Memaparkan catatan dengan label PARENTING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARENTING. Papar semua catatan

19 Julai 2024

Pengalaman Hantar Anak Ke Tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Pengalaman Hantar Anak Ke Tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Syu memilih untuk hantar Luth ke Tadika Pasti. Sebelum ni, Syu plan untuk hantar Luth ke Tadika Cina tapi hati berat sangat takut dia tak boleh nak bawa. Lama juga Syu fikir, tadika yang mana sesuai dengan Luth. Suami pula dia tak kisah tadika yang mana, sebabnya masih lagi mampu untuk bayar bulanan.


Entah macam mana, Syu terfikir, "seandainya aku mati, apa yang anak aku bantu untuk aku?". Nak melentur biarlah dari rebungnya, jadi dari kecik lagi kena didik betul-betul lagi lagi bab agama. Syu sendiri pun tak pasti agama aku ni kukuh atau tak, cumanya masih fasa membetulkan tiang agama. 


Tadika Pasti


Jadi, Syu pilih Tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Dulu pun, Syu dengan adik memang sekolah Pasti cuma entah macam mana tadika ni menyepi seketika. Then, 6-7 tahun lepas barulah perasan ada sekolah Pasti. 


Pengalaman Sendiri

Luth pun dah nak masuk 5 bulan di Tadika Pasti. Awalnya, nak masuk sekolah pun menangis dan tak nak masuk kelas. Penat dan fed up juga, asyik nak tantrum je. Lepas tu, 1 bulan ni Alhamdullillah Luth dah makin okay, siap boleh bye-bye lagi.

Bila dirumah, Syu kerap juga ajar kemahiran motor halus bagi kuatkan tangan dan jari Luth. Syu akui Luth agak pemalu nak membaca surah atau doa pendek. Kadang tu sampai tak berbutir suara. Ada satu hari tu, Syu paksa di baca doa makan. 

Sekali dia baca surah Al-Fatihah dan doa makan tu termasuk dengan terjemahan. Ha terperanjat kami yang ada dalam kereta. Selama ni, punyalah pemalu tapi sekali bunyi, terdiam terus kami. Qunut Nazilah pun semakin lancar dah.

Untuk Solat pula, Syu perasan bila dia nak rukuk tu dia dah boleh baca bacaan rukuk tu dengan jelas. Cuma part bacaan Sujud masih pelat sedikit. Syu faham sebabnya Luth masih 4 tahun, tiada tekanan lagi untuk dia.



Tadika Pasti


Syu perasan juga Luth makin cekap susun ayat bila bertutur. Luth juga jenis yang mudah dan cepat menghafal, kadang tu lagu Inggeris tak sampai berapa jam dia dah boleh menyanyi. 

Sebab tu, Syu nak Luth kenal agama dan cintakan ayat-ayat Al-Quran dari sejak kecil. Lagilah dia mudah tangkap dan menghafal, mungkin memudahkan untuk dia menghafaz Al-Quran. Itu apa yang Syu percaya dan nak untuk anak-anak Syu.

Kenapa Pilih Tadika Pasti

Jadi ini sebab, kenapa Syu memilih Tadika PASTI untuk anak Syu:


1. Pendidikan Berteraskan Islam:

Tadika PASTI menekankan pendidikan yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Anak-anak diajar doa-doa harian, surah-surah pendek, serta asas-asas solat. Ini membantu membentuk peribadi dan akhlak anak-anak sejak kecil.


2. Pendekatan Holistik:

Tadika PASTI bukan sahaja fokus kepada akademik tetapi juga perkembangan rohani, emosi, dan sosial anak-anak. Mereka diajar adab sopan, hormat-menghormati, dan kasih sayang sesama rakan. Aktiviti-aktiviti ini membantu anak-anak menjadi lebih berdikari dan yakin.


Tadika Pasti

3. Guru yang Berdedikasi:

Guru-guru di Tadika PASTI sangat mesra, penyayang, dan berpengalaman dalam mengendalikan anak-anak kecil. Mereka memahami keperluan dan emosi anak-anak, memastikan setiap anak mendapat perhatian dan kasih sayang yang diperlukan.


4. Persekitaran Selamat dan Bersih:

Tadika PASTI sangat menitikberatkan kebersihan dan keselamatan. Anak-anak diajar tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Langkah-langkah keselamatan yang ketat diambil untuk memastikan anak-anak berada dalam persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Syu hantar anak ke Tadika PASTI adalah keputusan yang tepat bagi kami. Ia bukan sahaja menyediakan asas pendidikan yang kukuh tetapi juga membentuk peribadi anak kami dengan nilai-nilai Islam yang murni. 

Syu nak ucapkan berterima kasih kepada semua guru dan staf Tadika PASTI yang berdedikasi dalam mendidik anak-anak kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Pengalaman ini pasti akan menjadi kenangan indah yang kami hargai sepanjang hayat.

InsyaAllah, Luth 7 tahun nanti nak sambung ke SRITI. Doa-doakan ya semua!




6 Disember 2023

Sebab Kenapa Aku Hantar Anak Ke Taska Awal Dari Usia?

Sebab Kenapa Aku Hantar Anak Ke Taska Awal Dari Usia?

Mesti ada yang korang follow hidup aku di instagram, mesti akan nampak yang aku ni hantar anak aku ke taska awal januari tahun ni. Aku buat keputusan ni pun sebabnya kesian Luth tak dapat kasih sayang kitorang. 


Luth baru je 16 bulan, takkanlah nak hantar taska awal dari usia 5 tahun. Biasanya orang akan ingat hantar taska ni kena 5 tahun ke atas. Padahal dari umur 3 bulan dah boleh hantar taska dah pun. Melainkan kalau kau ada bibik sendiri, ha tak apelah tak hantar ke taska. 

tips hantar anak ke taska

Ini Sebab Kenapa Aku Hantar Anak Ke Taska Awal Dari Usia

Lagipun, bila aku hantar anak ke taska ni bukan satu lesen untuk aku dan suami lepas tangan dari tanggungjawab. Awal awal keputusan nak hantar taska ni pun, aku cuak dan risau juga. Macam mana Luth kat taska tu nanti. Dia okay ke tak? Macam macam aku fikirkan tapi itulah disebabkan aku dan suami bekerja, aku tak ada pilihan untuk hantar ke taska.

Baca sini: Prasekolah

Satu lagi, sampai bila nak susahkan dan penatkan mak aku kat kampung. Memang betul, aku tak pernah culas untuk memberikan sedikit wang bagi menjaga Luth. Aku tak berkira, sebab tahu penat mak jaga anak aku dari Luth kecik lagi. End up, aku buat keputusan aku nak bawak Luth duduk dengan aku sekali dan hantar ke taska.

#1 Kurangkan Pendedahan Applikasi

Ini reason aku yang paling kuat kenapa aku hantar anak ke taska awal. Luth ni dah faham kalau sehari tak tengok Upin Ipin, dia macam memberontak sedikit. Silap aku juga ajar bagi tengok handphone. Sebelum ni, dia ralit tengok cocomelon, tapi aku dah cegah awal awal. 

So bila dia ada di taska, aku jaminlah seharian dia akan focus dengan pembelajaran di taska. Malam pun aku dah tak bagi tengok handphone, sebab ganggu masa dia nak tidur. Budak budak zaman sekarang ni, sekali je kau ajar, dia akan terus ingat sampai bila-bila. Lagi satu, bahaya juga kalau asyik hadap telefon ni.

hantar anak ke taska awal



#2 Persekitaran Di Rumah

Aku ni duduk di hostel je, bukan rumah sewa. Jadi terbatas dan terhad lah juga. Lagipun bila duduk hostel ni, tak semua barang kalau boleh angkut. Sebab itulah aku hantar Luth ke taska, lagi mudah untuk Luth explore dan bermain kat sana. Kalau kat rumah, ada ape je selain mainan?

#3 Anak Lebih Berdikari

Di taska ni pula, dah ditetapkan jadual harian dah. Pukul berapa nak mandi, nak makan, nak tidur. Kiranya kanak kanak kat situ akan dilatih untuk berdisplin. Awal aku hantar pun, Luth menangi sebab tak biasakan. Lagi pun itu normal sebab fasa tu kita panggil "separation anxiety". Sebab itulah, sebagai ibu memang kau perlu kuat dari segi emosi. 

#4 Kesan Speech Delay/Autism

Selain sebab di atas, ni juga salah satunya. Aku sangat risau bila aku sendiri tak dapat detect yang anak aku bermasalah. Jadi dengan hantar anak ke taska awal ni, memudahkan urusan aku untuk detect masalah. Aku sendiri boleh tanya macam mana progress anak aku, okay ke hari ni?

hantar anak ke taska awal


Aku suka dengan taska Luth sekarang ni sebab taska ada sediakan buku progress Luth. Hari hari aku boleh tengok apa yang dia tak okay, apa yang dia okay. Kesan dari awal lagi bagus, sebab senang kita nak treat semula. Ni kalau dah 6 tahun, macam mana nk treatment kalau anak ada masalah.

Kesimpulan

Aku tak nak lah cakap yang hantar ke taska lagi bagus dari hantar ke pengasuh. Dua dua ni ada kelebihan dan keburukan. Lagi pun, dua dua ni berbayar kan? No point kalau nak cakap dua dua ni tak  bagus. So far, aku okay je hantar anak ke taska awal sebab aku ada reason aku sendiri.

Ikut kemampuan masing masing, kalau korang mampu nak hantar anak ke taska, hantarlah. Kalau sebaliknya, itu pilihan sendiri. Lagi satu, hantar anak ke taska awal ni bukannya nak suruh anak tu pandai baca abc atau pandai mengira. Sebenarnya nak, anak tu develop social skill. Senanglah nanti aku nak hantar ke sekolah cina. Hehehe

Apa apa pun, ikut baju dibadan sendiri sebelum hantar anak ke taska awal. Semoga entri ni bermanfaat. 



27 April 2023

Apa Beza Tantrum Dan Meltdown Anak?

Apa Beza Tantrum Dan Meltdown Anak?

Apa Beza Tantrum Dan Meltdown Anak? | Dua tiga hari ni, memang Luth kerja dia nak menangis aje. Kadang tu, hal remeh temeh pun dia nak menangis sampai tak ada suara. Itu yang  sampai aku sendiri jadi hilang kesabaran tu. 

Itu yang mula nak naik tangan ni ha. Kita pujuk, makin bertambah nangis. Cakap baik-baik pun, lagilah bertambah nangis tu. Kesian tau bila Luth menangis sampai tak ada suara. 

Betul mak cakap, satu hari nanti bila dah ada anak, ko kena belajar untuk menjadi seorang ibu yang sabar. Kalau tak sabar, itu yang banyak kes pukul kanak-kanak.

Baca sini: Amalan Zikir Sepanjang Anak Menghadapi Peperiksaan

Apatah lagi, untuk kanak-kanak yang masih belum pandai bercakap, ha macam mana dia nak sampaikan apa yang dia nak? Itu sebab dia menangis, betul tak? Kalau dia pandai bagi tahu, nak itu nak ini, tak ada lah kita ni jadi singa. 

Jadi, ibu kena faham beza tantrum dan meltdown ni. Bukan apa, orang cakap meltdown ni sama je macam tantrum. Anak menangis tak tentu pasal, mengamuk, dituduhnya tantrum. Padahal meltdown! So, kena faham dulu beza dua ni ya.

Beza Tantrum Dan Meltdown

$ads={1}

Apa Beza Tantrum Dan Meltdown

Tantrum ni, sebab dia nak atau tak nak sesuatu dan dia cuba bagitahu kita. Dia nak in control. Tak nak buat kerja, tak nak pergi sekolah, mengamuk sebab tak bagi main gajet, itu semua tantrum namanya. Mudah faham, dia mengada-ngada & lepaskan emosi.

Meltdown pula berbeza. Antara penyebab, over-stimulation. Bunyi sekeliling terlalu bising (audio), terlalu banyak pergerakan depan mata (visual), sakit dengan air shower rasa tajam (sentuhan). Ini bukan salah budak tu. Memang dah sampai breaking point dan had dia.

Kedua-duanya berkait dengan emosi

Tantrum - dia melepaskan marah, sedih, geram atau apa saja, sebab dia nak in control berbanding kita. 

Meltdown - dia ‘break’ sebab dah tak tahan dengan sesuatu. Macam kita lah, stress gila dengan kerja sampai satu tahap macam nak nangis. 

So, dah faham kan? Ini beza tantrum dan meltdown. Jangan sapu rata semuanya tantrum.

Macam mana nak handle 

Nak handle tantrum bukan kerja mudah. Kalau yang agresif, ko kena kuat fizikal dan mental nak lawan stress tu. Kalau yang jenis kuat menangis, ko kena banyak sabar. Aku sangat respect pada mak ayah yang ada anak Autism. Korang lah permata syurga yang sebenar.

Macam mana pula dengan meltdown? 

Haaa.. Dia ada dua jenis. Pertama, externalised (stimming). Dia keluar sebagai amukan macam tantrum. Dia menjerit, mencakar, menangis dan lain-lain. Kedua, internalised (rumblings). Dia asingkan diri, diam tak nak cakap. Nampak macam merajuk lah sebenarnya, tapi bukan pun.

Beza Tantrum Dan Meltdown

$ads={2}

Macam mana nak kendalikan meltdown?
 

1. Ibu bapa kena mengenal pasti apa ‘sensory sensitivity’ yang menyebabkan anak boleh tercetusnya ‘meltdown’. Cuba elakkan atau sediakan anak dengan situasi berikut dengan kerap bercerita apa yang akan terjadi.
2. Sentiasa bawa barang/permainan/makanan kesukaan anak-anak.
3. Sentiasa bercerita tentang perubahan jadual yang akan berubah sedikit, terutamanya ketika raya ini.
4. Bila anak-anak dah menunjukkan ‘sensory overload’ iaitu dengan ‘Rumbling’ or ‘Stimming’, bawa anak ke tempat lain. Dan biarkan mereka bertenang.
5. Cuba ajar anak untuk nyatakan apa yang menyebabkan ketidak selesaan pada diri anak-anak tersebut.
6. Menerima dan fahamkan perasaan anak-anak, dan sokong apa yang dia rasa. Ibu bapa boleh ubah strategi untuk menguruskan anak-anak yang ‘Meltdown’.

Kalau itu anak ko, ko bagi dia masa untuk cool down. Sebab bukan salah dia. Dah terlalu stress dan sampai breaking point. Kalau dia boleh faham, tanya dia okay tak (lepas dah cool down). Bagi dia ruang. Biar dia kendalikan emosi dia.

Kalau tu bukan anak ko, ko nampak kat mall? Contohnya nampak Adam Autism Family. 

1. Jangan judge. Family dia lagi tahu dia macam mana.

2. Tanya family dia, ada perlukan pertolongan tak? Kalau tak ada, takpe. Buat macam biasa. Tak payah tunjuk-tunjuk, ambil gambar dan lain-lain.

Akhir kata

Dulu pun aku tak tahu, tapi sekarang aku kena ambil tahu. Nak menjadi seorang ibu bukan senang ya, kena kuat dan bersabar. Biasalah anak-anak sedang membesar, kita pun dulu macam tu juga. Masa inilah kita kena belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Semoga bermanfaat! 





2 April 2023

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget | Budak zaman sekarang pantang sua handphone, laju je diorang amik. Bila sekali dah ajar, sampai ke sudah asyik nak main handphone je.

Tak kecuali, aku ni ha. Paling risau bila Luth ketagih dengan handphone. Aku memang bagi cuma tak amik masa yang lama, kadang sehari 15 minit je. Tak lebih dan tak kurang, cukuplah tu masa untuk dia tengok kartun.

Aku sendiri pun nampak beza, bila Luth kalau sehari main handphone, esoknya dia minta lagi. Patutlah dia susah sikit nak bercakap. Aku ingat lagi awal tahun hari tu, asal Luth nangis je mesti bagi handphone. Sehari tu mesti lebih dari 7 kali. 

Tips Elak Anak Ketagih Gadget

$ads={1}
Lepas tu pelik, kenapa Luth susah nak bercakap, patutnya umur dia macam ni dah lebih 50 words dah yang dia boleh sebut. Sejak dari hari tu, insaf tau! Memang Luth faham apa yang aku cakap, tapi susah nak dia keluarkan words dari mulut.

Ini semua punca daripada handphone!

Lagi banyak screen yang anak hadap, lagi susah anak tu nak bercakap atau bersosial. Ini pun aku tahu dari Aishah Kasim. So, hari ni aku nak kongsi tips dari seorang ibu iaitu Puan Nadia Salwa Roslan.

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget

Ini kisah Puan Nadia Salwa dalam menapis bahaya gadjet terhadap anaknya! Nur Muhammad, pemalu tetapi berimaginasi tinggi

Nur Muhammad Ahmad Nazrin, merupakan kelahiran sulung ibu muda ini. Pada tahun ini, Nur Muhammad sudah pun berumur 6 tahun.

Menurut Puan Nadia Salwa, anaknya ini merupakan seorang yang agak aktif, manja, pemalu dan dalam masa yang sama berimaginasi tinggi. Sepanjang membesarkan Nur Muhammad, prosesnya boleh dikatakan agak mudah kerana anak sulungnya ini bukanlah jenis kanak-kanak yang mudah buat perangai. 

Namun memandangkan anak ini juga mempunyai sifat yang manja dan agak pemalu, dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan susah berenggang dengan si ibu. Jadi tidak hairan jika Nur Muhammad boleh menangis sehingga sebulan lamanya setiap kali dihantar ke tadika. 

Baca ini: Nama Anak Lelaki

Sedar bahaya gadget, ibu ini kawal penggunaan gajet anak sejak kecil 

Menurut Puan Nadia Salwa, kesedaran untuk mengawal penggunaan gajet terhadap anaknya telah lama timbul. Ini kerana dia mengetahui bahawa bahaya gadget dengan penggunaan yang terlalu kerap atau lama sememangnya boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak. 

Tidak dinafikan bahawa anaknya akan diberikan peluang untuk menggunakan gajet setiap hari, namun ia bukanlah sepanjang masa. 

“Dalam sehari mungkin Nur Muhammad akan diberikan peluang menggunakan gajet dalam dua hingga tiga kali sahaja selama 30 hingga 45 minit.” 

Tambahnya lagi, kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya. 

Ini 5 cara Puan Nadia Salwa gunakan untuk elak anaknya ketagihan gajet

Ibu ini mengamalkan 5 kaedah utama dalam mengawal anaknya main gadget agar tidak mengalami ketagihan. Antara tip-tip yang digunakan oleh Puan Nadia Salwa untuk mengelakkan bahaya gadget terhadap anaknya ialah: 

#1. Kurangkan main gadget bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah 

Menurutnya, kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gadget tanpa kawalan atau terlalu lama.

Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada usia sebegini. Main gadget cukup sekadar sebagai hiburan tambahan sahaja, bukan sebagai alat hiburan utama. 

Tips Elak Anak Ketagih Gadget
$ads={2}

#2. Letakkan syarat sebelum anak main gadget 

Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet. 

Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat, makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet. 

#3. Tetapkan had masa anak menggunakan gajet 

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet. 

Menurut Puan Nadia Salwa, “Apabila sudah tiba 5 minit terakhir, ingatkan anak bahawa masa mereka untuk menggunakan gajet hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan.” 

#4. Terangkan bahaya gadget kepada anak 

Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gadget kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gadget dengan kerap. 

Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Apabila mereka memahami keburukan gajet, insya-Allah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.

#5. Pantau siaran atau kandungan gajet yang ditonton 

Ibu bapa boleh menetapkan siaran-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya. 

Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton. 

Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh. 

Mood anak lebih gembira apabila kurang menggunakan gajet 

Puan Nadia Salwa akui apabila Nur Muhammad tidak terlalu bergantung kepada gajet, anaknya itu akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di rumah. 

Selain itu, si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan. 

Bukan itu sahaja, mood anak ini juga lebih mudah menjadi gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet. 

Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet. 

Bahaya gadget: Cabaran melatih anak untuk kurangkan penggunaan gajet 

Memandangkan Puan Nadia Salwa merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan online, maka secara tidak langsung dirinya akan lebih banyak menggunakan telefon pintar atau tab. 

Cabaran utamanya ialah, ibu ini sendiri perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak agar ia menjadi contoh utama kepada si kecil. 

Selain itu, dia sendiri perlu bersikap lebih tegas dan berdisiplin terhadap anaknya agar tidak dimanipulasi dengan pujuk rayu anak untuk menggunakan gajet.

11 Januari 2023

7 Cara Potty Training Anak 2 Tahun Dengan Cepat

7 Cara Potty Training Anak 2 Tahun Dengan Cepat

Apa khabar para pembaca sekalian? Luth dah cecah usia 2 tahun 4 bulan tapi aku masih lagi belum latih dia untuk ke tandas. Baru-baru ni terbaca satu post tentang perkara tu, aku macam tertarik untuk mulakan pada minggu ini. Bukan apa, dah sampai untuk jimatkan kos perbelanjaan pampers dan susu Luth.

Aku ni pun masih lagi bertatih untuk menjadi ibu yang terbaik. Niatnya dalam hati nak mulakan bila Luth dah cecah umur 3 tahun. Tapi itulah, kalau tak mulakan langkah pertama, bila lagi kan? Lagi pun, nak ajar anak ni, tiada had waktu atau umur tertentu untuk mengajar anak ke tandas. 

Bagi ibu-ibu muda yang baru menimang cahaya mata sulung, pasti pernah terfikir berkenaan potty train anak mereka. Banyak persoalan yang bermain di fikiran, termasuklah cara dan juga umur sesuai untuk potty training. 

Oleh itu, aku bawakan kepada anda satu kisah bagaimana seorang ibu muda ini mengajar anaknya ke tandas ketika si manja berumur tiga tahun. Untuk maklumat lanjut tentang potty training, anda boleh singgah ke Hello Doctor ya!

Cara Potty Training Anak 2 Tahun Dengan Pantas

Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti akan melalui satu pengalaman yang berharga sewaktu membesarkan cahaya mata pertama mereka. Anak kelahiran yang pertama ini seolah-olah menjadi satu medan untuk menguji kemahiran keibubapaan buat pertama kali dalam hidup berkeluarga. 

Cara Potty Training Anak 2 Tahun
Sumber: Google

Hal ini turut berlaku dalam kehidupan Puan Jalila Abdul Rahman yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pertama pada 30 September 2018. Cahaya matanya yang kini berumur tiga tahun empat bulan dikenali dengan nama Iman Maryam. 

Menurut Puan Jalila, anak sulungnya ini seorang yang agak manja dan juga sensitif sejak mula mendapat adik baharu. Sepertimana ibu-ibu muda yang lain, Puan Jalila mengakui bahawa segalanya berubah sejak memiliki anak sulung dalam kehidupannya. 

Ini termasuklah rutin harian seperti waktu makan, waktu berehat dan kepentingan kerjayanya sendiri. Namun, ia tidak melunturkan semangatnya sebagai seorang ibu memandangkan dia dikelilingi individu yang berpengalaman yang banyak memberikan nasihat dan dorongan.

Menurut Puan Jalila, dia mula ajar anak potty training apabila anaknya itu sudah berumur dua tahun. Namun, dia sendiri sudah mula memikirkan soal potty training anak ini sejak Iman Maryam berumur satu tahun lebih lagi. 

Dia sentiasa mengikuti perkembangan anaknya itu untuk melihat sama ada si kecil sudah bersedia untuk diajar ke tandas atau belum. Malahan, dia percaya bahawa setiap manusia akan melalui fasa-fasa tertentu dalam kehidupan mereka dan ia pasti akan mengambil sedikit masa. 

cara potty training anak 2 tahun
Sumber: Google

Begitu juga proses potty training anak, ia mempunyai fasanya yang tersendiri namun perlu diperhatikan oleh para ibu bapa berkenaan kesediaan anak mereka untuk belajar ke tandas dari semasa ke semasa.

Memandangkan Iman Maryam adalah kelahiran sulungnya, jadi Puan Jalila sendiri banyak merujuk kepada individu berpengalaman yang lain selain membaca artikel berkenaan cara mengajar potty training kepada anak. 

Oleh itu, Puan Jalila telah menggabungkan banyak kaedah yang diketahuinya sehinggalah anaknya itu 99% berjaya diajar untuk potty training. Menurut ibu muda ini, setiap ibu bapa pasti mempunyai cara dan kaedah mereka yang tersendiri. 

Ini kerana setiap anak pasti mempunyai kerenah yang pelbagai, jadi satu kaedah sahaja tidak boleh digunakan untuk semua kanak-kanak. “Ada anak yang bersedia lebih awal dan ada juga yang lebih lambat. Namun ibu bapa tidak perlu gusar kerana tiada garis panduan yang ditetapkan. Cuma ibu bapa perlu memerhatikan anak mereka sama ada anak itu telah bersedia atau belum untuk sesi potty training,” kata Puan Jalila. 

Pun begitu, Puan Jalila masih sudi berkongsi tip ajar potty training anak ini terutamanya bagi ibu bapa muda yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai. Ini 7 tip pengalamannya mengajar Iman Maryam potty training: 

#1. Mulakan dengan teknik pujukan 

Apabila anak sudah berumur satu tahun tujuh bulan, Puan Jalila mulakan dengan teknik percakapan atau pujukan. Beliau akan mula bercakap secara perlahan-lahan bersama anaknya berkenaan rancangan untuk bersedia berlatih bercerai lampin. 

Puan Jalila akan menceritakan kepada anaknya berkenaan kejayaan kanak-kanak lain yang telah berjaya belajar untuk ke tandas. Teknik pujukan ini tidak akan terus berjaya dan ibu bapa perlu melakukannya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 

#2. Bawa ke tandas secara berkala 

Pada peringkat awal, Puan Jalila akan membawa anaknya ke tandas setiap lima minit kerana masih tidak tahu corak waktu anaknya membuang air selepas tidak lagi memakai lampin. Selepas itu, barulah dia akan menjarakkan selang waktu tersebut. Pada peringkat awal, disarankan untuk ajar anak seperti ini pada waktu siang dahulu. 

Lama-kelamaan, anak akan faham sendiri rutin mereka untuk ke tandas bagi membuang air. Puan Jalila turut mengingatkan kepada anaknya setiap hari berkenaan hadiah yang akan diperolehnya jika dia berjaya untuk tidak memakai lampin. 

#3. Minta pertolongan penjaga jika sibuk bekerja 

Memandangkan Puan Jalila bekerja bermula waktu petang hingga malam, dia akan meminta pertolongan daripada individu yang menjaga anaknya iaitu ibu mertuanya sendiri. Ibu mertuanya akan turut sama-sama melatih rutin ini sewaktu Iman Maryam di bawah jagaannya. 

#4. Mula beli tandas untuk potty training 

Puan Jalila akan menggunakan teknik pujukan ini sehinggalah anaknya mula memasuki usia dua tahun. Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memerhatikan keadaan anak sama ada mereka sudah bersedia atau belum. 

Sebagai contoh, Iman Maryam ada menyatakan bahawa dia sudah tidak berasa selesa di bahagian lampin yang dipakainya. “Oleh itu, saya sudah mula tidak memakaikan lampin kepadanya. Saya membeli tandas potty training untuk menarik perhatiannya. Saya juga menunjukkan contoh kepadanya bagaimana untuk menggunakannya,” tambah Puan Jalila lagi.


cara potty training anak 2 tahun
Sumber: Google

#5. Cuba selama seminggu 

Pada peringkat awal, untuk melatih anak agar mereka konsisten dengan rutin ke tandas, cuba ambil masa seminggu untuk kekal berada di rumah. Ini akan memberikan waktu yang lebih lama untuk anak belajar tidak memakai lampin dan biasa dengan rutin ke tandas. Elakkan keluar bersiar-siar dalam waktu seminggu ini. 

#6. Ajar perlahan-lahan untuk waktu malam pula 

Mengajar anak untuk tidak memakai lampin dan tidak membuang air kecil ketika tidur mungkin akan mengambil sedikit masa. Oleh itu, pakaikan lampin sebelum tidur pada peringkat awal. Setelah itu, anda boleh mula untuk tidak memakaikan lampin secara perlahan-lahan. Ajar anak untuk ke tandas terlebih dahulu sebelum mereka tidur. Letakkan kain lapik atau alas di tempat tidur mereka sebagai persediaan. 

#7. Bersabar dengan kerenah anak 

Proses potty training anak ini akan mengambil masa yang agak lama. Ini kerana kita sedang membentuk satu rutin baharu kepada mereka. Sentiasa bersabar kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran. Teruskan ajar anak potty training walaupun ditinggalkan bersama penjaga

Kesimpulan

Semoga perkongsian tentang cara potty training anak 2 tahun ini membantu dalam menyelesaikan masalah anda. Semoga dipermudah urusan ya!

17 November 2022

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan Wajib Ada Di Rumah

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan Wajib Ada Di Rumah

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan Wajib Ada Di Rumah | Rasanya semua ibu bapa dah alert tentang barang medical kit kecemasan yang kena ada dalam rumah. Tak terkecuali aku juga!

Al-maklum, sejak dah beranak kecil ni. Semua benda kena alert, terutama bila anak jatuh sakit. Apatah lagi, kalau anak sakit pada waktu malam dan jauh nak ke klinik. 

Medikal kit kecemasan sangatlah penting untuk ibu yang ada anak kecil. Jarang guna tu tak jadi masalah, yang penting mesti ada dalam rumah. 

Lagi satu, bila nak keluar berjalan atau balik kampung, medical kit ni kena usung tau kemana-mana je ko pergi. Bukan apa, dibuatnya anak tiba-tiba sakit. Jadi, ada lah back up sebelum nak ke klinik. 

Barang Medical Kit Kecemasan

Senarai Barang Medical Kit Kecemasan

Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Jangan lupa label ya. Semoga bermanfaat.

Barang Medical Kit Kecemasan


1. Termometer

Paling penting ! Termometer ni ha. Ini senjata utama aku kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak. 

Pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu. Beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa. 

Beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya). Kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran.)

barang medical kit kecemasan



2. Nasal spray

Ini senjata kedua. Kalau anak selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, boleh sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga. Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.

barang medical kit kecemasan

3. Paracetemol Syrup

Kebanyakan ubat syrup dekat farmasi sekarang dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit. Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak).

4. Syringe (Picagari)

Untuk beri anak makan ubat. Tiga tiga volume kena ada (10ml, 5 ml dan 3 ml). Dekat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. 

Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya. Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.

barang medical kit kecemasan

5. Nappy Cream

Walaupun macam-macam jenama,  rasa ini yang terbaik. Guna sejak dia baby. Tak pernah nak tukar jenama lain. Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.

barang medical kit kecemasan

6. Bedak Anti Bakteria

Kalau dia gatal-gatal dan miang dekat badan, ni wajib sapukan. As first treatment lah kiranya.

7. Botol Spray

Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia, ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain dekat dahi. Tapi kena paksa juga.

8. Nasal Aspirator

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih untuk sedut hingus dia. Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya sebab ada macam-macam bakteria so its unhealthy and unhygienic. 

Cara nak guna: 

Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.

barang medical kit kecemasan

9. Calamine Lotion

Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi ibu try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi-lagi masa dia kena ruam panas dulu.

10. Ubat Selsema

Ni dapat dari klinik. Simpan satu yang belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Jangan selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni. 

Akhir kata

Moga bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Jangan lupa sediakan satu di rumah ya. Kalau tiada baget, beli sikit-sikit dulu tak apa. Janji ada satu kotak dirumah. Sebab medical kit kecemasan ni penting tau.

9 November 2022

Ibu Bapa Perlu Ketahui Warna Najis Bayi, Normal Atau Tidak.

Ibu Bapa Perlu Ketahui Warna Najis Bayi, Normal Atau Tidak.

Ibu Bapa Perlu Ketahui Warna Najis Bayi, Normal Atau Tidak. | Sebagai ibu bapa yang masih baru lagi, kadang ada perkara yang amat ditakuti terutama najis bayi. Macam aku, baby Luth berak masa di ward then terkejut bila tengok najis Luth berwarna hitam kehijauan dan melekit. Masa tu tak tahu apa pun, sebab masih freshie dalam ilmu bayi. 

Terus google samaada normal atau tak, najis baby Luth masa tu. Bila ingat balik, kelakar pun, seolah-olah baby Luth keluar najis yang tak normal. Lepas je aku google, "Ooo najis baby baru lahir, macam tu rupanya", barulah aku tahu. Kalau tak, mati mati ingat najis baby Luth tak normal.

Jom Kenali Warna Najis Bayi Samaada Normal Atau Tidak?

Dah jadi ibu bapa ni, memang wajib tahu warna najis bayi dan sebenarnya najis bayi tersebut mempunyai maksud sama ada bayi mempunyai khasiat yang cukup atau tidak. Maksudnya di sini, tahap kesihatan anak-anak dapat diukur melalui warna najis bayi itu sendiri. 

1. Newborn (baru lahir)

  • Biasanya pada usia 1-3 hari.
  • Hitam kehijauan
  • Sedikit melekit lekit
  • Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
  • Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium 
  • Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
  • Tidak busuk.
  • Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. Bayi yang menyusu badan

  • kuning mustard/hijau/cokelat
  • Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
  • Kadang kala lembut atau sedikit cair
  • Bertekstur seperti doh pastri
  • Berbau wangi
  • Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. Bayi yang menyusu formula

  • Kuning atau cokolat
  • Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
  • Lebih kenyal
  • Lebih besar
  • Berbau kurang enak
  • Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. Bayi kurang hadam

  • Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. Najis warna hijau

  • Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
  • Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
  • Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. Najis warna oren, kuning dan coklat

  • Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.
warna najis bayi

7. Darah hitam

  • Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
  • Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ibu bapa juga perlu perhatikan najis bayi dengan kerap, ini kerana ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Cuba ibu atau bapa cek sama ada najis bayi anda ada ciri ciri di bawah :

8. Cair

  • Hijau, kuning atau cokolat
  • Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
  • Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. Keras

  • Bayi sukar mengeluarkan najis
  • Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
  • Bayi mengalami kembung perut dan merengek
  • Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
  • Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. Merah darah

  • Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
  • Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
  • Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. Mukus

  • Berlendir
  • Bewarna kehijauan
  • Bermaksud ada jangkitan kuman

12. Putih

  • Putih kapur atau kelabu asap
  • Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
  • Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Kesimpulan

Aku harap ibu bapa yang masih kurang lagi pengalaman, bolehlah baca page Doctor. Disitu banyak info yang menarik dan keibubapaan yang perlu kita tahu. Semoga entri ini bermanfaat kepada ibu bapa yang masih lagi kurang pengalaman. 


Sumber: FB Dr Erna Nadia 

20 Oktober 2022

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki? | Rasa terpanggil pula nak tulis entri ni. Aku ada anak lelaki yang baru berusia 2 tahun. Aku pun pernah terfikir untuk sunatkan dia dalam waktu umur dia yang macam ni. Lagi pun, aku tak nak terikut dengan anak orang lain.

Anak kita kan, bukan anak orang lain. Untuk apa nak ikut orang, baik kita ikut diri sendiri. Sampai masa sunatlah dia nanti. Tapi pernah tak ko fikir, bila waktu sesuai sunat anak lelaki?

Sunat bayi lelaki sudah menjadi kewajipan dalam budaya masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia. Namun, amalan sunat anak lelaki ini tidak lebih daripada sekadar memenuhi tuntutan agama dan juga budaya. 

Persoalannya, adakah amalan sunat bayi lelaki ini benar-benar bermanfaat? 

Ini yang dimaksudkan dengan sunat bayi lelaki 

Sunat atau khatan bermaksud satu prosedur yang dilakukan bagi membuang kulit kulup yang terdapat pada kepala zakar bayi lelaki. 

Apabila kulit kulup ini dibuang, maka bahagian hujung kepala zakar akan terdedah. 

Di negara-negara Amerika Selatan, kebanyakan bayi lelaki akan disunat dalam tempoh 10 hari pertama selepas kelahiran. Biasanya, ia hanya akan dilakukan dalam masa 48 jam sahaja selepas dilahirkan. 

Manakala dalam budaya masyarakat Melayu, amalan sunat bagi lelaki lebih kerap dilakukan apabila mereka sudah mula mencapai umur kanak-kanak. 

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?


Apakah hukum mengkhatankan bayi lelaki?

Dalam Islam, hukum sunat bayi lelaki ini sebenarnya bergantung kepada mazhab yang menjadi pegangan sesuatu masyarakat atau negara. 

Majoriti penduduk Islam di Malaysia berpegang kepada Mazhab Syafie, oleh itu kita boleh melihat hukum mengkhatankan bayi lelaki ini dari sudut pandangan yang telah ditetapkan oleh mazhab ini. 

Dalam Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. 

Disunatkan untuk mengkhatankan bayi pada hari ketujuh kelahirannya. 

Namun, ia mestilah melihat kepada tubuh atau keadaan fizikal bayi tersebut sebelum dia disunatkan agar tidak menyebabkan sebarang kesan buruk akibat daripada prosedur bersunat. 

Dalam budaya masyarakat Melayu, biasanya sesuatu kenduri atau majlis kecil-kecilan akan dilakukan bagi menyambut hari berkhatan anak mereka. Kenduri yang dianjurkan ini lebih bersifat kepada kenduri kesyukuran. 

Amalan melakukan kenduri ini hanyalah satu amalan budaya masyarakat sahaja, dan bukanlah satu kewajipan dalam Islam. 

Walaupun bukan satu kewajipan, ia merupakan satu usaha yang agak baik kerana kita bersedekah dengan cara memberi makan kepada orang lain.

Umur yang sesuai untuk sunat bayi lelaki 

Untuk pengetahuan anda, sunat anak lelaki ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Ini bermaksud, anak anda boleh disunatkan tanpa mengira tahap umur mereka. 

Di negara-negara Amerika Selatan atau Latin, sunat bayi lelaki biasa dilakukan sejurus selepas kelahiran si manja. 

Namun, memandangkan proses berkhatan ini sedikit menyakitkan, bayi akan diberikan dengan bius setempat (local anesthetic) untuk memberikan rasa kebas pada bahagian kulup yang akan dibuang. 

Bayi masih berada dalam keadaan sedar kerana bius yang diberikan hanya diletakkan di kawasan yang hendak dibuang. 

Jika anda mahu mengkhatankan anak anda apabila mereka sudah agak dewasa, ia juga boleh dilakukan. 

Namun memandangkan anak anda sudah agak dewasa dan lebih sedar berkenaan alat kelamin mereka, maka mereka mungkin akan mengalami kesan psikologi berkenaan prosedur berkhatan yang menyebabkan mereka berasa agak takut untuk menjalaninya. 

Bila Waktu Sesuai Sunat Anak Lelaki?


Kebaikan sunat anak lelaki

Tahukah anda, ada beberapa manfaat atau kebaikan jika anda mengkhatankan anak lelaki anda sewaktu mereka masih bayi. 

Antara kelebihan tersebut ialah memudahkan proses pembersihan kemaluan bayi. 

Apabila bayi lelaki anda telah disunatkan, zakar mereka akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan. 

Ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. 

Selain itu, amalan berkhatan bayi lelaki boleh mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sehingga 90%. 

Amalan berkhatan bayi juga boleh mengurangkan kejadian balanitis, iaitu sejenis jangkitan pada kelenjar atau kepala zakar. 

Risiko untuk mengalami jangkitan pada kulit kulup atau posthitis akan semakin berkurangan. 

Jangan terkejut jika amalan bersunat bayi juga boleh mengelakkan kejadian phimosis, iaitu keadaan di mana kulup tidak boleh ditarik yang menyebabkan kepala zakar menjadi ‘tercekik’. 

Selain itu, apabila bayi ini sudah semakin membesar dan meningkat dewasa, berkhatan juga boleh memberikan beberapa kebaikan lain.

Antaranya:

  • Mengurangkan risiko berlakunya kanser zakar
  • Mengurangkan kejadian iritasi, keradangan dan jangkitan lain pada zakar
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit jangkitan kelamin (STD) 

Cara berpantang selepas sunat anak lelaki

Bayi atau kanak-kanak yang telah berkhatan masih perlu menjalani beberapa pantang untuk memastikan mereka cepat sembuh dan tidak mengalami masalah lain. Diingatkan juga, jangan lupa untuk sentiasa tahu tentang tips penjagaan bersunat anak. 

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa ialah: 

  • Pastikan mereka berehat sepanjang tempoh berpantang. Elakkan anak anda terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang bersifat kasar atau lasak seperti menaiki basikal atau membonceng motosikal 
  • Pastikan hujung kepala zakar sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Bengkak pada peringkat awal sejurus selepas prosedur bersunat akan kembali surut dalam beberapa hari. Jadi, ingat, bayi anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 hari untuk sembuh dengan baik 
  • Berikan anak anda (kanak-kanak sahaja) ubat tahan sakit seperti paracetamol jika perlu

Kesimpulan

Secara umumnya, sunat anak lelaki memberikan banyak manfaat kepada si kecil anda. 

Sunat bayi lelaki merupakan satu perkara yang wajib dalam agama Islam. Oleh itu, anda sudah boleh mula merancang bilakah mahu mengkhatankan anak anda. 

Dengan teknologi perubatan moden, ibu bapa tidak perlu berasa risau atau ragu-ragu untuk mengkhatankan bayi lelaki lebih awal daripada biasa