Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Kulit Kering Serta Dapat Menyerikan Wajah

Apa khabar para pembaca sekalian? Salam Ramadhan semua. Pejam celik pejam celik dah berpuasa. Hari pun makin panas bahang, kan. Aku ni kalau hari panas confirm kulit muka jadi kering dan agak berminyak sedikit. Sebabnya kulit aku agak sensitif dengan cuaca dan habuk, itu yang kena apply moisturizer 2-3 kali sehari.

Semenjak aku pakai Aqua Cream Whitening dari Hansagee Nature ni memang nampaklah perubahan kulit wajah aku. Lagi pun, aku suka dengan texture water based. Bila apply kat muka, keluar titisan air dan muka rasa sejuk je. Water based moisturizer ni sangat sesuai untuk anda yang jenis kulit kering mahupun kulit berminyak dan kulit kombinasi.

So far aku pakai, memang best dan aku rasa inilah moisturiser terbaik yang pernah aku guna. Tapi kan, anda tahu tak, kulit kita ni ada beberapa jenis kulit dan tak semestinya kulit muka seorang adalah normal. Jarang ea nak jumpa kulit yang normal dan tiada masalah.

Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Kulit Kering Serta Dapat Menyerikan Wajah

Aqua Whitening Cream
Pelembap terbaik

$ads={1}

Kulit berminyak ini sejenis kulit yang banyak mengeluarkan sebum tetapi bila dah terlebih sebum itu yang menjadi punca kulit naik jerawat. Selain itu, ada juga kulit berjenis kulit kering, kulit kering ini pula kulit yang tidak mendapat kelembapan yang cukup manakala kulit kombinasi ialah gabungan dua jenis kulit iaitu kulit berminyak dan kulit kering. 

Baca sini: Bio Essence Rose Gold Water

Sebab itu betapa pentingnya untuk memakai moisturizer supaya kulit kekal lembap sepanjang hari. Jadi, Aqua Whitening Cream ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti di bawah:

1. Moisturizer Aqua Whitening Cream untuk Kulit Berminyak

Anda kena guna Aqua Whitening Cream ini dan ianya merupakan moisturizer water based dan sangat sesuai untuk dijadikan krim muka untuk kulit berminyak. Niacinamide merupakan bahan yang membantu untuk mengecilkan pori terbuka dan sesuai untuk dijadikan moisturizer for oily skin. Pastinya bila anda apply cream ini selalu, tiada lagi masalah kulit berminyak.


2. 
Moisturizer Aqua Whitening Cream untuk Kulit Kering

Pelembab muka ini mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik untuk kulit kering. Kulit akan berasa sejuk dan lembut selepas apply di wajah. Krim ini akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit. Ini kerana, titisan air ini memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas menggunakannya.

Aqua Whitening Cream
tekstur moisturizer water based lightweight, tak melekit & cepat meresap

Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature adalah Moisturizer water based yang elok dijadikan pelembap make up. Tekstur ringan, cepat absorb ke kulit sangat seusai digunakan sebelum mekap dan ia boleh mengawal sebum yang berlebihan, so minyak keluar dari skin berkurang dan juga dapat dikawal. Even cuaca tengah panas sekalipun, make up tetaplah maintain dan nampak sentiasa fresh. 

Kulit nampak lebih moisturized


Tips Penjagaan Muka

A) Cara Pakai Moisturizer

Cara pakai moisturizer sangatlah mudah. Anda kena pastikan kulit anda bersih dari segala kekotoran. Sapukan krim ini dengan jumlah yang mencukupi ke wajah anda. Lalu, sapukan krim tersebut perlahan-lahan di seluruh wajah. 

Titisan air akan muncul di permukaan kulit selepas beberapa saat. Anda hanya perlu dap dap lembut pada muka sehingga krim meresap. Kemudian, anda akan rasa kulit menjadi semakin lembut dan terasa krim menyerap terus ke dalam kulit.

B) Moisturizer Pakai Waktu Bila?

Waktu yang sesuai untuk pakai moisturizer ialah pada waktu pagi dan pakai moisturizer sebelum tidur di waktu malam. Waktu malam boleh pakai 2 layers dengan cara ini dapat control minyak. Bila bangun pagi, muka nampak kurang berminyak, jadi ini adalah 'krim malam terbaik' untuk anda.

Aqua Whitening Cream
Moisturizer sebelum make up

$ads={2}

Cara Make up Tahan Lama Guna Aqua Whitening Cream

Aku sendiri cukup sakit hati bila make up bercapuk dan tak tahan lama. Kening dan on point tapi bila tengok make up jadi crack teruk, itu yang terus moody sepanjang hari. Lagi stress nak touch up balik tu memang makan masa. 

Awal-awal pakai makeup, rasa muka macam flawless je. Malangnya lepas dah pakai dua ke tiga jam macam tu, mulalah muka bercapuk atau bertompok-tompok. Aku pulak jenis cepat dan mudah penat asyik nak kena touch up. Itu yang mula nak cuci make up.

Aku rasa mesti ada antara kita yang mengalami situasi macam ni, betul tak? Untuk yang jenis kulit bermasalah, lagilah kena pastikan make up tahan lama untuk kulit berminyak. Seronok bila tengok muka orang lain yang makeup flawless dan langsung tak bercapuk. Tapi kena kat muka kita, aduhhh bertambah stress. Itu yang end up tak nak pun pakai make up. 

3 Sebab Make Up Bercapuk dan Tak Tahan Lama

1. Kulit berminyak/kulit kering

Faktor kulit juga menyumbang make up korang bercapuk dan tak tahan lama. Dua jenis kulit ini berisiko tinggi untuk berdepan dengan situasi make up bertompok. Bila kulit kering ia akan membuatkan foundation korang merekah, manakala kulit berminyak akan buat foundation cair dan nampak bercapuk.

2. Cuaca panas

Sebenarnya cuaca panas adalah benda yang tak boleh kita nak elakkan. Bila cuaca terlalu panas atau hujan, itu yang boleh menjadi punca makeup tak tahan lama dan bercapuk. Asyik nak kesat je muka. Sebolehnya, korang kena elakkan untuk terkena direct cahaya matahari yang berlebihan dan pakai payung sekiranya hujan.

3. Make up tak meresap

Make up tak meresap disebabkan korang tak prep muka dengan betul sebelum make up. Muka tak prep terus pakai foundation, sebab tulah tak lekat. Standard nak makeup ni, muka kena prep dulu. Pakai skincare dulu, toner, essence, serum, moisturizer, sunscreen, primer. Then bagi bertenang kejap, baru mula pakai foundation dan lain lain peralatan makeup.

Bagus macam mana pun produk makeup yang anda gunakan, sekiranya tiada persiapan kulit yang baik, makeup anda tetap akan berisiko tinggi untuk bercapuk dan bertompok. Sebab itu, dahulukan skincare dan barulah makeup. Barulah muka anda nampak cantik bila anda jaga skincare.

Apa yang paling best, moisturizer ni buatkan kulit glowing. Jadi sebelum nak pakai makeup, pastikan anda menggunakan pelembap muka terbaik iaitu Aqua Whitening Cream supaya makeup meresap cepat, nampak pigmented, cantik dan tahan lama.  

Aqua Whitening Cream
Make up jadi pigmented bila apply Aqua Whitening Cream


Memandangkan pelembap ini sangat melembapkan dan ia boleh menyerap dengan pantas ke dalam kulit lalu menjadikan kulit anda berseri. Disebabkan hal itu, warna solekan dapat menyerap dengan baik ke dalam kulit dan berpigmen serta mengawal minyak pada kulit dan solekan akan nampak cantik. 

Aku sendiri aku, tak semestinya make up tu kena make up yang heavy. Make up yang simple powder, lipstick blusher je pun sesuai guna Aqua Whitening cream dan boleh nampak cantik, malah tahan lama pulak tu. So kalau untuk make up yang formal sikit punya pun ok, macam pergi dinner, wedding, event dan sebagainya. Confirm make up jadi smooth dan cantik je.

Ada juga kenalan aku pakai simple make up untuk pergi kerja, once guna Aqua ni katanya seharian tak risau make up bercapuk. Bukan setakat kenalan, aku sendiri pakai untuk event food review, langsung tak bercapuk.

Aqua Whitening Cream
Make up jadi smooth


Ada Mua kata pengantin mereka juga customers of Hansaegee, jadi guna Aqua ni sebelum make up, katanya make up tu more pigmented dan tahan lama sangat sesuai untuk wedding dinner, tak payah touch up banyak kali. Aku yakin salah satu cara make up tahan lama, dengan menggunakan Aqua Whitening Cream.

Akhir Kata

Memandangkan bulan ni dah puasa, dah semestinya nak kulit cantik di pagi raya kan? Anda kenalah sentiasa pakai Aqua Whitening Cream bermula hari ini sehinggalah di pagi raya nanti. Jangan skip guna moisturizer terbaik ini tau. Paling menariknya, anda boleh juga jadikan moisturizer ini sebagai primer makeup terbaik dan ini juga salah satu care make up tahan lama. Rugi tau tak guna Aqua Cream ni.

Bukan sahaja menjadi pelembap terbaik, malah Aqua Whitening Cream ini skin care products malaysia yang bagus. Aku jamin mesti ada yang sudah memakainya kerana Aqua Whitening Cream tidak membuatkan make up bercapuk dan makin pigmented, makeup nampak ssmooth sepanjang hari.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut pelembap skincare online Malaysia, anda boleh ke website Hansaegee Nature ya! Di sana lagi banyak informasi yang boleh anda dapat.

Brand: Hansaegee Nature 

Aqua Whitening Cream




1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. sy pulak tak sesuai guna aqua ni.
    kena guna safi youth baru sesuai hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama