Gerbang Laut Pulau Mawar Mersing Cukup Memukau

Gerbang laut Pulau Mawar Mersing dah jadi tumpuan untuk pencinta photograph. Minggu lepas, sempatlah aku ke sini, bertiga dengan suami dan anak. Dalam tahun ni juga, ada kes seorang remaja lelaki hilang di dalam Pulau Mawar dan sehingga kini masih tak jumpa lagi.

Aku nasihatkan sebelum nak masuk dalam ni, tolong cari guide dulu dan jangan masuk sorang-sorang! Kita tak nak kejadian yang sama berulang lagi. Make sure tanya dekat kaunter depan sekali sebelum masuk tu, ada tak guide untuk tolong bawa ke Pulau Mawar. Aku sertakan sekali no telefon guide tu ya, bayaran cuma seorang RM10 sahaja. 

Pulau Mawar

$ads={1}

Aku datang dah lewat sebenarnya, waktu sesuai datang dalam jam 3 petang macam tu dan air kena surut dulu tau. Kalau air pasang, memang tak boleh pergi ke Pulau Mawar sebabnya pulau ni bersambung dengan daratan. 

Cara Ke Pulau Mawar

Pulau Mawar ni tak lah terkenal macam Pulau Rawa tapi kalau korang berkunjung ke Mersing, bolehlah datang ke pulau ni. Pulau ni berada di mukim Penyabong dan jaraknya lebih kurang 30 minit dari bandar Mersing. Cuma baru-baru ni jadi bualan hangat disebabkan kes hilangnya seorang lelaki dan pulau ni tutup selama 3 bulan dan kini telah beroperasi kembali.

Pulau Mawar

Aku suka ke sini sebabnya tempat ni tidaklah padat dan lebih privasi daripada pengunjung. Nak masuk sini, kena bayar RM10 per orang ya. Kena bayar dulu dekat pondok depan sekali sebelum masuk pulau. Bayaran ni bagi menjaga kebersihan dan kelestarian pulau ni. 

Pulau ni sangat mudah diakses tak sama macam kebanyakan pulau terkenal yang lain di Mersing. Sebabnya, tiada permit diperlukan untuk memasuki kawasan pulau, tidak perlu menaiki bot dan korang hanya perlu berjalan untuk sampai ke sini.

Pulau Mawar


Aktiviti Menarik

Disebabkan masa aku datang tu, air dah nak pasang dan aku tak sempat nak teroka kesemua tempat menarik di dalam Pulau Mawar. Aku cuma sempat ke Gerbang Laut sahaja. Kalau cukup masa, aku boleh ke Batu Tingkap, Batu Kristal, Batu Rahsia, Batu Mawar dan macam-macam lagi. 

Gerbang Laut aje dah cukup cantik, belum lagi ke tempat lain. Gerbang Laut ni terbayang seperti Heaven's Gate gua gitulah. Pernahlah Gerbang Laut ni viral kan? Cuba korang search kat tiktok, memang cantik tempatnya. Korang kena jalan kaki dari Taman Rhu ke Pulau Mawar ni, penat sikitlah tapi bila sampai situ, confirm puas hati!

Pulau Mawar

Seelok-eloknya kena ada tour guide supaya korang tak sesat dan ada tour guide ni boleh pantau dan bagi tahu korang bila air pasang dan surut agar korang tak terperangkap dalam pulau ni. Sambil berjalan kaki tu, korang boleh snap gambar di kawasan pokok bakau. Memang cantik tau! Masa nilah nak buat video healing tu ha.

Pulau mawar

Selain itu, korang juga berkelah dan berkhemah di Taman Rhu, kat sini tak boleh bermalam tau. Hanya sampai jam 7 petang sahaja. Kalau tak sempat nak berkhemah, jangan risau korang boleh bermalam di chalet yang berdekatan. 

Tandas, kerusi dan meja rehat ada disediakan di sini. Kalau nak mandi manda kat sini, korang dah tak perlu risau dengan kemudahan asas, ada disediakan kat sini. Cuma makanan sahajalah tak ada yang jual lagi, make sure juga sebelum balik korang kena kemas sampah sarap yang korang bawa dan buang di pintu masuk. 

Pulau Mawar

$ads={2}

Lokasi Pulau


Kesimpulan 

Bagi korang yang tengah mencari destinasi percutian yang tenang, indah, dan nak healing serta menyatukan diri dengan alam semula jadi, Pulau Mawar Mersing adalah pilihan yang sempurna. Dengan pantai yang menakjubkan, kehidupan bawah laut yang pelbagai, dan budaya tempatan yang kaya, pulau ini menawarkan pengalaman yang sukar ditandingi. 

Jadi, apabila merancang perjalanan korang berikutnya, pertimbangkanlah untuk datang ke Pulau Mawar Mersing sebagai destinasi percutian korang. Ia adalah tempat yang mengajak korang menikmati keindahan alam semula jadi Malaysia dalam suasana yang damai dan membebaskan.










2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. first time nie dgr...boleh masuk dalam cheklist...

    BalasPadam
  2. Baru saja balik dr bercuti di Mersing... murah ja rupanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama