Happy Birthday Buat Anak Ibu, Luth Isyraf

Happy Birthday Buat Anak Ibu, Luth Isyraf | Hari ini 5/9/2022 genaplah umur anak aku yang satu-satunya 2 tahun. Alhamdullilah membesar dengan sihat dan ceria. Dari hari pertama, ibu jaga awak sehinggalah hari ini, tak pernah pun Luth susahkan ibu.

Rezeki ibu dapat anak yang tidak banyak kerenah sejak lahir. Ibu bersyukur sangat-sangat dapat awak, Luth.

Walaupun waktu ibu merasai pengalaman bersalin, azabnya Allah je yang tahu. Itulah detik ibu ni menjadi seorang ibu buat pertama kalinya. Bukan mudah ibu nak bersalinkan Luth, dengan cucuk epidural. Dengan ibu yang tak ada kekuatan nak terankan kamu, dengan sakitnya nak tanggungkan kamu 9 bulan. Allah je yang tahu sakitnya tu!

happy birthday

Semuanya ibu hadap dengan redha, sebab inilah satu-satunya zuriat yang boleh membantu ibu di akhirat nanti. Andai kata, satu hari nanti kamu baca artikel ini, ibu sayangkan kamu Luth. 

Awaklah penghuni rahim ibu yang pertama. Awaklah juga yang mengajar ibu untuk menjadi ibu yang paling terbaik di dunia. 

Alhamdullilah.. Allah permudahkan urusan ibu untuk menjaga kamu. 

Luth Isyraf bin Zainal.

Ibu doakan semoga kamu membesar menjadi anak yang baik, soleh, taat pada agama, negara dan bangsa. Banyak harapan besar untuk Luth di hari ulang tahun kamu. Ibu tidak harapkan apa apa pun selain kebahagian di hari ini. 

Kamu adalah ahli keluarga yang paling manis dan anak lelaki ibu satu-satunya. Semoga Allah juga selalu menyayangimu.

Selamat Hari Lahir, Anak Ibu!

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama