Memaparkan catatan dengan label TEMPAT BEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TEMPAT BEST. Papar semua catatan

19 Ogos 2024

River Cruise Melaka | Tarikan Utama Di Negeri Sang Kancil

River Cruise Melaka | Tarikan Utama Di Negeri Sang Kancil

River Cruise Melaka sudah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang utama di Melaka. Tiap kali aku datang bercuti ke Melaka, aku akan bawa Luth untuk menaiki bot dan menikmati pemandangan sungai Melaka. Cuma, aku tak pernah lagi pergi river cruise ni pada waktu malam. 

Sejarah Kesultanan Melaka bermula ketika kedatangan Parameswara datang ke Melaka pada tahun 1400 hingga 1424. Melaka memperoleh namanya sempena dengan nama pohon tempat Parameswara berteduh.

Sejarah Sungai Melaka

Kini, Melaka digelar sebagai bandaraya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri yang kaya dan penuh dengan sejarah. Sungai Melaka merupakan sungai yang paling penting semasa Kesultanan Melayu Melaka.

river cruise melaka

$ads={2}

Ianya mempunyai nilai sejarah yang unik dan tersendiri. Oleh itu, keputusan kerajaan negeri Melaka, iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri yang mengindahkan Sungai Melaka dan menjadikan destinasi pelancongan serta pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' ini merupakan satu keputusan yang sangat tepat. 

Baca ini: Daytrip Pulau Mersing

Pernah juga suatu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabelkan antara sungai paling tercemar di negara Malaysia. Tetapi, kini kerajaan negeri membangunkan kembali zaman kegemilangan Sungai Melaka. 

Sedikit sebanyak, wajah Sungai Melaka ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan nyatanya, usaha ini tidak sia-sia dan ianya memberikan hasil yang cukup lumayan.

Cara Menuju Ke Destinasi

Untuk ke destinasi, korang boleh menaiki kenderaan sendiri. Bagi korang yang dari Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru, perjalanan mungkin mengambil masa selama 1 jam 50 minit untuk sampai kedua-dua jeti ini, dan ianya bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Korang perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar ke Exit 231 Ayer Keroh. Kadar tol dari plaza tol Skudai ke plaza tol Ayer Keroh adalah RM20.34 sehala.

Ada dua jeti utama yang boleh korang beli tiket iaitu Jeti Dataran Muara Sungai Melaka dan Jeti Taman Rempah. Aku lebih gemar membeli di Jeti Dataran Muara kerana ia dekat sahaja dengan Muzium Samudera dan Menara Taming Sari. 

river cruise melaka
Sumber: Traworld.com

Lebih kurang 5 minit sahaja jika korang berjalan kaki dari arah Muzium Samudera. Tetapi, jika korang menaiki kenderaan sendiri dan mahukan tempat parking yang mudah, korang boleh ke Jeti Taman Rempah.

Baca ini juga: Cuti-Cuti Melaka

Di sana, menyediakan tempat meletakkan kenderaan yang luas dan terjamin keselamatannya. Aku kongsikan alamat dua jeti yang memudahkan korang untuk pergi ke sana.

Jeti Dataran Muara Sungai Melaka
Alamat: 5, Banda Hilir, 75000 Malacca
Waktu Operasi: 9 pagi - 11 malam (setiap hari)

Jeti Taman Rempah
Alamat: Jeti Taman Rempah, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Waktu Operasi: 9 pagi - 11 malam (setiap hari)

Peta Ke River Cruise 

Ada dua kaunter tiket yang boleh korang pergi dan beli di sana iaitu Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Aku kongsikan peta di bawah ni ya.

Jeti Taman Rempah

Jeti Dataran Muara Sungai Melaka


Harga Tiket

Bagi memelihara dan membangunkan tarikan utama ini, River Cruise Melaka mengenakan bayaran tiket kepada setiap pengunjung yang hadir. Jika korang nak beli tiket river cruise melaka secara online, boleh ke laman web River Cruise Melaka. 

river cruise melaka
Sumber: https://urijahct.blogspot.com/

Pastikan juga untuk membawa MyKad ketika membeli tiket bot ya, supaya korang boleh dapat harga untuk orang tempatan. 

1. Warganegara (Pemegang MyKad)
  • Dewasa (12 tahun ke atas) - RM25
  • Kanak-kanak (2 - 12 tahun) - RM15'
  • Kanak-kanak (bawah 2 tahun) - Percuma
  • OKU Dewasa - RM15
  • OKU Kanak-kanak - RM10
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM20
  • Super Gold Warga Emas (70 tahun ke atas) - RM10
  • Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM20
  • Penyewaan Bot (40 penumpang) - RM1100

2. Bukan Warganegara
  • Pelancong Dewasa (12 tahun ke atas) - RM30
  • Pelancong Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM25

3. 1 Hari Unlimited Ride (Pit-Stop Pakej untuk Pemegang MyKad)
  • Pelancong Dewasa TEMPATAN (12 tahun ke atas) - RM40
  • Pelancong Kanak-kanak TEMPATAN (Bawah 12 tahun) - RM25
  • Warga Emas Malaysia (60 tahun ke atas) - RM30
  • Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad Pelajar disertakan) - RM30
  • Pelancong LUARNEGARA Dewasa (12 tahun ke atas) - RM50
  • Pelancong LUARNEGARA Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM40
River Cruise Melaka
Sumber: melakarivercruise.my


Laluan Perjalanan Bot

Semasa korang melalui Sungai Melaka, korang akan diperlihatkan sejarah dan warisan Melaka yang amat kaya dengan keindahan nuansa kontempori di sepanjang sungai. 

Jadi, ketika korang naiki bot dan korang akan nikmati pemandangan yang mengujakan seperti:
  • Bangunan Merah
  • Stadthuys
  • Jonker Street
  • Mural
  • Kincir Air
  • Gereja St. Francis Xavier (Seni bina yang neo-gothik yang dibina semasa zaman penjajahan Portugis.)
  • Kampung Morten (Kampung Melayu tertua di Malaysia, di mana penghormatan diberikan kepada aspek seni bina Melayu, sambil mengekalkan budaya dan cara hidup mereka.)
  • Bastion Middleburg
  • Bangunan Pra-Perang
  • Panggung Bangsawan
  • Masjid Kampung Hulu
  • Eye on Melaka
  • Air Pancut Berirama (waktu malam sahaja)
  • Laluan Melaka
River Cruise Melaka
Sumber: melakarivercruise.my

Jangan lupa untuk memberikan tumpuan kepada jambatan yang menarik di sepanjang Sungai Melaka:
  • Jambatan Tan Kim Seng (1862) - Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.
  • Jambatan Chan Koon Cheng (1908) - Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.
  • Jambatan Kg. Jawa (1714) - Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).
  • Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an) - Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis. 
  • Jambatan Old Bus Station - Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan. 
  • Jambatan Hang Jebat - (dibina semula pada 2008) Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.

Tarikan di River Cruise Melaka

Kini, Sungai Melaka telah dilebarkan dan alat mekanikal telah dipasang untuk mengawal kedalaman air. Ideanya adalah untuk menjadikan sungai bebas dari pencemaran dan membuka jalan pejalan kaki menuju kesempurnaan.

Antara tempat menarik lain yang berdekatan dengan River Cruise Melaka adalah seperti:

  • Menara Taming Sari
  • Muzium Samudera
  • Jonker Walk
  • Muzium Maritim
  • Bukit St Paul (A Famosa)
  • Dataran Pahlawan Mall
  • Mahkota Parade Shopping Mall
  • Christ Church Melaka
  • The Stadthuys
  • Istana Museum Melaka
River cruise melaka
Sumber: Awani.com


Kesimpulan

Kalau korang berkunjung Melaka, jangan lupa untuk singgah ke River Cruise Melaka dan rasai sendiri pengalaman menyelusuri Sungai Melaka yang penuh dengan sejarah ini. 

Semoga perkongsian River Cruise Melaka ini dapat memudahkan korang untuk berkunjung ke Melaka, semoga bermanfaat.








6 Julai 2024

Gerbang Laut Pulau Mawar Mersing Cukup Memukau

Gerbang Laut Pulau Mawar Mersing Cukup Memukau

Gerbang laut Pulau Mawar Mersing dah jadi tumpuan untuk pencinta photograph. Minggu lepas, sempatlah aku ke sini, bertiga dengan suami dan anak. Dalam tahun ni juga, ada kes seorang remaja lelaki hilang di dalam Pulau Mawar dan sehingga kini masih tak jumpa lagi.

Aku nasihatkan sebelum nak masuk dalam ni, tolong cari guide dulu dan jangan masuk sorang-sorang! Kita tak nak kejadian yang sama berulang lagi. Make sure tanya dekat kaunter depan sekali sebelum masuk tu, ada tak guide untuk tolong bawa ke Pulau Mawar. Aku sertakan sekali no telefon guide tu ya, bayaran cuma seorang RM10 sahaja. 

Pulau Mawar




Aku datang dah lewat sebenarnya, waktu sesuai datang dalam jam 3 petang macam tu dan air kena surut dulu tau. Kalau air pasang, memang tak boleh pergi ke Pulau Mawar sebabnya pulau ni bersambung dengan daratan. 

Cara Ke Pulau Mawar


Pulau Mawar ni tak lah terkenal macam Pulau Rawa tapi kalau korang berkunjung ke Mersing, bolehlah datang ke pulau ni. Pulau ni berada di mukim Penyabong dan jaraknya lebih kurang 30 minit dari bandar Mersing. 

Cuma baru-baru ni jadi bualan hangat disebabkan kes hilangnya seorang lelaki dan pulau ni tutup selama 3 bulan dan kini telah beroperasi kembali.

Pulau Mawar

Aku suka ke sini sebabnya tempat ni tidaklah padat dan lebih privasi daripada pengunjung. Nak masuk sini, kena bayar RM10 per orang ya. Kena bayar dulu dekat pondok depan sekali sebelum masuk pulau. Bayaran ni bagi menjaga kebersihan dan kelestarian pulau ni. 

Pulau ni sangat mudah diakses tak sama macam kebanyakan pulau terkenal yang lain di Mersing. Sebabnya, tiada permit diperlukan untuk memasuki kawasan pulau, tidak perlu menaiki bot dan korang hanya perlu berjalan untuk sampai ke sini.

Pulau Mawar




Aktiviti Menarik

Disebabkan masa aku datang tu, air dah nak pasang dan aku tak sempat nak teroka kesemua tempat menarik di dalam Pulau Mawar. Aku cuma sempat ke Gerbang Laut sahaja. Kalau cukup masa, aku boleh ke Batu Tingkap, Batu Kristal, Batu Rahsia, Batu Mawar dan macam-macam lagi. 

Gerbang Laut aje dah cukup cantik, belum lagi ke tempat lain. Gerbang Laut ni terbayang seperti Heaven's Gate gua gitulah. Pernahlah Gerbang Laut ni viral kan? Cuba korang search kat tiktok, memang cantik tempatnya. Korang kena jalan kaki dari Taman Rhu ke Pulau Mawar ni, penat sikitlah tapi bila sampai situ, confirm puas hati!

Pulau Mawar

Seelok-eloknya kena ada tour guide supaya korang tak sesat dan ada tour guide ni boleh pantau dan bagi tahu korang bila air pasang dan surut agar korang tak terperangkap dalam pulau ni. Sambil berjalan kaki tu, korang boleh snap gambar di kawasan pokok bakau. Memang cantik tau! Masa nilah nak buat video healing tu ha.

Pulau mawar

Selain itu, korang juga berkelah dan berkhemah di Taman Rhu, kat sini tak boleh bermalam tau. Hanya sampai jam 7 petang sahaja. Kalau tak sempat nak berkhemah, jangan risau korang boleh bermalam di chalet yang berdekatan. 

Tandas, kerusi dan meja rehat ada disediakan di sini. Kalau nak mandi manda kat sini, korang dah tak perlu risau dengan kemudahan asas, ada disediakan kat sini. Cuma makanan sahajalah tak ada yang jual lagi, make sure juga sebelum balik korang kena kemas sampah sarap yang korang bawa dan buang di pintu masuk. 

Pulau Mawar

Lokasi Pulau


Kesimpulan 

Bagi korang yang tengah mencari destinasi percutian yang tenang, indah, dan nak healing serta menyatukan diri dengan alam semula jadi, Pulau Mawar Mersing adalah pilihan yang sempurna. Dengan pantai yang menakjubkan, kehidupan bawah laut yang pelbagai, dan budaya tempatan yang kaya, pulau ini menawarkan pengalaman yang sukar ditandingi. 

Jadi, apabila merancang perjalanan korang berikutnya, pertimbangkanlah untuk datang ke Pulau Mawar Mersing sebagai destinasi percutian korang. Ia adalah tempat yang mengajak korang menikmati keindahan alam semula jadi Malaysia dalam suasana yang damai dan membebaskan.










26 Jun 2024

Pantai Air Papan Mersing Keindahan Alam Semulajadi di Johor

Pantai Air Papan Mersing Keindahan Alam Semulajadi di Johor

Siapa yang pernah datang ke Pantai Air Papan Mersing, mesti sudah sinonim dengan nama pantai ni. Malaysia terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, dan salah satu yang paling menarik perhatian adalah Pantai Air Papan di Mersing, Johor. 

Terletak di pesisir timur Semenanjung Malaysia, pantai ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan, air laut yang jernih, serta suasana yang damai dan tenang. 

Artikel ini akan membawa anda mengenali keindahan dan daya tarikan Pantai Air Papan secara lebih mendalam.

Pantai Air Papan Mersing


Lokasi dan Akses

Pantai ini terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing, Johor. Pantai ini boleh diakses dengan mudah melalui jalan darat. Jika anda memandu dari Johor Bahru, perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam setengah. 

Untuk pelancong yang datang dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa sekitar lima jam dengan kereta. Alternatifnya, anda juga boleh menaiki bas atau teksi dari Mersing untuk sampai ke pantai ini.

Keindahan Semulajadi

Pantai ini juga terkenal dengan pantai pasir putih yang luas dan air laut yang biru jernih. Ia adalah tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menikmati keindahan semulajadi. 

Pemandangan matahari terbenam di sini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan, dengan warna-warna langit yang berubah menjadi jingga dan merah ketika matahari perlahan-lahan tenggelam di kaki langit.

Aktiviti di Pantai Air Papan

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Air Papan, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk pelancong yang mencari pengalaman yang berbeza.

1. Bersantai dan Berjemur: Salah satu aktiviti utama di pantai ini adalah bersantai di bawah sinaran matahari. Anda boleh membawa tikar atau kerusi pantai dan menghabiskan masa berjemur sambil mendengar deruan ombak.

2. Mandi Laut dan Berenang: Air laut yang jernih dan tenang menjadikan pantai ini sesuai untuk mandi dan berenang. Pengunjung boleh menikmati kesegaran air laut yang bersih dan menyegarkan.

Pantai Air Papan Mersing


3. Bermain Sukan Pantai: Pantai Air Papan juga merupakan tempat yang baik untuk bermain sukan pantai seperti bola tampar pantai dan sepak takraw. Kawasan pantai yang luas memberikan ruang yang cukup untuk aktiviti-aktiviti ini.


4. Menyusuri Pantai: Bagi mereka yang suka berjalan kaki, menyusuri pantai adalah aktiviti yang menenangkan. Anda boleh berjalan di sepanjang pantai sambil menikmati pemandangan laut dan mendengar bunyi ombak yang memukul pantai.


5. Memancing: Bagi penggemar memancing, Pantai Air Papan adalah tempat yang ideal. Anda boleh memancing dari tepi pantai atau menyewa bot untuk memancing di tengah laut.


6. Berkelah: Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat kawasan berkelah yang disediakan dengan tempat duduk dan meja, serta kemudahan BBQ.


Penginapan di Sekitar Pantai Air Papan

Untuk pelancong yang ingin menghabiskan lebih banyak masa di Pantai Air Papan, terdapat pelbagai pilihan penginapan yang boleh dipilih. Antaranya:


1. Chalet dan Resort: Terdapat beberapa chalet dan resort berhampiran pantai yang menawarkan penginapan yang selesa dengan pemandangan laut. Beberapa tempat yang popular termasuk Chalet Air Papan dan Seri Malaysia Mersing Resort.


2. Homestay: Bagi yang mencari pengalaman yang lebih unik, homestay di kampung-kampung berhampiran juga adalah pilihan yang baik. Ini membolehkan pelancong merasai kehidupan masyarakat tempatan.


Pantai Air Papan Mersing


3. Kemudahan Perkhemahan: Bagi penggemar alam semula jadi, terdapat juga kemudahan perkhemahan di pantai ini. Anda boleh memasang khemah dan menikmati pengalaman bermalam di bawah bintang-bintang.


Tempat Menarik Berhampiran Pantai Air Papan

Selain menikmati keindahan pantai ini, terdapat juga beberapa tempat menarik lain yang boleh dikunjungi di sekitar Mersing:


1. Taman Negara Endau-Rompin: Taman negara ini adalah salah satu hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia menawarkan pelbagai aktiviti seperti trekking, berkhemah, dan melihat flora dan fauna yang unik.


2. Pulau Tioman: Terletak tidak jauh dari Mersing, Pulau Tioman adalah destinasi popular untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. Pulau ini terkenal dengan keindahan terumbu karangnya dan kehidupan laut yang pelbagai.


3. Pantai Teluk Buih: Pantai ini juga merupakan satu lagi destinasi menarik di Mersing. Ia terkenal dengan air laut yang tenang dan pantai yang bersih.


Kebersihan dan Keselamatan

Pantai ini terkenal dengan kebersihannya. Pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat sentiasa memastikan bahawa pantai ini bebas dari sampah dan selamat untuk pengunjung. Terdapat papan tanda dan petunjuk keselamatan yang diletakkan di sepanjang pantai untuk memastikan keselamatan pengunjung.


Kesimpulan

Pantai Air Papan di Mersing adalah destinasi yang ideal untuk mereka yang mencari ketenangan dan keindahan semulajadi. 


Dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, kemudahan penginapan yang selesa, dan keindahan alam yang memukau, pantai ini adalah tempat yang sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Pantai Air Papan dan mengalami sendiri keajaiban alam semulajadi yang ditawarkan oleh pantai ini. Selamat bercuti!

22 Jun 2024

Apa Yang Menarik di Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Apa Yang Menarik di Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Pantai Cahaya Bulan adalah tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan harian dan menikmati keindahan alam Malaysia. Dengan pantai yang cantik, aktiviti yang pelbagai, makanan yang lezat, dan budaya yang kaya, pantai ini pasti akan memenuhi jangkaan pelancong yang mencari ketenangan dan kedamaian.

Pantai Cahaya Bulan, yang juga dikenal sebagai PCB, sebelum ini lebih dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Dahulu, kawasan pantai ini dijadikan tempat pendaratan orang Jepun yang datang menyerang tentera British pada 8 Disember 1941.

PCB ini menawarkan pengalaman yang indah dan menenangkan untuk pelancong yang mencari tempat percutian pantai yang sempurna. Kalau datang petang nak lepak-lepak, nak relax dan nak makan tepi pantai memang tempat nilah yang ramai cuma pantai ni taklah sebesar Pantai Irama, Bachok. 

Keindahan Alam Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan menghadap ke Laut China Selatan dan mempunyai garis pantai yang panjang dan landai, yang menjadikannya tempat yang ideal untuk berjalan-jalan, berjemur, dan bermain di tepi pantai. 

Pantai Cahaya Bulan

$ads={1}

PCB juga terkenal dengan pasir putih yang halus dan bersih, yang memanggil pengunjung untuk bersantai sambil menikmati matahari. Pantai ini juga dikelilingi oleh bukit pasir yang indah, menawarkan pemandangan yang menakjubkan ke Laut China Selatan. 

Suasana tenang dan kedamaian di pantai ini menjadikannya destinasi yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati keindahan alam.

Baca sini: River Cruise Melaka

Aktiviti yang Menarik

Pantai Cahaya Bulan menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk pelancong dari semua peringkat usia. Beberapa aktiviti yang popular di pantai ini termasuk:

1. Berjemur dan Berenang: Pantai PCB adalah tempat yang ideal untuk berjemur dan berenang. Pelancong boleh menikmati matahari sepanjang hari dan kemudian berenang di air laut yang tenang dan jernih. Pantai ini juga mempunyai penjaga pantai untuk memastikan keselamatan pengunjung.

2. Bermain Pantai: Pantai ini adalah tempat yang sempurna untuk bermain pasir. Kanak-kanak boleh membuat istana pasir, bermain layang-layang atau bermain bola pantai di pasir putih yang lembut.

3. Aktiviti Air: Pantai Cahaya Bulan juga menawarkan pelbagai aktiviti air seperti kayaking, snorkeling, dan jet ski. Pengunjung yang mencari pengalaman yang lebih mencabar boleh menyewa peralatan di sekitar pantai.

4. Melawat Hutan Bakau: Sekiranya korang mencari pengalaman alam semulajadi yang unik, korang boleh melawat hutan bakau di sekitar pantai. Terdapat jalan setapak yang membolehkan korang menjelajahi keindahan alam hutan bakau.

5. Mengamati Senja: PCB adalah tempat yang indah untuk menikmati senja yang menakjubkan. Korang boleh menikmati pemandangan matahari terbenam di atas Laut China Selatan yang memukau.

Makanan Tempatan yang Menggugah Selera

Selain keindahan pantai, PCB juga menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan yang menggugah selera. Apa yang aku ingat semasa aku ke PCB ni, korang akan melalui banyak kawasan perkampungan seperti Kampung Banggo, Kampung Kijang dan Pengkalan Chepa. 

Mata korang juga akan dijamu dengan pemandangan kedai-kedai yang menjual batik, songket dan banyak lagi yang sinonim dengan negeri ini. Bukan setakat barang kraf tangan, terdapat banyak warung dan restoran pantai yang menyajikan hidangan laut segar dan makanan Melayu yang sedap dan lazat. 

Korang boleh mencuba hidangan seperti nasi kerabu, nasi dagang, dan ikan bakar yang lazat. Jangan lupa mencuba kuih-muih tradisional seperti kuih akok dan kuih keria yang pasti akan memanjakan lidah korang.

Pantai Cahaya Bulan

$ads={2}

Kalau nak cuba makanan panas pun kat PCB sudah tersedia, tinggal pilih aje mana yang korang nak makan. Antara makanan yang korang boleh cuba adalah colek, bebola ikan, keropok, aneka makanan laut celup tepung dan banyak lagi! Pandai-pandailah korang pilih nanti.

Tempat Penginapan yang Pelbagai

Pantai Cahaya Bulan juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk pelancong. Terdapat resort mewah yang menghadap langsung ke pantai, motel yang lebih berpatutan, dan homestay yang mesra keluarga. Pengunjung boleh memilih penginapan yang sesuai dengan bajet dan keperluan korang.

Antara penginapan yang berdekatan dengan PCB ni ialah:

  • Home Beach Village Resort, 
  • Perdana Resort 
  • PCB Resort
  • Nurul Eki Heritage Hotel 

Cara Ke Pantai Cahaya Bulan

PCB terletak di dalam bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Korang boleh datang ke Kota Bharu dengan penerbangan domestik atau melalui perjalanan darat dari bandar-bandar utama di Malaysia.

Baca sini: Taman Tasik Titiwangsa  

Setelah sampai di Kota Bharu, korang boleh mengambil teksi atau sewa kereta untuk pergi ke PCB, yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandar. Jika berkenderaan sendiri, boleh melalui Route 223 / Jalan Pantai Cahaya Bulan dan menuju ke Jalan Kuala Besar / D101.

Alamat: Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan


$ads={2}

Tips untuk Melawat PCB

1. Pastikan korang membawa pakaian pantai seperti baju renang, topi, dan kacamata hitam.

2. Jangan lupa membawa pelindung matahari seperti krim matahari untuk melindungi kulit korang dari sinaran UV.

3. Bawa air minum yang mencukupi, terutamanya jika korang merancang untuk berada di pantai sepanjang hari.

4. Sekiranya korang merancang untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling atau kayaking, pastikan anda menyewa peralatan yang sesuai di pantai.

5. Hormati alam semulajadi pantai ini dengan tidak meninggalkan sampah dan menjaga kebersihan pantai.

Tempat Menarik Lain Sekitar PCB

Inilah beberapa tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi di sekitar PCB untuk melengkapkan pengalaman pelancongan korang di Kelantan. Setiap tempat ini menawarkan tarikan yang unik dan berbeza, menjadikan PCB sebagai pangkalan yang hebat untuk menjelajahi keindahan dan kebudayaan kawasan ini.

Baca sini: Tempat Menarik Ipoh

Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi di sekitar Pantai PCB:

1. Muzium Nelayan PCB: Muzium ini adalah tempat yang menarik untuk memahami sejarah dan budaya nelayan di kawasan PCB. Anda dapat melihat pameran yang menggambarkan alat tangkap ikan tradisional, perahu nelayan, dan sejarah pesisir pantai.

2. Kampung Kraftangan: Kampung ini adalah pusat seni dan kraf tempatan di mana anda boleh melihat pengrajin tempatan membuat barang-barang kraf seperti songket, tenunan tangan, dan seni ukiran kayu. Anda juga boleh membeli oleh-oleh tangan yang unik di sini.

3. Pusat Konservasi Penyu PCB: PCB merupakan lokasi penyu yang penting di Malaysia. Di pusat konservasi ini, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyu dan usaha-usaha untuk melindungi mereka. Terdapat juga peluang untuk mengamati penyu bertelur pada waktu yang sesuai.

4. Muzium Negeri Kelantan: Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan budaya negeri Kelantan, muzium ini adalah tempat yang sesuai. Ia memaparkan koleksi yang mencakupi seni, budaya tradisional, dan warisan negeri Kelantan.

5. Gunung Stong State Park: Tidak jauh dari PCB, terdapat Gunung Stong yang menawarkan aktiviti pendakian dan trekking. Ia adalah destinasi yang sesuai untuk pencinta alam yang ingin menjelajahi hutan hujan tropika dan air terjun yang menakjubkan.

6. Kuil Seri Dewi Annapurna: Kuil Hindu ini terletak berdekatan dengan PCB dan merupakan tempat pemujaan bagi penganut Hindu tempatan. Kuil ini adalah contoh yang menarik tentang kepelbagaian budaya di Kelantan.

Kesimpulan

Pantai Cahaya Bulan bukan sahaja menjadi permata negeri Kelantan tetapi juga salah satu destinasi pantai yang paling menarik di Malaysia. Keindahan alam semulajadi pantai ini, pantai yang landai, dan hutan bakau yang hijau menjadikannya tempat yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan seharian.

Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, seperti berjemur, berenang, dan menikmati makanan tempatan yang lazat, PCB mempunyai daya tarikan yang sukar untuk dilupakan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua.  

18 Jun 2024

Taman Tasik Taiping, Taman Tertua di Malaysia

Taman Tasik Taiping, Taman Tertua di Malaysia

Taman Tasik Taiping dah jadi satu tempat persinggahan setiap kali balik kampung. Aku sendiri suka dengan suasana di kawasan tasik ni. Dulu pernah datang sini, masa tu aku ikut rombongan sekolah tapi itulah tak sangka pulak berjodoh dengan orang di kawasan tasik ni. 

Bila datang je Taiping, aku terpesona dengan keindahan bangunan lama yang ada di pekan Taiping. Rasa macam berada di zaman dulu, memang patutlah bandar Taiping dinobatkan sebagai 'Bandar Paling Bahagia Tahun 2019'.

Baca ini: Night Safari Zoo Taiping


Selain itu, bandar Taiping juga dikenali sebagai Bandar Warisan kerana menyimpan banyak warisan sejarah di sini, antaranya muzium, penjara dan landasan keretapi pertama di Malaysia.

Taman Tasik Taiping, Taman Tertua di Malaysia

Biasanya lepas jam 3, mesti ramai pengunjung yang datang. Kat sini juga, tiap kali datang mesti ramai pengantin yang photoshoot gambar kahwin. Background nature memang cantik bila bergambar. 

Bila bawa anak kecil, korang kenalah hati-hati sikit sebabnya taman tasik ni menyediakan sewaan basikal. Jadi, kita tak naklah anak cedera bila beriadah disini. 

Sebelum tu, tahu tak sejarah taman tasik ni? Teruskan baca di bawah ni ya. 

Sejarah Taman Tasik Taiping

Mungkin ada yang belum tahu sejarah Taman Tasik Taiping ni. Sebenarnya, tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia dan telah berusia lebih dari 130 tahun. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. 

Baca ini juga : Tempat Menarik di Taiping

Jadi apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Kirannya dah beratus tahun jugalah tasik Taiping ni.

Taman Tasik Taiping
Port yang cantik untuk bergambar

$ads={1}


Lagi satu, pembangunan ditasik ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan untuk kawasan tasik Taiping.

Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya. Itulah yang nampak vibes healing tau bila datang kat sini.

Aktiviti Menarik di Taman Tasik Taiping

Selain menjadi tempat untuk berkelah dan rekreasi, korang juga boleh buat beberapa aktiviti yang menarik di sekitar Taman Tasik Taiping. Antara aktiviti yang korang boleh buat ialah:

Taman Tasik Taiping
Cantik tak pemandangan?

$ads={2}

1. Port Lawa Untuk Bergambar

Taman tasik ini sentiasa menerima kunjungan pengunjung samaada pada hari bekerja mahupun semasa hujung minggu dan juga cuti umum. Suasana di sini bukan sahaja tenang malah banyak port lawa untuk bergambar.

Port untuk gambar di sini memang cantik-cantik. Rimbunan pokok-pokok yang menyebabkan kawasan tasik ni jad cantik bila bergambar. Untuk pengetahuan, pokok disini sudah berusia lebih 100 tahun tau! Lama juga tu, Alhamdullilah masih kukuh berdiri lagi. 

2. Taman Permainan Kanak-Kanak

Selain port gambar, di taman tasik ini juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Pastinya anak anak akan seronok bila datang ke tasik ni. Dengan suasana dan pemandangan yang indah, akan membuatkan anak teruja untuk melakukan aktiviti riadah bersama dengan keluarga. 

Dinasihatkan juga untuk tidak meninggalkan anak bermain sendiri bagi mengelakkan sebarang kecuaian yang akan berlaku. Pastikan kekal bersama anak ya. 

Taman Tasik Taiping
Sewaan Basikal


3. Perkhidmatan Sewa Bot & Basikal

Apa yang menariknya, di Taman Tasik Taiping ini juga menyediakan perkhidmatan sewa bot untuk mengelilingi tasik. Ada bermacam jenis bentuk bot yang boleh korang naiki, seperti Bot Angsa. Harganya RM12 per bot. Ada pilihan untuk Duck Boat sama ada untuk 2 orang atau 4 orang.

Bolehlah korang pusing-pusing disekitar tasik. Korang bebas untuk berkayuh sendiri dan jangan lupa tau bergambar di signboar Taman Tasik Taiping. Sebelum balik, korang juga boleh menyewa bermacam jenis basikal dengan harga yang berpatutan.

Taman Tasik Taiping
Naik bot angsa dengan anak


Akhir Kata

Kalau anda berkunjung ke Taiping dan tidak tahu nak berjalan kemana, disarankan korang ke Taman Tasik Taiping yang disebutkan kerana korang akan berpuas hati dari suasanan dan perkhidmatan yang ada di sini. 

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan korang untuk berkunjung ke tempat pilihan, semoga bermanfaat. 





28 Mac 2024

Taman Tasik Titiwangsa Tarikan Popular Di Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa Tarikan Popular Di Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai sejarah yang menarik. Pada awalnya, kawasan ini adalah sebuah tasik buatan yang telah dibina pada tahun 1880-an semasa zaman penjajahan British. Tasik ini digunakan untuk menyokong bekalan air minum kepada penduduk Kuala Lumpur pada masa itu.


Selepas itu, pada tahun 1930-an, tasik ini telah diubahsuai dan diberi nama "Taman Tasik Titiwangsa." Projek pengubahsuaian ini juga melibatkan pembinaan jambatan yang menjadi ciri terkenal taman ini, iaitu Jambatan Rakyat.

taman tasik titiwangsa

$ads={1}

Selama bertahun-tahun, Taman Tasik Titiwangsa telah menjadi pusat rekreasi yang sangat popular di Kuala Lumpur. Ia menjadi tempat untuk keluarga berkumpul, aktiviti riadah, dan berjoging. Tambahan pula, pelbagai kemudahan seperti taman permainan, gelanggang tenis, dan tempat makan telah ditambahkan untuk keselesaan pengunjung.

Baca ini: Roti Gardenia

Taman Tasik Titiwangsa juga telah menjadi lokasi pelbagai acara awam dan festival. Ia adalah simbol penting dalam kehidupan bandar Kuala Lumpur dan tetap menjadi destinasi yang disayangi oleh penduduk tempatan dan pelancong.

Cara Menuju ke Destinasi

Apapun pilihan pengangkutan yang anda gunakan, pastikan anda menyusun perjalanan dengan baik supaya anda dapat sampai ke Taman Tasik Titiwangsa dengan mudah dan selesa.  Untuk sampai ke sini, korang boleh gunakan pelbagai cara yang mudah:

1. Kenderaan Sendiri: Jika korang membawa kenderaan sendiri, bolehlah menggunakan aplikasi peta seperti Waze atau Google Maps untuk mencari laluan terbaik ke Taman Tasik Titiwangsa. Terdapat juga tempat letak kereta di kawasan taman ini.

2. Pengangkutan Awam: Korang boleh gunakan LRT (Seksyen 17) atau bas awam yang melalui kawasan Titiwangsa. Dari sana, korang boleh berjalan kaki ke taman ini.

3. Pengangkutan Segera: Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing seperti Grab untuk pergi ke destinasi ini dengan lebih cepat.
  • Alamat: Taman tasik titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 6am - 10pm
Baca sini: Kadar Tol Plus


Peta ke Taman Tasik Titiwangsa


$ads={2}

Aktiviti Menarik

Tasik Titiwangsa menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua orang, dari yang suka bersenam hingga yang suka bersantai. Ia adalah tempat yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau hanya untuk berehat dan bersantai di tengah-tengah kesibukan bandar. 

Aktiviti Menarik di Taman Tasik Titiwangsa:

1. Berjoging atau Berlari - Nikmati udara segar sambil bersenam di sekitar tasik.

2. Memancing - Anda boleh membawa peralatan memancing dan mencuba nasib di tasik.

3. Menaiki Perahu Dayung - Sewa perahu dayung dan nikmati aktiviti menaiki perahu di tasik.

4. Berkeluarga di Taman Permainan - Bawa anak-anak ke taman permainan untuk bermain-main.

5. Berbasikal - Terdapat laluan basikal yang baik untuk bersiar-siar dengan basikal.

6. Melawat Zoo Negara - Zoo Negara terletak berdekatan, jadi anda boleh melawat haiwan-haiwan yang menarik.

7. Bersantai di Padang - Bawa tikar dan bersantailah di padang yang luas.

8. Mengadakan Piknik - Bawa makanan dan makan bersama keluarga atau rakan-rakan di kawasan picnic.

9. Bermain Bola Sepak atau Badminton - Mainkan sukan luar di padang yang sesuai.

10. Mengambil Gambar -  Ambil gambar indah dengan latar belakang tasik dan jambatan yang ikonik.

Baca ini: Berak Berdarah

taman tasik titiwangsa

$ads={2}

Kemudahan Dan Fasiliti Awam

Tasik Titiwangsa ini juga terdapat kemudahan dan khidmat pelawat yang boleh anda gunakan semasa berkunjung. Terdapat tandas awam yang tersedia untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, terdapat juga beberapa kios yang menjual makanan dan minuman, membolehkan anda membeli makanan atau minuman jika anda lapar atau dahaga semasa berada di taman ini. 

Fasiliti tandas dan bilik mandi yang berkualiti adalah sangat penting dalam menyediakan keselesaan kepada pengunjung Tasik Titiwangsa. Dengan pelbagai fasiliti yang tersedia dan dijaga dengan baik, pengunjung dapat dengan lebih senang menjalani aktiviti mereka dengan rasa selesa dan yakin. 

Kebersihan fasiliti ini juga penting dalam memastikan pengalaman pengunjung yang positif. Ia memang menjadikan lawatan ke taman ini lebih memuaskan dan menyenangkan. Jadi, anda boleh merancang lawatan anda ke Taman Tasik Titiwangsa dengan lebih selesa dengan adanya kemudahan dan khidmat pelawat ini.

Kesimpulan

Taman Tasik Titiwangsa adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan destinasi yang popular untuk aktiviti riadah dan rekreasi. Dalam taman ini, terdapat tasik buatan yang besar di tengah-tengahnya, di mana pengunjung boleh menikmati perahu dayung, berjoging, atau bersantai sambil menikmati pemandangan alam semulajadi.

Selain itu, terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti taman permainan untuk kanak-kanak, gelanggang tenis, padang golf mini, dan padang bola sepak. Ia adalah tempat yang sangat sesuai untuk berkeluarga atau berkumpul bersama rakan-rakan.

Taman Tasik Titiwangsa juga mempunyai kawasan picnic yang selesa, di mana anda boleh membawa makanan dan bersantap sambil menikmati udara segar. Selain itu, terdapat juga kios-kios yang menjual makanan tempatan dan minuman.




8 Februari 2024

Your Guide to The Best Budget Hotels in Georgetown, Penang

Your Guide to The Best Budget Hotels in Georgetown, Penang

Penang's Georgetown, a vibrant blend of history and modernity, is a must-visit destination for travelers on a budget. Fear not, fellow wanderers, because we've rounded up the best budget-friendly hotels in this charming city. Let's dive into the cozy comfort and affordability awaiting you in Georgetown.


1. Red Inn Court

Tucked in the heart of Georgetown, Red Inn Court is a budget traveler’s dream. With its colorful and welcoming atmosphere, this guesthouse offers clean and comfy rooms without burning a hole in your pocket. The helpful staff and central location make it a fantastic base for exploring the city’s cultural gems.

hotels in georgetown

2. Tune Hotel Georgetown

If you're all about getting the basics right without breaking the bank, Tune Hotel Georgetown is your go-to. The no-frills approach doesn't compromise on cleanliness and comfort. Plus, its strategic location means you're just a stone's throw away from Georgetown's iconic street art, lively markets, and delicious street food

3. Hutton Lodge

Nestled in a quiet corner, Hutton Lodge combines affordability with a touch of old-world charm. The heritage-style building and cozy rooms create a warm ambiance, and the friendly staff adds a personal touch to your stay. Stroll around and discover Georgetown's historical sites right from your doorstep.

4. Chulia Mansion

Chulia Mansion, located on the famous Chulia Street, is a budget haven with a touch of boutique flair. The rooftop terrace offers stunning views of the city, making it a great spot to unwind after a day of exploration. Clean and modern rooms ensure a comfortable stay, and the location is perfect for food enthusiasts.

5. Kimberley House

For those seeking simplicity without sacrificing comfort, Kimberley House fits the bill. The straightforward yet cozy rooms provide a peaceful retreat in the heart of Georgetown. The budget-friendly rates allow you to allocate your funds to exploring the city's rich cultural and culinary offerings.

hotels in georgetown

6. Ryokan Muntri Boutique Hostel

For those seeking a fusion of budget travel and cultural experience, Ryokan Muntri Boutique Hostel is the place to be. Set in a beautifully restored heritage building, this hostel offers dormitory-style accommodations with a cozy atmosphere. The communal spaces are perfect for mingling with fellow travelers, and the knowledgeable staff can guide you to Georgetown's hidden gems.

7. Old Penang Hotel - Trang Road

Nestled in the heart of Georgetown, Old Penang Hotel on Trang Road is a budget-friendly gem offering simplicity and convenience. The no-frills rooms are clean and comfortable, providing a fuss-free base for exploring the city's historical landmarks, vibrant street art, and delicious local cuisine. The central location allows you to soak in the energy of the city on a budget, making it one of the top choices for best budget hotel in Georgetown, Penang.

8. Reggae Penang Love Lane Hostel

If you're looking for a budget-friendly stay with a laid-back vibe, Reggae Penang Love Lane Hostel is the place to chill. Situated on the famous Love Lane, this hostel offers affordable dormitory-style accommodations. The colorful and lively atmosphere, coupled with the hostel's commitment to sustainability, makes it a favorite among budget-conscious travelers looking for a fun and eco-friendly stay.

In conclusion, Georgetown, Penang, has a plethora of budget-friendly accommodations that make exploring this vibrant city accessible to all. Whether you're drawn to the colorful charm of Red Inn Court or the simplicity of Kimberley House, rest assured that these affordable options in Georgetown will make your stay both pleasant and pocket-friendly. So, pack your bags, embark on a budget-friendly adventure, and soak in the rich culture of Georgetown without breaking the bank.

10 November 2023

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak | Sebenarnya dah lama dah pergi Zoo Taiping & Night Safari ni. Hari ini baru berkesempatan nak menulis blog. Aku cuma review dalam facebook page je, konon nak cepat. Nak menulis pun kena perah idea kan, bukannya senang nak review ni. Dah alang-alang, aku balik kampung suami. 


Baca ini juga: Tempat Tengok Kapal Terbang, Rugi Tak Singgah.

Balik je dari kedai Mee Bandung Mak Jah di Kuala Sepetang, kami terus ke Zoo Taiping. Sebelum ni kami anak beranak, masuk zoo pada waktu siang. Kali ni nak tengok pula haiwan haiwan yang aktif pada waktu malam. Memang syok tau, sebelum ni pegi siang. Haiwan yang aktif waktu malam, langsung tak nampak batang hidung. 

Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari

Zoo Taiping Night Safari
Taiping Night Safari


Tapi hari ni, haiwan yang aktif malam kemain aktifnya. Luth seronok tengok haiwan malam malam ni. Sebelum tu, aku nak terangkan serba sedikit sejarah Zoo Taiping ini ye. Mungkin ada di antara pembaca aku ni belum pernah pergi lagi kan. Mehlah baca dulu.

Zoo Taiping ni lebih popular dengan Night Safari, ini kerana ia adalah satu-satunya zoo yang dibuka untuk pengunjung pada waktu malam. Zoo ini juga merupakan zoo yang tertua dan paling besar di Malaysia. Ia dibuka selepas Malaysia merdeka dan mempunyai lebih daripada 1300 haiwan dan keluasannya 130 ekar. Besar kan? 

Aku sendiri pun seronok ke zoo ini sebabnya kawasan untuk haiwan berkeliaran tu besar sangat berbanding dengan zoo Johor dan zoo negara. Dalam zoo ni pun kawasan paya, sungai memang dah semulajadi jadi menampakkan dan merasai macam ke dalam hutan. Waktu aku masuk tu, aku berpeluang melihat sendiri ikan Arapaima. Besar tau! Ikan ini adalah sejenis ikan air tawar paling terbesar di dunia. 


Zoo Taiping Night Safari

Zoo Taiping Night Safari

Kat dalam night safari zoo taiping ini, guide akan membawa korang lihat satu persatu haiwan yang aktif pada waktu malam. Night safari ni pengunjung dilarang untuk berjalan kaki ya. Scary nak jalan tau.  So jangan risau, pihak zoo dah siapkan pengangkutan untuk korang. Free ye pengangkutan ni. Dah include dlm tiket terus. 

Jadi, korang akan tengok macam macam jenis haiwan. Dari yang kecil sehinggalah yang besar, mesti korang teruja dan seronok. Macam kita pergi lawatan sambil belajar pula. Ibu bapa yang ada anak kecil ni aku memang rekomen untuk korang datang ke zoo taiping & night safari ni. Inilah pengalaman menarik yang perlu korang kongsi dengan anak-anak. Bukan selalu kan. 

Kemudahan tandas dan surau pun dah disediakan. Tandas bersih dan surau pun elok dan nyaman. Jangan risau okay! Di larang bawa lampu suluh dan kamera yg berflashlight tinggi tau semasa Night Safari. Tour guide nanti dah siap tunjuk dan suluhkan haiwan untuk korang. So, please senangkan pihak zoo okay! Nak tahu harga tak? In shaa Allah mampu bawalah anak anak melawat tengok haiwan.

Zoo Taiping Night Safari
Zoo Taiping Night Safari
harga tiket



Tiket Zoo Taiping

1) Zoo Taiping (8.30am - 6.00pm)

a. RM8.00 (kanak-kanak 3-12 thun) 
b. RM16.00 (dewasa) 
c. RM8.00 (warga emas 60 tahun ke atas) 

2) Night Safari (8.00pm - 11.00pm)

a. RM10.00 (kanak-kanak 3-12 thun) 
b. RM20.00 (dewasa) 
c. RM8.00 (warga emas 60 tahun ke atas)

Zoo Taiping Online

Kalau nak beli secara online, boleh terus layari laman web ini ye --- Zoo Taiping Online. Korang booking je terus kat dalam tu. Senang je kan, klik klik terus bayar. 

Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, ko beleklah kat facebook Kat PAGE tu, memang aku letak banyak gambar untuk ko belek, mana tahu ko berkenan nak rasai pengalaman ke Zoo Taiping Night Safari, Perak.



Satu lagi yang bestnya, untuk korang yang memang warga Larut Matang, Selama dan Kerian, korang akan dapat potongan harga sebanyak 20% ye. Untuk pengunjung yang lebih daripada 20 orang, korang pun akan mendapat potongan harga sebanyak 20% manakala 30% untuk warga sekolah yang mempunyai surat rasmi sekolah.

Pengunjung perlu menunjukkan pengenalan diri yang sah ketika pembelian tiket dibuat. Tiket percuma akan ditawarkan kepada kanak-kanak bawah 3 tahun sahaja. Puas hati kan nak bawak anak anak datang ke sini. 

Untuk maklumat lebih lanjut:

Email: zootaiping@zootaiping.gov.my
No telefon: 05-8086577/05-8041045
Whatsapp: 0194815351