Bismillah.
Assalammualaikum.
Memandangkan tak lama lagi nak puasa dan raya. Aku gigihkan tulis entri masak rendang daging ini. Minggu lepas aku dah kongsikan resepi rendang ayam, kali ni nak kongsikan cara masak rendang daging pula.
Baca ini juga : Cara Masak Resepi Rendang Ayam Simple
Mak aku ni kalau tiap raya memang tak sah, kalau tak ada rendang daging. Rendang daging ni menu yang paling wajib kena ada. Malangnya, anak perempuan mak ni sampai dah anak satu, tak belajar lagi masak rendang daging. Tahu balik raya, makan je lah.
Menu ini boleh dikatakan hampir kesemua rumah mesti ada, betul tak? Sedap tau kalau makan dengan pulut kuning. Satu kombinasi yang sangat padan untuk citarasa melayu tau rendang ni. Aku rasa kalau aku masak ni, inilah satu masakan yang bagi kepuasan. Bukan semua pandai masak rendang tau! Nak nak rendang yang betul betul kering dan kena dengan tekak.
So apa kata hari ni kita cuba belajar masak rendang daging terlajak sedap ni kan. Mana tahu nanti kalau balik rumah mak mertua masa raya, boleh masakkan. Gitu. Jomlah kita tengok cara cara masak.
Inilah Resepi Masak Rendang Daging Terlajak Sedap
Bahan-bahan untuk masak rendang daging :
- 1 kg daging lembu
- 10-15 biji cili kering
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Lengkuas
- 4 batang serai
- 2 sudu besar ketumbar biji
- 1 sudu camca jintan putih
- 1 sudu camca jintan manis
- Daun kunyit
- Daun limau purut
- Kerisik
- 1 kotak kecil santan
- 1/2 keping gula melaka yang nipis
- 1 sudu gula perang
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-cara untuk masak rendang daging :
Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Aku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.
- 5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!
- Resepi Begedil Daging, Sungguh Enak Di Makan Begitu Sahaja.
- Resepi Kerabu Maggi Ala Thai, Serupa Di Kedai Thailand
- Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!
- Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.
- 9 RESEPI MASAKAN SAYUR, TAK KERING IDEA NAK MASAK APA
Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia
Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku
https://t.me/mutiarakatacinta
https://t.me/bloggersmalaysia
My favourite ni. Tak raya kalau tak ada rendang. :)
BalasPadamSedap betul rendang tu tau. Kita suka yang berkuah begini, puas makan kalau cecah nasi himpit atau ketupat.
BalasPadamunik resepi ni ada gula melaka. menu favourite jugak. menuntut ilmu dah banyak kali tapi still tak dapat masak yang sama macam mak
BalasPadamCatat Ulasan
Sila tinggalkan comment korang disini!