Resepi Kimchi Dijamin Halal Dan Mudah Untuk Dibuat

Resepi Kimchi Dijamin Halal Dan Mudah Untuk Dibuat | Boleh dikatakan aku penggemar makanan korea. Dulu, selalu juga beli kimchi dan masak bersama maggi. Sedapnya tu sampai seminggu 4 kali makan maggi dengan kimchi.

Apa yang aku suka dengan makanan Korea ni, diorang menghidangkan pelbagai jenis side dish (Bachan) seperti Kongnamul Muchin (Taugeh), Siguemchi Namul (Bayam), Oi Muchim (Salad Timun Pedas) dan sebagainya.

Kalau ko perasan, bila kita makan makanan Korea ni mesti diorang akan hidangkan sekali dengan side dish. Siap boleh refill lagi tu. Lagi menariknya, semua side dishes diorang ni adalah sayur-sayuran. 

Baca sini: Daun Kesum

No wonderlah diorang ni umur 50 tahun nampak macam 20 tahun je. Muda muda belaka. Kita ni gasak makan yang bukan-bukan. Janji sedap dan kena dengan tekak. 

Jadi. kimchi ni juga merupakan makanan side disheh diorang yang paling popular. Kalau nak beli tu memang mahal. Aku pernah beli 500gram RM25.90 itu pun jenama yang halal. Dua tiga kali makan habis dah. 

Apa kata kali ni kita cuba pula buat resepi kimchi, in shaa Allah halal dan mudah untuk dibuat.

Resepi Kimchi

Resepi Kimchi Dijamin Halal Dan Mudah Untuk Dibuat

Di bawah ni, aku tunjukkan bahan dan cara membuat resepi kimchi. Jadi, ko kena ikut dengan langkah yang betul ya.

Bahan sayur:

  • 1 biji kobis panjang pilih yang besar
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus memanjang
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 genggam daun kucai
  • 1/2 biji sengkuang - dihiris nipis memanjang
  • 1 sudu kecil bijan - disagai (optional)
  • Garam kasar secukupnya untuk perap kobis

Resepi Kimchi

Bahan pes:

  • 4 sudu besar serbuk cili babas atau mengikut pedas disukai
  • 4 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 6 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • Sos ikan secukup rasa
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 1 biji epal fuji
  • 1/2 biji buah lai/pear
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan udang kering

Cara-cara membuat resepi kimchi:

1. Cuci kobis hingga bersih.

Resepi Kimchi

2. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar di setiap helaian kobis.

3. Perap 1 jam, siap perap bila kobis dengan air sambil tekan-tekan buang air kobis.

4. Toskan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kobis (kalau air banyak nanti terlalu berkuah)

Resepi Kimchi

5. Dalam bekas besar masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-peda, manis, masin dan masam.

6. Masukkan kobis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur.

7. Siap dan sedap makan yang baru siap tu. 

Resepi Kimchi

Akhir kata

Kimchi merupakan makanan tradisional negara Korea, yang kebiasaannya dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan, selain digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak pelbagai jenis hidangan. 

Selain itu, kimchi adalah salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan pelbagai jenis bahan. Kimchi juga kaya dengan ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras tajam dan menyengat. 

Justeru itu, bagi peminat Drama Korea yang rasa terliur untuk menikmati kimchi yang sentiasa dipamerkan di dalam KDrama bolehlah ko mencuba resepi kimchi dijamin halal dan mudah untuk dibuat.

Selamat mencuba












2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama