Assalammualaikum.
Bismillah.

Bila Dah Boleh Rentas Negeri, Nak Staycation Di Grand Lexis, Port Dickson. | Siapa cakap bila tak boleh rentas negeri, kita tak boleh pergi bercuti? Eh salah tu! Memang betul kita tak boleh rentas negeri tetapi masih boleh rentas daerah. Dari Seremban dah tentu boleh pergi ke Port Dickson. Ianya masih tak rentas negeri, yang tak bolehnya bila dari Johor ke Port Dickson. Siapa kata juga time puasa ni tak boleh menginap di hotel? Boleh jer, apa masalahnya? Bagi daku tak ada masalah pun, tengah puasalah bestnya dapat bercuti dan dapat berehat sepanjang. hari.

Tapi bukanlah kata tidur sepanjang hari je, kita berehat dalam suasana yang berbeza. Sesekali check-in dan dapat bilik yang luas dan lapang, menikmati pemandangan dan suasana di laut, mandi di kolam private, eh time puasa ni jangan sakan berenang sangat tau! Bila dah dapat bilik selesa, ha kan best? Mahunya tak balik nanti.

Kalau ikutkan hati memang nak rentas ke Port Dickson, sebab nak staycation di sana. Untung tau bagi mereka yang berhampiran di Grand Lexis Port Dickson. Korang boleh staycation di hotel yang berdekatan. Syu kalau dapat staycation, syu nak cari hotel yang best, lagi lagi dapat harga bilik yang bersesuaian dengan bajet syu. Dah tentu boleh layan private pool dengan keluarga!


Image source: grandlexispd.com


Di Grand Lexis ada banyak jenis bilik yang korang boleh pilih mengikut bajet masing-masing. Bermula harga RM390 sehingga RM1400. Kalau pergi musim cuti dan PKP ni, surchange hotel memang tak dapat dielakka. Pejam jelah masa nak bayar tu, sesekali bercuti kan, bukan selalu.

Perlu diingatkan, walaupun PKP, hotel ni sentiasa full booking dan mempunyai kapisiti yang tinggi oleh pengunjung. Sejak PKP jugak, pihak hotel hanya benarkan 1 orang dalam 1 family sahaja untuk proses check-in dan yang lain dibenarkan untuk berada di restoran hotel dengan mengekalkan SOP.

Risau juga bercuti musim Covid19, kita sendiri takut dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Jangan risau, pihak hotel sudah menyediakan temperature scans, hand sanitizer, notis jarak 1 meter di setiap tingkat hotel dan pihak hotel akan selalu mengingati kita untuk sentiasa pakai pelitup muka.


Image source: grandlexispd.com


317 unit villa dan suite yang berada di sini di inspirasi oleh suasana di Bali dan menawarkan pilihan 'water homes', 'garden chalets' atau 'sky pool villa'. Setiap unit dilengkapi dengan kolam renang peribadi yang mewah tetapi dah memberikan pengalaman yang berbeza-beza. Setiap bilik mempunyai 'private swimming pool'.

Semua villa mempunyai 2 tempat tidur king yang boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa. Pastinya selesa dan sempurna untuk keluarga yang besar manakala untuk Deluxe Pool dan Sky Pool Grand Villa mempunyai 1 dan 3 katil bersaiz king.

Di sini juga, mempunyai fasiliti yang sangat menarik iaitu Lex Spa, Karaoke Centre, Gymnasium, Games Room dan Business Centre. Bolehlah buat aktiviti bersama keluarga dan simpan moment indah bersama mereka. Eh, ada karaoke centre? Lagi syok staycation di Grand Lexis ni, banyak sangat aktiviti menarik. Jika tidak mahu luangkan masa di pantai, boleh je luangkan masa dengan melalukan aktiviti indoor.

Korang yang nak staycation di sini, jomm! Nanti bila semua villa dah full booking, jangan menangis tepi bucu katil pulak tau. So, book it now!

Grand Lexis Port Dickson

Address : Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.