Apa Beza Tantrum Dan Meltdown Anak?

Apa Beza Tantrum Dan Meltdown Anak? | Dua tiga hari ni, memang Luth kerja dia nak menangis aje. Kadang tu, hal remeh temeh pun dia nak menangis sampai tak ada suara. Itu yang  sampai aku sendiri jadi hilang kesabaran tu. 

Itu yang mula nak naik tangan ni ha. Kita pujuk, makin bertambah nangis. Cakap baik-baik pun, lagilah bertambah nangis tu. Kesian tau bila Luth menangis sampai tak ada suara. 

Betul mak cakap, satu hari nanti bila dah ada anak, ko kena belajar untuk menjadi seorang ibu yang sabar. Kalau tak sabar, itu yang banyak kes pukul kanak-kanak.

Apatah lagi, untuk kanak-kanak yang masih belum pandai bercakap, ha macam mana dia nak sampaikan apa yang dia nak? Itu sebab dia menangis, betul tak? Kalau dia pandai bagi tahu, nak itu nak ini, tak ada lah kita ni jadi singa. 

Jadi, ibu kena faham beza tantrum dan meltdown ni. Bukan apa, orang cakap meltdown ni sama je macam tantrum. Anak menangis tak tentu pasal, mengamuk, dituduhnya tantrum. Padahal meltdown! So, kena faham dulu beza dua ni ya.

Beza Tantrum Dan Meltdown


Apa Beza Tantrum Dan Meltdown

Tantrum ni, sebab dia nak atau tak nak sesuatu dan dia cuba bagitahu kita. Dia nak in control. Tak nak buat kerja, tak nak pergi sekolah, mengamuk sebab tak bagi main gajet, itu semua tantrum namanya. Mudah faham, dia mengada-ngada & lepaskan emosi.

Meltdown pula berbeza. Antara penyebab, over-stimulation. Bunyi sekeliling terlalu bising (audio), terlalu banyak pergerakan depan mata (visual), sakit dengan air shower rasa tajam (sentuhan). Ini bukan salah budak tu. Memang dah sampai breaking point dan had dia.

Kedua-duanya berkait dengan emosi

Tantrum - dia melepaskan marah, sedih, geram atau apa saja, sebab dia nak in control berbanding kita. 

Meltdown - dia ‘break’ sebab dah tak tahan dengan sesuatu. Macam kita lah, stress gila dengan kerja sampai satu tahap macam nak nangis. 

So, dah faham kan? Ini beza tantrum dan meltdown. Jangan sapu rata semuanya tantrum.

Macam mana nak handle 

Nak handle tantrum bukan kerja mudah. Kalau yang agresif, ko kena kuat fizikal dan mental nak lawan stress tu. Kalau yang jenis kuat menangis, ko kena banyak sabar. Aku sangat respect pada mak ayah yang ada anak Autism. Korang lah permata syurga yang sebenar.

Macam mana pula dengan meltdown? 

Haaa.. Dia ada dua jenis. Pertama, externalised (stimming). Dia keluar sebagai amukan macam tantrum. Dia menjerit, mencakar, menangis dan lain-lain. Kedua, internalised (rumblings). Dia asingkan diri, diam tak nak cakap. Nampak macam merajuk lah sebenarnya, tapi bukan pun.

Beza Tantrum Dan Meltdown


Macam mana nak kendalikan meltdown? 

1. Ibu bapa kena mengenal pasti apa ‘sensory sensitivity’ yang menyebabkan anak boleh tercetusnya ‘meltdown’. Cuba elakkan atau sediakan anak dengan situasi berikut dengan kerap bercerita apa yang akan terjadi.
2. Sentiasa bawa barang/permainan/makanan kesukaan anak-anak.
3. Sentiasa bercerita tentang perubahan jadual yang akan berubah sedikit, terutamanya ketika raya ini.
4. Bila anak-anak dah menunjukkan ‘sensory overload’ iaitu dengan ‘Rumbling’ or ‘Stimming’, bawa anak ke tempat lain. Dan biarkan mereka bertenang.
5. Cuba ajar anak untuk nyatakan apa yang menyebabkan ketidak selesaan pada diri anak-anak tersebut.
6. Menerima dan fahamkan perasaan anak-anak, dan sokong apa yang dia rasa. Ibu bapa boleh ubah strategi untuk menguruskan anak-anak yang ‘Meltdown’.

Kalau itu anak ko, ko bagi dia masa untuk cool down. Sebab bukan salah dia. Dah terlalu stress dan sampai breaking point. Kalau dia boleh faham, tanya dia okay tak (lepas dah cool down). Bagi dia ruang. Biar dia kendalikan emosi dia.

Kalau tu bukan anak ko, ko nampak kat mall? Contohnya nampak Adam Autism Family. 

1. Jangan judge. Family dia lagi tahu dia macam mana.

2. Tanya family dia, ada perlukan pertolongan tak? Kalau tak ada, takpe. Buat macam biasa. Tak payah tunjuk-tunjuk, ambil gambar dan lain-lain.

Akhir kata

Dulu pun aku tak tahu, tapi sekarang aku kena ambil tahu. Nak menjadi seorang ibu bukan senang ya, kena kuat dan bersabar. Biasalah anak-anak sedang membesar, kita pun dulu macam tu juga. Masa inilah kita kena belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Semoga bermanfaat! 





2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. A very nice sharing. VM pon ada anak and kenkadang VM tak boleh tahan laa mesti termarah jugak huhuuhu

    BalasPadam
  2. Betul, jadi mak2 ni sabar dia tinggi betul. Tarik nafas hembus. Good sharing OM

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama