Sebab Kenapa Aku Hantar Anak Ke Taska Awal Dari Usia?

Mesti ada yang korang follow hidup aku di instagram, mesti akan nampak yang aku ni hantar anak aku ke taska awal januari tahun ni. Aku buat keputusan ni pun sebabnya kesian Luth tak dapat kasih sayang kitorang. 

Luth baru je 16 bulan, takkanlah nak hantar taska awal dari usia 5 tahun. Biasanya orang akan ingat hantar taska ni kena 5 tahun ke atas. Padahal dari umur 3 bulan dah boleh hantar taska dah pun. Melainkan kalau kau ada bibik sendiri, ha tak apelah tak hantar ke taska. 

tips hantar anak ke taska

Ini Sebab Kenapa Aku Hantar Anak Ke Taska Awal Dari Usia

Lagipun, bila aku hantar anak ke taska ni bukan satu lesen untuk aku dan suami lepas tangan dari tanggungjawab. Awal awal keputusan nak hantar taska ni pun, aku cuak dan risau juga. Macam mana Luth kat taska tu nanti. Dia okay ke tak? Macam macam aku fikirkan tapi itulah disebabkan aku dan suami bekerja, aku tak ada pilihan untuk hantar ke taska.

Baca sini: Prasekolah

Satu lagi, sampai bila nak susahkan dan penatkan mak aku kat kampung. Memang betul, aku tak pernah culas untuk memberikan sedikit wang bagi menjaga Luth. Aku tak berkira, sebab tahu penat mak jaga anak aku dari Luth kecik lagi. End up, aku buat keputusan aku nak bawak Luth duduk dengan aku sekali dan hantar ke taska.

#1 Kurangkan Pendedahan Applikasi

Ini reason aku yang paling kuat kenapa aku hantar anak ke taska awal. Luth ni dah faham kalau sehari tak tengok Upin Ipin, dia macam memberontak sedikit. Silap aku juga ajar bagi tengok handphone. Sebelum ni, dia ralit tengok cocomelon, tapi aku dah cegah awal awal. 

So bila dia ada di taska, aku jaminlah seharian dia akan focus dengan pembelajaran di taska. Malam pun aku dah tak bagi tengok handphone, sebab ganggu masa dia nak tidur. Budak budak zaman sekarang ni, sekali je kau ajar, dia akan terus ingat sampai bila-bila. Lagi satu, bahaya juga kalau asyik hadap telefon ni.

hantar anak ke taska awal



#2 Persekitaran Di Rumah

Aku ni duduk di hostel je, bukan rumah sewa. Jadi terbatas dan terhad lah juga. Lagipun bila duduk hostel ni, tak semua barang kalau boleh angkut. Sebab itulah aku hantar Luth ke taska, lagi mudah untuk Luth explore dan bermain kat sana. Kalau kat rumah, ada ape je selain mainan?

#3 Anak Lebih Berdikari

Di taska ni pula, dah ditetapkan jadual harian dah. Pukul berapa nak mandi, nak makan, nak tidur. Kiranya kanak kanak kat situ akan dilatih untuk berdisplin. Awal aku hantar pun, Luth menangi sebab tak biasakan. Lagi pun itu normal sebab fasa tu kita panggil "separation anxiety". Sebab itulah, sebagai ibu memang kau perlu kuat dari segi emosi. 

#4 Kesan Speech Delay/Autism

Selain sebab di atas, ni juga salah satunya. Aku sangat risau bila aku sendiri tak dapat detect yang anak aku bermasalah. Jadi dengan hantar anak ke taska awal ni, memudahkan urusan aku untuk detect masalah. Aku sendiri boleh tanya macam mana progress anak aku, okay ke hari ni?

hantar anak ke taska awal


Aku suka dengan taska Luth sekarang ni sebab taska ada sediakan buku progress Luth. Hari hari aku boleh tengok apa yang dia tak okay, apa yang dia okay. Kesan dari awal lagi bagus, sebab senang kita nak treat semula. Ni kalau dah 6 tahun, macam mana nk treatment kalau anak ada masalah.

Kesimpulan

Aku tak nak lah cakap yang hantar ke taska lagi bagus dari hantar ke pengasuh. Dua dua ni ada kelebihan dan keburukan. Lagi pun, dua dua ni berbayar kan? No point kalau nak cakap dua dua ni tak  bagus. So far, aku okay je hantar anak ke taska awal sebab aku ada reason aku sendiri.

Ikut kemampuan masing masing, kalau korang mampu nak hantar anak ke taska, hantarlah. Kalau sebaliknya, itu pilihan sendiri. Lagi satu, hantar anak ke taska awal ni bukannya nak suruh anak tu pandai baca abc atau pandai mengira. Sebenarnya nak, anak tu develop social skill. Senanglah nanti aku nak hantar ke sekolah cina. Hehehe

Apa apa pun, ikut baju dibadan sendiri sebelum hantar anak ke taska awal. Semoga entri ni bermanfaat. 



12 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. hati kena kental..
    tapi bagus je ada aktiviti social skill, motor skill utk Luth. Takdelah duduk rumah babysitter main lori, main ultraman, tgk tv je kan

    BalasPadam
  2. ada baiknya kalau hantar taska, lgipun kalau parents bekerja, nak taknak terpaksa hantar juga kan. untung klaau housewife boleh bagi sepenuhkasih sayang untuk ank kan. tapi kalau dekat taska, ank boleh belajar banyak perkara juga.

    BalasPadam
  3. Bagus sebenarnya OM, sebab anak kita di dedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran, tidaklah leka dengan gadjet aja.. so nanti tumbesaran anak jadi lebih matang...

    BalasPadam
  4. its ok untuk hantar awal.kita lebih tahu apa yang perlu untuk anak-anak kita.Yong doakan segala yang terbaik utk Luth!

    BalasPadam
  5. kak azni pun hantar anak masuk taska awal. umur 4 thn dah masuk. tapi cikgu pun baguih, umru 4 thn lebih kepada bermain dan improve kan motor skil

    BalasPadam
  6. Sebenarnya bagus hantar anak awal sbb kat taska pun mmg anak2 diajar utk adapt dgn persekitarankan

    BalasPadam
  7. Ada rakan yang terjadi pada anknya Speech Delay sekarang dalam rawatan moga dipermudahkan urusan… parent kena selalu ajak anak borak ke dan menyanyi ke untuk bantu anak cepat cakap kan...

    BalasPadam
  8. ada orang cakap mak bapak tak sayang anak that why diorang hantar tadika awal-awal,tapi bagi sayalah bagus tau hantar anak pergi tadika, walaupun orang cakap awal sangat sebab sekurang-kurangnya diorang pandai bergaul,takde kes speech delay ke apa, ada kawan ye dak? hehe

    BalasPadam
  9. Asalkan ibu dan ayah selesa dan senang dengan pendekatan itu. Tiada yang salah atau betul sebenarnya. Apa2 kita sebagai parents juga nanti yang berhadapan dengan anak. Semoga urusan membesarkan Luth dipermudahkanNya.

    BalasPadam
  10. Kak pip pun hantar anak juga ke playschool. Playschool Kat sini yg paling best Pusat Genius, puas hati sangat. Tapi umurnpaling awal mereka accept 2 tahun, so hantar Namintime usia dia cecah 2 tahun lebih Hari tu.
    Hah betul sgt, hantar anak ke taska ni byk faedah. Anak2 pun belajar dan berdikari, so bukan pasal Kita x nak jaga anak.
    Dulu2 time mak2 kita, mana ada taska sangat kan, kalau tak kot2 mak2 Kita pun hantar Kita ke taska seawal usia. Dan mmg nampak perkembangan anak yg positif bila hantar anak ke taska awal. Mereka lebih independent, dah mudah ikut rutin harian.

    BalasPadam
  11. Sekarang ni harga pengasuh pun sama taska dan kan.. tapi wajib cari taska berdaftar dan cikgu yang bertauliah. Anak sy semua masuk sekolah terus 5 tahun kecuali yang bongsu ni.. tak nak sekolah plak dia.. haha.. tapi baru ni macam ada mod dia nak g sekolah.

    BalasPadam
  12. Memang bagus hantar ke taska dari rumah pengasuh kan sebab kat taska ada belajar macam-macam juga. Lagipun sekarang kos nya dah hampir sama.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama