Assalammualaikum & hello there!

TEMPAT TENGOK KAPAL TERBANG KLIA, RUGI TAK SINGGAH | Selamat berpuasa untuk hari ke 12. How's your day? Did your fasting is well? Bulan puasa ni memang kita kena jaga kesihatan jugak, berbuka dengan makanan yang seimbang, jangan berbuka dengan minum air yang banyak tau. Balancekan dengan makanan okay.

Hari ni berkesempatan lepak di kawasan KLIA2 tapi bukan didalam KLIA2 tu  tau, buat apa duduk dalam kalau bukan nak flight kan? Memang idok ler teman.

Aku rasa ramai je yang dah tahu tempat tengok kapal terbang ni kan? Tetapi mana yang tak tahu tu tak apa. Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak datang kat kawasan ni. Macam aku ni, aku dari Lukut, PD akan lalu di kawasan Sepang. Aku ambil masa setengah jam dari rumah aku untuk sampai di situ. 

Kadang orang dah bosan dengan pantai, mesti nak tengok tempat lepak baru, betul tak? Apatah lagi viewnya teramat cantik, no wonderlah ramai yang datang kat sini. Aku rasa kalau bawak budak budak kecik lagi teruja nak pergi tempat tengok kapal terbang. Ni lah salah satu usaha nak happykan anak even tak mampu nak terbang bersama dengan diorang.


#1 How to go here?

Korang waze je "JALAN PEKELILING KLIA2", waze ni akan hantar korang betul betul di tempat Randezvous Point KLIA2, tapi korang jangan risau memang akan ramai & banyak kereta will be park on tepi jalan. Easy right? 

Sebenarnya ada dua jalan, korang boleh guna laluan Jalan Pekeliling atau Jalan yang berhampiran TUNE HOTEL, tapi aku rasa laluan tu quite pening sikit sebabnya memang akan terlajak ke balai ketibaan, dah nanti ke pusing semula. Better waze je Jalan Pekeliling.

Tak pun, korang boleh coordinate kat google map ni, confirm sampai tepat di tempat lepak ni. 
Lokasi : 2°42'34.9"N 101°43'13.0"E




#2 Waktu apa yang sesuai untuk lepak? 

Of courselah diwaktu petang kan? I think around 4pm until 7pm, tadi pun aku gerak dari rumah jam 4.30pm, dalam jam 5 pm dah sampai kat tempat lepak ni. Tak jauh mana pun kalau dari area PD. Boleh je bawak kanak-kanak, diorang mesti lagi excited. Aku sendiri pun jakun gila padahal selalu je naik flight. Tak pun bawak je sedara mara yang datang rumah kita ke sini.

Bukan selalu kan jalan jalan kat tempat tengok kapal terbang macam ni? Seriouslay memang ngam-ngam atas kepala kita tau kapal terbang tu. Aku jumpa Turkish Airline, Lion Air, Mas, Air Asia eh memang banyaklah. Kapal terbang ni akan mendarat tiap 2-5 minit, korang akan nampak cahaya lampu dari langit makin dekat dengan korang. Masa tu get ready ler camera and everything. Its time to capture a greatfull moment.

Check point ini untuk kapal terbang arrival je tau bukan departure, kalau nak view kapal terbang departure, boleh pergi di jalan yang sama jugak. Do not worries, mesti orang ramai yang lepak.



Ha, korang jumpa tak? Masa aku datang ni, mula mula tak ramai tapi dekat dekat nak berbuka tu ramai pulak orang. Seronok tau setiap 2-5minit mesti lalu kapal terbang. Tak putus putus pun kapal terbang ni mendarat.

Aku harap dengan perkongsian ni akan memudahkan perjalanan korang ke sini. In syaa Allah akan sampai dengan jayanya. Amin.