Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan

2 Mei 2023

Pengalaman Berhari Raya Aidilfitri 2023

Pengalaman Berhari Raya Aidilfitri 2023

Salam Aidilfitri semua. Maaflah tak sempat nak update blog, sebabnya cable charge laptop ni boleh pula tertinggal kat kampung. Kalau tak, hari-hari boleh aje menulis. Kalut sangat nak balik raya, sampai tertinggal cable.

Raya anda macam mana tahun ni?


Raya aku sekeluarga macam biasa, kami beraya di Perak. Rumah mertua, sambil tu balik tengok rumah sendiri. Senang cerita, balik rumah mertua kejap kejap aje. Banyak duduk kat rumah, lagi pun nak ke rumah mertua bukannya jauh pun. 15 min dah sampai kalau naik kereta.


Raya Aidilfitri 2023
Tema Kelabu Raya 2023

$ads={1}

Tahun ni agak simple aje. Baju raya Luth dan abahnya beli di Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Masa tu dapat review baju raya di situ, terus beli baju raya Luth, abahnya baju raya free. Aku pula, beli kat tiktok shop, masa tu ada promosi RM89, jadi aku grab ajelah. Nak beli kat bazar, mahunya menangis. Harga semua RM100 ke atas.

Baju raya kedua, aku beli di Panda Eyes. Tudungnya pula hadiah daripada Sutha GBW Hotel. Rezeki dapat tudung Jovian. Untuk kasut pula, aku beli promosi RM129 beli 1 percuma 2. 2 Pasang lagi aku bagi dekat mak dengan adik.

Raya Aidilfitri 2023
Hadiah Tudung Daripada Sutha GBW Hotel

Baju suami, dia guna aje mana yang ade sebabnya masih elok. Untuk baju raya Luth, macam baju jalan tu, aku banyak beli di Tiktok Shop, duit hasil review Ramadhan hari tu, kumpul-kumpul terus beli. Bukan apa kesian pula kat suami, apa yang boleh aku tolong. Aku cubalah tolong ringankan beban suami.

Nak balik kampung ni, modalnya kena tebal sikit. RM500 dah tentu untuk sehala dari JB ke Perak. Ginilah kalau kampung jauh, semuanya kena pakai modal.

Biskut raya tahun ni aku tak beli pun. Hari tu ada dapat daripada Michelle SDS Bakery & Cafe, Solomon Opero Hotel dan suami dapat dari company dia. Aku cuma buat 3 jenis aje, batang buruk, popia gulung dan Mama Carrey. Mama Carrey ni pun aku buat sebab campaign Anchor butter, kalau tak memang tak buat.

Raya Aidilfitri 2023
Baju Raya Aisy Aysraf, GBW Hotel gift, Opero Hotel gift

$ads={2}

Untuk lauk raya, aku buat Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan Acar Nenas Timun. Pagi raya kat rumah sendiri ni, mestilah kena masak. Takkan pagi pagi buta dah menapak ke rumah mertua. Segan pulak aku ni. Lebih baik masak mana yang patut. 

Langsir rumah tak tukar, dan rasanya tak ada apa yang aku tambah pun kat rumah baru. Masih macam tu aje, sebabnya aku tak duduk sana lagi. Kalau dah duduk sana, memang senang nak tukar itu ini. Rumah baru bukannya ada yang nak beraya pun, kami tiga beranak aje yang duduk sekejap untuk bercuti raya.

Raya Aidilfitri 2023
Biskut batang buruk, Mama Carrey Anchor Butter

Boleh dikatakan, raya tahun ni walaupun sederhana tetapi masih lagi boleh beraya. Syukur Alhamdullilah, yang penting aku dapatlah bantu suami serba sedikit. Lagi-lagi bab pakaian raya Anak ni, mesti dahulukan untuk Luth, untuk aku ni belakang2 pun tak apa. Janji untuk Luth tetap no 1. 

Bila dah tak bekerja ni, memang terasalah sikit cuma aku lega sebab Allah sentiasa mudahkan perjalanan hidup aku. Mungkin orang kat luar sana, masih ada lagi yang tak dapat nak ganti itu ini di hari raya, kan? Aku masih lagi bertukar ganti, kiranya dah cukup Alhamdullilah. 

Begitulah serba sedikit pengalaman hari raya Aidilfitri 2023, walaupun sederhana masihlah mencukupi untuk keluarga kecil kami ni. Alhamdullilah syukur sangat.

Oh ya, disini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sutha, Michelle dan juga Soloman atas pemberian hadiah raya kepada aku. Terima kasih banyak, moga Allah yang boleh balas jasa baik kamu semua! 

Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin.





22 Mac 2023

Beli Baju Raya Untuk Suami di Butik Kacax Angsana Mall

Beli Baju Raya Untuk Suami di Butik Kacax Angsana Mall

Apa khabar para pembaca sekalian. Ramadan sudah pun tiba, tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Untuk tahun ini aku cuba untuk sediakan persiapan raya dengan lebih awal untuk keluarga kecil aku. Cuma aku dan suami, tak decide nak tema apa tahun ni. 

Janji, kami beli je awal-awal sebelum kehabisan stok. Lagi pun, aku tak suka sangat berjalan mencari baju waktu bulan puasa. Penat dia jangan cakaplah. Lagi-lagi kalau ada anak kecil! Boleh spoil mood nak shopping baju raya. Lagi satu, beli awal supaya tak kalut. Hehehehe..

Beli Baju Raya Untuk Suami di Butik Kacax Angsana Mall

Butik Kacax Angsana Mall
Butik Kacax di Angsana Mall

$ads={1}
Tahun ni, suami nak beli baju raya lelaki di Butik Kacax yang terletak di Level 3, Angsana Mall. Hari tu, ada kawan suami cakap Kurta di situ memang sedap pakai. Harga pula berpatutan untuk rakyat marhaen macam aku ni. Kalau anda sedang mencari baju melayu atau baju raya menarik dengan design terkini, bolehlah anda ke butik Kacax ni ya!

Masuk sahaja ke dalam Butik Kacax, memang aku teruja melihat pilihan baju raya lelaki yang sangat banyak. Ditambah pula dengan pelanggan yang tak henti-henti memasuki butik untuk melihat baju raya mereka.

Pelbagai warna dan rekaan menarik yang aku dan suami dapat lihat. Sebenarnya kan, suami pun tak berapa pasti dengan warna untuk Aidilfitri 2023 ini. Tetapi dengan melihat rekaan dan warna yang ada dalam butik ini, suami pun terus buat pilihan yang tepat untuk dirinya. 

Design Baju Raya

Butik Kacax Angsana Mall

Bukan main seronok lagi dua beranak ni mencuba baju melayu teluk belanga di Butik Kacax. Untuk baju melayu johor ini terdapat beberapa pilihan warna dan harganya RM159 untuk dewasa dan kanak-kanak harganya dari RM69. Material yang digunakan sememangnya sangat baik. Kain yang cukup selesa untuk kanak-kanak. 

Untuk tahun 2023 ini, Butik Kacax juga melancarkan beberapa rekaan dan koleksi terbaru iaitu Kurta Lugano, Kurta Leytron dan Kurta Andro dan lain-lain lagi. Macam-macam lagi design menarik yang menanti anda di sana. Confirm anda dan juga pasangan rambang mata nak memilihnya. 

Butik Kacax Angsana Mall
Kurta Lugano

Kurta Lugano ini dijual dengan harga RM109 sahaja. Memang ada banyak warna yang menarik. Yang menjadi tarikan adalah pada rekaan corak-corak di bahagian lengannya. Selain itu, saiznya juga adalah sehingga 3XL. Material yang digunakan sememangnya sangat baik. Kain yang cukup selesa. Selain itu, potongan bajunya memang padan, tak ada rasa sendat pada mana-mana bahagian. Pasal jahitan pula memang sangat kemas.

Butik Kacax Angsana Mall
Kurta Hugo
Berikutnya, suami mencuba pula Kurta Hugo. Dengan rekaan lengan yang panjang, memang menarik juga. Kasual, simple dan juga aku rasa menjadi pilihan ramai terutama mereka yang muda. Aku rasa baju ini juga sesuai untuk mereka yang tidak mahu memakai baju melayu. 

Kurta Linea
Seterusnya, aku mencuba Kurta Linea. Rekaanya bagi aku lebih menarik kalau dibandingkan dengan dua kurta sebelumnya. Material kain yang digunakan juga adalah jenis yang aku suka. Lembut dan tidak tebal. Designnya menegak memang sangat padan digayakan dengan seluar jeans. Jadi sesuailah untuk dipakai pada raya kedua nanti. 

Butik Kacax Angsana Mall
Baju Melayu Kanak-Kanak
$ads={2}

Selain baju melayu dan kurta dewasa, butik Kacax juga menyediakan pilihan untuk kanak-kanak. Anda boleh pilih samaada mahu baju melayu ataupun baju kurta. Bolehlah anda sedondonkan dengan ayah mereka. Harga dan material pun lumayan berbaloi! Kain tak panas tu yang paling penting, senang budak nak pakai seharian dan tak risau untuk salin baju lain. 

Butik Kacax Angsana Mall


Okay, macam biasa, tak kan hanya ada baju raya sahaja? Di butix Kacax ini juga turut menjual beberapa barangan lain seperti sampin, butang baju melayu dan pelbagai lagi. Bolehlah anda mencuci mata di sana dan jangan lupa shopping awal tau!

Akhir Kata

Jadi, kalau anda bercadang nak membeli baju raya tak kisah lah sama ada baju melayu, kurta atau sebagainya, aku sarankan untuk anda dan pasangan datang dan melihat sendiri koleksi menarik di Butik Kacax. Kalau nak tahu mana satu pilihan suami untuk baju raya Aidilfitri 2023, anda boleh lihat pada hari raya nanti ya! 

Butik Kacax Angsana Mall

Lokasi : Angsana JB Mall, L3.41, LEVEL 3, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
Booth 1: Level 3 (Kedai Kain Langsir HL, Jamu)
Booth 2: Level 2 (Depan Secret Recipe)
Booth 3 : Level 2 (sebelah Emmer Zecna. sederet Bata)

Waktu: 9.30am - 10pm
No Telefon: 019-7341 037 / 019-7351 037

Facebook : https://facebook.com/KACAXORIGINAL
Instagram : https://www.instagram.com/kacax_official/




10 Oktober 2022

Pengalaman Camping di Tiger Base Camp Sedili

Pengalaman Camping di Tiger Base Camp Sedili

Pengalaman Camping di Tiger Base Camp Sedili |  First time camping di Tiger Base Camp, Pasir Logok Sedili Johor. Dulu datang sini masa zaman sekolah, tak pasti sekolah rendah ke sekolah menengah. Tapi kali ni kita bawa suami dan anak datang camping ke TBC 2. Al-maklum lah kan, masih newbie barang camping pun just ada yang basic sahaja. 

Tiger base camp ni berdekatan dengan Logok Campsite tau. Sebelah sebelah je, laluan pun guna laluan yang sama. Cuma kali ni aku just share pengalaman di TBC sahaja. 


Tiger Base Camp Sedili

Lokasinya pun bukan jauh dari rumah mak, dalam 15 minit je dah sampai dah. Tapi itulah untuk keret lowered tu, ko kena hati-hatilah sebab kita ni akan masuk laluan kelapa sawit. Don't expect yang jalan dalam ni jalan tar ye. Aku harap pihak Tiger Base Camp Sedili lebih alert dengan jalan, dan ada penambahbaikan jalan.

Tiger Base Camp Sedili ada dua ye, belah kiri TBC 1 dan belah kanan TBC 2. 

Nanti bila ko masuk sini, ko boleh nampak signboard besar gedabak. Entrances fee dah termasuk camping plot, car park dan toilets/shower. Harga berbeza ye guys. Kalau tak nak bermalam disini, just datang picnic pun dikenakan bayaran juga. 

Trash deposit RM50 per group, jadi ko standby awal ye duit cash. No online online.

Tiger Base Camp Sedili






Harga Tiger Base Camp Sedili

Di bawah ni, aku listkan harga untuk memudahkan ko standby bajet korang. So, kalau ko pergi dalam kumpulan yang besar, lagi baik korang berbincang untuk dapatkan harga yang sesuai dengan bajet. 

1. TBC 1 (max 200 pax)

  • 6 toilets/shower
  • 4 outdoors shower
  • RM10 per pax (free for 2 yo kids below) 

2. TBC 2 (max 150 pax)

  • 12 toilets/shower
  • 10 outdoors shower
  • Wash basin
  • RM20 per pax (free for 2 yo kids below)

3. Picnic

  • Daytrip 9am-6pm
  • RM10 per pax (free for 2 yo kids below) 

Pastu kalau ko jenis berlenggang je kan. Ko boleh juga sewa equipment yang ada dekat sini. So senang ko terlajak tu, boleh terus tido tapi make sure berduit lah ye. Kat sini nak makan goreng goreng pun ada jugak. Cafenya betul2 di tengah2 antara TBC 1 & TBC 2. 

4. Harga barang sewa

  • Khemah RM50
  • Sleeping bag RM10
  • Hammock RM10
  • Canopy RM50
  • BBQ Pit RM20
  • Table - Small RM30, Large RM50 

Tiger Base Camp Sedili

Selain kat atas ni, TBC juga ada rental kayak, basikal dan ATV. Ikut bajet ko lah ye, kalau duit banyak bolehlah rental. Kalau xde duit, duduk diam diam buat aktiviti ko. Lampu malam bagi aku mmg dah cun dah. Cukup terang untuk menerangi malam ko di situ. So tak risaulah ye. 

Pastu kalau ko jenis tak leh dengar geng lain bising2 waktu ko tido terutama yg ada anak kecik, ko roger terus kepada pihak TBC nanti pandailah diorang senyapkan geng tu. 

Sebelum kitorang camping, pernah datang picnic masa tu nak mandi pantai dengan anak. Sekali mak aii kerohnya. Tapi bila time camping ni, pergh air bersih dan jernih. Tak jangka pun jernih macam ni. 

tiger base camp sedili

Hari kedua pihak TBC ajak kami ni join untuk kutip sampah yang ada di pantai. This is random activity sambil rapatkan ukhuwah dan bersihkan alam. Bagi aku, okay je tak ada masalah. Bolehlah kenal2 dgn org2 luar yg dtg sini. Bestlah juga. 

Ketua di TBC ni mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang rekreasi. Jadi, amat sesuai utk ko buat aktiviti dalam kumpulan di sini. Kalau nak buat camping dengan geng sekolah pun dah syok dah. Cuma sekarang macam tak aktif je sekolah terdekat aku ni. Manjang nak ke melaka aje.

Bawah ni, aku bagi rating berdasarkan pengalaman aku bercamping disini. Lain orang, lain rating ya. Ko kena rasai dulu pengalaman di sini, baru tahu syok atau tak. Nak kondem awal-awal pun tak boleh, nanti macam mana kita nak bantu negara untuk promosi 'Cuti-cuti Malaysia'.

So ini rating aku ya utk TBC 2:

  • Pantai ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Servis & staff TBC ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kemudahan ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Kebersihan ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Harga tapak dan rental ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Line internet ⭐⭐⭐⭐⭐ 
Kalau ko nak tengok lebih banyak gambar, boleh ke PAGE FB ye. Kat situ boleh tengok gambar kemudahan dan kawasan Tiger Base Camp Sedili.


Next time, nk dtg ke TBC 1 pulak. Oh ya, nak masuk sini ko kena hadap 2.8km jalan merah kelapa sawit. So mana yang kereta jenis lowered tu, berhati hatilah. Jangan sampai feeling nak kuda pulak.  Kalau ada pertanyaan, komen yg murni je dibawah ni. Hehehhehe Selamat bercamping semua!


Psss: Merdeka ni nak bermalam di Punggai, Pengerang pulak. 






11 Jun 2022

CARA BUAT CANCELLATION ORDER DARI GROLIER MALAYSIA

CARA BUAT CANCELLATION ORDER DARI GROLIER MALAYSIA

 Bismillah.
Assalammualaikum.

CARA BUAT CANCELLATION ORDER DARI GROLIER MALAYSIA | Entri ini bukan untuk menjatuhkan marketing Grolier Malaysia, tapi aku cuba nak membantu ibu bapa yang sama menghadapi masalah seperti aku. Aku buat entri ni juga sebab, salesman Grolier sangat tidak membantu dan permudahkan urusan aku. Apatah lagi call HQ Grolier, korang call lah 10X, memang diorang tak akan jawab.

Apa yang aku ceritakan nanti adalah daripada pengalaman aku sendiri. Sekali lagi aku nak tekankan, aku tak nak menjatuhkan marketing Grolier, aku cuma mahu membantu ibu bapa yang nak cancel order dari tempahan mereka. Kadang bila kita dalam keadaan dipaksa dan memaksa, kita sendiri akan jadi pak turut. Aku alami benda ni, bukan nak buat cerita, tapi sebelum tu meh kita kenal sikit Grolier Program ni.


APA ITU GROLIER PROGRAM?

Grolier ni adalah satu program pembelajaran di rumah, di mana ia akan memberikan keseronokkan pada anak-anak sambil memberikan mereka pengetahuan dan pembelajaran. Sebenarnya, Program Grolier ni sudah mula ditubuhkan semenjak tahun 1895 di Boston.

Tak lama selepas itu, Grolier dah membuka 70 cawangan di serata USA, EUROPE dan Asia. Grolier juga adalah salah sebuah pengeluar terbesar buku kanak-kanak.

Aku bukan jenis kedekut dengan pendidikan anak anak, dari Luth baby ni lah kena ajar dia sebab otak dia akan serap segala maklumat dengan cepat. Tak dinafikan, Program Grolier ni memang menarik minat aku untuk join. Seronok belajar sambil main tapi semasa salesman terangkan pada aku, rasa macam tak sesuai dengan usia Luth yang baru 9 bulan.

Salesman tu rekomenkan aku untuk ambil Set Talking English. Set ni siap dengan magic pen, bila sentu je pada buku dia, magic pen ni akan keluarkan suara. Seronok ea program dia, dia pun ceritalah begini begitu, agar aku ni terpengaruh dengan dia.




Bayangkan masa tu nak berbuka puasa wei, sampai sanggup diorang ni explain kaw kaw supaya aku bayar deposit RM100. Terkujat sis dengor harga, ya ampun mahalnya. Mula mula salesman ni meminta aku bayar RM100, sampai je barang aku kena bayar lagi RM300. Kemudian barulah aku bayar sebanyak RM150 per bulan dalam masa 2 tahun. Total untuk set Talking English beserta free gift yang acah acah free tu, RM4100. Makk aii, meninggal nak bayar.

Bila salesman tu nampak muka macam tak nak, ha mulalah dia serang lagi dengar menawarkan dengan harga begini even dapat barang yang sama.

Deposit : RM100
Barang Sampai : RM220
Bayar Selama 24 bulan : RM99
Total Program : RM2720

Amboi dari RM4K turun sampai RM2.7K, rasa macam ditiupu pulak eak. Dah buntu sangat sangat dan keadaan memaksa pulak, bayarlah juga deposit tu. Bayangkan, yang nak beli barang raya terus tak jadi, dah lah masa tu kipmall kota tinggi, tutup jam 9, ha kelam kabut lepas berbuka terus balik. Panas je hati.

Balik je dari kipmall tu, ha lantaklah nak hantar ke apa ke. Masa tu 6hb May, dia kata 17hb May barang sampai, sebab driver cuti raya. Aku ni faham lah jugak orang beraya tapi yang geramnya, suka diamkan diri.  Tak nak respon pada customer. Hari selasa 18hb diorang call, "kak barang dah sampai ke?", aku pun cakap, batang hidung driver pun tak nampak.

Ni orang lain tau call tanya barang sampai ke tak. Salesman tu terus mendiamkan diri, aku bengang aku contact tanya dia.

Baca SS aku bawah ni : 




Mental eak dapat salesman macam ni, dalam masa yang sama hati macam tak tenang, aku pun menggoogle lah Grolier Malaysia kat google. Hampeh banyak bad reviews rupanya. Tak menyesal lah kalau cancel barang. Aku push diorang sebab diorang janji nk hantar 17hb tau, aku pantang orang janji pastu jenis tak tepati. Kalau lambat sampai, inform awal awal, faham tak!

Layanan salesman ni buat macam aku ni kakak kakak dia pulak eak. Tahulah aku nak berhutang, tapi layanan tu harey betul. Last last bengang sangat dengan perangai dia, aku pun decide nak cancel, kalau 21hb barang tak sampai nak cancel order terus.

Eh sorry terbabas pulak cerita pengalaman. Aku decide nak cancel, kebetulan ade seorang hamba Allah di Facebook nak tolong aku cancelkan order dari grolier. 


Ini Cara Buat Cancellation Order Dari Grolier Malaysia


1. Mula mula, korang call HQ diorang, bawah ni aku sertakan no diorang.

Tel : 603-26881688 (20 Lines) , Customer careline : 03-90782777


2. Seandainya diorang jawab panggilan korang, korang cakap nak bahagian "delivery", sekiranya dah call tapi 10x tak jawab, we are go to the next level.


3. Aku bagi email pada diorang macam di bawah ni, korang email : customercare@grolier-asia.com

Dear Mr/Ms,

I would like to kindly ask you to cancel our for Grolier items, which we made on (Letak tarikh order) at (tempat expo tu dijalankan) due to commitment problems.

I apologize for any inconvenience this may cause, I understand that I should not assume this as commitment, but investment. However, I really think this is the best for me currently.

Please confirm that you received our cancellation request. Also, please refund my deposit (Deposit yang korang bayar). I have enclosed this email, picture of the subscription contract and some details for your own reference.

NAME :
IC NO :
NO HP :
ADDRESS :
CONTRACT NO : (yang ni korng tengok pada resit korang)

Hopefully to hear from you soon. Thank you for your cooperation.

Best Regards,

(Nama Korang) 

 



4. Korang bagi sekali gambar resit sebagai bukti. Part ni jangan lupa tau, penting! 

5. Korang sent pada email yang aku dah sertakan tu. Seandainya diorang tak take noted, korang sent banyak banyak kali sampailah diorang reply email seperti di bawah ni. 




6. Isi segala maklumat  yang diperlukan tu. Lepas email semula pada diorang. Aku ni menunggu duit refund tu, kalau diorang tak bagi, aku akan email pada diorang sebanyak yang boleh, sehinggalah diorang refund duit aku tu.

Korang dah faham dah kan cara buat cancellation order dari grolier. Aku harap entri ni sangat membantu korang yang nak tahu cara buat cancellation order. Sekali lagi aku tekankan, entri ni bukan nak menjatuhkan grolier. Ini keputusan aku sendiri dan disebabkan faktor faktor yang tak bagi aku kepuasan dengan melanggan grolier.

Produk bagus sekali pun kalau cara layanan dari team diorang sendiri kelaut, aku malas dan nak surrender awal sebelum ada apa apa masalah yang berlaku di masa akan datang. Ini semua pilihan pada korang sendiri, okay.

SAYA SUDAH DAPAT PAYMENT DARIPADA GROLIER DUA BULAN SELEPAS EMAIL. 


22 Mei 2022

Apa Pekerjaan Pertama Korang Selepas Habis SPM?

Apa Pekerjaan Pertama Korang Selepas Habis SPM?

Assalammualaikum.
Bismillah.

Apa Pekerjaan Pertama Korang Selepas Habis SPM? | Dah 9 tahun dah tinggalkan spm, kenangan sekolah yang tak boleh dapat kat mana mana pun. Dulu spm, daku ni bukanlah pelajar yang ditarget oleh cikgu semasa spm. Daku ni sibuk dengan kokurikulum berbanding dengan kurikulum.

Dulu, ingat lagi, sampai cikgu tak bagi masuk kelas sebab muka ni dah jadi wanted. Hari hari dok latihan bola jaring, dah habis bola jaring sambung pulak dengan pertandingan pantun. Dekat-dekat barulah gigih study semua pelajaran yang tertinggal. Kononnya nak sama berat pelajaran idan kokurikulum tapi hampeh. Daku lebihkan kokurikulum hahahhah

Alhamdulillah, spm dapat 4A. Cikgu pun tak sangka, muka daku ni jadi no 2 pelajar spm terbaik sekolah. Hai lah kenangan. Jadi, lepas je spm, korang buat apa? Terus bekerja? dan apakah pekerjaan pertama korang?

Daku sebenarnya dah mula bekerja sejak umur 15 tahun, kerja kedai makan. Masa ikut mak kerja kedai makan. Sabtu ahad mesti kerja sebab nak cari duit poket dan duit topap masa tu. Kadang dalam waktu ada paper spm pun sempat lagi kerja kedai keropok cik ana. Tolong cik ana meniaga, dapatlah sehari tu RM20-RM25. Jadilah eak dari tak ada.




Habis je spm terus naik kuala lumpur duduk rumah abang yang tua. Kiranya pekerjaan pertama lepas habis spm adalah bakers. Dulu kerja baker, tukang buat roti dekat Aeon Big Wangsa Maju. Ada lah dalam 6 bulan sebelum nak masuk belajar kat kolej.

Syok jugalah kerja baker, kadang dapat makan roti free. Ilmu buat roti tu sampai sekarang boleh lagi ingat. Konon sebelum masuk kolej, nak amik bidang culinary art sebab syok dengan buat roti, last last sangkut pulak dengan civil engineering.

Kiranya, jadi kenangan je lah pekerjaan tu. Tak silap, dekorasi baker aeon big tu dah tak sama macam dulu waktu awal awal kerja. Staff kat situ pun tinggal sorang je, lain lain dah buat haluan sendiri. Rindu kot dengan moment buat roti dan alhamdullilah masih lagi contact dengan geng geng baker dulu sampai lah sekarang.

22 Januari 2022

Salah Ke Hantaran 15K?

Salah Ke Hantaran 15K?


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Salah Ke Hantaran 15K? | Selamat malam , tiba-tiba je nak persoalkan tentang duit hantaran. Isu ni memang sangat sensitif dalam kalangan orang melayu terutama mak-mak kitalah. Bila kita dah mula, perkenalkan seseorang pada keluarga, perkara pertama yang bangkit ialah "Hantaran mak nak letak 15K, tak pun 20K". 

Lelaki biasanya tak mahu pun hantaran tinggi sebab mereka ni yang usahakan untuk cari duit hantaran tu. Tapi perempun ni pulak tak mahu kalah nak letak harga hantaran mahal-mahal sebab nak majlis tu grand of the year. Jujurnya, daku pun nak majlis macam tu tapi kita kena sedar, pembaziran tu tak elok. Melabur duit sampai 15K untuk 2 hari majlis? Berbaloi ke semata-mata sekali dalam seumur hidup?

Salah ke hantaran 15K?


Ada aje antara kita ni yang merungut pasal hantaran terutama lelakilah. Pernah dalam hidup daku, daku letak hantaran 15K tapi my ex cakap "You nak buat apa sampai 15K, ni belum tentu boleh masak". Daku know this is to deep tapi daku bangkang sekasarnya. Kalau dah sayang, 15K tu pejam mata boleh cari selagi kita ni usaha. 

Kalau dah sayang, sanggup susah senang bersama, kenapa tak bincangkan elok-elok dengan pasangan? 


Makan diri bila daku, cakap hantaran sebanyak tu, tapi adakah dia pikir kita hidup bukan di zaman dulu, 1000 ringgit umpama 10,000 ringgit. At the end, daku malas nak bangkitkan isu tu lagi. Senang je bagi daku, kalau dia banyak bagi alasan dan rasa nak cari duit majlis tu payah, "Dia bukan calon sesuai". Padahal dia sendiri boleh bincang, boleh 15K tu tapi awak share sikit, bolehkan cakap macam ni?

Kita ni perempuan tak daif sangat sampai tak mahu bantu bakal suami. Ada yang bangkang bila daku cakap macam ni? Depends pada perempuan tu juga, dia nak susah senang bersama, dia perlu dan korban apa kemahuan dia.

Jujur sebenarnya, dulu sebelum majlis daku, kami elok je bincang letak harga hantaran, Alhamdullilah suami daku terima dengan hati terbuka then daku cakap, in syaa Allah saya pun bantu, kita usaha sama-sama. Btw, duit hantaran daku bawah 10K je, daku tahu ni tak cukup untuk majlis dan banyak lagi kena prepare BUT inilah dugaan, kalau tak nak diri tu rasa susah, better tak perlu kahwin.

Easy right? 

Being human, kena bertolak ansur. Utamakan yang wajib, in syaa Allah majlis diberkati. Apa apa pun pasal hantaran ni bincang elok-elok, dah tentu family bangkang, percayalah kalau kita ni bincang baik-baik, tunjukkan usaha, in syaa Allah keluarga pun akan faham. 

Apa apa pun, usaha tu yang penting. Setakat sembang kari nak hantaran tinggi tapi bantu pun tak, pergi lah cari perempuan/lelaki lain.



15 Jun 2021

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

Assalammualaikum and hello there!

Hari ni Om nak kongsikan dengan korang pengalaman paling miskin dalam hidup dan takkan pernah dilupakan. Korang pernah alami tak? Cuba kongsi di komen nanti.

Lepas habis SPM terus Om duduk dengan abang di Kuala Lumpur. Masa tu dah start cari kerja dan dapat kerja as a baker di Aeon Big Wangsa Maju. Lepas 6 bulan Om sambung belajar di kolej swasta yang terletak di tepi federal highway PJ. Bila dah start belajar, awal awal sem memang jadual belajar padat dari pagi. Betulkan?



Om betul betul rasa susah bila mak abah tak mampu nak tanggung, abang pulak ada duit  cukup cukup je untuk tanggung bini dia. Masa tu Om nak pergi kelas penting, memang tak ada duit langsung. Sampai cari dalam satu rumah abang duit syiling yang jatuh jatuh tu semata nak pergi kelas. Naik LRT masa tu murah lagi pergi balik RM5 je. Cari sampai nangis tau. Buntu dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Nak cakap dengan mak abah, kesian dengan keadaan mak.

Bila dah dapat duit syiling tu, terus tak lengah pergi kelas. Dengan tak makan tak apa. Kelas dari pagi sampai petang, dah macam orang puasa. Kawan ajak makan pun Om tolak sebab memang dah tak ada duit. Om tak suka nak bagi tahu orang apatah lagi kawan baik.



Bila Om travel, Om dah rasa dan tengok sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Bayangkan sepanjang kat Beijing, makan sekali sehari je. Makan maggi pagi pagi, kunyah gula gula sepanjang trip tu. Bukan sebab tak ada duit tapi duit is everything bila kita kat tempat orang. If anything happen, as long as ada duit backup. Sama juga masa kat Cambodia, makanan halal memang limited, dengan bawa duit dollar less than 20 dollar. Makan maggi je sepanjang trip tu. Om tak kedekut tau. Rugilah bawak maggi tapi tak makan. Kita travel bukan nak mewah-mewah. Om nak buka mata tengok tempat orang dan rasa apa nikmat bersyukur tu.

Jujur. Memang Om tak dapat nak lupa pengalaman tu, semata mata nak pergi kelas Om sanggup cari duit syiling dalam rumah abang. Om tak nak mintak dengan dia, Om terpaksa tipu untuk kebaikan bersama. Sampai sekarang bila naik lrt teringat ingat. Susahnya dulu tau.



Alhamdullilah sekarang Om bersyukur sebab cukup makan dan pakai. Om suka pesan dengan suami, kita tak ada duit macam mana pun jangan mintak simpati dengan orang dan syukur sebab Allah bagi kita cukup makanan dan pakai. Jimat selagi boleh, sebab bila kita susah tak ada siapa yang nak tolong.

10 Jun 2021

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29

Bismillah.
Assalammualaikum.

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29 | Sebenarnya Om menghilang sebab Om dapat temuduga penolong jurutera ja29. I didn’t expected that I got it again. Sebelum ni dapat temuduga penolong penguasa kastam tapi tak dapat pergi sebab tarikh temuduga 2 hari sebelum nikah. Om buka SPA bulan 5 hari tu, masa tu tergerak hati nak apply kerja yang lain tiba tiba eh dapat temuduga tapi tak tahu pun yang Om ni dapat. Om sibuk dengan majlis nikah Om sendiri, mana ada masa nak tengok email bagai.

Nak dijadikan cerita, husband Om memang lupa nak log out email Om dari handphone dia. 26/7 tu dapatlah email dari SPA, husband screenshot dan terus wassap pada Om. “Congratulation Ciksu” bila husband kata macam ni. Aik congrats apanya, kat site ni line celcom berlari tak tentu hala. Kadang kadang no service. Rupanya Om dapat temuduga penolong jurutera di bahagian KKM. Mahunya tak happy, mak abah & mak mertua pun Om dok call bagi tahu. Berita gembira ni kita kena kongsi. Abah Om dok ingat dapat cucu baru, lagi lawak tau.





Alhamdullilah semalam 29/8 dah selesai dah temuduga tu. Excited dan gemuruh punya pasal tak tido tau malam. Risau sangat sangat bila panel tanya soalan out of the box. Dibuatnya panel tanya pasal politik, tak ternganga kita ni? Husband sampai ambil cuti semata nak hantar dan teman Om. Dia yang lagi semngat tau. Om nak ceritakan pada korang tentang pengalaman Om ketika temuduga.

Umum korang tahu, bila temuduga sektor awam apa yang kita nampak ialah pemakaian kan? Pemakaian ni melambangkan personaliti kita. Janganlah pakai baju tak bergosok, tudung renyuk. Kalau boleh, kemaskan diri dan pakaian dulu. Om punya lah excited siap beli baju baru, tudung baru, kasut baru dan juga nametag. Om nak nampak diri ni kemas dan ada personaliti. Barulah panel bersemangat nak tengok kita. 

Dari segi persiapan document, Om sendiri pun terlupa nak update gambar IC. Thats was my biggest mistake sebab terlupa sangat sangat. Tengah temuduga tu baru teringat, eh tak update ic padahal lain lain tu dah update dah. Tapi Om dah redha dah. Buat seawal yang mungkin bila kita kena update apa apa dalam online. Kita ni manusia, memang cepat terlupa. Dont do like Om okay? Persiapan dengan soalan bila panel ajukan? Ini Om sendiri google tanya apa je soalan yang panel akan tanya. Kita ni tak boleh expect pun panel tanya apa. Jujur semalam, Om orang pertama sekali temuduga. No giliran dah lama dah panggil rupanya, rezeki semalam panel baik baik dan membantu. 

Siap ada name tag tau tapi suami tak bagi amik gambar sekali nampak macam kelakar hahahha.


Soalan temuduga dpenolong jurutera ja29 yang panel tanya semalam:

1) Introduce yourself (Om siap tanya Tuan nak BM or BI) panel tu kata whichever yang Om rasa selesa. Dah tentulah pilih BM, mula mula memang nervous sampai tersasul. Panel tu siap kata relax, kalau ada air minumlah air dulu. Om totally stuck bila tengah explain study kat mana. Alhamdullilah panel membantu. Sambil introduce tu, Om memang nak tekankan pengalaman pasal loji air (water treatment plant) this is my tactic nak elakkan panel tanya soalan yang out of the box. Heheheh memang dah jangka, panel tu tanya soalan ni

2) Kenapa Wall loji air berbeza dengan wall rumah? Eh panel ni macam tahu tahu je Om tekankan pasal water treatment projek. Start dari soalan ni, semuanya panel tanya berkaitan dengan technical.

3) Dekat wall loji, ada guna membrane tak? Yang ini agak tricky sebenarnya, Om cakaplah based on my exprience Om tak pernah jumpa lagi yang guna membrane, semua guna waterstop utk construction joint. Panel tu dah senyum dah, siap kongsi pengalaman dia lagi tau. Dia pernah buat loji kat navy tpi loji tu dalam tanah. Dia tanya lagi soalan ni

4) Macam mana awak nak tahu kebocoran air bila kita buat loji dalam tanah? Om cakap kita uji dengan water tightness test. Dari situ kita tahu bocor atau tak tangki tu. Tapi sebelum nak mulakan test, segala jenis defect kena buat dengan sungguh-sungguh, klau tak ini akan effect dengan water tightness test tu. Panel tu senyum lagi tau.

5) Boleh tak awak bagi saya characteristic rebar dengan lebih details? Om tak ingat langsung dengan strenght besi, om minta maaf sangat dengan panel mmg betul betul tak ingat sebab baca sekali imbas je, padahal selalu je buat test strength besi. Om bagi jawapan yang lain, Alhamdullilah masih diterima lagi.

6) Ini soalan daripada ketua jabatan, macam orang jabatan engineering gitu.  Saya tengok awak stay di company yang lama sangat lama, kenapa tahun ini awak tukar ke company lain? Awak tak tergopoh lompat company company lain. Om jawab, Om nak belajar dan explore lagi tentang projek loji. If kita stick in one company, we didn’t have another experience. Om nak variasikan lagi pengalaman tu. 

7) Tentang gaji, awak tak kesah gaji awak rendah? Om cakap,  permulaan sesuatu kerja kita tak boleh expect nak gaji mahal, sekali kita menapak di sektor yang berbeza, kita masih zero, like we are nothing. Tapi Om percaya peratusan untuk kenaikan gaji adalah tinggi, kelebihan kelebihan yang tak ada di sektor swasta tu yang patut kita lihat jugak.

8) Sekiranya awak jadi leader di sesebuah organisasi, apa yang awak nak terapkan dalam organisasi awak? Soalan ni macam lost tak ada idea tau, pastu tawakkal je lah. Apa yang nak Om terapkan ialah kepentingan masa sebab masa ni tak semua orang boleh punctual, tak semua boleh nak tepati. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman. Panel teknikal tu dah senyum dah, masa ni penting Tuan, terutama kita sebagai kaki tangan kerajaan, Om tak nak nanti anak buah Om cuai dalam masa. Masa tak jaga, itu tanda kita dah cuai dalam displin.

Banyak jugalah panel panel tanya tapi Om ingat 8 ni je, Om rasa masa tu panel tu tanya hampir 10 soalan macam tu lah. Tak sangka soalan tu mudah dan boleh Om jawab. Tu yang suami kata, confirm ke tak klentong panel? Mulut awak ni bercakap kadang melalut luar topik tau.

Suami aka driver full time, sanggup nak bercuti semata nak teman wife dia.

Om cakap je kat panel tu, "saya nervous Tuan sebab kadang soalan out the box tu keluar dan tak boleh jangka" Panel tu kata lagi, aik awak study ke? Saya study Tuan dekat 2 minggu, refresh back pasal engineering & pengalaman, kalau tak study ni Tuan, perasaan senang ni akan buat kita tak gemuruh langsung. Panel gelak, Hahahhaha patutlah awak introduce dah gemuruh awak ni. Apa apa pun, awak buat hari saya ceria dan banyak soalan yang awak dapat jawab. Saya doakan maju jaya.

Itulah, ini adalah pengalaman pertama Om temuduga kerajaan, tentang rezeki tu, Om redha dengan keputusan sebab Om dah buat yang terbaik dah. Buat korang yang nak temuduga tu, tolong jangan rasa senang sangat okay! Sama sama doakan keputusan temuduga ni pada hujung bulan, nanti Om share ye!


UPDATE : SAYA TAK DAPAT PUN JAWATAN NI DAN MASIH SETIA DENGAN COMPANY LAMA.