Grand AlMizan Sajikan Buffet Makan Besar Ramadan

Grand AlMizan menghidangkan lebih daripada 100 jenis hidangan untuk buffet ramadhan 2023 yang tidak lama lagi akan muncul tiba. Mesti ada dikalangan anda yang mencari tempat berbuka puasa dengan harga bawah RM100, betul tak? 

Baru-baru ini aku berpeluang untuk merasai preview buffet ramadhan mereka. Memandangkan tahun lepas aku pernah berbuka puasa di sini, jadi aku agak teruja untuk hadir lagi. Aku lebih suka buffet yang menyediakan lauk-lauk kampung. Memang kenalah dengan tekak aku. Ditambah pula dengan harga yang lumayan berpatutan.

Grand AlMizan Sajikan Buffet Makan Besar Ramadan

Grand AlMizan
Grand AlMizan



Bertemakan 'Buffet Makan Besar' pastinya menghidangkan pelbagai jenis hidangan dan citarasa sepanjang ramadhan nanti. 3 main course mereka juga akan bergilir-gilir di setiap minggu. Puas hati juga kalau menunya bertukar-tukar, tak ada lah boring asyik menu yang sama.

Ramai juga yang tertanya-tanya, dimana letaknya Grand AlMizan ni, sebabnya rata-rata ada confious tempat ni. Restoran ni betul betul tepi highway Danga Bay dan berhadapan dengan Aeon Danga Bay shopping mall. Nak lagi mudah, anda boleh waze ke Avenue M.

Menu Buffet Makan Besar Ramadan


Bagi aku nak mudah parking di ruang legar parking Avenue M atau sebelah restoran tu sendiri lagi mudah. Nak parking di bawah kemudian naik lift pun boleh, parkingnya lagi luas sedikit berbanding di atas. Disini juga menyediakan surau yang memudahkan untuk anda solat nanti. 

Antaranya Bubur Lambok Ayam & Daging, Ayam Lemak Cili Padi, Udang Sambal, Ikan Asam Pedas, Braised Tofu with Oyster Sauce, Labu Masak Lemak, Aneka Sambal, Kerabu Mangga, Kerabu Acar Jelatah, Ulam-ulam Kampung dan banyak lagi.

Grand AlMizan
Menu main course



Antara keistimewaan yang ada sudah tentunya apabila para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka dengan persembahan angklong dan beberapa gerai mini yang bakal mereka sajikan.! 

Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Kambing Kuzi Nasi Arab, AlMizan Satay Ayam & Lembu, Otak-otak, Pepes, Johor Station Sup, Mee Kari Nyonya, Mee Rebus, Roti Canai, Roti Bom, Roti Jala dan bermacam-macam lagi.

Anda juga pasti tidak sabar untuk menikmati kelazatan Pisang Goreng, Keledek Goreng, Keladi Goreng, Keropok Lekor, Cucur, Karipap, Spring Roll, Ayam Pandan, Durian Tempura, Rendang Daging, Lemang Ketupat dan Serunding.


Grand AlMizan
Menu Stall








Sungguh 'istimewa' aneka juadah Grand AlMizan yang akan disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Grand AlMizan menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM 88. 

Tawaran istimewa ini bermula pada Februari lalu hingga 13 March 2023. Selepas tempoh tersebut, pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM108 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah.

Jom tempah sekarang!

Grand AlMizan Avenue M


Untuk maklumat tentang buffet, sila hubungi:

BUFFET MAKAN BESAR GRAND AL MIZAN

Lokasi : 16A, Jalan Skudai, Straits View, Johor Bahru, Johor
24 MARCH – 20 APRIL 6.30 PM – 9.30 PM

BELI 15 PERCUMA 1!
Cepat book harga earlybird sebelum 13 MARCH 2023!!!

DEWASA (EARLYBIRD) RM 88 NETT (sebelum 13 MARCH 2023)
DEWASA (NP) RM 108 NETT
SENIOR CITIZEN (60 TAHUN KE ATAS) & KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) RM 58 NETT

BOOK SEKARANG!
WA MIRA- 019 790 0471 

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama