Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget | Budak zaman sekarang pantang sua handphone, laju je diorang amik. Bila sekali dah ajar, sampai ke sudah asyik nak main handphone je.

Tak kecuali, aku ni ha. Paling risau bila Luth ketagih dengan handphone. Aku memang bagi cuma tak amik masa yang lama, kadang sehari 15 minit je. Tak lebih dan tak kurang, cukuplah tu masa untuk dia tengok kartun.

Aku sendiri pun nampak beza, bila Luth kalau sehari main handphone, esoknya dia minta lagi. Patutlah dia susah sikit nak bercakap. Aku ingat lagi awal tahun hari tu, asal Luth nangis je mesti bagi handphone. Sehari tu mesti lebih dari 7 kali. 

Tips Elak Anak Ketagih Gadget

$ads={1}
Lepas tu pelik, kenapa Luth susah nak bercakap, patutnya umur dia macam ni dah lebih 50 words dah yang dia boleh sebut. Sejak dari hari tu, insaf tau! Memang Luth faham apa yang aku cakap, tapi susah nak dia keluarkan words dari mulut.

Ini semua punca daripada handphone!

Lagi banyak screen yang anak hadap, lagi susah anak tu nak bercakap atau bersosial. Ini pun aku tahu dari Aishah Kasim. So, hari ni aku nak kongsi tips dari seorang ibu iaitu Puan Nadia Salwa Roslan.

Cara Kawal Dan Tips Elak Anak Ketagih Gadget

Ini kisah Puan Nadia Salwa dalam menapis bahaya gadjet terhadap anaknya! Nur Muhammad, pemalu tetapi berimaginasi tinggi

Nur Muhammad Ahmad Nazrin, merupakan kelahiran sulung ibu muda ini. Pada tahun ini, Nur Muhammad sudah pun berumur 6 tahun.

Menurut Puan Nadia Salwa, anaknya ini merupakan seorang yang agak aktif, manja, pemalu dan dalam masa yang sama berimaginasi tinggi. Sepanjang membesarkan Nur Muhammad, prosesnya boleh dikatakan agak mudah kerana anak sulungnya ini bukanlah jenis kanak-kanak yang mudah buat perangai. 

Namun memandangkan anak ini juga mempunyai sifat yang manja dan agak pemalu, dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan susah berenggang dengan si ibu. Jadi tidak hairan jika Nur Muhammad boleh menangis sehingga sebulan lamanya setiap kali dihantar ke tadika. 

Baca ini: Nama Anak Lelaki

Sedar bahaya gadget, ibu ini kawal penggunaan gajet anak sejak kecil 

Menurut Puan Nadia Salwa, kesedaran untuk mengawal penggunaan gajet terhadap anaknya telah lama timbul. Ini kerana dia mengetahui bahawa bahaya gadget dengan penggunaan yang terlalu kerap atau lama sememangnya boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak. 

Tidak dinafikan bahawa anaknya akan diberikan peluang untuk menggunakan gajet setiap hari, namun ia bukanlah sepanjang masa. 

“Dalam sehari mungkin Nur Muhammad akan diberikan peluang menggunakan gajet dalam dua hingga tiga kali sahaja selama 30 hingga 45 minit.” 

Tambahnya lagi, kawalan terhadap penggunaan gajet ini tidak akan menjadi sukar jika kita sebagai ibu bapa memaklumkan peraturan penggunaan gajet lebih awal kepada anak agar mereka faham sebelum menggunakannya. 

Ini 5 cara Puan Nadia Salwa gunakan untuk elak anaknya ketagihan gajet

Ibu ini mengamalkan 5 kaedah utama dalam mengawal anaknya main gadget agar tidak mengalami ketagihan. Antara tip-tip yang digunakan oleh Puan Nadia Salwa untuk mengelakkan bahaya gadget terhadap anaknya ialah: 

#1. Kurangkan main gadget bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah 

Menurutnya, kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan peluang main gadget tanpa kawalan atau terlalu lama.

Ibu bapa perlu meminimumkan penggunaan gajet bagi kanak-kanak pada usia sebegini. Main gadget cukup sekadar sebagai hiburan tambahan sahaja, bukan sebagai alat hiburan utama. 

Tips Elak Anak Ketagih Gadget
$ads={2}

#2. Letakkan syarat sebelum anak main gadget 

Apabila anak sudah mula menginjak umur tiga tahun, mereka sudah mula boleh memahami apa yang kita katakan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan syarat tertentu sebelum membenarkan anak menggunakan gajet. 

Sebagai contoh, pastikan anak sudah solat, makan atau mengemas permainan mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan gajet. 

#3. Tetapkan had masa anak menggunakan gajet 

Selain itu, ibu bapa juga perlu memberikan peringatan awal kepada anak berkenaan tempoh masa penggunaan gajet. 

Menurut Puan Nadia Salwa, “Apabila sudah tiba 5 minit terakhir, ingatkan anak bahawa masa mereka untuk menggunakan gajet hanya tinggal 5 minit sahaja lagi. Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih peka dan akan memberikan kerjasama dengan mudah untuk memulangkan semula gajet yang telah digunakan.” 

#4. Terangkan bahaya gadget kepada anak 

Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gadget kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gadget dengan kerap. 

Sebagai contoh, anda boleh katakan kepada anak bahawa gajet boleh merosakkan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Apabila mereka memahami keburukan gajet, insya-Allah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama.

#5. Pantau siaran atau kandungan gajet yang ditonton 

Ibu bapa boleh menetapkan siaran-siaran tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak pada gajet agar mereka tidak menonton kandungan yang tidak sepatutnya. 

Jika anak anda terlihat kandungan siaran yang tidak sesuai, jangan terus memarahi atau menengking mereka kerana anak masih lagi belum matang dan tidak memahami apa yang boleh atau tidak boleh untuk ditonton. 

Ini adalah tugas ibu bapa untuk menerangkan kepada anak dengan sebaik mungkin agar mereka faham apa yang boleh ditonton dan apa yang tidak boleh. 

Mood anak lebih gembira apabila kurang menggunakan gajet 

Puan Nadia Salwa akui apabila Nur Muhammad tidak terlalu bergantung kepada gajet, anaknya itu akan lebih banyak melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di rumah. 

Selain itu, si kecil juga mempunyai lebih banyak masa untuk belajar sesuatu yang bermanfaat daripada buku-buku bacaan. 

Bukan itu sahaja, mood anak ini juga lebih mudah menjadi gembira memandangkan dia menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dengan ibu bapanya berbanding bersama gajet. 

Apabila mood anak-anak menjadi gembira, mereka akan lebih mudah mendengar kata dan tidak terlalu leka berbanding ketika menggunakan gajet. 

Bahaya gadget: Cabaran melatih anak untuk kurangkan penggunaan gajet 

Memandangkan Puan Nadia Salwa merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan online, maka secara tidak langsung dirinya akan lebih banyak menggunakan telefon pintar atau tab. 

Cabaran utamanya ialah, ibu ini sendiri perlu mengehadkan penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak agar ia menjadi contoh utama kepada si kecil. 

Selain itu, dia sendiri perlu bersikap lebih tegas dan berdisiplin terhadap anaknya agar tidak dimanipulasi dengan pujuk rayu anak untuk menggunakan gajet.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama