Bismillah.
Assalammualaikum.
Assalammualaikum.
Cara Masak Resepi Rendang Ayam Simple | Rendang ayam ni adalah salah satu menu yang wajib ada di pagi hari raya. Tapi, boleh je makan rendang ayam di hari hari biasa. Sebelum ni aku mampu tengok je mak masak rendang ayam, nampak susah juga nak masak rendang ayam.
Dulu-dulu tiap kali nak masak resepi rendang ayam simple ni, mesti kena tumbuk lumat kelapa yang digoreng tanpa minyak untuk dijadikan kerisik. Sekarang, kerisik ni dah ada dah yang ready mix, tak perlu nak tumbuk guna batu lesung.
Menu pagi raya rumah mak aku, wajib ada rendang. Kalau tak ada rendang ayam atau daging, macam tak berseri je meja makan mak. Eh boleh pulak gitu. Jadi, lepas ni no more kata susah nak masak, padahal dalam google dah bersepah dah resepi rendang ayam simple. Mahu dengan tak mahu je nak membuatnya. Betul tak?
Hari ni aku kongsikan resepi rendang ayam simple untuk korang. Selamat mencuba!
Jangan Tunggu Raya Bila Nak Makan Rendang Ayam
Bahan-bahan untuk membuat rendang ayam :
- Setengah ekor ayam - Basuh bersih dan toskan
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
- Sedikit halia
- 2 batang serai
- 3 biji bawang putih
- Sedikit kunyit hidup
- 15 tangkai cili kering - rebus bagi lembut
- 1 sudu rempah daging
- 1 sudu cili rempah
- 1 helai daun kunyit
- Asam keping
- Kerisik kelapa
Cara-cara untuk membuat rendang ayam :
Sila ikut langkah-langkah di bawah dengan teratur.
1) Blend 2 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil, sedikit halia, 2 batang serai, 3 biji bawang putih dan sedikit kunyit hidup. Blend sehingga lumat ye bahan-bahan itu. Pastikan halus agar kuah rendang nanti tak berserabut. Asingkan ke dalam mangkuk dan masukkan 1 sudu rempah daging bersama 1 sudu cili rempah. Dengan menggunakan blend yang sama, blendkan 15 tangkai cili kering sehingga lumat dan asingkan di mangkuk yang lain.
2) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan daun kunyit, tapi kalau taknak masukkan pun tak apa. Sementara tunggu kuah rendang ayam masak dan pecah minyak, boleh racik halus daun kunyit. Jangan lupa masukkan ayam.
3) Masukkan asam keping dan dua sudu kerisik kelapa. Kacau sehingga sebati dan masukkan sekotak santan. Santan ni boleh je guna santan kelapa sebanyak 1 biji, tapi jika nak mudah dan cepat, guna santan kotak yang ready mix. Jangan lupa kacau tau. Kita tak mahu santan jadi berketul ketul. Masukkan sedikit gula merah, tak nak masuk pun tak apa.
4) Masakkan rendang ayam ni lebih kurang satu jam. Bila kuah dah bertukar warna gelap dan pecah minyak, masukkan daun kunyit yang diracik halus tadi tu. Tapi bila kuah agak pekat, boleh masukkan 2 cawan air berselang seli.
5) Dah siap rendang ayam! Rendang ayam ni korang kena pastikan selalu kacau supaya kuahnya tidak hangit. Nanti bila dah hangit, tak sedap pula nak makan.
Siapa kata nak masak resepi rendang ayam simple ni susah? Aku rasa bagi yang baru je nak belajar masak rendang, boleh cuba resepi ini. Nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah mana pun. Rendang ni makan ratah macam tu pun dah sedap, apatah lagi kalau makan bersama pulut kuning atau ketupat. Lagi padu rasanya.
Dengan perkongsian resepi rendang ayam simple ini dapat memudahkan urusan korang yang nak belajar masak rendang ayam. Cuba belajar, jangan malas. Hehehehehe
Selamat mencuba!
Nak Resepi Lagi?
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Aku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- 5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!
- Resepi Begedil Daging, Sungguh Enak Di Makan Begitu Sahaja.
- Resepi Kerabu Maggi Ala Thai, Serupa Di Kedai Thailand
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
- Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.
- 9 RESEPI MASAKAN SAYUR, TAK KERING IDEA NAK MASAK APA
- RESEPI KEK MARBLE LEMBUT GEBU DENGAN GUNA SUKATAN CAWAN
- RESEPI KUIH BOM IKAN YANG AKAN MELETUP DI DALAM MULUT ANDA
- TAK PERLU KE TERENGGANU, INI RESEPI KEROPOK LEKOR YANG SEDAP SEPERTI DI TERENGGANU
- Resepi Bakwan Indonesi Yang Sedap Dan Mudah Semudah 1,2,3
- Resepi Sambal Telur Lada Kering
Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia
Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku
Info Motivasi
https://t.me/mutiarakatacinta
https://t.me/mutiarakatacinta
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia
https://t.me/bloggersmalaysia
Tidak sabar untuk menikmati rendang raya akan datang.
BalasPadamJemput baca dan komen,
https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html
hu hu hu aida la first time merendang sendiri thn ni, OM.
BalasPadamaduhai. sayu la hati ni...
maybe lusa nak merendang dah. rendang daging.
dpt beli 2 kg batang pinang pagi td.
Perghh engko dah rehearsel raya ke hahaha.. nak kena cuba ni.. masak rendang time tengah puasa sedap layan...
BalasPadamalamak sedapnya lahai rendang ayam. lama tak merendang ayam ni. biasa rendang daging je.
BalasPadamCatat Ulasan
Sila tinggalkan comment korang disini!