Resepi Puding Lumut Butter, Sesuai Untuk Minum Petang.

Siapa suka puding, boleh teruskan membaca entri resepi ni. Hehehehe. Mak daku suka buat puding telur tapi tak pernah lagi cuba buat puding lumut butter ni. Mak daku bila dah tahu cara nak buat puding ni, jadi teruja pula nak buatnya. Menu ni sesuai untuk semua majlis, tak kesahlah majlis kenduri ke, majlis kesyukuran ke malah sesuai untuk di santap di petang hari.

Apa salahnya jika korang pun mencuba resepi puding lumut butter ni. In syaa Allah pasti membuka selera ahli keluarga korang. Boring juga asyik dah uli donat atau karipap je kan. Tak salah pun cuba menu yang lain daripada yang lain. Mana tahu boleh tambah skill dapur mak mak kan. Bahan bahan yang digunakan pun, dah tentu ada di dapur korang. 

Jadi, selamat mencuba. Kalau boleh baca resepi ni dengan teliti ye. In syaa Allah daku doakan semoga menjadi masakan korang itu. Bila dah menjadi tu, jangan lupa komen di bawah ye. Hehehehe

Puding Lumut Butter Untuk Santapan Petang


Resepi Puding Lumut Butter

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puding lumut butter:

  • 5 biji telur
  • 200ml santan
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula - ikut selera masing masing jika mahukan manis
  • 1/2 sb garam
  • Serbuk agar agar
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen vanilla
  • 100 gram butter
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara penyediaan puding lumut butter - LAYER HIJAU:

Ikuti langkah dibawah dengan teratur, jangan gelabah tau. Tenang dan masak seperti biasa. 

#1 Campurkan Bahan

Campurkan dua biji telur, 200ml santan, 4 cawan air, 3/4 cawan gula & 1/2 sb garam ke dalam bekas yang bersih dan kacau sebati. Untuk rasa manis, korang boleh lebihkan gula. Kalau nak kurang manis, korang pun boleh kurangkannya. Ikutlah selera masing-masing ye. 

#2 Kacau Sehingga Sebati

Kemudian, korang masukkan sebungkus serbuk agar-agar, sedikit pewarna hijau dan tuangkan ke dalam periuk. Masak sambil kacau sehingga sebati di atas api yang perlahan. Jangan buka api besar, nanti berketul-ketul. Bila dah mendidih dan menjadi sedikit ketul ketul bolehla tutup api. Korang ketepikan dan sejukkan sekejap ye.

#3 Masukkan Ke Dalam Bekas

Setelah disejukkan, korang boleh tuangkan layer hijau ni ke dalam bekas yang bersih. Kalau tuang ketika panas nanti jadi tak cantik sebab ada mendapan air. Nak cepat sejuk, korang halakan kipas di layer hijau tu.

Cara-cara penyediaan puding lumut butter - LAYER BUTTER:

Ikuti langkah dibawah dengan teratur, jangan gelabah tau. Tenang dan masak seperti biasa. 

#1 Campurkan Bahan

Campurkan 3 biji kuning telur, 100 gram butter, 1/2 cawan susu pekat dan 1 sudu kecil esen vanilla ke dalam bekas yang bersih dan kacau sehingga rata. Kemudian, korang ketepikan dahulu. 

#2 Gaulkan Sehingga Rata

Masukkan satu peket serbuk agar agar bersama 3 cawan air di atas api yang perlahan. Gaulkan sehingga rata. Bila agar-agar dah larut tutup api kejap dan masukkan butter yang diketepikan tadi ke dalam agar agar tadi. Bila dah masuk semua butter tu, korang boleh buka api tadi dengan perlahan dan masak sehingga mendidih ye.

#3 Gabungkan Layer Butter Bersama Layer Hijau

Bila butter tadi dah masak, korang boleh tuangkan sedeikit demi sedikit ke atas layer hijau tadi. Bila dah gabungkan, korang boleh sejukkan ke dalam peti ais. Korang sejukkan sehingga keras dan bolehlah dihidangkan sebagai menu santapan petang.

Kesimpulan

Alhamdulillah, siap juga puding lumut butter. Mudah bukan? Bahan-bahan yang diperlukan pun senang je dapat, tak perlu pun bahan bahan yang susah.. Menu ni juga orang bujang pun boleh cuba. In syaa Allah memantapkan lagi masakan korang sebelum kahwin. Boleh juga pikat hati mak mertua, senyum meleret je mak mertua bila cuba resepi ni.

Jangan malu-malu untuk mencubanya tau. Selagi tak menjadi, kita cuba lagi lagi dan lagi tau. Selamat mencuba dan bila dah menjadi tu, jemputlah komen sebagai sokongan untuk daku terus share tips, petua dan resepi lain yang lebih banyak lagi nanti. 


Sumber : DAFE


3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Menarik! Boleh try nanti. Thanks for sharing

    BalasPadam
  2. Nampak sedap la puding ni. Boleh la cuba resepi ni nanti. Cantik pula tu kejadiaanya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama