10 Khasiat Jantung Pisang Yang Patut Korang Tahu.

Ini 10 Khasiat Jantung Pisang Yang Patut Korang Tahu.  | Aku ini sebenarnya hantu ulam, kalau boleh nak makan nasi, ulam dan sambal belacan. Apatah lagi bila ulam itu ialah jantung pisang. Boleh terangkat bila makan di waktu tengahari. 

Dulu waktu kecik, inilah menu yang selalu mak hidangkan bila betul-betul tak ada duit waktu tu. Rupanya banyak bagi khasiat jantung pisang ni, rugi bila siapa yang tak reti memakannya.

Khasiat Jantung Pisang

$ads={1}

Selain buah pisang yang sedap dimakan begitu sahaja, jantung pisang pula memang sedap dibuat sayur atau kerabu. 

Jantung pisang juga mengandungi  vitamin A, vitamin B1, vitamin C, dan mineral penting seperti fosfor, kalsium dan Fe (zat besi). 

Kandungan yang terdapat di dalam jantung pisang sangat penuh gizi tersebut, tidak hairanlah ramai Orang dulu-dulu gemar memilih jantung pisang untuk dijadikan sayur dalam makanan harian.  

Khasiat Jantung Pisang Korang Patut Tahu


Antara khasiat dan kelebihan jantung pisang rebus yang lain adalah:


#1 Mencegah stroke


Caranya adalah dengan menggunakan satu jantung pisang ambon dan direbus. Setelah itu, perah dan ambil sarinya dan selanjutnya minum sebanyak dua kali sehari untuk mencegah penyakit stroke. 

Korang boleh cuba minum sari jantung pisang, in syaa Allah dapat mencegah stroke. Stroke pun bukan senang untuk dirawat. Jadi, lebih baik kita mencegah daripada merawatnya.

#2 Mencegah Kolesterol

Kolesterol sangat bahaya kalau kita tak pandai menjaganya, tak pasal boleh masuk wad tau. Dengan memakan jantung pisang, ianya dapat dan mampu mengurangkan lemak jahat dan kolesterol. 

Lemak-lemak jahat tu patut dihapuskan tau, inilah risiko bila banyak lemak makin cepatlah badan gemok. Cuba makan jantung pisang ye.

#3 Menyihatkan Perut

Khasiat jantung pisang yang seterusnya ialah dapat melancarkan pencernaan kerana jantung pisang mengandungi fiber yang tinggi. Lebih tinggi daripada buah pisang. 

Biasanya kita akan makan buah pisang untuk mengelakkan sembelit, apa kata kita cuba makan jantung pisang pulak, mana tahu boleh mencernakan pencernaan kita.

#4 Makanan pesakit diabetes

Baik bagi pesakit diabetes kerana memiliki indeks glikemik yang rendah sehingga insulin yang diperlukan untuk mengubah glukosa menjadi tenaga. 

Jantung pisang yang di rebus saja sangat efektif untuk turunkan kandungan gula darah.

Khasiat Jantung Pisang

$ads={2}

#5 Kaya dengan serat


Jantung pisang juga mengandungi serat yang tinggi kerana jantung pisang memiliki kandungan seperti karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin, vitamin B1. 

Korang boleh jadikan jantung pisang ni salah satu menu di dalam masakan korang, bukan hanya dimakan sebagai ulam.

#6 Baik untuk diet

Untuk mereka yang mahukan badan kurus, jantung pisang memberikan kesan rasa kenyang lebih lama daripada manfaat nasi putih kerana memiliki serat yang tinggi dan rendah. 

Apa kata korang cuba makan nasi bersama ulam jantung pisang, in syaa Allah ianya akan memberi manfaat kepada korang.

#7 Mencegah kanser

Mencegah lagi baik daripada merawat, khasiat jantung pisang bukan sahaja kaya dengan serat tetapi boleh mencegah kanser dan mengurangi kesan radikal bebas dimana radikal bebas ini boleh mengakibatkan kerosakan kinerja organ, kerana sistem oksidasi mengakibatkan penuaan pada beberapa sel. 

Estrak metanol dalam jantung pisang mempunyai karakter seperti manfaat antioksidan, yang sangat baik untuk mencegah radikal bebas.

#8  Melindungi tubuh daripada bakteri

Jantung pisang memiliki manfaat untuk melindungi tubuh daripada terkena infeksi bakteri. Jantung pisang juga mengandungi protein yang tinggi. 

Bila kita selalu amalkan makan jantung pisang, in syaa Allah bakteria mahupun virus dapat dielak daripada tubuh kita dan ini juga salah satu khasiat jantung pisang.

Khasiat Jantung Pisang


#8 Meningkatkan penghasilan sel darah merah

Sebenarnya, kandungan di dalam jantung pisang yang mengandung zat besi, akan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. Dalam list makanan yang boleh tingkatkan HB sudah tentu adanya jantung pisang. 

Cuba ikhtiar dengan memakan jantung pisang untuk mereka yang bermasalah dengan kurang darah merah.

#10 Baik untuk mengawal peredaran haid wanita

Untuk mereka yang bermasalah haid tidak teratur turut boleh mengamalkan makan jantung pisang. Ini kerana jantung pisang yang di rebus mempunyai kekuatan untuk mengawal hormon progesteron sehingga dapat mengawal keluarnya darah haid. Lepas ni, dah tiada masalah dengan haid tidak teratur.

Akhir Kata

Pokok pisang bukannya hanya bermanfaat pada buahnya, malah jantung pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Orang dulu-dulu suka mengamalkan makan jantung pisang, mereka percaya ianya memberi bermacam jenis khasiat yang baik untuk tubuh badan. 

Masyarakat sekarang je yang jarang mengamalkan kerana banyak makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makan segera. Jom dan mari kita amalkan makan jantung pisang.



11 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Sedapnya jantung pisang, cicah dengan air asam pulak.. aduhh malam2 gini terliur pulak

    BalasPadam
  2. LeYa suka juga makan jantung pisang. Tapi ni macam dah lama jugak tak makannya. Makanan dulu-dulu memang banyak khasiatnya kan.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Sedap ni rebus cicah budu. Takda lah pulak jantung pisang kat pokok luar rumah. Haha

    BalasPadam
  5. aduhai. sedapnya makan dgn air asam!!!!

    BalasPadam
  6. rebus pastu hiris-hiris nipis, campur cili, campur belacan, siram dgn air limau. mmg xtengok kiri kanan dahhhh.

    BalasPadam
  7. suka jantung pisang ni..baru tau mcm2 khasiat dia yer..good sharing.. tq!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama