thistle Johor Bahru ni memang aku cari dulu bahagian bakar-bakar. Terutama Kibas Panggang 30 Hari tu, eh sedap betul bila dicicah dengan black pepper sauce. Jadi teringat ingat pulak eak. Siap ada Fresh Durian Kampung lagi tau, fuhhh! 

Thistle Johor Bahru
Thistle Johor Bahru
Live stall

Akhir Kata 

Pasti ramai yang nak tahu tentang harga kan? Jangan risau tentang harga, sebab bagi aku harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan. Untuk buffet ramadhan di kawasan tengah-tengah bnadar Johor Bahru ini, harga yang ditawarkan benar-benar berpatutan melihat kepada senarai menu yang tersedia.


CITARASA WARISAN KAMPUNG  THISTLE HOTEL JOHOR BAHRU

8 April & 15 April 2023 | 6.30pm – 10.00pm
RM198 nett (Dewasa)
RM119 nett (Kanak-kanak berumur 6-12)

Ramadan Stay & Dine with the Stars 8 April & 15 April 2023
RM599 nett
Penginapan Satu Malam Deluxe Room
Termasuk Sahur dan Berbuka Puasa untuk 2 orang

Tempahan atas talian boleh dilakukan melalui:
www.thistle.com.my/johorbahru reservations-malaysia@thistle.com.my
 07-267 8999 012-789 2092 (WhatsApp)

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Sesekali bawa keluarga berbuka puasa di luar memang best kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama