Mari Kenali Blogger Kecik Molek Nina Mirza

Sedar tak sedar, diri ini dah 13 tahun dalam dunia blogging. Cuma tak berapa nak kenal dengan blogger yang lama. Memandangkan masing-masing pun busy dengan dunia mereka. Tapi, ada juga beberapa kenalan blogger yang aku kenal dan sampai sekarang masih contact di wassap. 

Lagi pun, kami blogger ni jarang dapat jemputan untuk event-event. Jadi, agak payah juga kami nak bersua muka antara blogger. Tapi sekali dah jumpa, macam dah kenal bertahun-tahun. Sampai ada yang kata ramahnya blogger-blogger ni.

Nina Mirza
Nina Mirza

$ads={1}
   Macam Nina Mirza ni aku kenal pun melalui group SEO di wasap. Kalau tak memang tak kenal, hanya tahu blog beliau sahaja. Sebelum tu, anda nak tahu tak siapa Nina Mirza ni?

Nina Mirza merupakan seorang suri rumahtangga dan ibu kepada 5 orang anak. Beliau ini kecik molek orangnya. Kalau dilihat dari gambar, pastinya anda akan teka usia beliau dalam lingkungan 30-an, tetapi dalam kad pengenalan sudah berusia 46 tahun. Anda kenalah follow rapat rahsia awek muda daripada beliau.

Apa yang aku pasti, gaya penulisan beliau ini kadang serius dan kadang-kadang kelakar orangnya. Pernah juga aku terbaca puisi di blog beliau. Eh terlayan pula sampai habis. Untuk pengetahuan semua, Nina Mirza ini mula menulis blog sejak 2011 selepas berhenti kerja lagi.

Kini, beliau sudah menjadi blogger sepenuh masih dan gemar menulis perihal resepi. Ada juga beliau kongsikan perihal tentang parenting, kecantikan, review produk, travel, dan juga event-event yang beliau sertai. 

Nina Mirza
Blog beliau

$ads={2}
   Sebenarnya, blog beliau ini berkonsepkan resepi yang mudah dan cepat dimasak. Nina Mirza juga suka kongsikan resepi sukatan cawan, resepi tanpa bakar & tanpa mixer yang mudah untuk beginner. Jadi, tak hairanlah Resepi Kek Pisang Nina Mirza ini cukup popular, merata orang share tau resepi beliau. 

Dah kenal belum siapa itu Nina Mirza? Selain niche resepi, beliau juga mula berkongsi tentang  tips kewanitaan, tempat cuti-cuti sekolah, food review dan macam-macam lagi. Aku cadangkan untuk anda lepas santai di blog beliau yang banyak infomasi tentang resepi dan sebagainya. 

Jadi teruja nak jumpa dengan Nina Mirza. Untuk kami yang bergelar blogger ini agak payah untuk berjumpa di luar dunia blogging. Kadang itu, kami cuma melepaskan rindu dengan melihat aktiviti di blog masing-masing. 

Jangan lupa lepak santai di blog beliau ya!

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. tulah, selalu jumpa di muka buku je, personal belum jumpa.Kalau dapat jumpa rakan blogger yang lain mesti best kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama