Jom 'Iftar At The Topp' di Toppen Shopping Centre

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jom 'Iftar At The Topp' di Toppen Shopping Centre | Minggu lepas aku berpeluang merasai pengalaman Iftar At The Topp di Toppen Shopping Centre, Tebrau Johor. Aku baru tahu ada tempat best untuk berbuka puasa. Biasanya kalau shopping kat sini, memang aku booking siap siap tempat makan. Shopping mall besar kot, susahlah aku nak explore memandangkan aku ada anak kecik. Kang anak aku kemana, aku ni kemana. 

Baca ini juga : Lakukan Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health Sebelum Melancong

Masa aku datang kat sini, aku join sekali event bersama 40 anak-anak dari Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh dan Pusat Jagaan Kasih Setanggi. Bagus juga Toppen Shopping Centre mengadakan event macam ni, bak kata orang, dekat dengan masyarakat gitu.

Toppen Shopping Centre

Bak kata Nicole Tong, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah Toppen, “Dalam amalan sebagai ahli komuniti kami yang bertanggungjawab secara sosial, pasukan Toppen kami mencipta inisiatif Iftar di The Topp ini untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan untuk berhubung semula dengan semua orang sejak 2 tahun yang lalu, tahun yang sukar dengan Pandemi Covid-19. Selain itu, acara ini juga bertindak sebagai khidmat menyantuni anak-anak dengan menyebarkan kasih sayang melalui makanan pada bulan Ramadan yang mulia ini."

Toppen Shopping Centre, Jom Berbuka Puasa Di The Topp

Toppen Shopping Centre

Untuk ko yang tak tahu kedua-dua rumah, Fitrah Qaseh dan Kasih Setanggi adalah Badan Bukan Kerajaan yang mengambil kanak-kanak kurang bernasib baik di bawah jagaan mereka dan menyediakan tempat tinggal yang selamat. Menjaga kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun, Kasih Setanggi kini mempunyai seramai 30 orang anak dalam jagaan mereka. 

Fitrah Qaseh ditubuhkan pada 2015, di mana mereka kini menampung lebih 90 kanak-kanak yang terdiri daripada bayi baru lahir hingga remaja berumur 18 tahun. Sebahagian daripada mereka kehilangan tempat tinggal, sebahagian daripada rumah anak yatim manakala selebihnya berasal daripada keluarga yang dilanda kemiskinan.

Kelengkapan yang ada kat sini dah disediakan dan tak perlu booking pun. Ade meja dan tikar ye, kalau ko datang sini, jangan berebut pulak. Bawa makanan minuman berbuka ye, jangan tak bawak. Lepas tu lepas makan tolonglah kemas seperti mana korang duduk awal-awal tu. 'Clean as you go' ni rules yang penting kalau ko berbuka kat situ.

Toppen Shopping Centre

Sambil berbuka ko boleh menikmati live performance kat sini. Seronok kan? Bawaklah family korang, shopping dan berbuka kat sini terus. Dah jimat masa kalau semua kedai makan full booking kan. Aku setujulah kalau Toppen Shopping Centre perbanyakkan event amal yang bagus untuk orang-orang diluar sana turut serta. Bagilah kesedaran sikit kat diri ko, mana tahu dengan join event macam ni. Bagilah ko rasa, kat luar sana banyak lagi orang susah berbanding kesusahan diri ko. Gitu.

So, jomlah 'Iftar At The Topp' di Toppen Shopping Centre. Pastinya memberikan ko moment yang indah bersama keluarga. Kalau ko nak belek gambar event ni, ko boleh ke PAGE blog aku ni ya. Kat situ banyak info menarik yang aku kongsikan.




Butiran Aktiviti Aktiviti: 

Iftar di The Topp (tikar berkelah disediakan)  
Hanya tersedia dari hari Jumaat hingga Ahad 
Persembahan Tarian & Alatan Melayu Tradisional 
Bengkel Raya Kids 
Persembahan Pancaragam Langsung 
Pertunjukan Cahaya Laser 

📍 Event Piazza at The Topp, Level 3, #ToppenJB
🗓️ Sehingga 29 April 2022 
⏰ 6 petang - 9 malam

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama