Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak | Sebenarnya dah lama dah pergi Zoo Taiping & Night Safari ni. Hari ini baru berkesempatan nak menulis blog. Aku cuma review dalam facebook page je, konon nak cepat. Nak menulis pun kena perah idea kan, bukannya senang nak review ni. Dah alang-alang, aku balik kampung suami. 

Baca ini juga: Tempat Tengok Kapal Terbang, Rugi Tak Singgah.

Balik je dari kedai Mee Bandung Mak Jah di Kuala Sepetang, kami terus ke Zoo Taiping. Sebelum ni kami anak beranak, masuk zoo pada waktu siang. Kali ni nak tengok pula haiwan haiwan yang aktif pada waktu malam. Memang syok tau, sebelum ni pegi siang. Haiwan yang aktif waktu malam, langsung tak nampak batang hidung. 

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari

Zoo Taiping Night Safari
Taiping Night Safari


Tapi hari ni, haiwan yang aktif malam kemain aktifnya. Luth seronok tengok haiwan malam malam ni. Sebelum tu, aku nak terangkan serba sedikit sejarah Zoo Taiping ini ye. Mungkin ada di antara pembaca aku ni belum pernah pergi lagi kan. Mehlah baca dulu.

Zoo Taiping ni lebih popular dengan Night Safari, ini kerana ia adalah satu-satunya zoo yang dibuka untuk pengunjung pada waktu malam. Zoo ini juga merupakan zoo yang tertua dan paling besar di Malaysia. Ia dibuka selepas Malaysia merdeka dan mempunyai lebih daripada 1300 haiwan dan keluasannya 130 ekar. Besar kan? 

Aku sendiri pun seronok ke zoo ini sebabnya kawasan untuk haiwan berkeliaran tu besar sangat berbanding dengan zoo Johor dan zoo negara. Dalam zoo ni pun kawasan paya, sungai memang dah semulajadi jadi menampakkan dan merasai macam ke dalam hutan. Waktu aku masuk tu, aku berpeluang melihat sendiri ikan Arapaima. Besar tau! Ikan ini adalah sejenis ikan air tawar paling terbesar di dunia. 


Zoo Taiping Night Safari

Zoo Taiping Night Safari

Kat dalam night safari zoo taiping ini, guide akan membawa korang lihat satu persatu haiwan yang aktif pada waktu malam. Night safari ni pengunjung dilarang untuk berjalan kaki ya. Scary nak jalan tau.  So jangan risau, pihak zoo dah siapkan pengangkutan untuk korang. Free ye pengangkutan ni. Dah include dlm tiket terus. 

Jadi, korang akan tengok macam macam jenis haiwan. Dari yang kecil sehinggalah yang besar, mesti korang teruja dan seronok. Macam kita pergi lawatan sambil belajar pula. Ibu bapa yang ada anak kecil ni aku memang rekomen untuk korang datang ke zoo taiping & night safari ni. Inilah pengalaman menarik yang perlu korang kongsi dengan anak-anak. Bukan selalu kan. 

Kemudahan tandas dan surau pun dah disediakan. Tandas bersih dan surau pun elok dan nyaman. Jangan risau okay! Di larang bawa lampu suluh dan kamera yg berflashlight tinggi tau semasa Night Safari. Tour guide nanti dah siap tunjuk dan suluhkan haiwan untuk korang. So, please senangkan pihak zoo okay! Nak tahu harga tak? In shaa Allah mampu bawalah anak anak melawat tengok haiwan.

Zoo Taiping Night Safari
Zoo Taiping Night Safari
harga tiket



Tiket Zoo Taiping

1) Zoo Taiping (8.30am - 6.00pm)

a. RM8.00 (kanak-kanak 3-12 thun) 
b. RM16.00 (dewasa) 
c. RM8.00 (warga emas 60 tahun ke atas) 

2) Night Safari (8.00pm - 11.00pm)

a. RM10.00 (kanak-kanak 3-12 thun) 
b. RM20.00 (dewasa) 
c. RM8.00 (warga emas 60 tahun ke atas)

Zoo Taiping Online

Kalau nak beli secara online, boleh terus layari laman web ini ye --- Zoo Taiping Online. Korang booking je terus kat dalam tu. Senang je kan, klik klik terus bayar. 

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook Kat PAGE tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak rasai pengalaman ke Zoo Taiping Night Safari, Perak.



Satu lagi yang bestnya, untuk korang yang memang warga Larut Matang, Selama dan Kerian, korang akan dapat potongan harga sebanyak 20% ye. Untuk pengunjung yang lebih daripada 20 orang, korang pun akan mendapat potongan harga sebanyak 20% manakala 30% untuk warga sekolah yang mempunyai surat rasmi sekolah.

Pengunjung perlu menunjukkan pengenalan diri yang sah ketika pembelian tiket dibuat. Tiket percuma akan ditawarkan kepada kanak-kanak bawah 3 tahun sahaja. Puas hati kan nak bawak anak anak datang ke sini. 

Untuk maklumat lebih lanjut:

Email: zootaiping@zootaiping.gov.my
No telefon: 05-8086577/05-8041045
Whatsapp: 0194815351
 

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama