CARA ALLAH NAK JEMPUT - TAZKIRAH RINGKAS #42

Bismillah.
Assalammualaikum.

CARA ALLAH NAK JEMPUT - TAZKIRAH RINGKAS #42 | Terbaca di FB pagi jumaat ni, macam mana cara nak Allah jemput pergi Umrah. Bila baca baru tersedar, bukan sebab kita ni tak mampu tapi kita ada usaha pun nak kesana. Bila tak ada usaha, macam mana Allah nak nampak kesungguhan kita, betul tak?




Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!

Allah tak jemput siapa yang mampu..
Tapi..
Allah jemput siapa yang ingin kesana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha kesana

Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh 'jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah'.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.

Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.

Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergu umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek? Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan rasa ada tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan  bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..

Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi

KERANA APA?

Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya

Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa


Kredit : FB Sabariah Abd Majid

Post a Comment

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama