Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Dan Cepat Masak

Aku bukanlah penggemar sotong sebabnya tak suka tekstur sotong tu. Kadang kalau terlebih masak, liatnya tu kemain lagi. Sotong ni tak sama macam udang. Udang kalau overcooked dia jadi lembik. Sebab tu, kalau nak masak seafood kena pandai jaga masa.

Selain sambal sotong, ko juga boleh mencuba resepi sotong masak hitam. Sekarang ni, kalau kat kedai lauk tengahari, susah ye nak jumpa menu ni. Jaranglah orang nak masak menu macam ni. 

Tapi bila dah sekali kena, mahu bertambah nasi kan?

Sotong ni kalau digaul dengan kerabu maggi, confirm sedap tau! Terliur je ni sambil menulis. Sotong ni dah lah mahal, bukannya murah kan. 

Ada juga yang tak suka dengan dakwat sotong kan? Ko boleh bersihkannya, dan masak seperti biasa. Sama juga tetap sedap. Jomlah kita mula memasak.

Resepi Sotong Masak Hitam

$ads={1}

Resepi Sotong Masak Hitam Pedas

Di bawah ni nanti aku kongsikan bahan dan cara memasak. Ko ikuti langkah dengan teratur supaya masakan ko nak masak ni menjadi ya. Jangan main campak campak aje, kang tak menjadi ko marah aku pulak.

Bahan-bahan memasak:
  • 500gm sotong
  • Dakwat sotong (jika tidak suka, boleh gantikan dengan sedikit kicap pekat) 
  • 5 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan perahan asam jawa 
  • 1 batang serai – diketuk 
  • 1cm halia – dihiris 
  • 1cm lengkuas – dihiris 
  • 2 helai daun limau purut 
  • 1 sudu teh serbuk belacan 
  • 10 biji cili padi hijau 
  • 3-4 ulas bawang putih – ditumbuk 
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat 
  • Garam 
  • Serbuk perasa 
  • Serbuk kunyit
Cara memasak:

1. Masak air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan hirisan sotong dan masak seketika anggaran 2-3 minit, kemudian toskan.

2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.


Resepi Sotong Masak Hitam

$ads={2}

3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. 

4. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan diikuti dengan perahan air asam jawa.

5. Seterusnya masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. Dakwat sotong boleh digantikan dengan kicap pekat bagi tujuan memberikan warna yang lebih gelap.

6. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.

7. Angkat dan Sotong Masak Hitam Pedas siap untuk dihidang.

Kesimpulan

Susah tak nak masak lauk sotong ni? Bahan-bahan pun mudah dijumpa dan ada je dalam dapur ko. Cuma kalau ko tak minat dengan dakwat sotong, ko boleh gantikan dengan kicap pekat supaya kuah tu nanti jadi warna gelap. Pilihan ada di tangan ko, pandailah ko mengolahnya.

Selamat mencuba semua!


4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Sedapnyaaa...akak suka...tapi tu la..akak sorang je la makan...

    BalasPadam
  2. sedapnya, ya betul sotong dan udang tak boleh terlebih masak jadi liat tak sedap. Dah lama akak tak masak sotong

    BalasPadam
  3. kalau ammi...sotonglah paling ammi suka sbb takyah pikir dah nak buang tulang, sisik bagai

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama