Beauty of Joseon Sunscreen Review, Murah Dan Berbaloi

Beauty of Joseon Sunscreen Review, Murah Dan Berbaloi | Sebenarnya kan, dah lama tak review product skincare sendiri. Aku sendiri pun tak ingat last review tu bila. Lagi pun, dah tak ada idea nak menulis hari ni.

Bosan juga bila topik yang sama je. Baik, kita ni blogger, variasikan lagi entry-entry yang nak di tulis dalam blog.

Baru-baru ni ada buat treatment wajah di Dermalene Skin Centre, Johor. Waktu tahu muka ni banyak problem, teruslah semangat semula nak berskincare. Bila dah jadi ibu ni, malas betul nak melawa apatah lagi nak membeli barang skincare baru.

Selagi belum expired, guna aje lah sampai habis. Nanti pembaziran pula kan. Dulu muka tengah breakout, memang banyaklah membeli skincare. Tiap-tiap bulan aku beli je yang baru tapi sekarang mana boleh. Pengurusan wang tu kena jaga tau! Yang kelakarnya, masa tengah viral ubat jerawat dalacin t pun aku gasak membeli. 

Kalau dulu, pencuci muka je dekat 3 cleanser. Ada low ph cleanser lah, ada yang jenis pakai picit je dah keluar buih lah, eh macam-macam. Sekarang nak beli sunscreen pun kena pikir panjang dulu tau!

Jadi, kali ni tewas sebabnya aku tak ada sunscreen! Itu yang kena beli satu. Sunscreen pun penting juga, supaya muka aku ni tak adalah bertambah belang.

Beauty of Joseon Sunscreen Review

Hari ni, aku nak kongsikan beauty of joseon sunscreen review. Meh, teruskan membaca.


Beauty of Joseon Sunscreen Review


#1 Product Details

Product name : Relief Sun : Rice + Probiotics (SPF50+ PA++++)
Product Brand : Beauty of Joseon
Skin Type : All type skins
Origin : Korea
Product Type : Sunscreen 
Size : 50ml 
PAO : 12 bulan
Price : RM43
Availabilty : Tiktok Shop, Shopee

#2 What it claims 

Beauty of Joseon sunscreen ni sebagai pelindung matahari yang mempunyai formulasi krim ringan. Formula krim lembap ini juga membolehkan penyerapan segar tanpa whitecast. 

#3 Ingredients 

Bahan utama untuk beauty of Joseon sunscreen, mixture of chemical sunscreen, Rice Extract, and Probiotics. Ia mengandungi ekstrak beras 30% dan kompleks probiotik bijirin. Bahan lysate penapaian bijirin dikatakan membantu menyuburkan kekuatan semula jadi kulit.

Other than that it contains Niacinamide and other plant extracts which include sugarcane, green tea and also ginseng. 

#4 Packaging  

Didatangkan dengan 50ml,  a small tube and sesuai untuk korang bawa kemana sahaja. Tube ini dilengkapi dengan penutup botol, jadi tak mudahlah untuk tumpah bila korang terpicit dengan tak sengaja. Design pun simple je, aku suka betul!

Beauty of Joseon Sunscreen Review



#5 How to use

Nak pakai sunscreen ni, ko kena guna konsep 2 fingers rule. Lepas tu, ko sapu je dekat muka. Sapu rata tau, jangan tak rata. Sunscreen ni pula sangat mudah blend in tau. Ambil beberapa saat je untuk absord terus ke dalam kulit. 

#6 The Smell/Colour/consistency 

Macam korang nampak, texturenya likat, tidak melekit dan sangat ringan. Bila pakai, tak ada langsung whitecast tau! Bau pula, okay je macam biasa tapi tak ada bau pelik pun. 

#7 How I feels 

Aku dah guna untuk seminggu ni, so far memang tak ada masalah dengan kulit aku dari segi redness atau irritation selepas apply beauty of Joseon sunscreen.

Bila apply, langsung tak melekit dan menyerap terus ke dalam kulit. Whitecast pun tak ada tau. Smooth je bila guna. Lagi syoknya, muka tu bersinar tanpa sebarang make up. Berbaloi aku beli tau. 

#8 Recommended

Overall, aku memang suka pakai sunscreen ni tau! Best, tunggu habis dulu yang ni baru nak beli yang baru pula. Aku recommend untuk korang tau, kena ada satu dalam skincare ko. Rugi tak beli. Kang muka aku dah berkilat bak orang korea. Baru menggigil ko nak beli. 

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Thanks for sharing. Sunscreen memang penting dalam skincare

    BalasPadam
  2. Lenne dah try sunscreen ni tapi tak recommended sangat for very oily gals macam Lenne T.T ingredients, alcohol-free, fragrance-free, takda whitecast etc semua elokk but it's too moisturizing untuk kulit yg sedia berminyak. I'm so bummed out! Thank you for sharing your thoughts though! Appreciate it xx

    ♡ lenne | lennezulkiflly.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama