Snek Untuk Orang Berpantang Vegilicious Dari Suraya Mothercare

Apa khabar para pembaca sekalian? Masih dalam mood raya ke tu. Sekarang ni tengah banyak kes strok haba, jadi harap sangat anda boleh jada diri terutama yang mana ada anak kecil tu. Kerapkan bagi air dan mandikan aje selalu. Biar badan diorang ni sejuk je.

Untuk topik hari ni, aku nak review satu snek untuk orang berpantang. Boleh dikatakan ini adalah makanan berpantang selain nasi tau. Tapi tak kisahlah czer atau bersalin normal. Tapi kan, orang yang tak berpantang boleh aje makan. 

Teringatlah masa aku berpantang 3 tahun lepas, aku suka makan peria goreng. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Kalau nak jadi kudap-kudap, pun sedap.

Baca sini : tips banyakkan susu badan

Snek Untuk Orang Berpantang Vegilicious Dari Suraya Mothercare

Snek Untuk Orang Berpantang

$ads={1}

Selain peria goreng, aku suka makan lobak putih goreng. Tiap kali makan, mesti rasa bengkak susu. Itu yang kalau rasa susu nak drop, mesti cepat-cepat makan lobak putih goreng. Sedap kot. 

Cuma masa aku berpantang tu, aku tak jumpa snek berpantang. Kalau boleh nak sekali semua jenis ada dalam satu set, ha senang kan? Taknaklah beli satu-satu lepas tu lain-lain kedai pulak tu. Memang aku tak berkenan.

Baru-baru ni, terpandanglah kat FB Suraya Mothercare, eh rupanya dah ada snek untuk orang berpantang lah. Mak aku kata, kerepek untuk ibu berpantang padahal snack. Hentam ajelah mak ui, janji makanan tu sedap dan boleh dibuat makan.

Snek Untuk Orang Berpantang


Kenapalah baru sekarang aku nampak, kalau dulu aku tahu, mesti aku beli kan. Itu yang tak lengah terus order 1 kotak, dalam tu ade 5 jenis snek berpantang.

Berbaloi sangat kan?

Masa beli tu, Suraya Mothercare jual snek berpantang 5 jenis dan akan dapat kotak yang cantik. Kotak tu lah, cantik kan. Bolehlah buat set hadiah untuk sedara mara kawan kawan yang baru bersalin tu. Ala 5 jenis snek macam tu baru RM69.50 aje. Satu paket macam tu, isinya 120 gram. Berbaloilah. 

Berbaloi sangatt tapi kalau nak beli loose pun boleh je. Kalau macam tak makan bawang putih rangup tu, ha beli loose yang snek-snek lain. 

5 Jenis Snack Berpantang Vegilicious dari Suraya Mothercare

1. Serunding Halia Ikan Bilis (RM13.90)
2. Petola Goreng Rangup (RM13.90)
3. Bawang Putih Rangup (RM13.90)
4. Peria Goreng Rangup (RM13.90)
5. Lobak Putih Goreng (RM13.90)

Snek Untuk Orang Berpantang

$ads={2}

Waktu aku makan snek untuk orang berpantang czer ni, suami pun makan sekali. Sedap katanya. Bukan perempuan je boleh makan, lelaki pun boleh makan juga. Suami suka makan serunding halia ikan bilis tu dengan nasi panas, makan boleh dengan ikan bilis goreng lada. Fuhhh lagilah layan, terasa betul macam tengah berpantang bersalin. Hehehehe.

Aku makan Petola & Peria tu sampai habis. Sekejap je habis, layan jammed masa nak balik ke JB ni, tahu tahu dah habis dah. Geram je, dahlah sedap, rangup pulak tu. Macam makan keropok tu, padahal makan makanan snek berpantang. Heheheheh

Kalau anda nak tahu, Suraya Mothercare ni ada jual snek berpantang ni di Shopee tau. Dah terjual lebih daripada 100K tau, ini 5 sebab kenapa anda semua kena beli Vegilicious!

1. Snek pantang paling popular di Shopee
2. Mudah untuk ibu berpantang
3. Ada 5 jenis pilihan sayur yang berkhasiat
4.  Rasa yang sedap menyebabkan kunyahan tak berhenti
5. Anak tak makan sayur jadi suka makan sayur

Snek Untuk Orang Berpantang


Masalahnya kan, point no 5 tu memang betul. Luth ni bukan jenis makan sayur, tapi petola goreng rangup ni pun dia makan tau. Seronok tengok bila anak boleh makan sayur. Jawabnya memang kena sentiasa ada stok snek untuk orang berpantang ni di rumah. Bolehlah dijadikan kudapan untuk Luth. 

Bukan sahaja menjual snack berpantang, Suraya Mothercare juga turut menyediakan pakej Agent bagi anda yang mencari pendapatan sampingan. Snek sayur yang sedap ni cuma bermodalkan RM208 sahaja dan anda akan dapat 20 pcs. Segala coaching, bahan marketing, reward dan training akan disediakan.

Selain itu, Suraya Mothercare bukan sahaja terkenal dengan Snek pantangnya tapi mereka ada juga menyediakan perkhidmatan confinement lady yang bertauliah dan berpengalaman. Para CL akan datang terus ke rumah anda mengikut pakej yang anda book tau.

Mereka juga ada lebih daripada 100 orang CL di seluruh Malaysia dan anda hanya perlu nyatakan lokasi sahaja. Antara pakej mereka ialah:

  • Pakej Day Care: 8.30am - 4.30pm
  • Pakej Halfday masak/tanpa masak
  • Pakej stay in Malaysia
  • Pakej stay in overseas
  • Pakej urutan prenatal
  • Pakej penutup pantang
  • Pakej Keguguran
Inshaa Allah, jika ada rezeki berpantang memang aku nak cuba pakej dari Suraya Mothercare ni. Review pun banyak yang bagus bagus dan baik belaka. Oh ya, waktu berpantang tu kan kalau anda tak ada orang yang nak masakkan, Suraya Mothercare ni ada juga menyediakan pakej makanan pantang tau.

Sedap sedap belaka katanya, bolehlah anda tengok sendiri customer service mereka nanti. Untuk pakej ini, mereka yang cover di kawasan Johor Bahru sahaja tau. Memang patutlah Suraya Mothercare Group ni telah mendapat penghargaan dari Pa & Ma sebagai Jenama Pilihan berpantang mobile pada tahun 2022.

Wahhh! Tahniah diucapkan. Buat anda yang berminat dengan snek di atas, bolehlah contact nombor di bawah ini ya:


IG: snack vegilicious / surayamothercare
Fb: snack vegilicious / surayamothercare
Tiktok: suraya mothercare

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Senang ada snack gini, sambil tonton tv pun aku boleh layan 😍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama