Secret Garden Wedding Showcase Dari Whitebox Bridal Buat Mata Terpana

Secret Garden Wedding Showcase Dari Whitebox Bridal Buat Mata Terpana | Minggu lepas aku buat pertama kalinya, merasai pengalaman showcase perkahwinan dalam taman. Setahu aku, ini juga pertama kalinya Thistle Johor Bharu berkolaborasi bersama Whitebox Bridal.

Memang betul mata aku ni terpana melihat sentuhan kreatif dari Whitebox bridal. Bukan sebab perempuan ni suka cantik cantik tau, memang ko bila tengok je confirm cakap "Ya Allah, cantiknya!". Hampir semua tetamu pada malam tu, akan berkata benda yang sama tau!

Secret Garden Wedding Showcase

Bridal ni aku rasa ramai je yang kenal, aku ni pun first time dengar. Sekali stalker ig dan fb mereka, patutlah. Ramai follower dan design semuanya cantik cantik! 

Tapi bila dah cantik macam ni, ko jangan expect harga marhaen pulak. Aku cukup puas hati dengan sentuhan daripada mereka, ye walaupun harga agak kayangan tapi kerja mereka ni berbaloi dan sepadan dengan ongkos yang ko keluarkan.

Apa yang penting, selagi ada modal, semua benda boleh jadi. Gitu... Kalau tak mampu, buat cara tak mampu dan laksanakan yang penting sahaja sudah.

Secret Garden Wedding Showcase

Malam itu, nasib tak menyebelahi kitorang. Majlis tergendala disebabkan hujan renyai, kejap lebat kejap renyai. Bila majlis outdoor macam ni, ko kena tanggung risiko cuaca. Memandang ko nak buat indoor, ko kena tunggu waktu panas. Jangan buat hujung tahun, hujann oi!

Secret Garden Wedding Showcase

Secret Garden Wedding Showcase

Puas hati betul tengok dekorasi dari pintu gerbang sehinggalah ke pelamin. Rasa macam nak sanding kali kedua wei! Baju pula, hailahhh.. kenapa ntah cantik sangat! Pelamin pula, mashaAllah! Ko tengoklah sendiri. 

Kalau majlis aku ni, memang tak nak turun dari pelamin. Eh! 

Apa yang pasti, malam tu perut kenyang betul dek makan macam-macam aneka hidangan yang disediakan. Lauk-pauk pun sedap dan mabelesss sungguh terutama Kambing Bakar Sebulan, Beetrot Gazpacho tu sekali sedut dengan straw habis terus. Huhuhuhu..

Secret Garden Wedding Showcase

Secret Garden Wedding Showcase

Sedikit mengenai Whitebox Bridal:

Whitebox Bridal provides professional service in decorating wedding ceremonies and events. Their services include dais decoration, photo booth, candy booth, wedding planner, event decoration and many more. They also provide other wedding services and accessories such as guestbook, archway, walkway, welcome board and attractive wedding card designs.

Kalau nak tahu, mereka ada sediakan pakej lengkap perkahwinan di Orchid Ballroom Thistle Johor Bahru Hotel bermula dengan harga RM59k untuk 250pax (full pakej) mengikut terma dan syarat ye, untuk korang pilih. 

Pakej yang macam ni korang tak payah risau dah, all in semua lengkap, datang bawa badan, semua mereka sediakan dan urus. 

Jadi, pilihan di tangan ko.

Korang yang nak dapatkan lebih info mengenai pakej perkahwinan di Thistle, boleh contact Siti Zahid +60 12 788 0507 ‪atau terus hubungi pihak Whitebox Bridal di whiteboxdesigned77@gmail.com atau whatsapp mereka wa.me/60187774202  

Secret Garden Wedding Showcase

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama