Cara Keluarkan Income Google Adsense Terus Ke Akaun Bank.

Assalammualaikum.
Bismillah.

Cara Keluarkan Income Google Adsense Terus Ke Akaun Bank. | Sebagai blogger, punca pendapatan daripada Google Adsense adalah satu perkara yang dinantikan dengan penuh debaran. Bila sebut je google adsense semua blogger dah tentu tahu mengenai platform ni. Ianya merupakan platform percuma buat duit onlie yang paling popular dan digunapakai hampir di semua internet.

Daku sendiri pun pada awalnya agak blur dan tidak tahu cara termudah untuk keluarkan income Google Adsense terus ke akaun bank. Kebanyakkanya mereka cuma tahu dua kaedah keluarkan income Google Adsense iaitu menerusi Western Union dan menerusi cheque. Setakat ni daku belum pernah lagi keluarkan income Google Adsense. In syaa Allah, bulan depan merasalah income Google Adsense yang pertama. Doakan ye!

Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 cara yang korang boleh peroleh bagi menerima bayaran daripada Google Adsense iaitu :

Kaedah Pertama - Melalui Cek

Korang diarahkan untuk menulis alamat penerima dan jika cek sudah tersedia, pihak Google akan pos cek tersebut ke alamat yang korang tulis tadi. Cek ini mengambil masa lebih 2 minggu untuk sampai ke Malaysia. 

Kaedah Kedua - Wire Transfer

Jadi dientri ini, daku kongsikan kaedah kedua iaitu dengan menggunakan Wire Transfer. Wire Transfer ni korang akan menerima pembayaran Google Adsense terus ke akaun bank korang tak perlu membuat apa apa kerja. Tahu tahu duit dah masuk ke dalam akaun, kan lebih cepat dan lebih mudah. 


Cara Keluarkan Income Google Adsense Automatik Ke Akaun Bank



Untuk post kali ni, daku kongsikan tips blogging, cara termudah keluarkan income Google Adsense menerusi pemindahan wang terus ke akaun bank sendiri. 

1. Log in ke akaun Google Adsense korang sendiri > Klik pada bahagian Payment



2. Sekarang klik pula pada bahagian ADD PAYMENT METHOD.



3. Kemudian, klik pada bahagian "Add New Wire Transfer Details" dan korang tekan pada butang SAVE.



4. Jadi, sekarang bolehlah korang isi segala maklumat peribadi yang dikehendaki. Korang kena pastikan isi segalanya dengan betul dan buat sekali double check mana tahu ada bahagian yang tersalah eja atau sebagainya.



Cara untuk isi maklumat di atas korang boleh rujuk pada list di bawah ni :

  • Beneficiary ID (Optinal) - Korang nak isi boleh tak nak isi pun boleh
  • Name on bank account - Masukkan nama korang sendiri selaku pemilik untuk akaun tersebut dan pastikan ejaan nama adalah betul
  • Bank Name - Nama bank
  • SWIFT-BIC - Masukkan kod bank mengikut panggilan antarabangsa. Boleh semak kod bank tersebut di sini >>  SEMAK KOD BANK ANTARABANGSA  <<
  • Account number - Masukkan nombor akaun bank korang sendiri
  • Re-type account number - Masukkan sekali lagi nombor akaun korang sendiri 




5. Akhir sekali, setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klikpada butang "SAVE" dan tunggu emel pengesahan daripada pihak google.


BACA INI JUGA :


Perlu diingatkan, setiap bank mempunyai kadar tukaran wang USD yang berbeza-beza. Korang akan menerima email daripada Google yang akan mengatakan korang sudah memasukkan maklumat berkaitan Wire Transfer. Selesai! Sekarang, korang hanya perlu tunggu duit Google Adsense masuk lebih kurang 1-3 hari waktu bekerja. Tempoh ni bergantung kepada bank yang korang gunakan juga.

Itu sahaja caranya, mudah bukan? Lepas ni korang dah boleh tunggu bayaran Google Adsense yang akan masuk ke dalam akaun bank korang secara automatik. Apa yang pasti jumlah income yang terkumpul mestilah USD100 ke atas, baru boleh keluarkan income ni tau.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada blogger yang lain. 

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Thanks for your informative article 😊 I'll waiting for your visiting my blog 😊

    BalasPadam
  2. Sis buat automatik jee sekali dulu, terus dah okay.. malas nak usik-usik dah hahaha

    BalasPadam
  3. Tahniah! Dah boleh cashout.. Keep it up!

    BalasPadam
  4. Thanks sharing this..mencari juga mana cara senang nak keluarkan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama