Himpunan 9 Jenis Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa!

Assalammualaikum.
Bismillah.

Himpunan 9 Jenis Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa! | Siapa kat sini mesti minum air dulu sebelum makan ketika berbuka puasa? Eh genglah kita ni, biarlah air bercawan-cawan pun dari makan nasi. Kadang tu air lagi banyak dari makanan. Sampai bila nak makan tu, perut dah kembung dengan air. 

Tiap kali puasa, air favourite daku dah tentu air blue lemon. Tapi dalam resepi ni tak de tau resepi air blue lemon. Daku dok mencari juga resepi air tu tapi sampai ke sudah tak jumpa. Kalau pergi bazar ramadhan, benda pertama yang menarik pandangan mata ialah menu air yang dijual. 

Pergh macam macam jenis ada, kadang tu air yang dijual time bulan puasa ni memang tak ada di hari hari bukan bulan ramadhan. Betul tak? Payah nak cari kalau bukan bulan puasa. Ibu mengandung kena take noted jugak tau, kang mengidam, susah nak mencari, eh tiber.

Hari ni daku nak kongsikan 9 Jenis Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa, In syaa Allah bahannya mudah nak dapat dan cara penyediaannya pun simple. Selamat mencuba semua!






#1 Resepi Air Mata Kucing

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah mata kucing kering secukupnya
  • 1 buku gula melaka
  • 2 buku gula batu
  • Gula mengikut kemanisan
  • Air secukupnya
  • Daun pandan di simpul

Cara-cara penyediaannya :


1. Cuci buah mata kucing hingga bersih.

2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan.

3. Rebus sehingga kembang dengan api sederhana.

4. Masukkan pula gula melaka, gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.

5. Perasakan gula dan siap dihidangkan panas atau sejuk.



Baca juga : Cadangan Menu Berbuka Puasa 30 Hari Bahagian 1






#2 Resepi Ekpresso Ais


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 sudu kecil kopi espresso segera
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh serbuk coklat
  • 1sudu kecil sirap coklat
  • Air batu secukupnya
  • Krim putar

Cara-cara penyediaannya : 


1. Larutkan kopi, susu pekat, serbuk coklat dengan air panas, kacau rata.

2. Tuangkan ke dalam gelas atau cawan. Masukkan air batu secukupnya.

3. Jika suka, letak krim putar di atasnya bersama sirap coklat.

4. Sedia dihidangkan.



Di sini daku kongsikan beberapa himpunan resepi air sedap untuk berbuka puasa yang boleh dicuba.






#3 Resepi Air Laici + Asam Boi + Lemon + Soda + Serai


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 tin laici
  • 1 batang serai
  • Sedikit asam boi
  • 1 botol ice cream Soda F&N biru
  • 2 biji lemon

Cara - cara penyediaannya :

1. Masukkan 1 tin laici, 1 batang serai yang sudah diketuk, sedikit asam boi ke dalam bekas.

2. Masukkan pula 1 botol ice cream Soda F&N biru bersama 2 biji lemon.

3. Kacau sebati dan siap untuk diminum.



Lagi 6 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Yang Perlu Dicuba!






#4 Resepi Air Dragon mix Fruit



Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Buah naga merah
  • Buah mangga masak
  • Buah anggur manis
  • 1 tin laici
  • Susu pekat manis
  • Air masak
  • Sedikit ais


Cara - cara penyediaannya :


1. Potong dadu semua buah.

2. Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais.

3. Siap untuk dihidang.

- Pewarna adalah dari buah naga, tak perlu campur apa apa pewarna.





#5 Resepi Jus Kedondong



Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah limaunya
  • 3 liter air mineral/air berpenapis
  • Setitis pewarna hijau (pilihan)
  • Gula secukup rasa
  • AIs kuib secukupnya

Cara - cara penyediaannya :


1.  Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir shingga gula larut.

2. Cuci buah kedondong sehingga bersih atau boleh kikis dengan pisau kulit buah.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepika.

4. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.

5. AIr rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

6. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula.

7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi, kacau dan biarkan sekejap.

8. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh dihidang.






#6 Resepi Teh Ais Cincau


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula - ikut sukan yang korang nak buat
  • Buah pelaga/kayu manis atu cengkih
  • Cincau

Cara - cara penyediaannya :


1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.

2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.

3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana

4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dah sedap, bolehlah tutup api.

5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.




#7 Resepi Air Jagung Viral


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air
  • Kordial jagung secukupnya
  • 1 tin susu cair brand Ideal - apa apa brand pun boleh
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin jagung manis Ayam Brand dalam tin
  • Gula secukup rasa
  • Aiskrim vanilla - optional


Cara - cara penyediaannya :


1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air : 6 sudu besar gula.

2. Masak air yang telah dicampurkan gula sehingga larut dan mendidih.

3. Masukkan kordial jagung secukupnya dan masak lagi sehingga mendidih.

4. Masukkan susu cari dan jagung dalam tin.

5. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa, biarkan sejuk.

6. Tuangkan ke dalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga letakkan aiskrim vanilla diatasnya. 





#8 Resepi Air Katira 


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup btol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula secukup manis
  • Cincau
  • Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)

Cara - cara penyediaannya :


1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna ke dalam bekas.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan air, ais dan gula. Kacau sebati dan masukkan cincau dan selasih.





#8 Resepi Air Laici Kang


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Air gula atau air sirap
  • Sedikit agar-agar berwarna
  • Barli yang telah direbus
  • Buah kabung
  • Buah laici dalam tin
  • Sedikit isi cendol
  • Cincau
  • 1 sudu besar katirah (direndam selama 4 jam)
  • 2 sudu besar biji selasih (direndam selama 5 minit)
  • 506 biji buah kembang semangkuk (direndam selama 5 jam)

Cara - cara penyediaannya :


1. Campurkan kesemua bahan di atas.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Siap dihidangkan dan diminum.








Selesai sudah entri kita kali ni, ha macam mana terliur tak tengok 9 Jenis Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa? Jom kita sama sama mencuba, dan pastinya menjadi. In syaa Allah.







Catat Ulasan

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!