Suami Beli Kurta Aisy Asyraf di Angsana Mall

Aisy Asyraf ini merupakan butik pakaian lelaki yang mengikut syariat agama yang menerapkan unsur terkini, bergaya dan juga eksklusif. Suami pula jenis yang tetap nak membeli baju yang mahal tetapi berkualiti dan tahan lama sebabnya suami percaya alah membeli, menang memakai.

Tengok aje, baju 3 tahun lepas, masih elok dan disimpan rapi dan tidak luntur warnanya. Setelah berkali-kali pusing di dalam Angsana Mall, akhirnya suami memilih untuk membeli kurta di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Katanya kain kurta di sini, elok-elok dan tidak panas, juga terdapat banyak pilihan warna dan design yang menarik.

Beli Baju Raya Kurta di Angsana Mall


Aisy Asyraf
Butik di Angsana Mall

$ads={1}

Butik Aisy Asyraf ini sudah beroperasi pada 4 Julai 2015 dan jenama ini diilhamkan sempena dengan nama anak Imam Muda Asyraf iaitu Aisy Raihan dan digabungkan dengan nama beliau. Aku sendiri pun baru tahu, rupanya butik ini dah lama bertapak di pasaran. Hehehehe..

Pembelian boleh dilakukan secara fizikal di cawangan seluruh Malaysia. Cawangan Aisy Asyraf ini terdapat di Johor, Bangi, Shah Alam dan Penang. Jika nak beli melalui online, boleh ke website Aisy Asyraf.

Kurta Aisy Asyraf
Kurta Nasz, Kurta Lawla

Untuk tahun ini, Aisy Asyraf menerapkan konsep "Back To Basic" dengan rekaan bajunya yang simple dan bergaya bagi edisi Raya 2023. Antara design yang terbaru ialah Kurta Nasz, Kurta Izzi, Kurta Lawla dan banyak lagi. Jadi untuk sedondon dengan Luth Isyraf, suami memilih baju Kurta Lawla yang berharga RM109 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak.

Apa yang suami suka dengan Kurta Aisy Asyraf ni selain lengan panjang, ada juga lengan 3 suku. Jadi memudahkan untuk melakukan aktiviti di pagi raya tanpa melipat lengan baju. Suami juga suka dengan pilihan warna dan design yang ada. Sampai dia sendiri pun pening nak pilih yang mana satu untuk raya nanti.

Kurta Aisy Asyraf
Kurta Izzi, Kurta Afgan, Kurta Zayne

Di Butik Aisy Asyraf juga menyediakan size untuk mereka yang berbadan besar iaitu bermula dari 4xl sehingga 7xl. Manakala untuk saiz normal bermula dari saiz S sehingga 3xl. Ada juga kurta dan baju melayu kanak-kanak, boleh anda sedondon dengan anak-anak di pagi raya. Saiznya bermula dari 2 hingga 12. 

Selain kurta, di sini juga memilik 2 jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Tilka RM169 dan Baju Melayu Adika RM169. Perbezaan untuk kedua ini ialah cekak musang dan teluk belanga. Ini lagi cun bila pakai samping dan juga songkok. 

Kurta Aisy Asyraf
Jubah Adni, Baju Melayu Tilka

Biasanya orang Johor akan lebih memilih untuk memakai teluk belanga. Sebabnya selesa dan memudahkan kerja ketika memakai baju melayu teluk belanga. Materialnya pula ialah cotton yang ironless, jadi lagi mudahlah kan, gosok pun sikit-sikit aje bagi hilang kedutan kat baju. 

Jika nak nampak kelainan di pagi raya, anda bolehlah cuba memakai baju jubah. Di butik ini turut menyediakan Jubah Adni yang berharga RM169 dengan pilihan warna yang sangat exclusive. Bolehlah cuba pakai jubah pula, barulah nampak macam Imam Muda. Heheheheh.

Aisy Asyraf
Pilihan baju raya

$ads={2}
   Selain kurta dan baju melayu, disini juga menjual songkok, samping, butang baju melayu, capal dan perfume. Bolehlah anda shopping sakan satu set baju dari kepala hingga kaki di sana nanti. Untuk waktu sekarang ini, ada promo pre ramadhan. Rugi tau kalau anda lepaskan peluang promosi ini. 

Baju melayu cuma RM169 saja berbanding harga asal RM2++. Kurta Zayne & Kurta Izzi pun promo sekarang cuma RM99 sahaje. Kurta kanak-kanak pula cuma RM30 ke RM50 dan ada lagi promosi, Kurta Inna & Kurta Raff cuma RM60 sahaja. Ada juga promo untuk kemeja batik iaitu Kemeja Pak Maun, cuma RM30 sahaja! 

Akhir Kata

Jika anda berniat nak mencari baju raya tak kisahlah sama ada baju melayu sepasang, kurta atau sebagainya, aku sarankan untuk anda datang dan melihat sendiri koleksi menarik di cawangan Butik Aisy Asyraf yang terdekat. Oh ya! Jangan lepaskan peluang dengan grab harga promosi. 

LOKASI : Angsana Mall, L3.19, Aras 3, 81200 Johor Bahru, Johor

WAKTU OPERASI : 10.30am till 9.30pm

Sebarang pertanyaan boleh hubungi/ Whatsapps : 012-548 8210 / 0194148210

LAMAN WEB RASMI : https://www.aisyasyraf.com

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama