14 Resepi Kek Dan Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap Untuk Dibuat

 Assalammualaikum.
Bismillah.

14 Resepi Kek Dan Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap Untuk Dibuat | Disebabkan PKP sampai 20 Mei ni, eh jadi tak ada mood nak buat biskut raya. Nak beli pun malas, lagi pun bukannya ada orang nak beraya ke rumah. PKP kan. 

Tapi, daku gagahkan jua untuk buat biskut raya walaupun 1-2 sahaja. Balik kerja ni dah plan dah dengan mak daku nak buat tart nenas dan almond london. Mak pun dah beli dah sedikit kuih raya untuk makan sendiri di rumah. 

Hari ni daku kongsikan 14 resepi kek dan biskut raya yang mudah dan sedap untuk dibuat, nak cubalah kek epal. Macam senang je nak buat, tengok gambar pun dah terliur dah. Orang kata, resepi kek dan biskut raya dah ada, cuma rajin dengan malas je nak buat. Eh betul tak?

Jom kita buat dan ikut resepi kek dan biskut raya yang daku kongsikan di bawah ni. 





14 Resepi Kek Dan Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap Untuk Dibuat Tahun Ini 



#1 - Biskut Florentine Crunchy 


Bahan-bahan :


  • 200g tepung floretine
  • 120g kepingan baham **
  • 70g kuaci hijau (Pumpkin Seed) **
  • 70g kuaci putih (Sunflower Seed) **
  • 15g bijan hitam


Cara-cara : 

1. Bakar bahan bertanda selama 5 minit dengan suhu 170°c

2. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas dan gaulkan perlahan-lahan

3. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telah dilapik dengan parchment paper

4. Masukkan bahan-bahan tadi dan ratakan (Jangan tebal macam kuih talam. Secara nipis sahaja)

5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 170°c selama 10 minit atau sehingga bertukar kepada warna golden

6. Keluarkan dengan pantas dari oven; potongkan dan keluarkan dari loyang

7. Sejukkan dan segera simpan ke dalam bekas kedap udara





#2 - Kek Epal Special Mudah Dan Sedap 


Bahan-bahan :

  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji epal merah
  • 4 biji telur ayam gred A
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1/2 cawan minyak
  • 2/3 tepung naik sendiri Nona (300 gram)
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

.

Cara-cara :

#1 - Untuk buat resepi kek epal hijau dan merah ini, pertama sekali, potong epal dalam bentuk slice nipis. Potong juga sebahagiannya dalam bentuk dadu kecil atau memanjang. Terpulanglah nak buat cara mana asalkan potong kecil. 

#2 - Masukkan gula dan telur ke dalam mixer dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan ringan. 

#3 - Masukkan minyak masak dan gaul sebati. Jika guna blender boleh kisar sekali gula, telur dan minyak. 

#4 - Masukkan serbuk kulit kayu manis dan gaulkan semuanya hingga sebati. 

#5 - Sekarang masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata semuanya. Setelah adunan tepung menjadi sebati, masukkan pula hirisan epal kecil tadi. Gaul sebati sekali lagi. 

#6 - Panaskan ketuhar pada suhu 160 atau 180 (bergantung pada ketuhar). Jika nak masak guna periuk pengukus, panaskan kukusan.

#7 - Sapu permukaan loyang dengan minyak masak supaya kek tidak melekat saat dikeluarkan nanti. 

#8 - Susun epal ke dalam loyang dan tuangkan adunan kek ke atasnya. 

#9 - Bakar pada suhu 160 hingga 180 (bergantung pada jenis oven) selama 50 hingga 60 minit atau sehingga masak. Nak tahu masak atau tidak cucuk dengan garfu. 






#3 Tart Nenas Gebu Gebas


Bahan - bahan untuk membuat tart nenas :

  • 1 buku buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • Sedikit pewarna kuning
  • Jem nenas


*Adunan ini untuk 1 adunan sahaja, andai nak buat 2 atau 3 adunan sila darab setiap bahan dengan berapa adunan yang mahu kita buat. Andai kata mahu buat 3 adunan, maka 2 cawan tepung gandum akan jadi 6 cawan tepung gandum.


Cara - cara untuk membuat doh/adunan tart nenas : 


1) Masukkan buttercup dan 1 biji kuning telur ke dalam bekas. Pukul sehingga putih tapi jangan overmixer pulak sebab kita bukannya nak buat kek pun. Pukul dengan bersederhana sahaja ye.

2) Masukkan satu sudu teh esen vanilla, dan pukul lagi. Masukkan juga bersama 3 sudu makan susu pekat, yang ni kita nak bagi kulit tart nenas ni rasa gebu gebas gitu. 

3) Setelah dipukul dengan menggunakan mixer, bolehlah cuci mixer. Sebab step seterusnya kita menggunakan tangan untuk mengadun. Pastikan tangan korang bersih ye sebelum nak mengadun tart nenas ni.

4) Masukkan 2 cawang tepung, 2 sudu makan tepung jagung dan 2 sudu makan tepung kastard. Uli sampai jadi doh. Bila dah jadi doh, masukkan pewarna kuning bagi doh ni nampak menarik sedikit warnanya setelah bakar.

5) Adun sampai jadi doh. Bila dah adun tu, automatik tangan kita takkan melekat dengan doh. Sebab adunan dah betul-betul diadun. 

6) Masukkan doh tart nenas ke dalam acuan tart nenas. Baru letakkan jem nenas di atas doh tersebut dan gulungkan, jangan tebal sangat nanti tak berasa sangat jem nenas tu.

7) Bolehlah sapu kuning telur diatasnya bagi mencantikkan lagi tart nenas. Barulah menambat hati para tetamu yang nak makan kuih raya. Bakar dengan suhu 150 degree selama 15 minit.

8) Jadi, dah siap tart nenas gebu gebas, bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara. 





#4 Resepi Biskut Semperit Susu Hanya 3 Bahan Sukatan Cawan


Bahan - Bahan :


  • 5 cawan tepung jagung 
  • 1 cawan susu pekat manis 
  • 250 gm mentega 
  • Mini coklat cip secukupnya 


Cara - Cara : 


1. Satukan mentega dan susu pekat manis. Kacau rata sampai sebati.

2. Kemudian masukkan tepung jagung sikit demi sikit sambil gaul rata. 

3. Sekiranya doh masih terlembik, boleh tambah tepung sikit - sikit sampai tak lekat di tangan.

4. Sedia untuk diterap dengan guna acuan semperit. 

5. Letak coklat cip sebagai perhiasan.

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C dalam masa 20 - 25 minit sampai nampak bawah keperangan sikit.

7. Sejukkan atas redai baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. 


Nota 

Sediakan tepung jagung atau tepung kastard untuk stand by takut - takut doh terlembik ke apa boleh tambah 




#5 RESIPI MUDAH BROWNIES COOKIES KEDUT SUKATAN CAWAN


Bahan-Bahan :

  • 120gm @ 1 cawan Dark Chocolate Beryl coins
  • 1 Biji Telur Gred A atau B
  • 80 gm @ ¾ cawan Gula Acing 
  • 50 gm @ ½ cawan Tepung Gandum
  • 40 gm @ 3 sudu Mentega / Butter (Kita pakai Buttercup jer)
  • 1 sk Esen Vanilla
  • Kekacang atau chocolate chip (optional)


Cara-Cara :

1) Dalam mangkuk tahan panas, double boil  Dark Chocolate dengan Butter sampai cair dan ketepikan.

2) Masukkan telur, esen vanilla dan gula aicing dalam mangkuk lain. Pukul dengan whisk sehingga gula larut. Kalau malas nak pakai whisk, boleh saja pakai hand blender.

3) Tuangkan chocolate yang dah dicairkan tadi kedalam mangkuk yang berisi telur dan kacau rata

4) Tambah tepung gandum. Boleh juga tambah kekacang dan chocolate chip.

5) Biarkan sekejap adunan dalam 5-10 minit

6) Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180’c

7) Masukkan adunan dalam piping bag, dan paipkan adunan ke dalam silicon mat. Kalau tak ada piping bag, pakai sudu pon boleh. Silicon mat kalau tak ada boleh sudukan atas parchment paper.

8) Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 180’c. Tapi bergantung pada oven juga yer. Api atas bawah.

9) Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.






#6 Cornflakes Pedas


Bahan - Bahan:

  • 1 kotak cornflakes
  • 150 gram ikan bilis (digoreng)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun limau purut dihiris halus

  • Dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 sudu cili kisar


Cara - cara membuatnya:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili hingga pecah minyak.

2. Masukkan kicap dan cuka.Perasan dengan garam dan gula. Akhir sekali masuk daun purut dan cornflakes.Gaul hingga cili tahu menyaluti cornflakes.

3. Tutup api. dan tuangkan cornflakes tadi ke dalam loyang.

4.Tabur gula dia atas cornflakes mengikut kesukaan masing-masing.

5. Bakar di dalam oven selama 8 minit dalam suhu 180c





#7 Biskut Coklat Chips Famous 


Bahan-bahannya :

  • Coklat chips 100 gram
  • Tepung gandum 300 gram
  • Serbuk penaik 1/2 sudu teh
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh
  • Gula kastor 100 gram
  • Gula merah (Brown sugar) 100 gram
  • Kuning telur 1 biji
  • Butter (mentega) 250 gram
  • Esen vanila 1/2 sudu teh


Cara-cara penyediaannya :


1- Mula-mula pukul butter dan semua gula dalam mangkuk adunan sehingga sebati (saya pukul guna tangan sahaja).

2- Masukkan kuning telur dan esen vanila serta pukul sebati.

3- Tepung digandum diayak bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik.

4- Masukkan adunan tepung dalam adunan butter (mentega) sikit demi sikit berselang seli dengan cip coklat sehingga habis dan sebati.

5- Panaskan oven 170 ०C kira-kira 15 minit sebelum mula membakar adunan.

6- Susun secara bulat-bulat atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega (untuk elakkan adunan dari melekat semasa dibakar).

7- Turunkan suhu ke 165 ०C ~ 155 ०C ikut oven masing-masing dan bakar adunan selama 15 minit minimum. 


** tempoh membakar tu boleh jadi lebih lama ikut spesikasi oven. Kalau belum masak selepas 15 minit boleh tambah masa membakar dalam 5 minit lagi. 




#8 Kuih semperit tradisi Ori.


Bahan-bahan :

  • 1 tin tepung jagun Brown and Polson (cap Butterfly) bersamaan 400gm
  • ¾ cawan pure butter Goldenchurn (yang dalam tin tu)
  • ¾ cawan gula icing
  • 6 biji kuning telur sahaja
  •     (putih telur akan membuatkan samperit jadi keras & crispy berpasir macam cookies)
  • 1 sk serbuk vanila (esen vanila pun boleh)


Hiasan :

  • Buah ceri secukupnya


Cara-cara :

1. Pukul butter dengan gula.

2. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.

3. Masukkan serbuk vanila.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Uli adunan tepung hingga membentuk doh lembut.

6. Guna acuan semperit tekan doh semperit ke atas loyang sehingga habis.

7. Hias dengan buah ceri.

8. Bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 170°C selama 20 minit atau hingga berbau wangi.




#9 Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy


Bahan-bahan : 

  • 1kg tepung gandum
  • 1tin minyak sapi Ghee 400g
  • 2pcs kuning telur gred A
  • 2 cawan Cornflakes  
  • Susu tepung Eveyday
  • Gula 


Caranya :

1. Sangai tepung sampai naik bau, cairkan minyak sapi, hancurkan cornflakes menggunakan cawan, dan satukan semuanya sekali dengan kuning telur, sehingga adunan tidak melekat ditangan dan senang untuk di bulatkan

2. Bulatkan adunan dan susun dalam loyang

3. Panaskan Oven 10 minit 150'c api bawah mengikut oven masing-masing

4. Bakar selama 20 minit, periksa bawah kuih tadi, kalau warna kekuningan bolehlah angkat, kalau belum tambah lagi 5-10minit

5. Sejukkan selama 5 minit dan satukan susu tepung dan gula yang sudah diblend halus, agak-agak manis, dan gaulkan adunan tadi dan masukkan dalam balang


Kredit : OPZZ PINKY



#10 Resepi Biskut Mama Carey


Bahan A

  • 200 gram butter
  • 100 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil vanilla
  • *pukul sebati


Bahan B

  • 260 gram tepung gandum
  • 50 gram susu tepung
  • 50 gram tepung jagung
  • *campur dengan bahan A


Aising

  • 1 biji putih telur
  • 100 gram gula aising
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • *pukul putih telur sampai gebu masukkan gula aising (yang ni kene pandai adjust sendiri) kalau cair sangat tambah gula aising.. tapi tadi aku buat dengan telur gred B sedang elok je.. last sekali baru letak tepung jagung
  • untuk corak, campurkan sikit dengan coklat..


Masak doh separuh masak dlm 60•c 15 minit (aku buat 100•c 15 minit api atas bawah) lepas tu letak aising bakar lagi dgn api bawah (aku buat 100•c 10 minit api atas bawah.. )





#11. Resepi Biskut Arab Bonda


Bahan-bahan :


  • 3 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 100gm kacang tanah, digoreng, diibuang kulit dan ditumbuk


Cara membuatnya :

1. Sangai tepung didalam kuali hingga agak kekuningan.  Masukkan kedalam bekas adunan

2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega didalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.  

3. Masukkan minyak kedalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan  sehingga sebati.

4. Jemput adunan lebih kurang sebesar duit 20sen dan bulatkan, lepas tu buatkan lubang untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak didalam dulang pembakar

5. Bakar dengan suhu 160 darjah lebih kurang dalam 20 minit.

6. Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan biskut arab ke dalam pinggan berisi gula, golekkan hingga gula menyaluti biskut.  Angkat dan simpan atau boleh jer dimakan terus.








#12 Peanut Butter 


Bahan bahan : 

  • Seketul butter berat 250 gm
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan mentega kacang
  • 1 1/2 cawan tepung jagung

Cara - caranya :

1- Masukkan kuning telur dan gaul sebati.

2- Kemudian, masukkan mentega kacang, adun sebati. Masukkan tepung jagung dahulu baru tepung gandum dan gaul sebati.

3- Kalau agak lembik, campurkan tepung gandum tapi jangan banyak. Biarkan adunan ni agak lembut sebab adunan ni akan kering jik dibiarkan lama.

4- Sediakan acuan yang telah disapukkan butter dan diletakkan kismis ditengah acuan. Gentel bulat bulat dan masukkan ke dalam acuan.

5- Tekan agak padat dan bakar dalam suhu 160 cel masa 25 minit.

6- Simpan dalam bekas kedap udara.





#13 Biskut Susu Warna Warni Aidilfitri


Bahan : 

  • Tepung Jagung
  • 3 sudu besar Susu Pekat
  • 1/2 Butter
  • Chocolate rice - hiasan


Caranya:

Masukkan 1/2 butter ke dalam mangkuk bersama tepung jagung sedikit demi sedikit. Masukkan sekali susu pekat sikit demi sikit ikut nak manis tahap macam mana. Julia suka kurang manis, kurang dari 3 sudu besar sudah memadai. 

Uli adunan ikut macam rupa di bawah. Agak-agak dah lembut dan tak melekat dekat jari maksudnya adunan dah okey. Biarkan ia dalam setengah jam sebelum guna acuan biskut. Lepas tu boleh hiaskan dengan chocolate rice warna warni dengan sapu telur diatas biskut terlebih dulu. 

Bakar dalam suhu 130c selama 20 minit. 






#14 German Cookies Cair di mulut


Bahan- bahan:

  • Pure butter - 350 gram
  • Gula aising - 100 gram
  • Tepung kentang - 375 gram
  • Tepung gandum - 200 gram
  • Garam - 1/2 sudu kecil
  • Pewarna (optional)


Cara masakan :


1.Pukul sebati pure butter dengan 100g gula aising.

2. Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Kemudian masuk sikit2 ke dalam adunan no 1.

3.Tambah 1/2 st garam.

4. Rehatkan doh 7-8 minit. 

5. Kemudian bahagikan doh beberapa bahagian dan letak beberapa titisan perwarna. Kacau rata.

6. Bulat-bulatkan doh sebesar duit 10sen dan kemudian tekan dgn garfu. 

7.Bakar pada suhu180 deg selama 15-20min.




Buat korang yang masih tercari-cari resepi biskut raya, bolehlah cuba 14 resepi kek dan biskut raya yang mudah dan sedap untuk dibuat yang telah daku kongsikan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan empunya resepi yang sudi berkongsi resepi asal kepada saya dan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. In shaa Allah. Selamat berpuasa!




2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama