Kari Kambing 40 Hari Yong Peng Johor

Balik dari Melaka, aku mengajak suami makan Nasi Arab di Kari Kambing 40 Hari. Dah lama juga nak makan kat sini. Kalau tak silap, terakhir kali makan 2018 masa itu tengah kerja lagi di Kluang. 

Kalau ada yang lalu highway selatan - utara, mesti anda akan nampak signboard besar Kari Kambing 40 Hari di tepi highway. Aku tadi exit tol Yong Peng Utara, kalau anda dari Johor, boleh exit tol Kluang. Lagi dekat nak ke restoran ini.

Kari Kambing 40 Hari
Luth makan nasi Arab

$ads={1}

Aku kenal restoran ni pun, dulu ex boss bawa nasi arab ke ofis di Langat. Tak silap masa tu 2016, masa makan memang cakap sedap betul nasi arab ni. Cuma tak tahu pula, nasi arab ni dekat Johor. Ingatkan ex boss beli di area Langat, Selangor. 

Kari Kambing 40 Hari Yong Peng Johor


Banyak juga perubahan kat restoran ni, dulu tak sebesar sekarang tau. Makanan kalau dah sedap, berkali-kali nak datang. Aku tak pandang sangat harga ni, cukuplah nasi arab tu sedap dan kena dengan tekak aku. Harga kalau berpatutan dah kira bonus. 

Apa-apa pun, ikutlah kemampuan poket anda. Jika anda mampu, makanlah di sini sekali sekala. Kalau tak mampu, baik duduk diam-diam aje. Sebabnya kadang orang tak mampu ni yang banyak cakap, dan suka berhati busuk dengan mereka yang berkemampuan untuk bawa anak-anak bini dan keluarga makan kat sini.

Kari Kambing 40 Hari
Restoran Nasi Arab


Menu Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari 

Terletak di no. 215, Kampung Haji Ghafar, bt 5 ½, Jalan Yong Peng, 83730 Yong Peng, Johor. Restoran ini beroperasi bermula dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang dan dibuka pada setiap hari. Di sini menggunakan sistem layan diri dan anda kena beratur terlebih dahulu ketika membuat pembelian. Sebabnya disini memang akan sentiasa penuh dengan peminat nasi arab di seluruh Malaysia.

Menu disini juga tidaklah banyak pilihan. Dekat sini, anda boleh pilih untuk makan secara dulang atau di dalam pinggan. Jika anda memesan Nasi Arab dalam dulang, anda akan dapat 1 jug air sirap secara percuma. Kalau beli dua dulang, akan dapat 2 jug dan begitulah seterusnya.

Berikut adalah senarai menu dan harga Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari untuk tahun 2023:


Kari Kambing 40 Hari
Nasi Arab Kambing RM16.95


Kari Kambing 40 Hari
Nasi Arab Ayam RM14.85

$ads={2}

Pinggan Nasi Arab
Nasi Arab Kambing - RM16.95
Nasi Arab Ayam - RM14.85

Set Dulang Nasi Arab
Nasi Arab bersama 2 Kambing 1 Ayam - RM61.50
Nasi Arab bersama 1 Kambing 2 Ayam - RM56.20
Nasi Arab Kambing - RM64.65
Nasi Arab Ayam - RM54.05

Untuk pengetahuan anda, parking di restoran ini agak terhad dan mungkin anda kena parking jauh sedikit. Manakala untuk surau dan bilik air disediakan berhampiran dengan restoran ini. Kalau nak parking tepi jalan boleh juga, tapi make sure sebelum nak melintas tu tengoklah kiri kanan. Pastikan nyawa anda sekeluarga selamat dari marabahaya. 

Review dan Ulasan

Melihat pada harga kari kambing dan menu, memang menu tidak banyak dan untuk harga, berpatutan dan sangat berpadanan dengan portition nasi arab tu. Aku rasa harganya normal untuk restoran Nasi Arab yang ada di Johor ni. Tetapi, untuk datang makan di sini setiap hari adalah satu perkara yang melampau. Kalau datang sebulan sekali atau kadang-kadang, bagi aku harganya sesuai.

Lagi pun, memang aku puas hati dengan porsi nasi arab. Satu pinggan tu nasinya memang banyak dan untuk aku sorang memang tak habislah even kalau perut tengah lapar sekali pun. Untuk nasi dalam dulang, aku rasa boleh makan 3-4 orang. Dah cukup berbaloi dah tu. 

 Jadi, kepada anda yang sukakan nasi arab johor, apa salahnya untuk datang dan mencuba menu yang ada di sini. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti mahu. 

Secara keseluruhannya, pengalaman makan restoran Kari Kambing 40 Hari ini sememangnya satu pengalaman yang menarik dan perlu dikongsikan pada anda semua. Mungkin ada makanan yang tidak sesuai dengan aku tetapi sesuai di tekak anda. Suasana di sini pun sangat meriah dengan pengunjung, dan yang paling penting, tidak membuatkan anda lama menunggu makanan.

RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI



Alamat:  No 215, Kampung Haji Ghafar, Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng, 83730 Yong Peng Johor.

Waktu Operasi :  7.30 pagi - 3.30 petang | dibuka Setiap Hari
Telefon : 0196272243, 0146372243 atau 07-7583129




7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Dah biasa dengar pasal restoran ni.. tapi x pernah singgah lagi..

    BalasPadam
  2. Harga boleh tahan janji sedap dan berbaloi.

    BalasPadam
  3. Tak pernah sampai lagi.. kebetulan nak ke Johor bolehlah singgah.. tq infonya banyak membantu..

    BalasPadam
  4. Teringin nak singgah sini. Nanti kalau ada trip ke Johor nak datang jugak kat sini

    BalasPadam
  5. Restoran Kari Kambing 40 hari customer selalu beratur panjang...

    BalasPadam
  6. Tiap kali blik kg mesti lalu tp tak singgah lg sbb org sentiasa ramai. In sha Allah nxt time blh try

    BalasPadam
  7. Tak pernah singgah walaupn lalu sini tiap kali blk kg. Lps ni blh la singgah try

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama