Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Confirm Sedap

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan, Confirm Sedap | Selamat tengahari semua. Dah masak lauk tengahari ke belum? Hari ni aku nak kongsikan resepi kari ayam tanpa santan.

Mak cakap, kalau tak guna santan ni, kari mamak style. Aku sendiri pun bukannya pandai pun masak yang menggunakan santan. Tak menjadi wei. 

Kalau masak sambal tu, terer lah jugak. Ini masak kari, guna santan. Manalah reti. Ini pun belajar dengan mak siap buat video lagi untuk simpanan. Kalau tak mesti rasa tak sama dengan kari yang mak buat.


Ha gitulah. 

Kita ni baru nak belajar, kenalah belajar betul betul. Susah nanti kena marah dengan mak mertua sebab tak pandai masak kari. Eh tibe.

Tanpa berlengah, jom ler kita masak resepi kari ayam tanpa santan hari ni. In shaa Allah resepi ni sangat mudah untuk dibuat. 

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan


Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

BAHAN-BAHAN:

  • Tiga tangkai daun kari.
  • Sebiji bawang besar.
  • Sejemput cili kering potong pendek-pendek.
  • Herba empat sekawin.
  • Jintan manis sesudu
  • Serai sebatang.

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
  • Halia sebesar ibu jari.
  • Bawang putih lima ulas.
  • Serai sebatang.
  • Bawang besar satu labu.
  • Tomato satu biji. 

SUKATAN REMPAH-RATUS:

  • Rempah kari ayam dua sudu makan.
  • Rempah kari ikan satu sudu makan.
  • Serbuk kunyit satu sudu makan.
  • Serbuk cili dua sudu makan.
  • Masukkan air dan kacau jadi seperti pes.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, serai, bawang besar, jintan manis, cili kering potong pendek-pendek tadi. 

2. Bila dah garing yang tumis tadi. Masukkan bahan kisar macam dalam gambar ya. 


Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

3. Bila dah masak bahan kisar tu sampai terbit minyak, masukkan pes kari kari tadi. Nanti pinggan tu kan ada saki baki pes kari tu kan, letak sikit air goyang-goyang dan masuk air tu dekat periuk ya. Waktu ni api perlahan. Kita tidak mahu rempah hangit nanti tak sedap. 

4. Bila kari kari dah masak. Terbit minyak gitu, masukkan ayam. Saya guna ayam sebelah je. 

5. Nak bagi cepat masak isi ayam. Pemuda dia kenalah tutup periuk ya. Ni teknik kawalan haba je kalau tak ada penutup pun takpe. 

6. Sekali sekala kena tengok supaya tak hangit ayam kita. Nampak dah nak kering tu bolehlah tambah air. Biarkan masak sempurna ya. Tapi tulah, orang kata tiada apa yang sempurna di dunia ni. Tak apa, sempurnakan rasa dengan garam dan perasa yang anda suka. 

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Anda suka masam boleh la letak asam keping atau asam jawa. Saya tak letak asam pun. Nota: Cuba korang ganti asam asam tu dengan perahan lemon. Sedap giler weh. 

7. Mujur saya ada lagi satu tomato. Potong dan masukkan. Sebenarnya saya nak potong dua je tetapi terpotong empat. 

Akhir Kata

Bukannya susah pun nak masak kari ayam tanpa santan ni kan. Bahan-bahan pun mudah dan senang untuk dapat. Kalau susah sangat, ha ko minta aje dengan jiran sebelah tu ha. Nanti dah tak ada alasan nak masak kari. Masak kari tanpa santan pun boleh ya. 

Semoga bermanfaat.

Sumber | SirapLimau

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Hahahha, kena berjiran dgn OM la macam ni boleh mintak >.< jkjk, VM selalu masak letak santan unless kalau santan hbs mmng masak mcm ni jugak hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama