Simian Line, Adakah Anugerah Atau Kejadian Pelik?

Pernah tahu tak tentang simian line maksud? Daku sendiri pun tak tahu benda ni wujud. Cuba cek tapak tangan korang, ada tak garis ditangan korang mempunyai satu garis lurus yang membelah tapak tangan korang. Ada ke tak ada? Biasanya orang normal mempunyai 3 garis di tapak tangan. Rasa simian line malaysia pun ada je, jangan ingat orang luar negara je ada. 

Korang nak tahu jugak ke simian line menurut islam? Jom teruskan membaca.




Adakah ianya aneh? Populasi yang ada simian line ni cuma 1% di dunia. Mereka juga mempunyai cara pemikiran yang berbeza kerana garisan hati dan minda mereka selari. Biasanya orang normal, akan pikir guna akal dan ada juga yang ikut naluri hati, kiranya dua-dua balance.

Pernah dulu Ustazah suruh cek tapak tangan ada tak 18 dan 81 (nombor jawi). Bila digabungkan 18 dan 81, terbentuklah 99 nama Allah. Itu bagi orang normal, kalau orang simian line, dua tapak tapak tangan ada simian line, tak ke pelik benda tu?



#1 Maksud Simian Line? 


Simian Line adalah suatu garis di telapak tangan yang memiliki satu garis lurus yang tidak putus hingga akhir, dari jari telunjuk hingga jari kelingking. Garis Simian Line biasanya terdapat di salah satu tapak tangan tapi boleh juga terjadi kepada dua belah tapak tangan. Dikenali juga dengan nama Simian Crease dan Single Transverse Palmar Crease.


#2 Simian Line ni Ada Keistimewaan ke?


Pertama, simian line di tapak tangan kiri memiliki sifat yang tenang dan peribadi yang tertutup. Pemilik simian line kiri ini juga kononnya mempunyai kemampuan merasai kehadiran makhluk halus di sesebuah tempat.

Kedua, simian line kanan biasanya bersifat tegas, bercita-cita tinggi dan sedikit nakal. Mereka ini kadang mengelakkan pergaduhan kerana dipercayai pukulan tangan mereka sangat mengerikan. Sekali tempeleng muka kau, ha boleh bengkak berhari-hari. Sebab, pemilik simian kanan juga seboleh-bolehnya cenderung untuk mengelakkan masalah. Daripada jadi hal polis, better elak.

Ketiga, gabungan simian line di tapak tangan kiri dan kanan. Kiranya dua belah tapak tangan ada simian line. Mereka pemilik garis tangan macam ni merupakan keseimbangan antara simian kiri dan kanan. Bersikap tenang tapi bercita-cita tinggi juga dan mampu merasakan kehadiran makhlus halus.


#3 Tokoh Dunia Yang Memiliki Simian Line


Eh, tokoh dunia pun ada simian line jugak tau, salah satunya Raja Salman. Tapi selain daripada Raja Salman ada juga tokoh-tokoh dunia yang lain iaitu :


  • Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Pertama Singapura
  • BJ. Habibie, Mantan Presiden Indonesia
  • Tony Blair, Mantan Perdana Menteri Britain
  • Hillary Clinton, Mantan Menteri Luar Negeri dan Calon Presiden Amerika Syarikat
  • Muhammad Ali, Petinju Amerika
  • Ronald Reagan, Mantan Presiden Amerika Syarikat
  • Albert Einstein, Ilmuwan Jerman
  • Mahatma Ghandi, Pemimpin Spiritual India
  • Paus Yohanes, Italia
  • Tokugawa Ieasyu, Shogun Jepun


Ada juga kajian menunjukkan kebanyakkan pembunuh upahan, pembunuh bersiri, penjahat-penjahat, penjenayah hebat di dunia ni mempunyai tapak tangan simian line. Masalah juga tu sebenarnya tapi ada juga orang yang hebat hebat macam tokoh di atas. Katanya, Datin Rosmah Mansor pun ada simian line di tapak tangannya.

Sesiapa yang mempunyai simian line cuba cari rahasia di sebalik tapak garisan tangan korang tapi janganlah sampai menggunakan perkara-perkara yang karut, sekadar ilmu untuk mengetahui pun dah cukup. Sebagai seorang muslim, kita hanya perlu berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta ajaran alim ulama.



8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. ray cuma tahu pasal yg 99 nama Allah tu je

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik. Baru tahu pasal simian line ni.
    Rupanya ada nama tersendiri eh.

    BalasPadam
  3. baca ni sambil tgk tapak tangan berkali-kali, masih krg faham 😄😄

    BalasPadam
  4. LH agak dah albert einstein dengan mahatma ghandi mesti ada garis ni. Sebab cara pemikiran mereka pelik dari orang

    BalasPadam
  5. saya ada simian line di kedua dua tapak tangan, dan dari kecik mmg mama x bagi pukul sesapa, sbb nnti bisa org yang kena pukul tu.. takat tu je lah tahu pasal line ni... tertanya tanya juga ada apa lagi rahsia garisan ni, sampai lah jumpa artikel ni..thank you for the info.

    BalasPadam
  6. Ooo ini tangan anak Sis yang sulung ada OM, memang tau dia ada simian line ni.. Cuma Sis tak pernah plak amik kisah.. tapi anak yang bgtau hehehe

    BalasPadam
  7. Saya dua ii belah tangan om line tegak.selama nih tak pernah amik tahu pun,tiba tergerak hati pulak nak buat kajian yang penting faham boleh lah buat tambah semangat��

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama