Lyndung Tawarkan Serendah RM10 Untuk Perlindungan Bil Perubatan

Sebut sahaja tentang medical card, masih ada lagi yang belum memilikinya. Ada juga yang sudah memiliki, tetapi tidak mahir untuk menggunakannya. Mempunyai kad perubatan ini sebenarnya sama sahaja seperti mempunyai insurans kenderaan sendiri. 

Hari ni aku nak kongsikan satu berita baik untuk korang semua yang masih was-was untuk memiliki medical card atau insurans. Aku sendiri pun agak terasa juga bila bayaran medical card ni mencecah RM300 setiap bulan, secara tidak langsung sedikit sebanyak membebankan kewangan aku dan juga suami.

Tetapi, semua ini bergantung kepada kemampuan korang sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Bukan apa, makin bertambah usia, makin tinggi kos perubatan pemiliknya. Baru-baru ni, aku terjumpa satu program perkongsian komuniti yang patuh syariah dan ramai juga yang sudah mendaftar menjadi ahli komuniti.

Lyndung
Aku baca dari testimoni yang sudah mendaftar hampir kesemuanya memberi respon yang bagus dan bermanfaat kepada diri sendiri dan juga keluarga. Terkesima juga bila baca, betul ke semua ni?

Aku pun mulalah kaji dan selidik program ni, eh rupanya memang bagus! Dan sangat sesuai untuk golongan yang kurang kemampuan. Lagi pun, aku suka dengan konsep Tabbaru' mereka. Mari teruskan pembacaan. 

Program Perkongsian Komuniti Terbaik

Lyndung ini merupakan program perkongsian komuniti patuh syariah untuk bil perubatan. Program ini ditubuhkan untuk mereka yang kurang berkemampuan serta membantu meringankan beban mereka bagi mendapatkan kemudahan fasiliti perubatan di hospital swasta atau kerajaan. 

Lyndung ini juga merupakan sebuah platform komuniti perkongsian (community sharing) yang diketuai oleh seorang pengetua (muwakkil) bagi pihak ahli, dimana jika ahli komuniti ditimpa musibah, mereka akan berkongsi tanggungjawab dan beban penjagaan kesihatan mereka dengan berkongsi bil perubatan secara sama rata. 

Harga

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang Lyndung, adalah lebih baik untuk mengetahui harganya terlebih dahulu. Apa yang aku pasti, ianya merupakan program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang mampu milik dan telus untuk rakyat Malaysia sahaja.

1. Bulanan RM10. Fi yang dikutip ini akan digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, eKYC Program.

atau

2. Tahunan RM120. Fi yang dikutip ini akan digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, eKYC Program.

dan 

3. Sumbangan Perkongsian Awal RM100 bagi tujuan perkongsian perubatan sahaja. Sumbangan Perkongsian Awal adalah berbentuk kredit/prabayar. MYR 0 – MYR 50 akan ditolak secara automatik daripada Sumbangan Perkongsian ini setiap 25 haribulan.

Lyndung


Bagaimana Ia Berfungsi?

Untuk pengetahuan semua, Lyndung Sdn. Bhd. ini bukan sebuah syarikat takaful/insurans dan juga mereka tidak sama sekali menawarkan sebarang produk insurans mahupun takaful. 

Ianya berfungsi dengan beberapa cara iaitu melalui:

1. Pendaftaran Ahli Komuniti

Sebagai permulaan, pendaftaran ahli terbuka kepada mereka yang berusia 18-40 tahun dan mestilah sihat tanpa ada sebarang penyakit sedia ada. Fi untuk sebulan hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun.

Selain itu, ahli juga perlu memberikan sumbangan perkongsian awal sebanyak RM100  dan sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya untuk perkongsian bil perubatan ahli pada masa hadapan. 

Bagi aku, Lyndung ini adalah penyelesaian terbaik untuk mereka kurang berkemampuan. Harga Fi cukup berbaloi untuk kita sertai. 

2. Ahli Komuniti Bersama Berkongsi Bil Perubatan 

Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. Dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Malah ahli yang lain juga dapat beramal dengan bersedekah dan bersama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan. 

Sebagai contoh, pada bulan May yang lalu, terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. 

Formula : RM10,000 / 200 = RM50 jumlah yang perlu dibayar oleh ahli (pada bulan tersebut)

Jadi, sumbangan perkongsian ini akan ditolak melalui Sumbangan Perkongsian Awal (RM100) tadi. 

Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. Ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. 

Ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka. Ini kerana jika baki Sumbangan Perkongsian ahli mencecah RM50 atau kurang, ahli hendaklah menambah nilai baki Sumbangan Perkongsian kembali ke RM100.

Lyndung

Manfaat Program Kepada Individu

Sebaik-baik program, seharusnya memberi manfaat kepada individu mahupun SME & Pemilik Perniagaan. Antara manfaatnya ialah:

1. Bil Perubatan Kemalangan
Dalam tempoh 60 hari pertama, bil perubatan RM20,000 akibat kemalangan boleh dibahagikan.

2. RM1 Juta Bil Perubatan
RM1 juta bil perubatan yang merangkumi kemalangan yang layak untuk dikongsi

3. Panel 200 Hospital
Lebih 200 hospital panel termasuk Sarawak dan Sabah.

4. Perawatan Untuk Kanser Buah Pinggang dan Dialisis
Rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang boleh menerima sehingga RM100,000 sepanjang hayat.

5. Pemindahan Organ
Maksimum RM20,000 untuk pemindahan organ jika ahli bertindak sebagai penerima, sekali seumur hidup.

6. Khairat Kematian
Waris akan menerima sebanyak RM5,000 untuk Khairat Kematian

7. Servis Ambulans
Maksimum RM250 bagi perkhidmatan ambulans untuk kecemasan

8. Bilik dan Makanan Hospital 
Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital

9. Pendapat Kedua untuk Pembedahan
Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital

Tempoh Menunggu

Selain manfaat di atas, korang juga mendapat manfaat lain iaitu mengikut tempoh menunggu atau waiting period. Tempoh menunggu ini adalah satu tempoh masa di mana ahli Lyndung perlu menunggu sebelum kesemua manfaat program boleh dikongsikan bersama.

Tujuan tempoh menunggu ini adalah untuk memastikan bahawa korang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal semasa korang masuk ke program. Jadi, terdapat 3 jenis tempoh menunggu yang ahli perlu lalui, iaitu:

Tempoh Menunggu 60 Hari

Tempoh pertama adalah selama 60 hari dan ianya akan bermula sebaik sahaja pendaftaran korang sebagai ahli komuniti berjaya. Semasa tempoh ini, korang layak untuk berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sebanyak RM20,000.

Sekiranya, ahli komuniti meninggal dunia, waris akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. Bantuan ini akan diterima sebaik sahaja waris mengesahkan identiti waris dan kematian ahli Lyndung kepada Pentadbir Program.

Tempoh Menunggu 180 Hari

Tempoh ini pula akan bermula pada hari ke 61 hingga hari ke 180. Semasa tempoh ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan layak untuk dikongsikan sehingga RM1 juta setahun. 

Manakala untuk perubatan penyakit khusus, tidak termasuk di dalam tempoh menunggu 180 hari.

Tempoh Menunggu Selesa

Sebaik sahaja tempoh menunggu 180 hari tamat, korang akan layak menerima dan berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan dan bil perubatan adalah sehingga RM1 juta setahun.

Korang juga boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM100,000 jika korang adalah pesakit luar yang memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang. 

Tambahan pula, korang (Penerima) mempunyai keupayaan untuk berkongsi bil permindahan organ dengan ahli komuniti sehingga RM20,000. Kedua-dua faedah hanya boleh diperoleh sekali seumur hidup.

Lyndung

Tentang Syarikat

Mungkin masih ada yang meragui dengan syarikat ini, mari aku kongsikan serba sedikit.

Lyndung Sdn. Bhd. adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Manakala, Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022.

Lyndung Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan solusi digital sepenuhnya. Dilengkapi dengan eKYC, semakan perkongsian dan pemantauan dashboard yang boleh dilakukan secara atas talian dan aplikasi berasaskan web menjadikan syarikat ini mudah dicapai oleh semua tanpa mengira lokasi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, apa yang aku faham tentang program ini bukan sama sekali syarikat takaful atau insurans. Lyndung ini program perkongsian yang semakin tinggi bil perubatan, semakin bertambah bil bayaran yang perlu dibayar oleh ahli.

Cumanya, Lyndung telah tetapkan maksimum bayaran hanya sebanyak RM50 sebulan. Jika tiada bil caj yang dikenakan, korang cuma bayar harga basic sahaja iaitu RM10. Jadi, kalau ramai ahli, makin murah bayaran per bulan dan bergantung kepada claim juga ya. 

Jadi, memang satu program yang sangat jimat dan berbaloi untuk disertai. Bukan sahaja, ianya berpatutan, mampu milik dan sesuai untuk semua golongan, program ni patuh Syariah dan ada panel hospital lebih 200 di seluruh Malaysia.

Lagi menariknya, pelbagai manfaat yang akan diperolehi sekiranya menjadi ahli komuniti. Bagi aku, ini adalah alternatif terbaik dan pilihan yang tepat sekali dengan mendaftar melalui Lyndung. Dah tak perlu nak berpening kepala dengan bayaran bulanan terlalu mahal. 

Bukan apa, sekurang-kurangnya bila berkongsi bil perubatan secara sama rata dengan ahli, tidaklah terasa terbeban dan rungsing lagi. 

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama