30 يونيو 2022

Bubur Ayam KonGee Memang Super Sedap!

Bubur Ayam KonGee Memang Super Sedap!

Bismillah.
Assalammualaikum.

Bubur Ayam KonGee Memang Super Sedap! | Yer terus terang aku cakap memang super sedap, serius aku cakap, memang sedap, ko kena cuba sekali tau! Selama aku duduk dekat Bukit Indah, baru ni aku ni tau ada Bubur Ayam yang sedap macam gini, kalau tak, sampai sanggup aku ni ke Kempas, semata-mata nak makan Bubur Ayam. 

Rasanya mesti ada yang dah tau juga kan, terutama area gelang patah tu, cuma aku je laa baru tau ni haa. Kalau tahu awal-awal, memang inilah makanan malam aku setiap hari. Apatah lagi kalau buburnya kena dengan tekak aku ni. Lagilah sanggup aku datang sini tau. 

Bubur Ayam Kongee

Bubur Ayam Kongee

So lepas je settle urusan event di Mid Valley, aku terus mencari di manakah Bubur Ayam Kongee ni. Rupanya stall ni di tepi jalan betul berhadapan  dengan MyDobi Nusa Bayu tu. Ko lepas je dari traffic light, jalan straight dan dah boleh nampak stall ni tau. 

Ermmm apsal selama ni tak nampak dan tak tau ek hahahaha.

Stall ni pun dalam kawasan bangunan kedai, bukan bangunan rumah taman.

Bubur Ayam Kongee

Itulah gambar depan stall Bubur Ayam Kongee tu. Tengok banner aje dah nampak ada macam jenis menu ada. Ini pertama kali aku datang dan nak mencubanya. 

So kita tengok macam mana perginya hehehehe.. Food panda pun ada juga tau. Senanglah kalau ko jenis malas nak keluar rumah, ko beli je kat apps tu. Confirm sampai depan rumah ko nanti. 

Bubur Ayam Kongee

Mula aja sampai, aku terus order Bubur Ayam Special. Puas hati makan penuh mangkuk, harga pulak cuma RM12 sahaja. Yang specialnya, ada bebola bakso dalam bubur tau. Ko nak letak ayam goreng pun lagi bertambah-tambah sedapnya.

Masa aku sampai tu, tak berapa ramai orang, then dalam beberapa minit, ada 5-6 orang yang start beli bubur ayam. Nampak memang power ar stall ni. Rata-rata aku nampak orang order Bubur Ayam Bakso dan juga Ayam Gunting dia.

Tu dia Bubur Ayam Special! Semangkuk rm12 . Siap ada bebola bakso ko, puas makan! . 

Makan pula dengan sambal kicap dan juga serbuk lada, power gile sedap jadi bubur ni! Serius cakap, tarak tipu. Ini kalau mak aku makan, lagi dia suka, hahahha...

Selain Bubur Ayam Special dan Ayam Gunting, korang bolehlah cuba makan Cheese Jumbo Goreng, Ayam Poket, Ayam Goreng dan Sotong King Gunting. Confirm ko suka dan berbaloi beli dengan harga tu. 

Bubur Ayam Kongee

Bubur Ayam Kongee

Aku pun nanti nak datang lagi dan cuba menu yang lain pula. Sotong King Gunting tu mengugat betul imanku hahahahaa. Kalau korang ada cuba, sila tag aku di FB ya. Aku nak tau jugak feedback dia macam mana.

So sesiapa yang nak mencuba tu, silalah. Ini alamatnya,

Main outlet: Taman Nusabaju, Nusajaya
Waktu operasi: 4pm - 10pm
Waze: Bubur Ayam Kongee Taman Nusabayu

Outlet kedua: Restorang Periuk Kampung Gelang Patah
Waktu operasi: 6pm - 10.30pm






Chicco Melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di  Mid Valley Southkey

Chicco Melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Mid Valley Southkey

Bismillah.
Assalammualaikum.

Chicco Melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di  Mid Valley Southkey | Semalam Chicco Malaysia yang melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di majlis pembukaan cawangan baru mereka di Mid Valley Southkey, Johor Bahru adalah bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa agar lebih mengutamakan keselamatan anak-anak, terutamanya bayi yang baru lahir. 

Diasaskan pada 1958 oleh Pietro Catelli dengan visi mencipta jenama khusus untuk penjagaan bayi, Chicco menempatkan rangkaian produk yang komprehensif dari peringkat bayi hingga 36 bulan, secara langsung menjadikan beliau perintis dalam industri. 

chicco malaysia store


Jenama ini mendapat sambutan hangat di kalangan ibu bapa dan terus meneraju pasaran Italy dengan pantas sekaligus ke peringkat antarabangsa. Chicco telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan kini boleh didapati di 120 negara, termasuk Malaysia.

Pelan ini memberi perlindungan ke atas semua rangkaian produk kerusi kereta kanak-kanak ChiccoCare yang dibeli di cawangan asal, peruncit sah serta belian atas talian. Kerusi keselamatan kereta kanak-kanak Chicco layak mendapatkan pertukaran 1 dengan 1 sekiranya berlaku kemalangan dalam tempoh sepuluh tahun selepas pembelian. Manakala, kerusi kereta Chicco yang terjejas akibat banjir layak mendapat diskaun sebanyak 20%.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat merupakan antara yang hadir ke majlis pelancaran rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta ChiccoCare serta pembukaan cawangan baru Chicco di Mid Valley Southkey. Acara itu turut dilancarkan dengan penampilan ahli perniagaan dan YouTuber tempatan, Inthira Kalanjiam. 

chicco malaysia store


Selebriti Ayda Jebat yang merupakan pengguna setia Chicco sejak 2021 berkata, "Saya sangat yakin dengan produk Chicco. Selain membantu saya dalam kesibukan pekerjaan semenjak saya melahirkan pada tahun lepas, kerusi kereta Chicco juga memberi kemudahan dalam kehidupan harian saya. Jadi, apabila Chicco melancarkan pelan perlindungan ini, saya dan terutamanya para ibu, rasa terjamin tentang keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kami." 

"Sebagai perintis dalam sektor produk bayi, kami komited dalam menyediakan peralatan terbaik untuk keluarga di Malaysia supaya anak-anak mereka dapat membesar dengan selamat.", kata Alex Chan, Pengarah Urusan Sunup Healthcare Sdn. Bhd., selaku pemilik Chicco Malaysia. 

"Pasukan kami juga peka terhadap hakikat bahawa dalam masa yang sukar ini, kami tidak mahu membebankan keluarga dari segi kewangan. Justeru itu, pelan perlindungan ini memberi kemudahan dan keutamaan kepada ibu bapa di Malaysia serta keselamatan anak-anak mereka terjaga," katanya. 

Beliau juga menekankan kepentingan ibu bapa memilih kerusi kereta yang sesuai untuk anak- anak mereka berdasarkan saiz, umur dan keperluan mereka.

chicco malaysia store

Melindungi Generasi Seterusnya Adalah Tanggungjawab Kita 


Menurut kajian, lebih separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak dilindungi semasa dalam perjalanan dan lebih daripada 82% kes, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak dipasang dengan betul. 

Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang menghadap belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan ketara sebanyak kira-kira 90% manakala pandangan hadapan mengurangkan risiko kematian dan kecederaan sebanyak kira-kira 71% berbanding dengan kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya di atas jalanraya.

chicco malaysia store


Tanggungjawab ibu bapa turut memainkan peranan dimana mereka perlu memastikan tidak menggunakan semula kerusi keselamatan kanak-kanak yang rosak atau terpakai, serta kerusi kereta yang telah terlibat dalam kemalangan.

Pelan Perlindungan Untuk Anak Anda 


Majoriti pelanggaran yang berlaku adalah dari bahagian hadapan, yang menjadikan tempat duduk belakang tempat paling selamat untuk memasang kerusi kereta kanak-kanak. Kemalangan yang melibatkan anak kecil sangat membimbangkan para ibu bapa. Memandangkan kerusi kereta keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan pada 2020 oleh menteri pengangkutan, Chicco memberikan keselesaan kepada ibu bapa dengan adanya Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare. 

chicco malaysia store

Jaminan Untuk Ibu Bapa Melancong Bersama Anak-Anak


Berkenaan dengan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare, ibu bapa harus ambil perhatian bahawa pelan perlindungan adalah tidak sah untuk kerusi kereta Chicco terpakai kerana pihak Chicco tidak diberikan maklumat mengenai sebarang kejadian yang berlaku sebelumnya. 

Dengan Chicco, keselamatan anak anda terjamin pada setiap masa dengan penggantian kerusi kanak-kanak yang rosak akibat kemalangan atau bencana. Chicco memahami ibu bapa dan anak- anak merupakan harta paling berharga. Oleh itu, keutamaan keselamatan mengatasi segala- galanya. 



Kerusi kereta Chicco memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada di tempat duduk paling selamat dan terbaik. Jenama ini bukan sahaja menawarkan tempat duduk berkualiti, tetapi ia juga memberi jaminan tambahan dengan menawarkan pelan perlindungan yang akan memastikan kanak-kanak selamat dan terjamin di tempat duduk kereta yang sesuai dengan umur mereka. 

Kerusi kereta kanak-kanak Chicco adalah lebih dari sekadar tempat duduk kerana ia direka dengan reka bentuk yang inovatif dan diuji bagi mengelakkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku pelanggaran. Jika tempat duduk kereta terlibat dalam kemalangan, Chicco mengesyorkan untuk menggantikannya tanpa mengira tahap kerosakan akibat kemalangan. 

Untuk semua pembeli kerusi kereta kanak-kanak Chicco sejak 2018 yang memiliki bukti resit pembelian, anda boleh mendaftar untuk Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare disini. Seluruh barisan produk Chicco boleh didapati di cawangan Chicco Malaysia Store di aras LG 029 dan 030 di The Mall, Mid Valley Southkey.

Untuk info lebih lanjut mengenai Chicco Malaysia Promotion, boleh layari laman web yang tertera:

YouTube : Chicco Malaysia - YouTube
Tiktok : Chicco Malaysia

28 يونيو 2022

Jangan Potong Kuku Pendek Sangat, Ini Kesannya.

Jangan Potong Kuku Pendek Sangat, Ini Kesannya.

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jangan Potong Kuku Pendek Sangat, Ini Kesannya. | Aku memang suka potong kuku pendek, ngam ngam dengan isi. Nampak lagi besar dan hilang daki dekat isi kuku tu. Suami pulak tak suka potong macm tu, dia lagi suka kalau potong lebih sikit dari isi. Lagi sakit hati bila kaki aku ni kena cagu. Berdenyut rasa bila kena cagu. Cagu ni kalau tak potong betul, memang bisa kaki. Sentuh sikit dia punya sakit tu kemain lagi.

Sebenarnya, amalan kepit kuku ini bukan dilakukan atas dasar kemahuan tetapi keperluan. Atau jika tidak, kuku anda itu bukan sahaja akan panjang malah hitam, kotor dan penuh daki. 

Namun demikian, usah pula anda ketip kuku terlalu pendek sampai nampak daging di bawahnya. Ramai yang tidak tahu jika ini boleh menjadi punca infeksi bakteria dan banyak masalah lain.

Ko boleh baca jangan potong kuku pendek sangat dari info Hello Doktor ni okay.


Jangan Potong Kuku Pendek Sangat


Kenapa kita semua harus potong kuku? 

Penjagaan kebersihan dan kesihatan diri itu perlu meliputi keseluruhan tubuh badan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia termasuklah kuku kaki dan tangan yang sering kali terabai. Untuk pengetahuan semua, kuku adalah antara bahagian terpenting kerana ia terletak pada hujung jari-jemari yang akan banyak digunakan untuk menyentuh dan memegang sesuatu. 

Kuku yang panjang, hitam lagi kotor itu bukan sahaja bakal merosakkan penampilan malah turut boleh menjejaskan kualiti makanan dan minuman yang diambil secara langsung dengan menggunakan tangan.

Akibatnya, ia boleh jadi ‘rumah’ kepada anasir jahat seperti kuman yang seterusnya menyebabkan masalah pada kesihatan. Contohnya, kuku yang dibiarkan terlalu panjang itu sering kali dikaitkan dengan infeksi kulat kuku atau pinworms. Dalam erti katalebih mudah, potonglah kuku kerana ia juga adalah antara tuntutan dalam agama!  

Jangan kepit kuku terlalu pendek pula! 

Tidak potong salah, sudah potong pun salah? Ya, engko mungkin perlu berhati-hati dalam hal ini. Ini kerana ada juga individu yang mempunyai kebiasaan untuk memotong kuku mereka terlalu pendek sehingga terlihat daging di bawahnya dan ia adalah satu tabiat yang ternyata tidak bagus. 

Selain akan membuatkan kuku ko itu tampak aneh dan pucat, ko juga bakal hilang nikmat menggaru tubuh badan yang gatal dengan kuku. Bukan itu sahaja, ada lagi bahaya yang lebih besar. Antaranya: 

Angkara kepit kuku terlalu pendek #1. Rasa sakit 

Apabila ko ketip kuku terlalu pendek, hyponychium – lapisan daging merah di bawah kuku itu akan terlihat. Kesannya, ia akan buat hujung jari anda rasa sakit, pedih dan tidak selesa. 

Puncanya, wujud banyak hujung saraf pada lapisan ini yang sangat sensitif. Ketika ia tersembunyi di bawah kuku, anda tidak akan rasa sakit namun lain pula ceritanya apabila ia ‘terkeluar’.

Dalam usaha untuk mengelakkan rasa sakit berpanjangan, tindakan yang ko boleh buat adalah membalut atau menutup lapisan tersebut dengan menggunakan plaster agar ia tidak lagi terdedah pada segala bentuk kontak punca kesakitan. 

Akibat kepit kuku terlalu pendek #2. Infeksi bakteria 

Seperti mana kami kata di awal artikel, tabiat sering kepit kuku terlalu pendek mungkin boleh jadi punca infeksi bakteria yang dikenali dengan nama paronychia dan ia turut berbahaya. 

Selain menyebabkan ketidakselesaan pada hujung jari, jangkitan ini boleh mengakibatkan kuku ko terinfeksi lantas meradang dan membengkak disertai dengan rasa sakit yang teruk. 

Penggunaan ubat antibiotik mungkin boleh membantu merawat masalah ini. Namun apabila ia melarat akibat tiada tindakan yang diambil, jangkitan akan lebih sukar untuk dipulihkan terutama jika ko mempunyai masalah lemah sistem imun. 

Jangan Potong Kuku Pendek Sangat


Kesan jika potong terlalu pendek #3. Kondisi cagu 

Pernah dengar tentang cagu? Kondisi yang juga popular dengan nama kuku cengkam atau cekam ini berlaku apabila kuku ko mula tumbuh ke dalam dan menekan daging di bawahnya. 

Ada banyak faktor risiko yang memicu kepada masalah ini selain kepit kuku terlalu pendek seperti tidak jaga kebersihan, trauma atau kecederaan, keadaan kesihatan serta banyak lagi.

Apa yang mungkin sedikit melegakan adalah ia tidak sukar untuk dirawat, jadi ko boleh cuba cara berikut: 

  • Rendam dalam air hangat 
  • Tutup dengan kain balut 
  • Makan ubat tahan sakit 
  • Sapu ubat krim antibiotik 
  • Pakai kasut dan stoking yang sesuai 

Maka, sila potong dengan cara betul

Konklusinya, membiarkan kuku ko terlalu panjang atau terlampau pendek akan mengakibatkan kesan sampingan. Apa yang kalian harus buat adalah sila ketip kuku dengan cara betul. 

Menurut Canadian Dermatology Association, individu wajar potong kuku sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali dalam masa seminggu bagi kuku tangan dan lebih lambat pula bagi kuku kaki. 

Pastikan juga ko potong ia tidak begitu pendek. Biarkan ada sedikit jarak sisa kuku putih di atas kuku merah jambu ko itu untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah berkaitan!

26 يونيو 2022

10 ANEKA RESEPI KERABU YANG SENANG DAN MUDAH UNTUK DIBUAT

10 ANEKA RESEPI KERABU YANG SENANG DAN MUDAH UNTUK DIBUAT

Bismillah.
Assalammualaikum.

10 ANEKA RESEPI KERABU YANG SENANG DAN MUDAH UNTUK DIBUAT | Dulu masa sekolah rendah, gigih tau aku join pertandingan buat kerabu antara sekolah sekolah. Masa tu juga macam macam jenis kerabu. Sekarang pula, aku kerap makan kerabu mangga, kerabu maggi dan kerabu kaki ayam.

Dulu geli tau nak makan kerabu kaki ayam tapi sekali mak buat, hilang terus rasa geli tu. Dok sedap je menambah, mak buat kan, mana tak sedapnya. Esok dah lockdown, buat kakak kakak yang di rumah tu, boleh cuba buat resepi kerabu yang senang dan mudah ni. Barang barang pula memang dah ada kat dapur dah pun.

Di bawah ni aku dah kongsikan 10 aneka resepi kerabu yang senang dan mudah untuk dibuat. Cuma kakak kakak sekalian memerlukan kerajinan untuk membuatnya. In shaa Allah sedap dan dah tentu suami dan anak anak akan suka. 

10 Aneka Resepi Kerabu Yang Senang Dan Mudah Untuk Dibuat 




Jom kita cuba dan buat resepi kerabu yang senang dan mudah ni, teruskan pembacaan dan selamat mencuba semua. 

#1 KERABU BETIK MUDA


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda  |  sagat dan celur
  • 2 biji cili merah  |  mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 2 batang serai muda  |  mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kacang tanah panggang cincang secukupnya

CARA MEMASAK:


1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.




#2 KERABU CAMPURAN KEKACANG


BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang kacang botol | hiris halus
  • 5 batang kacang buncis  | hiris halus
  • 5 batang kacang panjang | hiris halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
  • ½ biji limau nipis | perah airnya
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1 -Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.

2 - Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.

3 - Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.

4 - Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.



#3 KERABU DAGING LIMAU PURUT


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 3 helai daun limau purut |  hiris halus
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Daging direbus empuk dan hiris nipis.

2 - Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3 - Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.





#4 KERABU JANTUNG PISANG KERISIK


BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 biji jantung pisang  | rebus empuk dan hiris
  • 2 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 sudu makan kerisik
  • ½ sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.



#5 KERABU SOTONG SIAM


BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | potong kecil dan celur
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.




#6 KERABU SUHUN KACANG GAJUS


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun | rendam dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
  • Bijan hitam panggang secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.



#7 KERABU TAUGE  KASAR DAN SOTONG KERING


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tauge kasar
  • 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam  dan  goreng
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang kacang panjang | hiris nipis
  • 2 biji cili merah |hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 1 sudu makan kelapa parut | panggang
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.

2 - Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3- Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa.

5 - Tambah perahan limau kasturi dan gaul.  Sedia dihidangkan.



#8 KERABU TAUHU UDANG KERING


BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 1 sudu makan kelapa panggang
  • ½ sudu makan air perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.

2 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

3 - Gaul sebati kesemuanya.

4 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.



#9 KERABU TOMATO BILIS


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 biji tomato merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Ikan bilis digoreng garing dan toskan.

2 - Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3 - Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa.

5 - Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.





#10 KERABU UDANG SERAI


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang segar | kupas dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan lemon
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan daun ketumbar secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.




25 يونيو 2022

Cash Out Kali Ke-3 Google Adsense

Cash Out Kali Ke-3 Google Adsense

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cash Out Kali Ke-3 Google Adsense | Entry ni aku tulis bukan nak menunjuk cuma aku nak bagi semangat untuk blogger lain yang belum merasa cash out. Bila dah ade adsense, benda yang paling kita tunggu ialah cash out duit adsense kan? Samalah macam aku ni. Aku memang dah target tahun ni kena 2 kali cash out.

Baca sini juga: Cash Out Kali Ke-2 Google Adsense

Aku pun dah tak bekerja, jadi memang mengharapkan juga duit income blogging ni. Orang lain cash out tiap bulan tu cemburu juga lah. Sebabnya, aku memang teringin sangat nak dapatkan tiap bulan. Sebulan 100 dollar pun dah syukur alhamdullilah.

Cash Out Kali Ke-3 Google Adsense

Nampaknya memang kena kerja kuatlah lepas ni. Apa guna kalau dah ada adsense dan tepek macam tu je kan? Nak income berkepuk, kenalah update selalu. Aku perasan ni sejak aku dapat adsense yang pertama. Tahun lepas bulan 10 masa tu. Bulan 11 lepas tu, memang aku rajin update. Kadang sehari dapatalah 50 cent usd, walaupun sedikit tapi bila dikumpulkan sebulan dapatlah 10-20 usd. Kumpul lagi 5 bulan dah boleh cash out bulan ke 6.

Sebab itu, tahun ni average tiap bulan aku dapat adsense 17-25 usd. Kiranya dah bersyukur sangat sangat dah ni, nak banding 2 tahun lepas, langsung tak dapat apa. Walaupun cuma republish artikel lama, tapi masih dikira update, jangan biarkan sampai berhari-hari tak update.

Lagi satu, yang jadi masalah kepada blogger dan aku ni, asyik pikir 'pageviews' je. Hahahaha.. Aku lah tu, cuma berbeza kali ni, aku manjang nak check adsense. Aku dah tak kisah dah pageviews sehari tu berapa, janji adsense naik je 1 usd sehari. Apa yang penting, kerapkan update blog. Jangan biarkan tak update, nanti macam mana nak naik pv kalau tak update.

Kalau ko rasa income adsense ni penting untuk ko, ko kena cari solusi untuk tambahkan income. Banyakkan membaca dan bertanya pada blogger yang pengalaman. Kalau diam je tak buat apa apa, memang takkan dapatlah apa yang ko nak. 

Gitu...

Aku harap blogger yang belum merasa adsense ni, tolonglah sedar dan bersungguh sungguh. Nanti kalau sekali dah merasa cash out google ni, tiap bulan akan jadi ketagih. Aku cakap dan bagi tips apa yang aku tahu, kalau ko tak nak kesah, ko punya sukalah ya. 

22 يونيو 2022

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

 Assalammualaikum & hello there!

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil? | Setiap ibu mengandung pasti akan gerun bila terdengar kisah tentang minum air gula. Minum air gula atau Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib atas arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. 

Ini adalah mimpi ngeri untuk ibu mengandung yang baru pertama kali mengandung seperti daku. Bila nurse kata, 'minggu depan minum air gula ye', mahu terkulat-kulat biji mata. 

Suami siap cakap, minum air gula apalah sangat. Erghh boleh pula suami cakap macam tu. Geram je tau. Kita ni dok pikir sedap ke tak air gula tu, lepas minum confirm muntah ke? 

Sebab denganr orang kata, air gula bukannya sedap. Lagi teruk, bila dah termuntah lepas minum air gula, nanti kena ulang balik. Nightmare tau!

Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?

minum air gula ketika hamil


Siapa yang wajib minum air gula?

  • Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • Wanita yang pernah hamil bayi besar
  • Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • Wanita berumur 25 tahun ke atas
  • Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan


Proses minum air gula?

Ibu mengandung perlu berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan bermula 10 malam dan pergi ke klinik keesokan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji. Hanya dibenarkan minum air kosong. Pengambilan darah yang pertama dilakukan sebelum minum air gula. Bacaan gula ini dikenali sebagai bacaan gula ketika berpuasa (Fasting blood sugar).

Kemudian, ibu mengandung harus minum air gula (75mg glukosa di dalam 200ml air kosong). Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampurkan dengan perisa oren atau blackcurrent. 

Tidak dibenarkan untuk makan dan minum sebelum darah diambil untuk kali kedua selepas 2 jam. Boleh beritahu jururawat untuk berehat dan berbaring jika rasa tidak selesa dan loya. Jika muntah sebelum ujian darah kali kedua dilakukan, ujian ini mungkin perlu diulang semula pada tarikh yang lain. 


Tips untuk survive ketika ujian air gula?

  1. Minum air gula apabila ia masih suam.
  2. Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat kalau tidak mungkin akan rasa loya dan jelak.
  3. Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut.
  4. Jika rasa nak muntah, bawalah berehat sama ada duduk atau baring. 


Keputusan saringan air gula?

Ujian MGTT memerlukan darah diambil sebanyak dua kali. Kali pertama dikenali fasting blood sugar dimana bacaan gula dalam darah yang normal ketika berpuasa adalah antara 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula (2 hour post prandial), keputusannya mestilah 7.8 mmol/L atau kurang daripada itu

Jika bacaan normal selepas minum air gula lebih dari 7.8 mmol/L, pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilakukan iaitu  ujian Blood Sugar Profile (BSP) dan besar kemungkinan ibu mengandung ini sudah mengalami diabetes sebelum hamil lagi. 

Jika keputusan BSP adalah normal, ibu mengandung akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga bayi dilahirkan dan jika BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan memulakan penggunaan insulin sebagai rawatatn 'gestational diabetes'.


minum air gula ketika hamil


Risiko elak diri daripada ujian minum air gula?

Golongan ibu yang mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil mungkin akan mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari. Ketika mengandung, hormon kehamilan merupakan faktor utama kenapa insulin tidak cukup di dalam tubuh wanita yang mengandung.

Jika insulin tidak mencukupi ini akan mengakibatkan tahap glukos dalam darah ibu mengandung adalah tinggi. Glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah ke atas bayi seperti : 

  1. Keguguran kelahiran pramatang Polyhydramnios (air ketuban yang banyak),
  2. Makrosomia (bayi besar)
  3. Sudden fetal death (kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
  4. Masalah jantung dan tulang belakang bayi

Glukos yang tinggi juga akan menyebabkan masalah ke atas ibu mengandung seperti : 

  1. Sentiasa kerap kencing
  2. Sering lapar dan dahaga
  3. Kenaikan berat badan 
  4. Merasa penat dan tidak bertenaga
  5. Risiko kelahiran secara Caesarean section
  6. Risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan

Bagi mengelak masalah di atas kepada ibu mengandung, ibu mengandung mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat sebelum hamil lagi. Ibu mengandung perlu jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan juga tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid. 


BACA INI JUGA :


Akhir Kata

Jadi, jangan sesekali berfikir untuk mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil. Jangan jadi selfish! Kadang disebabkan pentingkan diri sendiri, nyawa anak dalam kandungan jadi taruhan. Bukan selalu pun minum air gula. 

Setiap kali mengandung sahaja, kalau tiap kali check up minum air gula dah sah-sah wanita kat Malaysia ni tak mahu mengandung.

Siapa je yang nak minum air gula dengan kerap? Kalau sedap tak apa lah juga, ni air gula pekat likat dan melekat di dinding mulut. Mahunya tak muntah. Aku harap ibu mengandung di luar sana, lakukan ujian air gula ni untuk anak-anak kita, inilah dinamakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba yang sudah berkhawin. 

Ingat tau, jangan muntah!

Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih

Gunakan 8 Bahan Dapur Ini Untuk Mencuci Baju Putih




Baju putih memang tampak kemas dan bersih bila dipakai tapi kalau tak dijaga sentiasa, sudah pasti baju putih lagi cepat kotor berbanding baju berwarna lain. Sebab tu, baju putih ni kena cuci dengan cara yang betul dan tak boleh sebarang mahupun hentam keromo campur dengan baju yang lain ketika cuci. Dikhuatiri baju putih tadi bertukar warna yang lain.

Sebenarnya, ada cara bila baju putih tadi tu terkena sambal, dakwat pen ataupun segala kotoran yang tak boleh dicuci pada baju putih. Korang kena pandai cuci baju putih dengan menggunakan 8 bahan dapur yang mudah didapati di dalam rumah. Tak perlu dah buang baju putih atau biarkan jadi warna yang lain. 


Cuci Baju Putih Dengan 8 Bahan Dapur, Senang Bukan?



#1 Perahan lemon.

Buah lemon ni bukan hanya untuk masakan sahaja tetapi boleh je memutihkan baju. Perahan lemon boleh dicampurkan dengan air bersih lalu rendamkan baju berwarna putih di dalam baldi. Korang kena pastikan baju terendam dengan sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon, ikut atas kuantiti baju. Kalau sehelai, gunalah 1-2 biji lemon sahaja. Perahkan ke dalam rendaman tadi dan lemon tersebut masukkan juga kedalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit. Jangan terlebih tau. Kemudian, basuh baju tersebut seperti biasa.


#2 Pes atau cecair pencuci pinggan


Bahan ni tersangatlah mudah untuk didapati di dalam rumah. Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju berwarna putih, korang boleh cuba gunakan pes atau cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu je pe tu pada bahagian yang terkenal sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cucilah baju tersebut seperti biasa.

#3 Sabun mandi


Bagi kotoran degil pula, korang basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokan pada bahagian yang kotor tadi. Bolehlah cuci baju macam biasa. Mudah bukan?


#4 Susu pekat


Sebenarnya kesan dakwat pen pada baju memang sukar nak dibersihkan. Kadan tu bila dah guna peluntur masih melekat lagi. Jadi, sebelum korang gunakan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Letakkan bancuhan tadi ke atas kesa pen dan biarkan selama sejam. Lepas tu, cuci dengan sabun seperti biasa. Susu kan bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih.

#5 Marjerin


Eh marjerin boleh hilangkan kesan minyak pada pakaian tau. Tapi bukan lagi berminyak ke? Marjerin adalah lemak tepu, jadi takkan bertambah minyak. Sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa miti. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendamkan baju tadi dengan air suam untuk bersihkan sepenuhnya sapuan merjerin itu tadi. Cuci baju seperti biasa.


8 Bahan Mudah Didapati Di Dapur Untuk Cuci Baju Putih



#6 Tepung


Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum cuci baju tersebut seperti biasa. 


Lime/Limau Nipis 200g+/- Daily Groceries and Meals


#7 Limau nipis


Tadi kita guna lemon, sekarang kita guna limau nipis pula. Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna daripada pakaian yang lain. Rendam baju putih ke dalam air panas. Ambil beberapa biji limau nipis (5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang ada baju tadi dan campurkan sedikit sabun basuh baju. Kacau rata dan rendam dalam sejam. Lepas tu bilas baju tersebut seperti biasa. Korang tak pelru risau limau nipis ni antara bahan dapur yang sesuai untuk cuci baju putih,

#8 Cuka


Cuka boleh digantikan sebagai peluntur yang dibeli di pasaran. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju puti secara keseluruhan. Caranya dengan memasukkan 100ml - 250 ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Korang boleh juga terus masukkan cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun lalu cuci seperti biasa.



Nak Tips/Petua Lagi?


Boleh tengok senarai tips/petua dibawah ini. Daku akan tambah koleksi tips/petua yang menarik dari semasa ke semasa. 


Selamat mencuba semua! Kalau dah cuba tu, komenlah kat bawah ni.

Sumber ; Telegram Petua & Kesihatan


21 يونيو 2022

Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Mineral.

Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Mineral.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Minuman | Bercucuk tanam ni memang mudah jika tahu caranya. Zaman sekarang ramai yang bagi alasan susah hendak berkebun sebab ruang laman yang terhad untuk mereka bercucuk tanam. Tanam sayur ni salah satu aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Tambah pula bila kebosanan melanda sejak PKP, bolehlah cuba berkebun pula kan?



Jadi, hari ini daku kongsikan tips untuk menanam sayur-sayuran dengan hanya menggunakan botol mineral sahaja. Lepas ni tak perlulah korang ke pasar lagi untuk membeli sayur-sayuran. Petik saja di botol mineral. Bukan sahaja terjamin kebersihan, sayur yang ditanam sendiri pun segar dan gemuk- gemuk. Zaman sekarang, nak beli di pasaraya pun belum tentu bersih, risau juga makan kangkung yang ada lintah di dalamnya. Mana tahu, pekerja di kebun sayur membasuhnya dengan air yang kurang bersih? Kita tak tahukan? Sebab tu bila beli sayur dan nak masak, kena basuh bersih-bersih sebelum memasak.


Tanam Sayur Guna Botol Mineral?



Di sini daku kongsikan cara tanam sayur guna botol mineral 1.5 liter. Untuk media tanaman, boleh gunakan sabut kelapa sebab sabut kelapa dapat menyerap air dengan baik. Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur, jangan kelam kabut membuatnya. Relax dan santai - santai sahaja.


1. Sediakan Botol Mineral

Botol mineral yang kosong dan tak digunakan lagi, jangan buang macam tu je. Simpan dan bersihkannya. Dengan botol mineral ini, kita boleh menanam sayur di rumah. Korang sediakan beberapa botol mineral 1.5 liter, kemudian belahkan kepada 2 bahagian. Korang pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah tau. Lepas tu, korang buatkan lubang sekeliling bahagian atas seperti gmbar di bawah agar senang untuk akarnya keluar.




2. Catkan Botol Mineral

Korang boleh cat warna hitam untuk bahagian bawah botol mineral ni. Bahagian bawah ini adalah untuk takung air baja. Kenapa perlu cat warna hitam? Ianya dapat mengelakkan pertumbuhan lumut. Daku jenis geli sedikit dengan lumut-lumut ni, jadi inilah solusi terbaik untuk elakkan tumbuhnya lumut.





Simpan Botol Mineral Dan Jom Tanam Sayur!


3. Masukkan Sumbu.

Sebelum masukkan sumbu, korang buatkan lubang pada penutup botol. Boleh tengok gambar di bawah. Lepas tu, masukkan sumbu ke dalam penutup lubang botol yang ditebuk tadi tu. Korang guna kain flanel sebagai sumbu. Kain yang mudah serap air tau. Isi sabut sikit dalam bekas ni.




4. Lubang Untuk Takung Baja.

Cara nak buat lubang pada takung air baja, korang kena pastikan buat luba sekeliling botol sama paras dengan penutup botol. Korang tengok gambar di bawah ye. Nanti senang untuk kain flanel dapat menyerap takungan air yang berisi baja.




5. Dah Siap Dan Boleh Menanam.

Maka, dah siap dan boleh tanam sayur di dalam botol mineral ni. Di bahagian bawah (cat hitam) letak air dan baja. Korang kena pantau kalau air baja dah habis, kena tambahkan. Part ni penting risau nanti cacat pula pertumbuhan sayur sayur. Awal-awal menanam, kena letak di tempat yang teduh, bila dah besar sikit barulah kena cahaya matahari.




BACA INI JUGA :






Seronok juga kan kalau kita dapat berbakti kepada tanah, in syaa Allah akan membuahkan hasil jika kita rajin berusaha. Bolehlah nanti tanam sayur dengan hanya guna botol mineral, sebulan kemudian confirm dah boleh petik dan nikmati bersama seisi keluarga. Satu hari nanti, daku akan mula jatuh hati dan minat dengan bercucuk tanam. Teringin juga mahu menanam sayur sawi, terung, bayam mahupun cili.

Nak masak je, dah tak perlu nak keluar rumah mencari sayur di pasaraya. Dalam rumah, dah ada dah sayur fresh yang di tanam dengan keringat sendiri. Terjamin juga kebersihannya dan dapat memupuk sikap tolong-menolong antara seisi keluarga. Jom kita cuba, menanam sayur dengan menggunakan botol mineral yang terbuang tu.

Terima kasih kepada tuan punya badan yang sudi berkongsi cara menanam sayur guna botol mineral ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda-anda yang mahu berkebun di rumah masing-masing. Selamat mencuba!


Kredit : FB Hafizuddin Wahab
Dah 3 Bulan Jadi Suri Rumahtangga, Bila Nak Kerja Ni?

Dah 3 Bulan Jadi Suri Rumahtangga, Bila Nak Kerja Ni?

Bismillah.
Assalammualaikum.

Dah 3 Bulan Jadi Suri Rumahtangga, Bila Nak Kerja Ni? | Berbaki lagi 10 hari, genaplah 3 bulan aku jadi suri rumahtangga. Aku pun tak pasti, aku nak bekerja lagi atau tak. Apa yang aku pasti, aku dah tak kisah untuk fikirkan dengan bebanan kerja. Selama 7 tahun bekerja, inilah kali pertama rasa segala bebanan di bahu hilang macam tu je. Aku sendiri pun rasa berat nak bekerja. Memandangkan, inilah masanya untuk aku fahamkan kerenah anak aku, Luth Isyraf.

Ko bayangkan lepas je habis pantang, terus aku tinggalkan Luth. Hari ahad itulah masa dengan Luth dan suami. Aku sendiri pun masa tu berat hati nak tinggalkan Luth, tapi apakan daya sebabkan tanggungjawab bekerja. Suka atau tak, kena lepaskan juga. Aku pun faham perasaan ibu-ibu yang bekerja ni, balik kerja penat penat mesti nak layan suami dan anak pula kan. 

Jadi, aku nekad kali ni memang aku tak nak bekerja lagi. Aku sendiri pun sakit bahu sampai sekarang masih tak sembuh. Disebabkan bahu aku jatuh sebelah, makin menjadi jadi sakitnya. Sampaikan aku sendiri tak berani nak angkat berat. Takutlah bahu kanan aku ni jadi makin teruk lagi kan. Sebab itu jugalah, aku nekad nak fokus pada Luth dan suami. 


Luth pun sekarang ni, macam lambat sikit je nak bercakap. Dia pun lagi 3 bulan dah masuk 2 tahun, nak gabung 2 patah perkataan pun belum boleh lagi. Patutnya umur Luth 1 tahun 9 bulan ni dah boleh lebih daripada 50 patah perkataan. Luth masih lagi di bawah 20, itu yang paling merisaukan aku. Untuk apa aku bekerja, kalau Luth sendiri pun aku tak boleh nak selesaikan masalahnya. Kita ni dah jadi ibu, mesti nak yang terbaik dan paling baik untuk anak, kan? So untuk apa aku bekerja?

Bekerja ni kan satu pilihan untuk membantu suami. Kalau tak ada anak bolehlah bekerja, kalau ada anak ni susah sikitlah nanti nak fokus pada anak, terutama bila anak ada masalah gitu gini. Jadi pening kepala. Aku pun tak minta, tapi selagi boleh dielakkan. Aku nak elak. 

Jadi sekarang, aku pilih untuk besederhana sahaja. Janji hidup kami 3 beranak ni, cukup makan cukup pakai dan tidak berhutang dengan orang. Selagi aku boleh menulis, in shaa Allah aku teruskan sebagai penulis upahan. Mana tahu, bila tak bekerja ni boleh bertambah dekat lagi aku dengan Tuhan.

Who knows kan?





20 يونيو 2022

Apa Kepentingan Low pH Cleanser?

Apa Kepentingan Low pH Cleanser?

Assalammualaikum.

Kenapa kena pakai low pH cleanser? My cleanser pH 9 tapi organic kot. Okaylah kan?
Sebenarnya organik atau tak, itu tertletak pada korang.

pH sesuatu cleanser tu memainkan peranan yang penting untuk korang yang nak
dapatkan kulit yang sihat dan less problematic. A good cleanser sepatutnya ada
mempunyai pH yang slightly acidic between pH 4.5 - 6.5.



Kenapa?

1. Untuk menjaga acid mantle kulit.

Kulit kita ni sebenarnya ada natural pH iaitu slightly acidic, so kalau korang
guna cleanser yang high pH, maka terganggulah pH kulit kita ni. Tu yang bila korang
 cuba cleanser baru 2-3 hari then tumbuh jerawat. Itulah salah satu puncanya. Organic or not itu belakang cerita. Tumpukan pada cleanser yang low pH.

2. Untuk protect skin barrier.

Alkaline/high pH cleanser pun boleh kacau skin barrier kita sebab selalunya
pencuci yang jenis macam ni memang akan buat kulit cepat kering. Kesan dia tak semestinya
nampak terus, kadang untuk masa jangka panjang.

Ada yang pelik kenapa dah pakai hydrating toner and all, 
skin masih rasa dehydrated?

Pakai apa pun tapi tak ada effect?

CUBA CHECK YOUR CLEANSER.


17 يونيو 2022

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43

Bismillah.
Assalammualaikum. 

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43 | Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu curang padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya,
akhirnya disamun, diragut, dirompak.

Ada orang bangga dengan jawatannya,
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya,
akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampannannya,
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya, putus kakinya. Cacat semua.

Ada orang bannga dengan pimpinannya,
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah.

Ada orang bangga dengan ilmunya,
akhirnya dia menjadi Jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita aa. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa.

Tazkirah ringkas


Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangka baik, ada sangka buruk.

Orang beribadah, disangka riak.
Orang rileks, disangka malas.
Orang berpakaian baru, disangka menunjuk.
Orang berpakaian buruk, disangka hina.
Orang makan banyak, disangka pelahap.
Orang makan sikit, disangka diet.
Orang yang suka senyum, disangka mengejek.
Orang yang masam, disangka merajuk.
Orang berbincang, disangka mengumpat.
Orang yang diam, disangka menyendiri.
Orang yang menawan, disangka menggoda.
Orang yang ceria, disangka mengada.
Orang yang bertanya, disangka menyibuk.

Hakikatnya, mana tahu yang senyum itu bersedekah.
Mana tahu yang masam itu mengenang dosa.
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.
Mana tahu yang diam itu beribadah.
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya.
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya.
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru,

Sesuatu perkara yang kita lihat. Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap bersangka-sangka.


(Dipetik daripada facebook Ustaz Hanafi)