Iftar Lauk Kampung di GBW Hotel Johor

Ahad lepas, sempatlah aku dan suami ke GBW Hotel untuk berbuka puasa di sana. Lama juga tak makan lauk kampung kan. Teringin pula nak makan, lagi-lagi kalau ada siput sedut. Fuhhh lagi sedap kan. 

Untuk tahun ini, GBW Hotel Johor Bahru menyajikan kepada semua buffet sempena ramadhan yang telah bermula dari 23 March 2023 sehingga 21 April 2023. Bertemakan 'Selera Warisan Meldrum' lebih dari 100 menu yang dihidangkan yang semestinya kebanyakkannya berasaskan citarasa selera warisan.

Iftar Lauk Kampung di GBW Hotel

GBW Hotel

$ads={1}

Pilihan menu yang terbaik pasti akan membuatkan pengunjung kembali lagi untuk merasainya. Hidangan dari menu nasi, menu berlauk, salad, aneka kerabu dan juga sup, yang kesemuanya mempunyai citarasa tersendiri, membuatkan hidangan buffet kali ini cukup istimewa. 

GBW Hotel

Suami banyak kali memuji kesedapan lauk pauk yang ada di sini. Suami sampai kata, ha tahun depan kita berbuka lagi kat sini. Sayang kalau tak datang kan. Meleret aje senyum suami sampailah balik. Orang kata, dah kena dengan tekak, memang itulah diulangnya nanti. 

Menu utama yang menjadi tumpuan pengunjung adalah menu Nasi Lemak Ayam Berempah, juga Kambing Golek, Nasi Biryani, Sotong Sambal Petai, Udang Goreng Masam Manis dan juga Satay.


GBW Hotel

Anda kena cuba Siput Sedut Masak Lemak tau, memang sangat sedap! Mulanya aku taknak makan, tapi dah semua kata sedap, akhirnya aku makan juga, ternyata memang sedap giler!! Memang rata-rata semua orang makan lauk tu. Kemain ha masing-masing menyedut, sampai tak pandang kiri kanan. 

GBW Hotel

Di GBW Hotel juga adanya 'Live Action Station', di mana korang boleh minta (order) menu makanan panas contohnya: Char Kuey Tiaw, Mee Goreng Mamak, Roti John, Murtabak, Roti Jala dan Aneka Goreng. Dan tidak lupa juga bahagian Ulam Ulaman dan juga Sambal-sambal. 

Pelbagai jenis ulam ulaman dan aneka sambal yang boleh korang nikmati. Dan kalau korang taknak makan nasi, ada juga warung Mee Rebus, Mi Kari. Pilih aje dan semua ada di sana.

GBW Hotel

$ads={2}

Untuk bahagian pencuci mulut atau kuih-kuih tradisional, juga di hidangkan Rojak Buah, aneka buah-buahan, dan juga bagi peminat durian, korang boleh nikmati Karipap Goreng, Popia Goreng dan juga Durian Goreng. 

Kuih-kuih tradisional melayu juga banyak pilihan yang di sediakan. Yang sukakan hidangan pencuci mulut pun ada dan juga aneka Bubur, termasuk Bubur lambuk. Bubur lambuk dia sedap! Memang sedap, jujur aku kata.. korang cubalah sebab sedap itu subjektif hehehehe.. 

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak berbuka kat GBW Hotel Jb.

Jadi tunggu apalagi, masih tercari tempat nak berbuka puasa? Apakata mai le ke sini dan mencuba hidangan buffet ramadhan di GBW Hotel ini. Harga pun tidak terlalu mahal, mampu beli. Untuk info, korang boleh baca di bawah ini ya.. 

Buffet Ramadhan GBW Hotel 

9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor 

Harga: RM98.00nett dewasa
Harga: RM48.00 nett untuk kanak² (6-12 tahun ke bawah) & warga emas/citizens berumur 60 & ke atas.

Untuk tempahan :

Mr Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073

Email : sales@gbwhotel.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/gbwhotel
Instagram : https://www.instagram.com/gbwhotel/

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama