30 يونيو 2021

Perlu Ke Letak Banyak Syarat Di Giveaway/Segmen?

Perlu Ke Letak Banyak Syarat Di Giveaway/Segmen?

Assalammualaikum. 
Bismillah.

Perlu Ke Letak Banyak Syarat Di Giveaway/Segmen? | Lama tak sembang sembang entri tentang blog. Okay hari ni daku nak cerita sedikit tentang tak kepuasan daku terhadap giveaway atau segmen yang dibuat oleh blogger lain. Bagi yang dah lama mengikuti daku, ada satu tahun tu memang daku banyak join giveaway dan segmen. Tahun tu tahun best daku join segmen/giveaway sebab syarat tak berapa banyak dan susah.

But nowadays, nak join giveaway yang banyak letak syarat pun memang awal awal daku tolak mentah. Even blogger tu, blogger yang memang daku kenal satu sama lain. Minta maaf awal ye kalau giveaway yang blogger ajak daku banyak yang tak join. 







1) Giveaway Ramai Sponsor

Mostly, giveaway macam ni rata rata syaratnya hanya perlu follow blog, ig, fb dan page. Betul tak? Kadang tu ada lagi syarat iaitu subscribe dan tonton youtube sampai habis. Bayangkan kalau 10 sponsor ada youtube dan perlu tonton sampai habis, kena pula video 10 min, mampu ke nak layan? Pikirkan. Kalau ianya berpadanan dengan hadiah, its okay to me.


2) Segmen Bloglist

Daku sendiri meletakka syarat yang mudah, follow blog dan ig, dan kena backlink segmen tersebut. Ada juga yang tak faham dengan backlink. Backlink senang cite bila blogger lain nak join segme tu, just klik pada banner, dan keluarlah segmen tu. Ada juga syarat bloglist ni blogger letak sama macam di atas, need to watch their youtube video. Bagi daku, untuk segmen blogslist syarat yang mudah blogger nak join. Kalau susah dan banyak syarat, boleh jamin tak ramai yang join, trust me. 


Jadi, sebuah giveaway atau segmen perlu atau tidak syarat yang banyak untuk menyertai?

Daku rasa tak perlu pun nak letak syarat yang susah dan tak memudahkan blogger lain untuk join. Letak syarat yang memadai contohnya follow blog, ig, fb dan backlink giveaway. Tapi depends juga, kalau setakat segmen bloglist, segmen follow mengfollow ni letak je simple syarat. Kalau giveaway yang ramai sponsor, bincanglah dengan sponsor tu untuk memudahkan lagi syarat giveaway. 

Cuba buat coping code giveaway, ha itu lagi mudah untuk blogger join. Hehehehe. Copy paste dah settle dah join giveaway. Ini cuma sekadar pandangan ye bukan nak kondem blogger lain. Kalau suka komen, kalau tak suka, nevermind.

28 يونيو 2021

10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak.

10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak.

Assalammualaikum.
Bismillah.

10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak. | Hari ni daku sudah hari ke 18 berpantang, alhamdullilah semuanya baik baik sahaja. Sebenarnya, lepas bersalin ibu perlukan makanan yang berkhasiat dan zat yang mencukupi bagi menambah tenaga. Makanan yang berkhasiat mampu menyembuhkan luka dalaman, menegangkan dan mengembalikan keadaan badan seperti sebelum bersalin. In syaa Allah, ianya akan dapat membantu ibu sihat luar dan dalam dengan baik.

Orang dulu pernah berpesan, ibu perlu mengelakkan pengambilan makanan yang boleh mendatangkan gatal-gatal terutama kepada mereka yang bersalin secara pembedahan (caesarean) agar luka dikawasan tersebut tidak gatal dan bernanah.

Jika ibu buntu nak masak apa menu makanan berpantang, boleh baca resepi di bawah ini. Selamat mencuba!


Ikan yang boleh dimakan semasa berpantang :

  • Ikan salmon
  • Ikan siakap
  • Ikan bilis
  • Ikan kod 
  • Ikan kerisi
  • Ikan senangin
  • Ikan bawal putih
  • Ikan kurau
  • Ikan tenggiri
  • Ikan merah
  • Ikan jenahak
  • Ikan gelama
  • Ikan selar
  • Ikan haruan


10 Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Oleh Ibu Selepas Bersalin


Daku senaraikan 10 himpunan makanan berpantang yang mudah dimasak :





#1 Peria Tumis Kering

Bahan-bahan:

  • Peria dipotong kepingan secukupnya
  • 2 ulas bawang kecil
  • Sebiji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam
  • Lada sulah
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  • Rendam potongan peria dalan air bergaram selama 15 - 20 minit dan toskan. 
  • Tumbuk bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga hampir lumat. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. 
  • Masukkan potongan peria dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Jika mahu, boleh pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak dan sebati dengan peria. Angkat dan hidangkan.

🚩 Pengambilan peria dikatakan dapat membantu ibu mengatasi masalah kesukaran membuang air besar selain meningkatkan penghasilan susu ibu.



#2 Sup Ikan Merah

Bahan Kisar

  • 2 Inci Halia
  • 1 Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih

Bahan-bahan Lain

  • Ikan Merah (Terpulang nak berapa keping)
  • 1 Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 Biji Tomato - Belah 4
  • 1/2 Batang Lobak - Potong bulat (Boleh Tambah Jika Mahu)
  • 1.5 Liter Air
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Secukup Rasa
  • Sedikit Minyak

Bahan Hiasan & Penaik Aroma

  • Daun Sup
  • Bawang Goreng


Cara memasak :

  • Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau
  • Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih
  • Masukkan lobak dan masak sehingga empuk
  • Masukkan garam dan secukup rasa
  • Masukkan ikan satu persatu & tomato
  • Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
  • Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng


#3 Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

  • 1 potong ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sm halia - ditumbuk
  • 1 sm kunyit - ditumbuk
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa


Cara-cara:

  • Campurkan bahan yang ditumbuk dengan serbuk kari. Ketepikan
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah tumis. Kacau sehingg naik bau
  • Masukkan air asam jawa secukupnya. Apabila mendidih, masukkan ikan
  • Biarkan kuah mendidih dan ikan masak. Masukkan garam scukup rasa.



#4 Sup Ayam Halia Lada Hitam

Bahan-bahan :

  • Ayam satu mangkok sup kecil
  • serai sebatang di potong dan di ketuk
  • halia di hiris sendiri agak-agak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah dan
  • berapa ulas baby bawang putih
  • sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • garam secukup nya

Cara memasak :

  • Masak kan air sehingga panas. lebih kan air utk di hirup.
  • Tumbuk bawang merah putih dan lada hitam, masuk kan serai, halia, bahan tumbuk, ayam garam gula tutup dan biarkan ia masak,
  • Selepas ayam sudah masak masukkan bawang putih dan daun bawang 
  • Siap di masak


Siapa Kata Menu Makanan Berpantang Tidak Menyelerakan dan Membosankan?




#5 Ayam Panggang

Bahan-bahannya:

  • 500g ayam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1sudu kecil jintan manis
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam
  • 2 inci halia
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih


Cara-caranya:

  • Kisarkan halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan bawang merah.
  • Perap ayam dengan bahan kisar selama 1 jam
  • Panggang ayam sehingga masak
  • Tumis lebihan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau
  •  Masukkans erai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garams ecukup rasa
  • Tambah air dan biarkan mendidih, kemudian curahkan ke atas ayam panggang tadi.







#6 Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus

Bahan-bahan

  • 3 – 4 ketul isi ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  • Bersihkan isi ikan seperti biasa.
  • Mayang kesemua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai. 
  • Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. 
  • Kemudian, masukkan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. 
  • Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .


#7 Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 1/2 inci Halia
  • 2 ulas kecil Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 10 biji Lada Hitam
  • 1 sudu besar minyak olive


Cara Memasak:

  • Tumbuk lada hitam
  • Mayang halus-halus halia, bawang merah dan bawang putih (nak tumbuk sekali dgn lada hitam putih boleh)
  • Tumis bawang dan masukkan 2-3 cawan air. Bila mendidih, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Bila ikan masak, boleh dimakan bersama-sama nasi panas.


🚩 Boleh masukkan ubi kentang/carrot jika mahu.

🚩 Sewaktu awal pantang, tidak digalakkan makan ikan haruan terlalu kerap. Luka akan sembuh terlalu cepat dan boleh menyebabkan daging keliling luka akan tumbuh dan menganggu healing process. Sila rujuk doktor utk maklumat lanjut.





#8 Ikan Kukus Dengan Halia

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3 biji cili api
  • Air
  • Daun sup/ketumbar

Penyediaan :

  • Sediakan pengukus dan panaskan airnya.
  • Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
  • Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.
  • Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.
  • Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.





#9 Sup Ikan

Bahan-bahan :

  • Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • Sup bunjut ikan
  • Lada hitam
  • 500 ml air
  • Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis


Penyediaan :

  • Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
  • Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
  • Masukkan isi ikan dan sayur.
  • Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.




#10 Sup Lobak Putih


Bahan-bahan :

  • ½ ekor ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2-3 ulas bawang merah
  • ½ inci halia
  • 1 paket perencah sup sayur
  • 1 kiub pati ayam

Penyediaan :

  • Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
  • Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
  • Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.
  • Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang.

🚩 Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.


Selamat berpantang ye!





21 يونيو 2021

Sebab Kenapa Orang Lain Tak Komen Di Blog Anda

Sebab Kenapa Orang Lain Tak Komen Di Blog Anda




Bismillah.
Assalammualaikum.

Sebab Kenapa Orang Lain Tak Komen Di Blog Anda | Pernah tak terfikir kenapa orang lain tak nak komen di blog korang? Tepuk dada, tanya hati. Eh tiber! Aku sendiri pun terfikir, kenapa komen aku tak sebanyak komen blogger lain. Hakikatnya, diri sendirilah punca.

Blog ini kita menulis jangan perasan dan syok sendiri. Bila dah ada pembaca dan mereka ni rajin komen tak jadi satu masalah pun kalau kita reply komen mereka. Akulah tu, tak reti nak reply komen pembaca. Eh tak faham tau.

4 Sebab Kenapa Orang Lain Tak Komen Di Blog Anda


Di bawah ni, aku senaraikan sebab kenapa orang lain tak nak komen di blog anda. Cuba korang perhatikan, betul tak apa yang sudah disenaraikan dibawah ni?


Korang nak tahu?


1. Sikap malas komen di blog orang lain. Sedar tak sebenarnya? Kalau diri kita ni rajin komen di blog orang lain, In syaa Allah blogger lain pun akan rajin komen di blog kita. Perkara ni nampak simple tapi berat tangan untuk menulis komen. Betul tak? Ubah sikap malas itu kepada sikap rajin komen, ya!

2. Tukar font tulisan yang lebih menarik. Jujur aku katakan, akusendiri tak suka font yang terlalu kecik dan hampir tak nampak font tersebut. Nak baca isi entri pun, sampai kena kecikkan mata sebab itu orang lain tak nak komen. Aku cadang korang tukar font yang lagi menarik contohnya Verdana or Arial. 

 


3. Entry yang kebabom! Macam mana nak kebabom tu? Tak kesahlah nak tulis entry tentang personal, tips atau sebagainya, aku memang suka baca entri blogger lain. Bila entri menarik, confirm ramai new blogger datang baca blog korang. Jangan manjang tulis entri tentang percintaan, so boring! Kita kena variasikan lagi entri entri yang menarik untuk tarik perhatian pembaca yang lain. Percayalah.

4. Letak komen 'Pop-Up Window'. Tekan komen aku di bawah, dia keluar apa? Mesti terus keluar kotak komen kan? Ha itu adalah Pop-Up Window, senang untuk blogger lain komen. Jangan letak selain kotak komen selain Pop Up Window, kerana ianya amat menyusahkan.



Cuba check semula, pernah tak korang buat 4 senarai sebab kenapa orang lain tak komen di blog anda di atas tu? Jika pernah, sila berhenti dengan serta merta dan ubah sikap kita untuk jadi seorang blogger yang rajin mengkomen entry blogger yang lain. Nak banyak pageviews, inilah caranya, komen dan komen.

Semoga entri sebab kenapa orang lain tak komen di blog anda ni bermanfaat untuk newbie blogger. 

19 يونيو 2021

Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan!

Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan! | Aku mengalami masalah skin sensitif dan berminyak, jadi aku cari ubat jerawat paling berkesan di farmasi. Cuba korang tengok gambar di bawah. Daku sendiri pun tak pernah terbayangkan untuk dapat masalah jerawat yang seteruk tu. Kalau korang mengikuti daku sejak dulu, korang boleh beza muka daku yang sebelum ini dengan sekarang ni. Daku sendiri pun tak tahu kenapa jerawat ni tumbuh bak cendawan selepas hujan, begitu pantas sekali.


Ubat Jerawat Dalacin T



Terukkan? Setiap inci di muka akan ada seketul jerawat yang bernanah. Bukan setakat itu, jerawat yang bengkak dari dalam kulit pun makin bertambah. Sakit tu dah memang tetap dah, paling teruk sampai kawan sendiri pun ngeri nak salam sambil cium pipi kiri dan kanan. Disebabkan terlalu geli dan takut dia pun terkena. Ya, sekarang daku dah rasa macam mana "low confident" untuk berdepan dengan orang. 

Ubat Jerawat Dalacin T Berkesan Hapuskan Jerawat.


Jadi, daku  pun dah penat dengan kata-kata yang menyakitkan telinga tapi daku  tak pernah nak simpan dalam hati. Sikit pun tak pernah. Keep smiling right? Daku  pun terbaca satu post di facebook tentang ubat jerawat farmasi iaitu dalacin t untuk jerawat, ubat jerawat yang murah dan berkesan setakat ni. Sekarang, memang tengah hot tentang muka breakout sebab produk local. I never used that. Sebab takut lagi teruk. Daku lebih rela muka hitam macam ni, jerawat teruk macam ni daripada tambah derita yang akan memakan masa untuk pulih. 

So kepada korang yang tengah pakai produk local tu, better stop using that. Banyakkan membaca tentang produk local. Daku bukan nak takutkan korang tapi tak salah mencegah sebelum merawat? Betul tak? Cuba buat research tentang produk ubat jerawat yang murah dan berkesan dahulu sebelum membeli dan menggunakannya. Untuk entri ini, daku nak memperkenalkan satu produk ubat jerawat paling berkesan di watson, dan murah iaitu Dalacin T malaysia. 


Ubat Jerawat Dalacin T

Dalacin T adalah sejenis antibiotik yang akan meresap ke dalam darah untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Ianya sejenis cecair jernih (macam toner) dan sedikit berbau. Biasalah bau macam farmasi. Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi dengan harga sebotol 30ml dalam RM40 sahaja. Satu botol boleh bahan sehingga dua bulan.

Cara pemakaiannya sangatlah mudah:

1. Tekan dabber kapas di mulut botol sampai rapat.

2. Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas tersebut basah.

3. Dab/tepek kapas basah tu sikit-sikit di kawasan JERAWAT!

Pengalaman daku pakai ubat jerawat Dalacin T, mula dab je dah rasa pedih dan gatal. Nasib baik kuat iman, kalau tak memang sedaplah menggaru. Pedih tu dua minit macam tu dah hilang dah. Ubat jerawat dalacin t ni memang sangat murah dan berkesan, I believed! 3 hari jerawat dah kecut, kadang tak sampai 3 hari pun, malam korang pakai, paginya dah kecut terus.  I really recommend kepada korang yang tengah bermasalah dengan jerawat. Lelaki pun boleh pakai tau!

ubat jerawat


Daku sarankan korang jangan gatal tangan picit jerawat. Serious nanti makin teruk sebab daku dah rasa. Jerawat yang kita dok picit tu bukannya makin membaik malah makin membengkak dan maka dengan itu berbonjollah jerawat tersebut. Nak rawat jerawat yang bonjol ni memang makan masa seminggu jugaklah. 


Kesimpulannya, daku bagi 5 bintang untuk ubat jerawat Dalacin T untuk keberkesanannya. Terima kasih Dalacin T. Tapi ada beberapa pantang larang yang korang kena ikut kalau nak guna ubat jerawat Dalacin T.

1. Dab sahaja!

Please jangan tonyoh macam pakai yoko-yoko tu.

2. Pakai bila perlu!

Hanya guna bila ada jerawat. Jangan pakai ketika muka dah clear dan jangan guna untuk rawat parut sebab produk ni bukan untuk parut. Ha yang degil jugak pakai bila muka clear tu, dikhuatiri kulit jadi immune dan antibiotik dah tak berkesan lagi terhadap jerawat. Please don't do that okay!

3. Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain!

Jangan campur dengan Oxy, T3, lain-lain walaupun pakai lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita.

ubat jerawat dalacin t


 Do you believed that my picture above? Korang boleh follow up di my instagram. Daku dah pakai almost 4 weeks, dan alhamdullilah sangat berkesan. Nak nangis jugak lah sebab jerawat makin kurang. Tinggal parut je. Korang sendiri boleh bezakan. Daku tak tipu tau. Syukur sebab produk ni memcapai impian daku yang tengah berusaha untuk menyingkirkan jerawat. Thanks again ubat jerawat Dalacin T. Patutlah viral!

Sekali lagi, daku menyeru korang gunalah ubat jerawat dalacin t yang murah dan berkesan dengan kulit korang. Serious memang bagus. Tak rugi beli. Nak cantik, jangan pakai apa-apa produk tanpa pengetahuan. Ye kawan-kawan. Rajinkan membaca tau. Lagi satu, sila pakai produk organik, ya memang makan masa tapi bersabarlah. 

Dalacin T, you're awesome.

So next mission, jom singkirkan parut dan sunburn!



Nota: Produk di atas bergantung kepada keberkesanan masing-masing ya. Jika korang pakai 3 bulan dan tidak elok juga, sila jumpa doktor!

Update : Saya tak pasti sama ada DALACIN T ni masih dijual atau tidak.


15 يونيو 2021

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

Assalammualaikum and hello there!

Hari ni Om nak kongsikan dengan korang pengalaman paling miskin dalam hidup dan takkan pernah dilupakan. Korang pernah alami tak? Cuba kongsi di komen nanti.

Lepas habis SPM terus Om duduk dengan abang di Kuala Lumpur. Masa tu dah start cari kerja dan dapat kerja as a baker di Aeon Big Wangsa Maju. Lepas 6 bulan Om sambung belajar di kolej swasta yang terletak di tepi federal highway PJ. Bila dah start belajar, awal awal sem memang jadual belajar padat dari pagi. Betulkan?



Om betul betul rasa susah bila mak abah tak mampu nak tanggung, abang pulak ada duit  cukup cukup je untuk tanggung bini dia. Masa tu Om nak pergi kelas penting, memang tak ada duit langsung. Sampai cari dalam satu rumah abang duit syiling yang jatuh jatuh tu semata nak pergi kelas. Naik LRT masa tu murah lagi pergi balik RM5 je. Cari sampai nangis tau. Buntu dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Nak cakap dengan mak abah, kesian dengan keadaan mak.

Bila dah dapat duit syiling tu, terus tak lengah pergi kelas. Dengan tak makan tak apa. Kelas dari pagi sampai petang, dah macam orang puasa. Kawan ajak makan pun Om tolak sebab memang dah tak ada duit. Om tak suka nak bagi tahu orang apatah lagi kawan baik.



Bila Om travel, Om dah rasa dan tengok sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Bayangkan sepanjang kat Beijing, makan sekali sehari je. Makan maggi pagi pagi, kunyah gula gula sepanjang trip tu. Bukan sebab tak ada duit tapi duit is everything bila kita kat tempat orang. If anything happen, as long as ada duit backup. Sama juga masa kat Cambodia, makanan halal memang limited, dengan bawa duit dollar less than 20 dollar. Makan maggi je sepanjang trip tu. Om tak kedekut tau. Rugilah bawak maggi tapi tak makan. Kita travel bukan nak mewah-mewah. Om nak buka mata tengok tempat orang dan rasa apa nikmat bersyukur tu.

Jujur. Memang Om tak dapat nak lupa pengalaman tu, semata mata nak pergi kelas Om sanggup cari duit syiling dalam rumah abang. Om tak nak mintak dengan dia, Om terpaksa tipu untuk kebaikan bersama. Sampai sekarang bila naik lrt teringat ingat. Susahnya dulu tau.



Alhamdullilah sekarang Om bersyukur sebab cukup makan dan pakai. Om suka pesan dengan suami, kita tak ada duit macam mana pun jangan mintak simpati dengan orang dan syukur sebab Allah bagi kita cukup makanan dan pakai. Jimat selagi boleh, sebab bila kita susah tak ada siapa yang nak tolong.

14 يونيو 2021

McDonald's Malaysia Hargai Warga Hospital

McDonald's Malaysia Hargai Warga Hospital

Bismillah.
Assalammualaikum.

McDonald's Malaysia Hargai Warga Hospital | Petugas barisan hadapan atau frontliners yang terdiri daripada petugas kesihatan, polis, tentera dan agensi lain berjuang habis-habisan memerangi wabak Covid-19, tetapi sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar melalui media sosial, para barisan hadapan semakin lelah dan kurang semangat dek kerana kes covid semakin hari semakin tenat dan merisaukan. 

Ini sudah pastinya merisaukan bagi kita yang bukan frontliner, siapa yang membantu kita menghadapi cabaran pandemik? Bagaimana pula dengan nasib para barisan hadapan kita?






Sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bekerjasama bagi melandaikan lengkuku gelombang kerana KKM tidak berupdaya membendung penularan Covid-19 tanpa sokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, cabaran utama adalah sejauh mana kita mampu patuh, mendisplinkan diri dan melaksanakan sepenuhnya SOP dengan sebaik mungkin. Kita tidak boleh ambil mudah dan bersikap sewenangnya terhadap segala SOP yang digarikan kerana gelombang kali ini dijangka berlarutan bagi tempoh yang agak lama seiring trend peningkatan kes jangkitan di seluruh dunia.




Kita juga belum mampu mengurangkan jumlah titik panas dan zon merah sedia ada, malah jumlah zon hijau yang bertukar kepada zon kuning dan seterusnya zon merah semakin bertambah, selain terdapat kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ada pihak yang bermurah hati menaja makan dan minum anggota yang bertugas, tidak kurang juga ada menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamtan mereka malah ada yang melukis mural sebagai tanda terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan.

Oleh itu, salah satu usaha bagi meringankan beban petugas kesihatan ialah McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia baru-baru ini ini menaja makanan kepada lebih 70 buah hospital di seluruh negara yang merawat pesakit-pesakit COVID-19. Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital, dan tajaan makanan untuk hospital-hospital ini menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners).




Sudah pastinya, petugas kesihatan merasa gembira dan melemparkan senyuman yang manis apabila McDonald's hantar makanan ke hospital-hospital tersebut. Sumbangan ini adalah membuktikan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan perhargaan McDonald's Malaysia terhadap petugas-peutgas hospital yang sedang merawat pesakit Covid-19.

Inisitig terkini McDonald's Malaysia adalah satu kesinambungan seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.

Seruan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Sepatutnya, kita perlu berganding bahu dan bukannya menuding jari kepada pihak-pihak lain. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.




"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Menurut Azmir, satu kepuasan bagi warga McDonald's Malaysia adalah setiap kali kru restoran membuat penghantaran ke hospital, mereka mampu memberk kecerian kepada petugas barisan hadapan.

Oleh kerana itu, kita perlu hargai dan tunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan kita dan jangan biarkan mereka berseorangan melawan pandemic Covid-19. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu, dan juga terus amalkan penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya, kerana hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang.






Di sini, ingin saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital serta barisan hadapan yang telah melaksanakan tugas tanpa mengenal penat lelah bagi merawat mereka yang dijangkiti dengan wabak Covid-19 serta mencegah penularan wabak ini.

Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan para petugas hadapan agar tugas dan usaha mereka dapat diteruskan. Akhir kata, semua rakyat Malaysia perlu diingatkan agar terus menjalani kehidupan dengan penuh displin dalam norma baru dan mematuhi dengan ketat segala SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.

Semuanya bakal berakhir jika kita sebagai rakyat terus memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan dalam memenangi dalam peperangan ini!








10 يونيو 2021

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29

Bismillah.
Assalammualaikum.

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29 | Sebenarnya Om menghilang sebab Om dapat temuduga penolong jurutera ja29. I didn’t expected that I got it again. Sebelum ni dapat temuduga penolong penguasa kastam tapi tak dapat pergi sebab tarikh temuduga 2 hari sebelum nikah. Om buka SPA bulan 5 hari tu, masa tu tergerak hati nak apply kerja yang lain tiba tiba eh dapat temuduga tapi tak tahu pun yang Om ni dapat. Om sibuk dengan majlis nikah Om sendiri, mana ada masa nak tengok email bagai.

Nak dijadikan cerita, husband Om memang lupa nak log out email Om dari handphone dia. 26/7 tu dapatlah email dari SPA, husband screenshot dan terus wassap pada Om. “Congratulation Ciksu” bila husband kata macam ni. Aik congrats apanya, kat site ni line celcom berlari tak tentu hala. Kadang kadang no service. Rupanya Om dapat temuduga penolong jurutera di bahagian KKM. Mahunya tak happy, mak abah & mak mertua pun Om dok call bagi tahu. Berita gembira ni kita kena kongsi. Abah Om dok ingat dapat cucu baru, lagi lawak tau.





Alhamdullilah semalam 29/8 dah selesai dah temuduga tu. Excited dan gemuruh punya pasal tak tido tau malam. Risau sangat sangat bila panel tanya soalan out of the box. Dibuatnya panel tanya pasal politik, tak ternganga kita ni? Husband sampai ambil cuti semata nak hantar dan teman Om. Dia yang lagi semngat tau. Om nak ceritakan pada korang tentang pengalaman Om ketika temuduga.

Umum korang tahu, bila temuduga sektor awam apa yang kita nampak ialah pemakaian kan? Pemakaian ni melambangkan personaliti kita. Janganlah pakai baju tak bergosok, tudung renyuk. Kalau boleh, kemaskan diri dan pakaian dulu. Om punya lah excited siap beli baju baru, tudung baru, kasut baru dan juga nametag. Om nak nampak diri ni kemas dan ada personaliti. Barulah panel bersemangat nak tengok kita. 

Dari segi persiapan document, Om sendiri pun terlupa nak update gambar IC. Thats was my biggest mistake sebab terlupa sangat sangat. Tengah temuduga tu baru teringat, eh tak update ic padahal lain lain tu dah update dah. Tapi Om dah redha dah. Buat seawal yang mungkin bila kita kena update apa apa dalam online. Kita ni manusia, memang cepat terlupa. Dont do like Om okay? Persiapan dengan soalan bila panel ajukan? Ini Om sendiri google tanya apa je soalan yang panel akan tanya. Kita ni tak boleh expect pun panel tanya apa. Jujur semalam, Om orang pertama sekali temuduga. No giliran dah lama dah panggil rupanya, rezeki semalam panel baik baik dan membantu. 

Siap ada name tag tau tapi suami tak bagi amik gambar sekali nampak macam kelakar hahahha.


Soalan temuduga dpenolong jurutera ja29 yang panel tanya semalam:

1) Introduce yourself (Om siap tanya Tuan nak BM or BI) panel tu kata whichever yang Om rasa selesa. Dah tentulah pilih BM, mula mula memang nervous sampai tersasul. Panel tu siap kata relax, kalau ada air minumlah air dulu. Om totally stuck bila tengah explain study kat mana. Alhamdullilah panel membantu. Sambil introduce tu, Om memang nak tekankan pengalaman pasal loji air (water treatment plant) this is my tactic nak elakkan panel tanya soalan yang out of the box. Heheheh memang dah jangka, panel tu tanya soalan ni

2) Kenapa Wall loji air berbeza dengan wall rumah? Eh panel ni macam tahu tahu je Om tekankan pasal water treatment projek. Start dari soalan ni, semuanya panel tanya berkaitan dengan technical.

3) Dekat wall loji, ada guna membrane tak? Yang ini agak tricky sebenarnya, Om cakaplah based on my exprience Om tak pernah jumpa lagi yang guna membrane, semua guna waterstop utk construction joint. Panel tu dah senyum dah, siap kongsi pengalaman dia lagi tau. Dia pernah buat loji kat navy tpi loji tu dalam tanah. Dia tanya lagi soalan ni

4) Macam mana awak nak tahu kebocoran air bila kita buat loji dalam tanah? Om cakap kita uji dengan water tightness test. Dari situ kita tahu bocor atau tak tangki tu. Tapi sebelum nak mulakan test, segala jenis defect kena buat dengan sungguh-sungguh, klau tak ini akan effect dengan water tightness test tu. Panel tu senyum lagi tau.

5) Boleh tak awak bagi saya characteristic rebar dengan lebih details? Om tak ingat langsung dengan strenght besi, om minta maaf sangat dengan panel mmg betul betul tak ingat sebab baca sekali imbas je, padahal selalu je buat test strength besi. Om bagi jawapan yang lain, Alhamdullilah masih diterima lagi.

6) Ini soalan daripada ketua jabatan, macam orang jabatan engineering gitu.  Saya tengok awak stay di company yang lama sangat lama, kenapa tahun ini awak tukar ke company lain? Awak tak tergopoh lompat company company lain. Om jawab, Om nak belajar dan explore lagi tentang projek loji. If kita stick in one company, we didn’t have another experience. Om nak variasikan lagi pengalaman tu. 

7) Tentang gaji, awak tak kesah gaji awak rendah? Om cakap,  permulaan sesuatu kerja kita tak boleh expect nak gaji mahal, sekali kita menapak di sektor yang berbeza, kita masih zero, like we are nothing. Tapi Om percaya peratusan untuk kenaikan gaji adalah tinggi, kelebihan kelebihan yang tak ada di sektor swasta tu yang patut kita lihat jugak.

8) Sekiranya awak jadi leader di sesebuah organisasi, apa yang awak nak terapkan dalam organisasi awak? Soalan ni macam lost tak ada idea tau, pastu tawakkal je lah. Apa yang nak Om terapkan ialah kepentingan masa sebab masa ni tak semua orang boleh punctual, tak semua boleh nak tepati. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman. Panel teknikal tu dah senyum dah, masa ni penting Tuan, terutama kita sebagai kaki tangan kerajaan, Om tak nak nanti anak buah Om cuai dalam masa. Masa tak jaga, itu tanda kita dah cuai dalam displin.

Banyak jugalah panel panel tanya tapi Om ingat 8 ni je, Om rasa masa tu panel tu tanya hampir 10 soalan macam tu lah. Tak sangka soalan tu mudah dan boleh Om jawab. Tu yang suami kata, confirm ke tak klentong panel? Mulut awak ni bercakap kadang melalut luar topik tau.

Suami aka driver full time, sanggup nak bercuti semata nak teman wife dia.

Om cakap je kat panel tu, "saya nervous Tuan sebab kadang soalan out the box tu keluar dan tak boleh jangka" Panel tu kata lagi, aik awak study ke? Saya study Tuan dekat 2 minggu, refresh back pasal engineering & pengalaman, kalau tak study ni Tuan, perasaan senang ni akan buat kita tak gemuruh langsung. Panel gelak, Hahahhaha patutlah awak introduce dah gemuruh awak ni. Apa apa pun, awak buat hari saya ceria dan banyak soalan yang awak dapat jawab. Saya doakan maju jaya.

Itulah, ini adalah pengalaman pertama Om temuduga kerajaan, tentang rezeki tu, Om redha dengan keputusan sebab Om dah buat yang terbaik dah. Buat korang yang nak temuduga tu, tolong jangan rasa senang sangat okay! Sama sama doakan keputusan temuduga ni pada hujung bulan, nanti Om share ye!


UPDATE : SAYA TAK DAPAT PUN JAWATAN NI DAN MASIH SETIA DENGAN COMPANY LAMA.

9 يونيو 2021

5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!

5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur!



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

5 Koleksi Resepi Spaghetti Bikin Meleleh Air Liur! | Alhamdulillah dah puasa yang ke 14, maka kita ada 16 hari lagi untuk sambut hari Raya Aidilfitri. Nak balik kampung pun, PM dah tegah awal-awal. Maka tahun ni, kita beraya di perantauan ye. Macam mana dengan puasa korang? Ada yang dah cuti puasa ke tu? 

Hari ini daku nak kongsikan 5 resepi spaghetti yang mampu melelehkan air liur korang. Apa kata, cuba salah satu resepi spaghetti di bawah ni ketika berbuka. In syaa Allah sedap. Jadi, selamat mencuba semua! 


Imej mungkin mengandungi: makanan, teks yang berkata 'Spaghetti wah Black Repper Sausage @resepimingguini'


#1 RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE


Bahan-Bahan:

  • 300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
  • 1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
  • 400 gm daging kisar
  • 3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
  • 1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • 1 helai bay leave
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Grated Parmesan cheese untuk tabur


Cara-Cara Membuatnya:

1) Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.

2) Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.

3) Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.

4)Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.

5)Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#2 RESEPI FRIED SPAGHETTI-BAHRAIN STAIL


Bahan-Bahan:

  • spaghetti yag telah direbus
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 10 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 2 biji telur - kocok sikit
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
  • kicap pekat secukupnya
  • sedikit gula dan garam
  • sedikit minyak sayur


Cara-Cara Memasak: 

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.

2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.

3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.

4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.


Imej mungkin mengandungi: makanan


#3 RESEPI SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP


Bahan-Bahan:

  • 500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
  • 500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
  • 3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
  • 4 cawan air
  • 1 batang carrot - potong bulat
  • 400 gm bunga kobis - potong kecil
  • 1 biji green capsicum - dadu
  • 1 tin cendawan butang - belah
  • (* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh gula (optional)
  • garam
  • sedikit minyak zaitun untuk tumis

BAHAN SAMPINGAN:

  • Salad - hiris nipis
  • Tomato - hiris nipis
  • Daun sup dan bawang - hiris halus
  • Cili merah - hiris halus
  • Telor rebus - belah 2
  • Bawang goreng


CARA-CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. (*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Nota:

Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!


Imej mungkin mengandungi: makanan


#4 RESEPI SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE



Bahan-Bahan:

  • 2 sdk minyak zaiton
  • 200g sausage dihiris nipis
  • 3 biji cendawan butang dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
  • 75 g keju pamesan yang prut


Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya

2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.

4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam


Imej mungkin mengandungi: makanan


#5 RESEPI SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM


Bahan-Bahan:

  • 200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
  • 6 biji black olive
  • 6 biji green olive
  • 15 biji jeruk capers
  • 1 keping dada ayam, didadu*
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
  • 1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
  • 1 biji bawang holland, didadu
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 4 biji cili padi thai merah, cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • Parsley, dicincang untuk hiasan
  • Minyak zaitun untuk menumis


Cara-Cara Memasaknya:


1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. 

2. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.

3. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. 

4. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan.