Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA. Papar semua catatan

15 Ogos 2024

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Waqiah

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Waqiah

Kali ini adalah perkongsian mengenai salah satu surah yang terdapat dalam kitab suci Al Quran iaitu Surah Al-Waqiah. Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. 

Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al Waqiah

Kelebihan Surah Al Waqiah


Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Baca ini juga: Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan)

Kelebihan Surah Al Waqiah 

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan kelebihan surah Al Waqiah, antara lain: .

1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. 

2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. 

Kelebihan Surah Al Waqiah
Surah Al Waqiah

3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah. 

4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. 

5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. 

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil: 

  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang. 

7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. 

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.” 

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Baca ini juga: Terjemahan Surah Al Fatihah Jawi Dan Rumi Berserta Kelebihan

Kesimpulannya

Insya’Allah, dengan mengamalkan surah dan kelebihan surah Al Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti. 

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Semoga perkongsian kelebihan surah Al Waqiah ini bermanfaat. 

SEKIAN

Sumber: Surah Al-Waqiah 

12 November 2023

Jom Betulkan Cara Berdoa Agar Lebih Berkesan & Makbul

Jom Betulkan Cara Berdoa Agar Lebih Berkesan & Makbul

Berdoa merupakan salah satu ibadah penting dalam agama bagi banyak orang. Cara berdoa dengan betul memerlukan keikhlasan, khusyuk, dan kesabaran. Pertama, bersihkan hati dari segala kebencian dan iri hati. Kemudian, hadapkan wajah ke arah kiblat dan mulai dengan takbir. 


Jangan terburu-buru, berbicaralah dengan lembut dan tulus kepada Tuhan. Sampaikanlah permohonan, rasa syukur, dan pengampunan dengan hati yang ikhlas. Usahakan berdoa dengan khusyuk dan fokus, hindari gangguan sekitar. 

Setelah selesai, jangan lupa berdoa untuk orang lain dan seluruh umat. Ingatlah untuk berdoa dengan kontinuitas dan kesabaran, karena doa yang tulus dan istiqamah akan didengar oleh Tuhan. Semoga doa kita semua dikabulkan sesuai dengan kehendak-Nya. 

10 Teknik Betulkan Cara Berdoa 

Setiap kata yang keluar dari mulut kita ni adalah doa. Doa yang baik inshaaAllah akan dimakbulkan tapi kita perlu tahu, kadang dalam kita berdoa tu kita tersalah. Apa kata mulai malam ini kita perbetulkan cara berdoa agar lebih berkesan dan dimakbulkan oleh Allah swt.

Baca sini: Sedekah Subuh


#1 Berikanlah Kekuatan Vs Lapangkan Kesulitan

Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan”. Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita.

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini”.

#2 Berikanlah Vs Kurniakanlah

Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku...”. 

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah “Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”.

Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita bila-bila masa, InshaaAllah.



$ads={1}

#3 Dimurahkan Rezeki Vs Dilimpahkan Rezeki

Sebelum ni kita selalu berdoa, “Semoga DIMURAHKAN rezeki.”. 

Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah “Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat”.

Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.

#4 Tambahkanlah

Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.

“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

#5 Cara Mengaminkan Doa

Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa beginj, “Amin Ya Rabbal Al-Amin.”

Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah, “Amin Ya Allah Ya Mujib”.

Sebab maksud Mujib ini ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.

#6 Doa Untuk Orang Lain

Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allag untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah uang kita hadapi. 

Jadinya doa yang kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah: 

“Allah.. Allahu Rabbunaa.. Laa Nusyriku Bihi Syai’a”

(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan sesiapa pun)

Baca 100x, doa apabila seorang diri. Zikir ini adalah penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan. Menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta bantu sahabat-sahabat mencapai hajat mereka.

#7 Doa Ketika Bersedekah

Sebelum ni kalau di masjid, nak sedekah, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa.

Jadi selepas ini, betulkan niat kita kenapa kita nak bersedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, “Ya Allah aku sedekahkan ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku dan membuka segala pintu rezeki.”

#8 Doa Orang Yang Terlalu Sibuk Berniaga

Doa di bawah ini adalah khusu untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, dan sibuk. Jadi, inshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu mereka yang berniaga.

“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakan kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga”.



$ads={2}

#9 Doa Mendapatkan Zuriat

Sebelum ni kita selalu berdoa, “Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah”.

Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang betul adalah:

“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau Tuhan Yang Maha Mengetahui”.

#10 Zahirkan Kesyukuran

Jangan kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt. Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersykur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”

Kesimpulan

Di akhirnya, cara berdoa dengan betul adalah membuka hati dan merasa dekat dengan Tuhan. Jadikan doa sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada-Nya, bukan sekadar meminta dan mengeluh. Ingatlah bahwa Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengerti, jadi berbicaralah dengan apa adanya. 

Berserahlah sepenuhnya kepada-Nya, percayalah bahwa Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Selain berdoa sendiri, ajaklah keluarga dan teman-teman untuk berdoa bersama, karena doa berjamaah memiliki keistimewaan tersendiri. 

Tetaplah istiqamah dan sabar dalam berdoa, karena doa yang tulus akan diterima oleh Tuhan pada waktunya yang tepat. Dengan cara ini, kita akan merasakan kedamaian dan kekuatan iman yang mengiringi setiap doa yang kita panjatkan. Semoga setiap doa kita menjadi pintu kebahagiaan dan keberkahan dalam hidup ini. Amin.





25 September 2023

Kirim Doa Dan Cara Sedekah Untuk Arwah Ibu Dan Bapa

Kirim Doa Dan Cara Sedekah Untuk Arwah Ibu Dan Bapa

Cara sedekah untuk arwah ibu bapa tidak kira siapa ini merupakan satu cara untuk mengenang jasa mereka. Ketika kita kehilangan ibu bapa, kita kehilangan sosok yang penuh kasih dan penjagaan dalam hidup kita. Ibu bapa adalah individu yang telah berkorban banyak untuk membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada kita. 

Oleh itu, adalah satu amalan yang mulia untuk terus menjaga kesejahteraan roh mereka setelah mereka meninggalkan dunia ini. Salah satu cara yang paling bermakna untuk melakukannya adalah melalui sedekah untuk arwah ibu bapa.

Aku kongsikan beberapa cara sedekah untuk arwah ibu bapa yang boleh korang lakukan. Ini adalah salah satu cara untuk mengenang kembali jasa mereka semenjak kita dilahirkan. Semenjak aku kehilangan Emak buat selamanya, aku cuba untuk jadikan surah yasin dan doa ibu bapa sebagai amalan dalam kehidupan aku. 

Mungkin dengan cara ni, boleh membantu arwah emak di alam sana. Dan ini juga salah satu cara aku untuk melepaskan rindu yang terbengkam dalam hati. 

Cara Sedekah Untuk Arwah Ibu Dan Bapa

Dalam artikel ini, kita akan meneliti dengan lebih mendalam mengenai cara sedekah untuk arwah ibu bapa. Amalan ini adalah satu cara untuk mengenang jasa mereka dan memberikan manfaat kepada mereka di alam akhirat.

Ia juga membawa keberkatan kepada kita sebagai anak-anak yang masih hidup. Mari kita lihat beberapa cara bagaimana kita boleh memberikan sedekah untuk arwah ibu bapa kita.

Cara Sedekah Untuk Arwah

$ads={1}

1. Sedekah Wang atau Harta Benda

Salah satu cara yang paling biasa untuk memberikan sedekah untuk arwah ibu bapa adalah dengan memberikan wang atau harta benda kepada mereka. Korang boleh menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan anda atau harta benda yang anda miliki sebagai sedekah untuk roh mereka. Ini boleh dilakukan secara bulanan atau pada tarikh-tarikh tertentu seperti ulang tahun kematian mereka.

Jika arwah ibu bapa korang, meninggalkan duit yang banyak, korang boleh buat badal umrah/haji untuk arwah mereka. Harganya pun tidak mahal, cuma kena pandai pilih sebabnya dah banyak isu scammer ketika membuat badal haji/umrah.

Penting untuk memberikan sedekah ini dengan tulus ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan apa-apa dari arwah ibu bapa. Ia adalah tanda penghormatan dan kasih sayang yang abadi kepada mereka.

2. Sedekah Amal Jariah

Sedekah amal jariah adalah satu bentuk sedekah yang memberikan manfaat berterusan kepada arwah ibu bapa dan juga kepada masyarakat. Korang boleh mendirikan projek amal seperti pembinaan masjid, rumah kebajikan, atau sumbangan kepada yayasan amal yang memerlukan. 

Manfaat daripada sedekah amal jariah ini akan berterusan dan memberikan ganjaran kepada arwah ibu bapa korang. Sebelum ni, aku pernah wakafkan pam air untuk kedua ibu bapa aku, cuma untuk arwah mak masih tak sempat lagi nak buat. 

Korang boleh juga belikan telekung atau pun surah yasin, dan sedekah kepada Masjid atau surau yang memerlukan. Sebulan sekali, beli telekung dan sedekahkan di masjid-masjid dan ini merupakan cara sedekah untuk arwah yang bermanfaat. 

3. Sedekah Makanan atau Makanan Untuk Orang Miskin

Sedekah makanan adalah amalan yang baik yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain sambil memperingati arwah ibu bapa. Korang boleh menyediakan hidangan atau makanan untuk orang miskin, anak-anak yatim, atau mereka yang memerlukan. Ini adalah cara yang baik untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik sambil mengenang jasa ibu bapa.

4. Membaca Al-Quran dan Berdoa Untuk Mereka

Semenjak Mak pergi pada bulan lepas, Alhamdulillah aku masih sedekahkan surah Yasin kepada emak. Kadang lepas subuh, tak pun lepas maghrib mesti aku sedekahkan yasin untuk Mak. Mungkin dengan surah ni dapat membantu mak di alam sana. 

Sebenarnya, membaca Al-Quran dan berdoa untuk arwah ibu bapa adalah cara lain yang bermakna untuk memberikan sedekah kepada mereka. Korang boleh membaca surah-surah Al-Quran seperti Al-Fatihah atau surah-surah lain dan berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan keredhaan dan keampunan kepada arwah ibu bapa korang. 

Amalan ini adalah cara untuk membantu mereka dalam perjalanan roh mereka ke alam akhirat. Sebelum tidur atau lepas solat, korang boleh bacakan doa ibu bapa dan sedekah kepada mereka. Boleh cuba amalkan doa dibawah ni ya. 

Cara Sedekah Untuk Arwah

$ads={2}

5. Sedekah Ilmu

Sedekah ilmu adalah cara untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu yang anda miliki dengan orang lain. Korang boleh mengajar atau memberikan tajuk-tajuk agama atau ilmu yang bermanfaat kepada orang lain sebagai bentuk sedekah untuk arwah ibu bapa. Amalan ini adalah cara untuk memperkayakan pengetahuan orang lain dan memberikan manfaat yang berterusan.

6. Mengadakan Kenduri Doa Tahlil

Mengadakan kenduri doa tahlil atau majlis khatam Al-Quran untuk arwah ibu bapa adalah cara untuk mengenang jasa mereka. Korang boleh menjemput saudara-mara, jiran, dan sahabat handai untuk hadir dalam majlis ini dan berdoa bersama untuk kesejahteraan roh ibu bapa korang. Ini adalah cara untuk berkongsi kebahagiaan dan keberkatan dengan orang lain.

7. Membayar Hutang atau Melunaskan Tanggungan Mereka

Jika arwah ibu bapa korang meninggalkan hutang atau tanggungan yang belum diselesaikan, korang boleh membantu melunaskannya sebagai bentuk sedekah kepada mereka. Ini adalah cara untuk menghilangkan beban dari roh mereka dan memberikan kelegaan kepada mereka di alam akhirat.

Niat Sedekah Bagi Pihak Arwah

Dibawah ini, aku selitkan juga video daripada Ustaz Azhar Idruz untuk pemahaman bersama tentang cara sedekah untuk arwah.

$ads={2}
Kesimpulan

Sedekah untuk arwah ibu bapa adalah amalan yang mulia dan penuh makna dalam agama Islam. Ia adalah cara untuk mengenang jasa mereka dan memberikan manfaat kepada mereka di alam akhirat. Amalan ini juga membawa keberkatan kepada kita sebagai anak-anak yang masih hidup. 

Oleh itu, adalah penting untuk melibatkan diri dalam amalan sedekah ini dengan tulus ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Semoga arwah ibu bapa kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT, dan semoga kita juga diberkati dalam hidup kita.

Moga perkongsian cara sedekah untuk arwah ini bermanfaat untuk semua.

3 September 2023

Solat Istikharah Bagi Memohon Pilihan Yang Terbaik

Solat Istikharah Bagi Memohon Pilihan Yang Terbaik

Solat Istikharah adalah satu bentuk doa istimewa dalam agama Islam yang diamalkan oleh umat Muslim ketika berada dalam situasi perbezaan atau kebimbangan untuk membuat keputusan penting dalam hidup. 

Biasanya, kita ni akan solat sunat istikharah apabila nak berkahwin, betul tak? Bukan apa, solat ni menjadi satu petunjuk dari Allah untuk pilih jalan yang terbaik dalam kehidupan kita. Aku sendiri pun mendirikan solat ni setiap kali aku rasa was-was dalam membuat keputusan. 


Dengan menunaikan solat  sunat Istikharah, individu meminta petunjuk dan bimbingan dari Allah SWT untuk memilih jalan yang terbaik bagi kehidupan mereka. Solat ini melibatkan sujud dan doa yang khusus, di mana umat Muslim menghadap kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan memohon agar keputusan yang diambil adalah yang paling baik untuk mereka di dunia dan akhirat. 

Solat Istikharah mengajar umat Islam untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan, menunjukkan keyakinan mendalam dalam kebijaksanaan dan keadilan-Nya.

Solat Istikharah

$ads={1}

Waktu Sesuai Untuk Solat

Waktu solat istikharah yang sesuai adalah dari selepas solat Subuh hingga sebelum terbit matahari, serta dari selepas solat Maghrib hingga sebelum solat Isyak. Ini adalah masa yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk memohon petunjuk daripada Allah ketika berada dalam dilema atau perbezaan dalam membuat keputusan penting dalam hidup. 

Pada waktu-waktu ini, atmosfer tenang dan ketenangan setelah solat memungkinkan seseorang untuk merenung, berdoa, dan memohon bimbingan. Penting untuk menjalankan solat sunat Istikharah dengan hati yang khusyuk dan tulus, memohon kepada Allah agar memberikan petunjuk yang terbaik bagi pilihan yang akan diambil. 

Bagi mereka yang ingin menentukan jalan hidup yang terbaik, solat sunat Istikharah menjadi satu ibadah yang memberikan ketenangan dan keyakinan bahawa Allah SWT akan membimbing keputusan yang tepat dan paling baik dalam hidup.

Berapakah Rakaat Solat Sunat Ini

Solat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam kali salam.

Niat Solat Istikharah

Sahaja aku solat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala.

Cara Untuk Menunaikan

Berikut adalah cara untuk mendirikan solat Istikharah:

Rakaat Pertama

1. Angkat takbir dan niat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca surah Al-Kafirun.
5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud
7. Duduk antara dua sujud.
8. Sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Lafaz takbir permulaan untuk rakaat kedua.
2. Membaca surah Al-Fatihah. 
3. Membaca surah Al-Ikhlas.
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud
6. Duduk antara dua sujud.
7. Sujud kali kedua.
8. Membaca doa istikharah ketika sujud terakhir.
9. Duduk tahiyyat akhir.
10. Memberi salam.
11. Baca surah Al-Fatihah.
12. Berwirid dan perbanyak istighfar dan mohon keampunan dari Allah SWT.
13. Membaca doa solat sunat istikharah.

Doa Solat Sunat Istikharah

Berikut adalah doa solat Istikharah dalam tulisan rumi berserta maksudnya:

Solat Istikharah

$ads={2}

Tulisan Rumi:

"Allahumma inni astakhiruka bi ilmika, wa astaqdiruka biqudratika, wa as’aluka min fadhlikal-azimi. Fa innaka taqdiru wa la aqdiru, wa ta'lamu wa la a'lamu, wa anta 'allamul-ghuyubi. Allahumma in kunta ta'lamu anna hadhal-amra khayrun li fi dini wa ma'ashi wa aqibati amri (atau sebutkan keputusan yang dihadapi), faqdirhu li wa yassirhu li, thumma barik li fihi. Wa in kunta ta'lamu anna hadhal-amra sharrun li fi dini wa ma'ashi wa aqibati amri (atau sebutkan keputusan yang dihadapi), fasrifhu anni wasrifni anhu. Waqdir liyal-khayra haythu kana thumma ardini."

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk daripada ilmu-Mu, dan aku memohon kekuatan daripada qudrat-Mu, dan aku memohon karunia daripada kebesaran-Mu yang agung. 

Sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau mengetahui rahsia-rahsia. 

Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) untuk agamaku, kehidupanku, dan akhiratku,  maka tentukanlah ia untukku, permudahkanlah ia bagiku berkahilah dalam keputusan tersebut.

Dan jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku, dan akhiratku (ATAU NYATAKAN PERKARA TADI), maka jauhkanlah ia daripada diriku dan jauhkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagi aku kebaikan di mana sahaja ia berada, dan berilah aku keredhaan."

Panduan Solat Melalui Youtube



$ads={2}

Kesimpulan

Di harap perkongsian solat istikharah ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk diamalkan dan dikongsika kepada orang lain.

15 November 2022

Niat Dan Cara Solat Tahajjud Yang Betul Serta Doa

Niat Dan Cara Solat Tahajjud Yang Betul Serta Doa

Niat Dan Cara Solat Tahajjud Yang Betul Serta Doa | Kali ini adalah perkongsian tentang cara solat tahajjud yang betul berserta doa. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. 

Cara Solat Tahajjud


Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)


Tujuan Solat Tahajjud

  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT. 
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya 
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. 
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT. 
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Niat dan Cara Solat Tahajjud 

Cara Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. 

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1. Sebelum mengerjakan solat tahajjud baca doa ini: 


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. 

Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali. 


2.  Niat Solat Tahajjud: 

Cara Solat Tahajjud

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala) 
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala. . .

3.  Selepas Bacaan Surah Al Fatihah : . 

a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali) 
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali) 

Atau;

b) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun 
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas 

Atau; 

c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,. (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)  

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

Cara Solat Tahajjud


5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

Cara Solat Tahajjud

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:

Cara Solat Tahajjud

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. 

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. 

Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! 

Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah! Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. 

Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

Kelebihan Solat Tahajjud

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal. 
  • Doa dimakbulkan Allah. 
  • Memperolehi ketenangan jiwa. 
  • Merasai diri hampir kepada Allah SWT. 
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT. 
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah. 
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan. 
  • Mencegah dosa dan menghindari  penyakit. 
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. 
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari. 
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai. 
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia. 
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan. 
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT. 
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi. 
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat. 
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla. 
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim. . . 


Memudahkan Bangun Solat Malam
 

Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. Membaca ayat-ayat Al-Quran. 

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Akhir kata

Semoga perkongsian akan cara solat tahajjud berserta doa dan dilengkapkan juga dengan kelebihan ketika mengamalkannya ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat.














17 Oktober 2022

Terjemahan Surah Al Fatihah Jawi Dan Rumi Berserta Kelebihan

Terjemahan Surah Al Fatihah Jawi Dan Rumi Berserta Kelebihan

Perkongsian kali ini tentang terjemahan surah al-fatihah, minggu lepas saya juga ada kongsikan cara berdoa yang betul yang boleh korang membacanya. 

Surah Al Fatihah adalah surah yang menjadi salah satu rukun solat sehingga wajib diketahui dan dihafalkan oleh setiap muslim. Tapi tahu kah korang maksud al fatihah dalam bahasa melayu?

Sebenarnya, Surah Al Fatihah ini bukanlah surah yang pertama kali diturunkan, tetapi surah ini menjadi surah yang berada di urutan paling pertama di dalam Al-Quran, ummul kitab. Surah ini diturunkan di Mekkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. 

Terjemahan Surah Al Fatihah

Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah iaitu bermaksud Pembukaan kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. 

Baca sini: Surah Al Kahfi 1-10

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Maksud Surah Al-Fatihah Jawi Dan Rumi

Berikut aku kongsikan terjemahan Surah Al Fatihah dalam rumi berserta bacaan jawi termasuklah maksud yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kalian yang tidak tahu membaca bahasa Arab.

Bacaan Surah Al Fatihah Jawi


Terjemahan Surah Al Fatihah

Bacaan Surah Al Fatihah Rumi & Terjemahan


Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Alhamdulillahi rabbil alamin
(Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam)

Arrahmanirrahim
(Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Maaliki yaumiddiin
(Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) )

Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin
( Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan)

Ihdinashirratal mustaqim
(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin
(Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, buka (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)


Video Bacaan Surah Al-Fatihah



Kelebihan Surah Al-Fatihah 


Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat pada surah ini apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan, antaranya adalah : 

1. Membaca surah ini seolah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.

2. Setiap satu ayat daripada surah ini  menjadi penutup satu pintu neraka.

3. Mukmin yang membaca surah ini seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah Swt

4. Memudahkan memperoleh ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran

5. Dapat mengabulkan hajat seseorang jika membacanya sebanyak 40 kali setiap kali selepas selesai solat Maghrib dan solat sunat.

6. Jika membacanya sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur, atas izin Allah rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan.

7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur.


Bacaan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri


Perkongsian daripada Ustaz Ebit Liew melalui laman facebook yang menerangkan kepada kita semua bagaimana kita juga boleh menghadiahkan surah ini dengan membacanya untuk diri kita sendiri.

Korang pernah tak hadiahkan surah ini untuk diri korang sendiri? Jika belum pernah, korang boleh lakukannya mulai hari ini kerana ini adalah makan yang bagik bagi roh kita, iaitu zikir-zikir dan juga surah Fatihah ni. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita. 

Cara Untuk Mengamalkan Surah Ini


Setiap pagi apabila kita bangun daripada tidur, korang lakukanlah seperti yang aku kongsikan di bawah ini, sebaiknya amalkan setiap hari dalam kehidupan kita tanpa meninggalkan amalan walau dalam sehari.

1. Beri salam pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut sebanyak 3 kali

3. Kemudian, sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan "ALHAMDULLILAH"

4. Kemudian, katakanlah :

"Aku hadiahkan Al Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku. Ya Allah, jagalah hamba mu ini, lindungi hamba Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya Allah."

5. Lalu, baca surah Al fatihah 1x



Semoga perkongsian akan Surah Al Fatihah jawi dan rumi berserta dengan maksud terjemahan dilengkapkan juga dengan kelebihan yang terdapat dalam surah ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat.




2 Ogos 2022

Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan)

Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan)

 Bismillah.
Assalammualaikum.


Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan) | Surah Al Ikhlas ini mempunyai empat ayat sahaja tetapi isinya menjelaskan tentang tuhan iaitu Allah swt dengan kalimah yang mudah untuk difahami.  Tapi tahu kah korang sejarah surah alikhlas jawi ini?

Sebenarnya, Surah Al Ikhlas ini diturunkan setelah Rasulullah Saw ditanya oleh kaum Quraisy (atau pendita Yahudi atau Nasrani), tentang Tuhan Baginda S.A.W. Lalu Allah menurunkan surah ini.

Penamaan surah ini menunjukkan akan pentingnya makna-makna surah, iaitu suatu bentuk keikhlasan beriktikad kepada Allah dari segala bentuk-bentuk syirik, dan faktor-faktor yang melemahkan keimanan terhadapNya, dan jauh dari kecetekan ilmu tentang ZatNya, nama-namaNya dan sifat-sifatNya. 


Surah Al Ikhlas



Maksud Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi

Berikut aku kongsikan terjemahan Surah Al Ikhlas dalam rumi berserta bacaan jawi termasuklah maksud yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kalian yang tidak tahu membaca bahasa Arab.

Bacaan Surah Al Ikhlas Jawi



Surah al ikhlas



Bacaan Surah Al Ikhlas Rumi & Terjemahan


Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Qul Huwallaahu Ahad
(Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa)

Allaahus-samad
(Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat)

Lam Yalid Wa Lam Yuulad
(Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan)

Wa Lam Yakul Lahu Kufuan Ahad
( Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya)


Video Bacaan Surah Al Ikhlas




Kelebihan Surah Al Ikhlas


Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat pada surah ini apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan, antaranya adalah : 

1. Membacanya sama seperti membaca 1/3 Al-Quran


Kelebihan membaca surah al-Ikhlas membawa pahala yang setara dengan membaca sepertiga al-Quran. Tiada masalah membaca surah al-Ikhlas berulang-ulang kali ketika solat. Amalkan membacanya tiga kali di waktu malam sebelum tidur sama seperti membaca 1/3 al-Quran.

2. Dibaca sebelum tidur sebagai pendinding


Surah ini juga digelar dengan nama al-Munaffirah kerana syaitan lari daripadanya apabila dibaca. Surah al-Ikhlas yang dibaca bersama-sama dengan surah al-Fatihah sebelum tidur boleh melindungi pembacanya dari segala bahaya.

3. Ganjaran syurga


Pembaca surah al-Ikhlas menjadi hamba Allah yang disukai. Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dalam solat wajib lima waktu, Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

4. Menghindari kesukaran


Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.

5. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga


Jika sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini. Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

Kesimpulan

Betapa besarnya kelebihan membaca dan mengamalkan Surah Al Ikhlas ini. Ia cukup berguna untuk bekalan hidup kita. Baik juga untuk memohon hajat mahupun sebagai pelindung diri.  Ikhlas hanya kepada Allah merupakan tunjang yang kukuh dalam menjalankan kehidupan dan ibadah.

Semoga perkongsian akan Surah Al Ikhlas jawi dan rumi berserta dengan maksud terjemahan dilengkapkan juga dengan kelebihan yang terdapat dalam surah ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat.

19 Julai 2022

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam

Bismillah.
Assalammualaikum.

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam  | Rasa terpanggil pula nak kongsikan tentang hukum haram jual beli cedok cedok online. 3 hari lepas banyak betul seller tiktok menjual cedok online. Ada yang cedok brooch, chocolate, perfumes dan macam-macam lagi. Dan yang paling aku cukup menyampah bila emas pun ada juga yang menjual secara cedok.

Aku ni hampir nak tercedok sekali sebab tengok cedok chocolate tu banyak betul dapat. Tapi nasib baik aku ni waras lagi lah dan tahu hukum sebelum nak membeli. Kita ni kalau boleh nak menjual dan membeli secara halal, tak nak berunsurkan haram. Ini semua kan nak masuk dalam perut dan jadi darah daging, alangkah baiknya perhatikan hukum dulu sebelum beli.

cedok cedok


Hari tu jugak, aku tertengok dua live cedok ni. Satu DSV yang anjurkan, masa tu nampaklah barang barang yang dia cedok tu berbaloi untuk beli dan siap mention 'sedekah' dan ditambahnya lagi produk. Lepas tu, aku tertengok lah juga cedok emas. Sekali cedok RM1000, uishh sampai Sold Out tau! Aku tergamam, bukan ke dah kira haram tu? Dibuatnya dapat cedok tu tak berbaloi harga cedok, tak ke kira rugi bagi pihak pembeli.

Bawah ni aku kongsikan ya untuk ko fahamkan lagi. Harapnya ko pun sama ambil peduli dan cuba untuk tidak mencedok sekali ya. 

Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan 


Soalan Di Inbox:


Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut? kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu. 

Jawapan:


Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim) 

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti  baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah. 

cedok cedok


Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar. Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian. 

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi. 

Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi. 

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten. Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula2 je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.

Wallahu a’lam.
Sumber: Muamalat.my

17 Jun 2022

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43

Bismillah.
Assalammualaikum. 

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43 | Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu curang padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya,
akhirnya disamun, diragut, dirompak.

Ada orang bangga dengan jawatannya,
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya,
akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampannannya,
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya, putus kakinya. Cacat semua.

Ada orang bannga dengan pimpinannya,
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah.

Ada orang bangga dengan ilmunya,
akhirnya dia menjadi Jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita aa. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa.

Tazkirah ringkas


Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangka baik, ada sangka buruk.

Orang beribadah, disangka riak.
Orang rileks, disangka malas.
Orang berpakaian baru, disangka menunjuk.
Orang berpakaian buruk, disangka hina.
Orang makan banyak, disangka pelahap.
Orang makan sikit, disangka diet.
Orang yang suka senyum, disangka mengejek.
Orang yang masam, disangka merajuk.
Orang berbincang, disangka mengumpat.
Orang yang diam, disangka menyendiri.
Orang yang menawan, disangka menggoda.
Orang yang ceria, disangka mengada.
Orang yang bertanya, disangka menyibuk.

Hakikatnya, mana tahu yang senyum itu bersedekah.
Mana tahu yang masam itu mengenang dosa.
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.
Mana tahu yang diam itu beribadah.
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya.
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya.
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru,

Sesuatu perkara yang kita lihat. Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap bersangka-sangka.


(Dipetik daripada facebook Ustaz Hanafi)

1 Jun 2022

Apa Hukum Guna Duit Raya Anak?

Apa Hukum Guna Duit Raya Anak?

Bismillah.
Assalammualaikum.

Apa Hukum Guna Duit Raya Anak? | Alhamdulillah, rezeki Luth Isyraf dapat banyak duit raya. Tak sangka juga dapat lebih RM500. Alahaii anak, belum 1 tahun dah dapat banyak duit raya. Ibu dia ni ha yang dok syok nak mengira duit raya. Excited terlebih lebih pulak.

Luth memang dah ada duit sendiri, sebab daku dah buat akaun khas untuk Luth. Biar Luth belajar menabung. In shaa Allah dalam bulan ni juga nak buat satu lagi akaun, iaitu Tabung Haji. Sebelum ni nak simpan dalam cimb atau maybank tapi disebabkan layanan di cimb tak memuaskan, nak buat akaun pun tunggu sampai 2 jam. 

hukum guna duit raya anak


Jadi, daku beralih ke akaun simpanan hong leong. Mudah je urusan tak sampai setengah jam dah settle. Tapi kelemahannya, duit 18 tahun kemudian baru boleh keluar. Lama juga nak tunggu. Hehehehe. Nak daku sendiri simpan takut juga terguna waktu terdesak. Dahlah duit raya Luth pun dah banyak, mahunya tak terguna nanti.

Daku pun risau juga, takut diri ni terguna duit raya Luth. So far, guna sikit pun tetap akan ganti. Takut hukumnya jatuh haram bila tak ganti. 


Hukum Guna Duit Raya Anak?


Budak budak manalah reti nak menguruskan duit. Lagi duit banyak lagilah mereka suka, sebab boleh beli jajan atau mainan. Betul tak? In shaa Allah, daku nak terapkan pada Luth untuk tidak beli mainan atau jajan. Bahaya zaman sekarang ni, makan jajan takut effect pada kesihatan pula.

Jadi, inilah masanya untuk ibu bapa yang menguruskan segala duit anak anak, termasuklah duit raya. Tetapi ingat ya, duit raya anak adalah kepunyaan anak dan mak ayah hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalh anak anak sudah boleh menguruskannya sendiri. 

Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar semula.


Lepas je dah kira duit raya anak tu, ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan duit tersebut. Daku memang dah plan untuk simpan di dalam Tabung Haji cuma sekarang ni tiada masa untuk daftar akaun tersebut. Bukan apa, risau takut terguna duit raya anak tu nanti.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya di bawah ni.

"Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak untuk membel sport rim, spoiler dan lain lain.

Haram guna duit raya anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masaha itu mendatangkan kemudaraytan kepada anak anak.

Jadi boleh gunakan duit raya anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun, ia perlu dibayar segera."






15 April 2022

CARA ALLAH NAK JEMPUT - TAZKIRAH RINGKAS #42

CARA ALLAH NAK JEMPUT - TAZKIRAH RINGKAS #42

Bismillah.
Assalammualaikum.

CARA ALLAH NAK JEMPUT - TAZKIRAH RINGKAS #42 | Terbaca di FB pagi jumaat ni, macam mana cara nak Allah jemput pergi Umrah. Bila baca baru tersedar, bukan sebab kita ni tak mampu tapi kita ada usaha pun nak kesana. Bila tak ada usaha, macam mana Allah nak nampak kesungguhan kita, betul tak?




Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
Tapi..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Baca sini: Buah Tangan Untuk Orang Meninggal

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergu umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan rasa ada tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan  bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa


Kredit : FB Sabariah Abd Majid

8 April 2022

Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi)

Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi)

Assalammualaikum.
Bismillah.




Niat & Cara Solat Sunat Tarawih Paling Ringkas Dan Mudah (Panduan Lengkap Rumi) | Alhamdulillah, malam tadi dah bermula solat tarawih. Disebabkan covid 19 ni, masjid pun dah limitkan beberapa jemaah sahaja. Jadi, daku pilih untuk berjemaah di rumah sahaja. Risau takut covid 19 ni berjangkit pulak. Kita kan jaga kita. In syaa Allah, segalanya dipermudahkan oleh Allah swt. 

Solat sunat tarawih antara amalan-amalan yang dituntut untuk melakukannya di sepanjang bulan Ramadhan. Kita juga boleh menunaikannya secara bersendirian mahupun berjemaah di masjid dan surau tapi di PKP kan? Buat je di rumah ye. Panduan solat tarawih ni daku sertakan dalam bahasa rumi, dan in shaa Allah membantu mereka yang mempunyai masalah membaca huruf jawi. 


#1 Apa Maksud Solat Sunat Tarawih?


Tarawih (تَرْوِيحَة) bermaksud Istirahat. 

Maka solat ini dilaksanakan secara berselang-seli dengan berehat seketika. Kita tak bolehlah nak terus solat tarawih tanpa berhenti. 

Lagipun, tujuan berehat seketika adalah untuk memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat terutama kepada warga emas. Bila dah lepas berbuka, perut kita ni perlu elak daripada ketegangan badan sebab itu kena berehat seketika semasa melakukan solat sunat tarawih.





#2 Waktu Untuk Mengerjakan Solat Sunat Tarawih


Solat sunat tarawih ni dilakukan selepas solat Isyak sehinggalah terbit waktu fajar. Jangan hentam solat selepas Maghrib pulak. Tak pernah dibuat orang tau. 


#3 Jumlah Rakaat Solat Sunat Tarawih


Bilangan rakaat solat sunat tarawih yang biasa dilakukan Rasullulah SAW adalah 11 rakaat, terdiri daripada 8 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat sunat witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Biasanya solat sunat tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam. Daku biasanya akan buat 8 rakaat, setiap 2 rakaat diakhiri dengan satu salam. 

Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadailah dengan lapan rakaat sahaja. Kalau rasa tak mampu, jangan paksa diri, buat je 8 rakaat. Simple kan?


#4 Lafat Niat Solat Sunat Tarawih


Terdapat 2 lafaz niat yang boleh dilafazkan sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram. 

Solat Sunat Tarawih Bersendirian


Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah: 




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat kerana Allah Taala."


Solat Sunat Tarawih Berjemaah (Makmum)



Lafat niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:




Maksudnya: 

"Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala"

Niat solat sunat tarawih perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.  Maka solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali. 


#5 Cara Solat Sunat Tarawih Dan Surah Yang Boleh Dibaca



> Lafaz niat solat tarawih ialah "Sahaja aku solat sunat tawarih dua rakaat makmum kerana Allah Taala". Allahu Akbar

> Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Lepas tu naik lagi solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam.

> Lepas dah selesai 4 rakaat, ambillah masa sikit untuk berehat. Bolehlah kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh, tapi jangan lama-lama pulak tau.

> Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian, lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.

Jadi, ini yang paling ringkas untuk korang kena tahu. In syaa Allah selesai dan sahlah solat sunat terawih secara berjemaah. Bagi yang bersendirian pula, pun boleh guna cara yang macam ini.

Disebabkan 8 rakaat, daku cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Sural Al-Fatihah pada setiap rakaat. Jadual yang sama ini, boleh recycle pada setiap malam. Depends pada korang yang melakukannya.

  • Rakaat pertama - Surah Al-Maun
  • Rakaat kedua - Surah Al-Kautsar
  • Rakaat ketiga - Surat Al-Kafirun
  • Rakaat keempat - Surat An-Nasr
  • Rakaat kelima - Surah Al-Masad
  • Rakaat keenam - Surah Al-Ikhlas
  • Rakaat ketujuh - Surah Al-Falaq
  • Rakaat kelapan - Surah An-Nas

Lepas solat sunat tarawih nak kena solat witir tak? Terpulang pada individu. Nak solat terus boleh, tak nak solat terus pun boleh. Nak buat sendiri-sendiri boleh dan nak buat secara berjemaah pun boleh.





#6 Doa Selepas Sulat Sunat Tarawih 



Alhamdulillah, selesai juga cara solat sunat tarawih yang paling ringkas dan mudah untuk korang menunaikannya. Datangnya Ramadhan hanya berkunjung selama sebulan dalam setahun jadi Ramadhan adalah tetamu yang paling agong. Jadi, hargailah kehadirannya dengan merebut pahala sebanyak-banyak.

Jika tidak, kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan peluang keemasan itu. Ambil kesempatan ini untuk laksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca al-Quran dan bertarawih. In syaa Allah, daku harap dipermudahkan segalanya. 



Kredit : AkuIslam.com