Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u

cara bayar aeon credit

Bismillah.
Assalammualaikum.

Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u | Hi semua! Hari ni aku nak kongsikan cara bayar Aeon Credit melalui Maybank2U. Selain loan bank, Aeon ni salah satu peminjam wang berlesen. Bab percent ni memang sangat tinggi, aku rasa macam serik dah nak guna lagi tapi masa tu tak ada pilihan kan. Terpaksalah guna.

Bagi korang pengguna Aeon Credit, sekarang korang dah boleh bayar melalui Maybank2u ataupun ATM. Lagi senang, bayar je kat apps Maybank2u, lagi pantas dan memudahkan urusan pembayaran korang. Musim covid19 ni, orang dah jarang nak beratur bayar kan? Baik bayar online jer. 

Jom semak langkah-langkah di bawah ini. 


Cara Bayar Aeon Credit Dan Semak Baki


a) Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u



Berikut adalah langkah-langkah cara bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u yang boleh korang ikuti :


1. Log in ke Maybank2u korang ----- https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do

2. Klik pada Pay&Transfer di bahagian atas. 


3. Pilih "Aeon Credit Service (M) Bhd" pada ruang New Payment. Sila rujuk gambar di bawah.

C



4. Masukkan jumlah yang korang nak bayar, nombor agreement atau kad kredit dan juga nombor telefon korang kemudian klik pada "Pay".


cara bayar aeon credit



5. Selepas itu, korang buat pengesahan TAC melalui SMS atau Secure2U dan tekan butang "Confirm".


b) Cara Semak Tunggakan Bayaran Aeon Kredit Melalui SMS


Sebelum korang buat bayaran Aeon Kredit, apa salahnya cek dulu tunggakan bayaran korang. Aku puas juga call pihak Aeon tanya berapa hutang tinggal, tak angkat sampai kesudah. Aku tak nak jatuhkan diorang ni, cuma dah sampai masanya untuk tingkatkan lagi customer service Aeon.

Jadi, disebabkan service diorang pun ke laut, aku decide untuk semak tunggakn melalui SMS. Setakat ni aku cek, laju juga lah. Tak sampai 2 minit, korang dah tahu dah baki tunggakan.

Ikuti langkat berikut untuk semakan tunggakan Aeon :

1. Korang masuk ke dalam Messaging korang dan mesej baru dibuka pada telefon bimbit yang sedia ada.

2. Taip AEON diikuti dengan 4 digit terakhir No.IC korang.

3. Hantar ke 63633


Contoh :

  • Status Permohonan : AEON CCSTS 1234*
  • Baki Tunggakan : AEON CCBAL 1234*
  • Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 1234*
  • Limit Yang Ada : AEON CCAVA 1234*
  • Untuk Mengaktifkan kad : AEON CCACT 1234**5678*
1234* = 4 digit terakhir no IC korang
5678** - 4 digi terakhir no kad kredit

Kadar dan Caj :

1. RM01.5 dicaj bagi satu SMS iaitu ia adalah caj biasa
2. Untuk setiap SMS gagal yang diterima korang akan dicaj kadar SMS yang standard.
3. Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian.


Aku harap dengan perkongsian kali ini dapat membantu menyelesaikan permasalah korang. Selamat membayar hutang.


3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Pheww, bagus sharing tahun baru OM. ^^

    BalasPadam
  2. Rasanya pernah sekali berhutang beli motor dgn Aeon thn 2001 dulu. Pas tu serik nk guna.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. settle dah hutang dengan AEON ni tahun lepas... Dua kali juga buat personal loan dengan AEON ni . Sebab mudah dan cepat.. interest pun rendah... Tapi memang terpaksa buat time tu... Alhamdulillah.. bila lega dah habis bayar semua...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama