Blog Performance March 2023

Kalau ikutkan memang aku taknak tulis artikel yang tak ada seo ni, cuma disebabkan kebuntuan idea menulis, jadi terpaksalah juga untuk menulis artikel tentang blog performance. Kalau perasan, dulu memang rajinlah menulis entri pasal pageviews.

Semenjak aku ikut kelas SEO ni, rasa macam useless kalau menulis dengan keadaan syok sendiri. Maksudnya disini, menulis tanpa isi, macam tin kosong gitu. Tapi takkanlah hari-hari nak tulis artikel yang berkualiti, mestilah nak juga tulis yang mengarut kan?

Kalau anda perasan juga, aku buang semua benda yang tak penting disidebar. Nak diikutkan hati, semuanya kat sidebar tu aku nak buang. Memang betul, kalau orang tengok blog kita dari handphone, memang sidebar tu paling bawah sekali, jadi untuk apa letak?

Bila tak letak benda penting kat sidebar macam about me, contact, dah susah pula client nak mencari email. Itu yang paksa juga letak contact dan pageviews. Hehehehe. Apa yang paling penting, setiap kali prestasi blog menurun, kita kena perbaiki apa yang menyebabkan prestasi itu turun.

Dan jika prestasi blog menaik, apa yang boleh kita buat untuk kekalkan prestasi tu. Jadi, aku anggap ni lah cabaran aku sebagai blogger. 

Ombak Bergigi Blog Performance March 2023

Blog Performance March 2023


Alhamdullilah, untuk 3 bulan ni total PV dah cecah 100k, tak menurunlah setakat ni. PV per day pun masih lagi statik. Cuma kena rajin update, dan kalau betul betul fokus pv sehari boleh cecah 5k macam tu. 

Misi untuk cecah 3 juta tu pun macam jauh je lagi. Mungkin lagi 6 bulan, boleh dapat 3 juta tu. Tapi aku harap memang tahun ni kena juga dapat 3 juta PV tu, kalau tak memang menangis tepi bucu katillah jawabnya. 

Untuk search console pula, susah betul nak dapat 1 Million impressions (web). Setiap bulan memang aku target untuk dapat impression yang tinggi, tapi itulah masih dapat 800K sahaja. Hmmm kena usaha lagi.

Tapi korang pandai tak nak baca report di search console?

Cara baca report blog perfomance di Google Search Console

Aku faham baca report pun bila siinurul tulis artikel cara macam mana nak baca performace di search console. Kalau tak, memang tak retilah aku nak membacanya. Tapi kan, mehlah aku kongsikan pula.

1. Clicks (web)

"How many people clicked a link to your site in the general search results tab in Google Search."

Maksudnya di sini, dalam sebulan tu, berapa ramai user yang klik link blog korang. Macam aku, bulan ni user klik sebanyak 26.8K. Bila ada user taip keyword di google, dan blog kita muncul di halaman google, dan juga user tu klik link ke blog kita. Itu yang dimaksudkan clicks (web).

2. Impressions (web)

Point no 2 inilah yang aku target nak cecah 1M tiap bulan tapi still tak dapat lagi. 

"How many people saw a link to your site in Google Search results. These results are only from the general search results tab."

Impression ni maksudnya berapa banyak orang yang 'nampak' link ke website/blog korang. Bila impressions korang tinggi, itu yang menunjukkan artikel blog korang 'organic search' iaitu mudah dicari di carian google. Tapi tak semestinya impression tinggi tu ramai yang klik blog korang. 

Contoh, klik aku dapat 26.8k tapi impression 807K, kan jauh beza tu. Jadi, kena seimbangkan click dan juga impression tu. Aku punya tu jauh betul, cecah 100k click pun tak. 

3. Pages with first impressions (estimated)

Antara 2 point di atas, yang ni paling penting. Sebabnya, ia banyak berkaitan dengan crawling issues iaitu artikel dapat diindeks ataupun tidak dapat indeks. 

"Pages that were seen by a user in Search Results for the first time last month. (This may be omitted for very large sites."

Maksudnya, bilangan halaman/artikel yang ditunjukkan buat pertama kali di carian google. Contoh kalau bulan March, korang publish sebanyak 40 artikel tapi dalam blog performance GSc tu tunjuk 31 pages with first impression dalam carian google. 

Itu bermaksud, ada masalah dalam crawling issues iaitu ada artikel blog yang tidak dapat diindeks.

Faham tak? Kalau tak faham, sila baca semula dari mula. Bukan apa, kita nak bila baca report di GSC tu kita faham dan kita perbaiki mana yang perlu. 

Kesimpulan

Pastikan bila dah pandai baca report, cuba perbaiki mana yang kurang dan maintain pada momentum yang statik. Bukan apa, kita nak blog kita ni dipandang oleh google dan bertambahlah duit adsense kan. 

Aku harap bulan depan naiklah PV sampai 150K. Heheheh

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tahniah shu! Memang penting sgat baca report.. bila tak faham kita tak tahu apa nak improve kan? Bila dah tau rasa mcm byak pula nak kena improve lepas nie kan haha.. Apapun All the best! Nampak sgat peningkatan pada blog shu..Semoga dimurahkan rezeki selalu..

    BalasPadam
  2. Terbaik puan...semoga terus kekal berkarya....saya pun masih tingkatkan ilmu blogging ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama