Kebaikan Membaca Komen Dan Memberi Komen Di Blog Orang Lain

Hari ni kan aku terpanggillah untuk berkongsi tentang ilmu blogging iaitu kebaikan membaca dan memberi komen. Aku sendiri pun dulu sangat susah nak blogwalking kat blog orang lain. Mungkin aku ingat blog aku ni dah cukup bagus untuk orang lain membaca dan memberi komen.

Ternyata aku silap! Lagi elok, kalau kita dulu yang blogwalking dan beri komen di blog orang lain. Barulah orang lain akan membaca dan memberi komen di blog kau. Ha gitu, kiranya what u give, you get back lah kan. Jadi tahun ni azam aku untuk blogging pun dah berubah 360 darjah.

Tahun ni aku nak perbanyakkan memberi komen di blog orang lain dan sudah pastinya hari demi hari pageviews aku naik. Korang sedar tak sebenarnya ada kebaikan membaca dan memberi komen di blog orang lain? Ha mesti tak sedar kan? Ha apa tunggu lagi, teruskan membaca.

Kenapa Kena Baca Komen

Dikongsikan kebaikan membaca komen dan memberi komen di blog orang lain untuk memudahkan para blogger yang ingin belajar untuk menaikkan trafik blog.

#1 Kebaikan Membaca Komen

a) Dapat info lebih

Bila kita baca komen, mereka akan cuba memberikan idea atau menambah lagi info-info menarik yang mana mungkin penulis terlepas pandang. Kadang ade jer idea bernas dalam komen yang selalu kita terlepas pandang. 

Ilmu pun bertambah bila kita baca komen orang lain. Betul kan? Oooo baru tahu, sekian sekian bila baca komen. Bertambahlah juga ilmu tu.

Kebaikan membaca komen

$ads={1}



#2 Kebaikan Memberi Komen

a) Blog dapat trafik aka pageviews

Percaya atau tidak, jika korang rajin memberi komen pada blog orang lain, sudah pastinya orang lain akan datang ke blog korang dan tinggalkan komen. Bukan ke itu dah dapat naikkan trafik blog korang? Apa salahnya jadi orang yang terawal meninggalkan komen, tak salah tau. 

Orang lain pasti akan suka dan sudah tentunya mereka akan jengah blog korang. Macam aku sekarang ni, aku lagi suka blogwalking dan tinggalkan komen di blog orang. Kalau orang lain, singgah dan komen di blog aku, aku akan repeat lagi jengah di blog mereka. In shaa Allah, mesti naik pageviews tu.

b) Blog akan dapat backlink

Sebut tentang backlink, aku sendiri pun baru tahu. Memandangkan tak semua blog bila singgah tu beri backlink kepada orang yang meninggalkan komen. Kadang ada sesetengah blog yang menghargai orang yang meninggalkan komen dengan memberikan mereka link dofollow. 


Sebab itu, kena komen beserta bagi backlink supaya secara tidak langusng, korang akan mendapat satu backlink untuk link tersebut. Lagi banyak backlink lagi bagus (SEO). Tapi korang jangan spam ye!

Mungkin ada yang tak faham macam mana nk bagi backlink di komen blog orang lain, kan?

Macam mana nak bagi backlink di komen blog?

Rasanya ada yang dah tahu teknik backlink ni, dan kepada yang belum tahu teknik ni, korang bolehlah pelajari dan praktikkan setiap kali korang komen ye. Tapi jangan banyak sangat tau sehari, kang diassumed sebagai spam pulak.

Untuk meletakkan backlink ni, korang kena copy kod html di bawah ini ya. Korang boleh save kat mana mana, macam aku ni just save kt dalam notepad jer.

<a href="LINK BLOG ATAU LINK POST KORANG"> NAMA LINK ATAU TAJUK LINK KORANG</a>

Lepas itu, korang gantikan LINK BLOG ATAU LINK POST KORANG tu dengan link blog ataupun link post korang. Korang gantikan juga  NAMA LINK ATAU TAJUK LINK KORANGdengan nama blog ataupun nama post korang. jadi, nanti korang akan dapat complete code macam bawah ni.

<a href="www.ombakbergigi.com">OMBAK BERGIGI</a>

Contohnya korang boleh tengok di gambar bawah ni. So korang boleh je buat demo backlink kat dalam kotak komen korang sendiri, tapi aku nak ingatkan satu benda penting, jangan sesekali spam dalam komen blog orang lain dengan backlink ni.


$ads={2}

Kalau korang nak tinggalkan backlink juga, korang komenlah sikit pasal post kat blog tu, contohnya cakaplah "Thanks for sharing", lepastu barulah letak backlink di komen.

c) Dapat berkongsi pendapat atau ilmu

Bila kita komen tu, jangan lupa atau segan untuk memberikan idea-idea yang bernas. Heheheh, aku okay jer kalau korang nak komen panjang sampai satu entri, aku tak ada masalah pun. In shaa Allah, aku akan hargai komen korang tu.

Bila korang bagi komen yang bernas atau idea yang menarik sesuai dengan sesuatu topik, secara tak langsungnya orang lain yang baca topik tersebut akan dapat juga manfaatnya. Betul tak? Rajin-rajinlah berikan komen pada blog orang lain. Ingat tau, jadi blogger tak perlu sombong.

Akhir Kata

Kesimpulannya, dengan membaca komen, ilmu korang akan bertambah dan dapat idea bernas yang selalu kita terlepas pandang. Bila kita komen di blog orang lain, in shaa Allah pasti trafik blog korang akan meningkat.

Aku harap dengan perkongsian blog ini memberikan manfaat kepada korang semua.

14 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Betul,jika entri/ artikel kita post tiada komen.Jangan gusar tetapi ramai silent reader blog kita. hehe

    BalasPadam
  2. Bagus ko OM.. Sis ko ni kadang ada time ada BW, ada time, publish je siap, terus off laptop, tapi still membaca guna hp hahahaha

    BalasPadam
  3. Setuju sangat. Banyak kebaikan kalau singgah ke blog orang lain.

    BalasPadam
  4. Dulu kak pip suka blogwalking. time banyak masa terluang.
    now bila anak2 dah bertambah, dah start sekolah rendah, masa banyak digunakan untuk siapkan homework bersama mereka plus xtra masa mengajar, so mmg jarang nak blogwalking.
    taoi apa yang OM share ni, memang baik utk dptkan idea menulis and naikkan PV. Untuk live backlink, kak pip mmg jarang nak approve kat petak komen pasal risau boleh jadi broken link dan turunkan DA blog sendiri.

    BalasPadam
  5. Betul tu .. tahun 2014 - 2017 rancak blogger Malaysia blogwalking sekarang ni macam dah kurang dah... Maybe juga saingan dari media sosial lain kan...

    BalasPadam
  6. Sekarang nih kena rajinkan diri exchange komen pada kawan-kawan yang singgah dekat blog kita suatu masa tu blogwalking nama dia hehehe semua yang dinyatakan diatas betul dan sgt bersetuju

    BalasPadam
  7. thank you bagi info.. menarik, suka baca. nak kena selalu bw ni

    BalasPadam
  8. Thanks infonya. Menarik betul. Sebab sekarang ni memang algorithm sosial media kene banyak komen, like baru kte punya post keluar kat medsosial dia orang

    BalasPadam
  9. Testing komen dapat atau tidak haha..

    BalasPadam
  10. Tips yang menarik dan berguna. OK la terus praktis kat sini:

    Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu

    BalasPadam
  11. Tq infonya sis.. lgpun x rugi pa2 kita tgglkn komen dkt blog slagi komen tu ok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama