7 Cara Hilangkan Bau Kencing Anak Di Tilam

7 Cara Hilangkan Bau Kencing Anak Di Tilam | Bila ada anak kecil, paling susah betul hilangkan bau kencing anak di tilam. Apatah lagi, kalau tilam pula jenis berat dan tak kuat nak diangkat.

Jenuhlah nak mencucikan. 

Aku sendiri pun mengalami situasi macam ni. Bila pampers dah penuh dan kita ni pula hanyut dengan mimpi, mana nak sedar sampai tilam dah basah dan bau hancing. Mulalah pagi tu nak membebel anak, padahal salah sendiri.

Kalau anak tu pandai bangun tukar pampers, tak apa lah juga. Ni mana diorang reti lagi, kita nilah ibu yang kena buat sendiri untuk anak. Sekarang ni, macam macam ni penghilang bau kotoran ada jual.

Tapi, kali ni aku nak kongsikan cara hilangkan bau kencing anak di tilam yang paling senang dan mudah. 

Cara Hilangkan Bau Kencing Anak Di Tilam

Berikut adalah cara hilangkan bau kencing anak di tilam agar kembali segar. 

Cara Hilangkan Bau Kencing Anak

1. Bertindak secepatnya

Sebaik saja ibu perasan bahawa anak ibu-ibu terkencing pada tilam, seeloknya bertindaklah dengan segera! Ini kerana, kita ingin menghalang air kencing tersebut daripada menyerap dengan cepat ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin susahlah baunya dihilangkan. 

Ada 2 perkara yang perlu ibu-ibu boleh lakukan dengan pantas:

  • Buka cadar dan alihkan segala bantal/selimut yang terkena kencing.
  • Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kencing yang masih tinggal. 

2. Sabun pencuci

Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan. 

Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kotoran dan juga bau hancing. 

Pilih pencuci jenis enzim yang dapat menghilangkan bau najis dengan berkesan. Pilih pencuci jenis enzim yang dapat menghilangkan bau najis dengan berkesan 

3. Cuka 

Ada masanya sabun pencuci tak cukup kuat untuk menghilangkan bau hancing yang terlalu kuat. Maka, ibu boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya. 

Caranya mudah. Ambil cuka putih (white distilled vinegar) yang biasa digunakan di dapur. Tekapkan cuka ini pada kain dan kesatkan pada tompokan air kencing selama 10-15 minit. 

Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria, dan kuman. Ini semestinya akan membantu menghilangkan bau hancing dengan lebih berkesan.

4. Soda penaik

Selepas mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan soda penaik (‘baking soda’) atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal. 

Biarkan sehingga kering. Lebih ideal jika dibiarkan semalaman. Berus atau vakum selepas kering. 

5. Campuran hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida adalah sebuah larutan antibakteria dan ia boleh didapati di farmasi biasa seperti Guardian. Iai adalah salah satu formula utama bagi penghilang kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing yang amat berkesan dan telah dicuba ramai. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut berikut:

  • 8oz hidrogen peroksida
  • 3 sudu besar ‘baking soda’
  • setitik sabun pencuci pinggan
Campurkan hingga ‘baking soda’ melarut dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ yang kosong. Semburkan ke tompokan air kecing dan biarkan ia mengering. Selepas kering sepenuhnya, gunakan vakum untuk menyedut habuk atau kesan ‘baking soda’ yang tertinggal. Hasilnya mengagumkan! 

Cara Hilangkan Bau Kencing Anak


6. Jemur di bawah matahari

Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kencing pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari. Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen. 

Sedikit sebanyak proses ini akan mambantu tilam agar betul-betul kering. Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. 

Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hancing selepas beberapa hari. 

7. Semburkan penyegar 

Untuk menambah bauan segar pada tilam, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze. Sebenarnya,  boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. 

Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kencing. 

Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih. Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam, walaupun tidak terkena kencing.  

Akhir kata

Sekarang, tilam ibu-ibu akan kembali wangi dan segar. Jika ia masih berbau, ibu-ibu boleh mengulangi cara hilangkan bau kencing anak di atas sebanyak 1-2 kali lagi, terutamanya jika tilam tersebut tebal dan susah dikeringkan. Langkah di atas juga boleh diaplikasikan kepada kesan kotoran atau tompokan air kencing yang telah kering.

Sumber | SirapLimau

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama