JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM

AFB Feeds

26 Julai 2019

JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM

Assalammualaikum & hello there!

JANGAN MAKAN AYAM KALAU TAK PANDAI PILIH AYAM SEBELUM MEMASAK | Ramai yang beli ayam tanpa periksa kondisi ayam di pasar atau pasaraya. Pakai ambil dan terus bayar. Jangan sampai makan bangkai tapi mungkin juga disebabkan tiada pengetahuan. Sebagai umat Islam, apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan akan dipersoalkan kelak.



Jadi malam ni, Om nak kongsikan sedikit petua sebelum membeli ayam. Tambahan Raya Haji dah nak dekat, bolehlah belajar dari tips ini. Senang sikit nak tunjuk skills dengan mak mertua. Hehehhe

Terdapat beberapa kriteria ayam yang jual, ada yang terus dipek dan juga diatas atas rak jualan bahan basah. Melalui kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul-betul mengikut hukum syarak. “Kalau nak pilih ayam, pastikan, BONTOTNYA PUTIH”

  • Bontot putih - Ayam diproses selepas ayam betul betul mati.
  • Bontot merah - Ayam diproses sebelum ayam itu mati contoh cabut bulu masa masih hidup.
  • Bontot biru -  Ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

Ini info daripada orang yang bekerja sebagai penyembelih ayam di Pusat Proses Ayam.

“Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian ayam yang tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda terdebut memang ayam mati sebelum disembelih.”


Antara ciri yang lain, korang boleh lihat dari segi :

1. Warna Ayam - Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan aalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan disejuk bekukan.

2. Tekstur ayam - Ayam yang segar apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu. Hehehheh
Isi yang segar alabila ditekan terasa empuk dan akan kembali ke bentuk asal. Sekiranya ketika tekan ianya tenggelam, ayam itu ayam lama.

3. Darah ayam - Apabila ayam yang dibeli kelihatan banyak darahnya atau cecair berdara. Biasnya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam - Ayam yang sedar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Kesimpulannya, ayam yang segar akan berasa sedap selepas dimasak. Sebelum ni tak pernah tahu ciri ciri ketika membeli ayam, sekarang dah tahu kan? Nanti sembang sembang dengan mak mertua ketika beli ayam tau!


3 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com