Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

INI 5 TIPS PALING BERJAYA UNTUK MEMIKAT HATI LELAKI | PKP Fasa 3 dilanjutkan in syaa Allah, kita boleh kawal bersama-sama. Walaupun tak dapat menyambut bulan ramadhan, tak pa yang penting kita kekal masih dirumah. Eh macam kelakar pulak bila daku tiba-tiba  nak share cara-cara untuk pikat hati lelaki yang korang suka sampai berjaya. Eh mati lah sangat. Padahal daku dah mempunyai suami dah pun. Entri ni khas untuk para wanita single yang masih mencari jodoh. 

Jodoh sendiri pun tak tahu ke mana, jadi sebelum jodoh sampai kena tahu juga pengetahuan untuk memikat hati lelaki. Sebelum nak berpasangan, perempuan kena tahu lelaki pun sebenarnya ada hati dan perasaan. Cuma mereka ni tak pandai nak tunjuk. Kita tengok dia tak merajuk, padahal merajuk. Sebab tu kalau nak perlu kena ada pengetahuan. Apatah lagi nak cari pasangan hidup, sampai bila nak bercinta monyet? Umur dah lanjut, fikirkan ye. 

Pikat Hati Lelaki Dengan Perutnya?





Ini adalah tips yang paling berjaya untuk memikat hati lelaki : 


1. Jangan Cabar Lelaki

Lelaki ni memang penuh dengan ego dan tolonglah jangan sesekali cabar dia.  Contoh sabar ialah, "lepaskan saya, saya dah tak tahan dengan keadaan macam ni". Walaupun korang tak maksudkan benda tu, tapi once lelaki itu dah buat, dia akan betul-betul and forget you for real. Nak ke hadapi situasi macam tu? Jangan sesekali cabar lelaki, takut memakan diri sendiri. 

2. Lelaki Itu Manja

Ramai orang tak tahu, lelaki ni sebenarnya manja orangnya. Cuma biasalah, lelaki ni tak pernah nak cakap. Jadi, layan dia bila dia tengah clingy tu. Cara lelaki bermanja ni, lain-lain.  Sometimes dia mungkin cerita benda yang dia suka dekat korang macam bola ke, pancing ke, moto ke. So just dengar je walaupun korang tak minat benda tu. Jangan cakap malas nak dengar. Habis tu yang kita ni perempuan merepek dan nak bermanja dengan dia, boleh pulak? Dalam hubungan ni, kena fair and square.


3. Jangan Rendahkan Maruah Dia.

Bila cakap macam ni, ramai akan cakap tak pernah buat. Tapi sometimes, ramai je yang terendahkan maruah lelaki tanpa sengaja. Tolong jangan buat perkara ni. Lelaki tak suka dibandingkan. Sesungguhnya pasangan terbaik buat kau, ialah pasangan kau sendiri. Patutnya kau bagi sokongan dan bukannya belum apa-apa, dah menjatuhkan. Supportlah sikit. Masa bercinta dah merendahkan pasangan, apatah lagi lepas kahwin? Perkara ni kena jaga juga ianya sangat sensitif. Sekali dua, dia masih boleh terima tapi berkali-kali? Fikirkan.



Belajarlah Pikat Hati Lelaki.



4. Bila lelaki marah, diam.

Ini yang penting. Sebab bila salah seorang tengah marah, kau kena diam. Jangan dua-dua nak marah. Memang tak jadi apalah, dan mungkin hubungan tak akan kekal hingga ke pelaminan. Bila kau tengah gaduh atau kecewa dengan pasangan kau, jauhkan diri kejap dan tenangkan hati. Lepas itu, baru bincang balik secara matang. Jangan bercinta macam kau budak darjah 3. Bercintalah macam dua orang dewasa, yang takut kehilangan each other. Nabi dah ajar kita macam mana nak kontrol marah, selagi kita berdaya kontrol kemarahan tu, bertahanlah daripada marah. Ingat, kita nak hidup dengan dia bukan masa bercinta je tapi terus hingga ke akhir hayat. 


5. Buat baik dengan family.

Cara terbaik nak pikat hati lelaki adalah melalui keluarganya. Lelaki ni jenis patuh, lagi-lagi dekat orang yang jaga dia sejak dari kecil. Jadi bila dia nampak kau baik dengan family dia, dia akan makin sayang dan respect dekat kau. Ini tidak, kalau balik kampung, bercakap pun tak nak dengan mak ayah dia. Lepas tu nak ajak cepat balik. Manalah lelaki kau tu tak tension. Cuba belajar ambil hati keluarga dia, mana tahu keluarga dia berkenan dan percepatkan urusan pernikahan?


So akhir kata, nak ada pasangan, kau kena belajar pasal pasangan kau dan masing- masing kena hormat each other. Ya lelaki banyak yang trash (curang) tapi bila difikir balik curang itu bukan urusan jantina. Lelaki dan perempuan pun boleh curang. Suami isteri pun boleh curang apatah lagi korang yang belum merasai alam rumah tangga.

Sebab itu, nakkan sesuatu, kena belajar dan belajar. Bukannya bila dah dapat, tinggalkan macam tu je. Sama jugak macam perkhawinan, kena ada pengetahuan. Tak boleh suka-suka nikah, kan dalam Islam dah kata penceraian adalah perkara yang Allah tak suka. Dah tahu kan, macam mana nak pikat hati lelaki? Cubalah, in syaa Allah membantu korang hingga ke pelaminan malah ke jannah jika jodoh masih bersama. 



8 Ulasan

  1. sha selalu ws mak bf walaupun mak dia selalu bagi bluetick haha!

    BalasPadam
  2. smua tips dh try kecuali yg no 2 haha

    BalasPadam
  3. Sgat betul tips nie hahaha xD sbb dah cuba semuanya...
    Btw sy x tahu blog nie dah bertukar wajah... cantikkk

    BalasPadam
  4. Hahaha even dah bersuami pun no 4 tu susah beno nak buat.. Haha

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    BalasPadam
  6. aaaa huurmm aaa huurmmm hehehe..
    tapi kitee xde sapa2 lagi nak pikat. kot da jumpa nanti
    bolehla cuba prektis =P

    BalasPadam
  7. Wohoooo.. nice ideaaa... Tapi tuhla.. kadang diri sendiri ni yg ego.. Kena egtkan diri, tiada yang sempurnaaa

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!