BBQ Poolside Buffet Dinner Di Impiana Hotel Senai

Bismillah.
Assalammualaikum.

BBQ Poolside Buffet Dinner Di Impiana Hotel Senai | Selama aku duduk Senai, baru aku perasan Impiana Hotel ni bersebelahan dengan KFC Senai je pun. Ya ampun mata aku ni. Inilah kali pertama aku datang ke hotel ni. Sebelum ni memang tak pernah langsung ke sini. 

Baca ini juga: Puas Hati Makan Di Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Impiana Hotel Senai

Kali ini, aku datang untuk merasai pengalaman BBQ poolside buffet dinner di Impiana Hotel Senai. Awalnya aku tengok simple je dan berpadanlah dengan harga. Masa tu aku tak rasa lagi makanan tu. Seronok bergambar di kawasan swimming pool hotel ni. Lawa sungguh lah viewnya. 

Sambil makan tu bolehlah layan view sunset kan. Nak bergambar time sunset pun lawa juga. Menu-menu yang ada di sini pun kebanyakkan sedap sedap belaka. Aku paling suka udang galah panggang tu, mabeless sungguh wei! Jujur ni, sampai dua kali aku repeat. 

Jomlah kita tengok menu-menunya..

Impiana Hotel Senai

Impiana Hotel Senai

Impiana Hotel Senai

Impiana Hotel Senai

Sedap kan bila tengokk apatah lagi kalau ko rasa sendiri. Memang ko akan repeat 2 3 kali. Berapa kali aku puji, sedap betul menu-menu ni. Memang kenalah dengan tekak aku yang kemelayuaan ni. Spaghetti dan Gratin Potato tu memang mabeless! Haishhh aku rasa macam nak repeat lah nanti. 

Tapi kan.. ko kena jaga jaga lah bila bawa anak kecil ni. Hahahah sebabnya. Dinner ni betul betul sebelah je dengan swimming pool. Anak aku ni kalau datang mahu dia tak meroyan. Budak budak kan suka main air atau mandi kolam. Huhuhuhu. 

Bagi aku, memang berbaloi dan padan dengan harga. Rasa sedap dan kena dengan tekak aku tu. Jadi, aku rasa memang tak rugi kalau nak dinner di Impian Hotel Senai ni. Sekali sekala bolehlah ko bawak keluarga ko ke sini. Aku totally recommend! 

Kalau ko nak tengok gambar gambar lain semasa aku di  Impian Hotel Senai , ko boleh tengok di PAGE BLOG aku ye. Nak dinner ko lagi best? Ko boleh install Impiana Hotel Senai Rewards App mulai 1 Jun 2022 untuk dapat FREE 500 points upon registration! Ko boleb jamu selera kat sini dan dapatkan points bila buat tempahan via Reward Apps! 




Harga seperti di bawah. 

BBQ Buffet Dinner by The Pool @ Impiana Hotel Senai

Setiap Sabtu | 6.30 - 10.00 pm
RM88 nett per Adult
RM40 nett per Child (6-12 tahun)

Untuk tempahan atau pertanyaan:

☎️: +60 16-713 4590
📱:  https://ImpianaTiffin.wasap.my
🌐 https://bit.ly/impianamenu


2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Ok la harga dia tu... Skrg ni mostly semua tmpt mesti buat buffet atas rm100

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama