30 Disember 2021

Azam Tahun Baru 2022

Azam Tahun Baru 2022

Bismillah.
Assalammualaikum.

Azam Tahun Baru 2022 | Tinggal 1 hari je langkah sebelum kita melangkah ke tahun 2022, itulah kejap je masa ni kan. Sedar atau tak, covid 19 dah macam sebati pulak dengan kehidupan seharian kita. Aku tak tahu lah bila masanya mask free, rimas pakai mask ni tau. 

Sepanjang 2021 ni, aku lalui macam macam pengalaman. So far, rasa macam matang lah juga bila hadap semua pengalaman tu. Eh tiber. Lagi pun, aku ni dah bergelar status ibu. Aku rasa 2021 ni ajar aku lebih baik bertenang dan bersabar, walaupun aku ni bukan mudah untuk bersabar. Luth Isyraf ajar aku untuk sabar, dan kawal marah. Dengan anak ni, elok nak marah jadi tak marah. 

Jadi, korang dah ada azam belum ni? Azam ni sangat penting bagi aku, azam adalah target atau sasaran yang nak dicapai dalam masa 1 tahun. Itu definisi azam bagi aku, aku tak pasti definisi azam bagi korang macam mana. Sudah pasti, aku mesti ada azam dan ini azam tahun baru 2022 aku. 

azam tahun baru 2022


Azam Tahun Baru 2022 




#1 Mesti Dapat 3 Juta Pageviews 


Memandang tahun ni, aku dah dapat 1 juta pageviews tak mustahil tahun depan aku boleh dapat 2 juta pageviews lagi. Aku kena usaha lebih lagi untuk dapatkan apa yang aku target, kena buang sikap malas nak update entri tu. Malas takkan membuahkan hasil, betul tak?


#2 Berhenti Kerja Construction


Aku rasa inilah azam aku yang paling susah untuk aku buat. Dah 3 tahun berturut-turut azam ni masih lagi setia, tak pernah nak tukar. Aku harap sangat 2022 ni lagi banyak masa untuk Luth Isyraf. Kerja ni dah ibarat rumah kedua dah, susah nak berhenti sebab sayang. 


#3 20 Gram Emas 999


Ini juga merupakan salah satu azam tahun baru 2022. Aku pun baru ade kesedaran untuk simpan emas pada bulan 8 yang lalu. Itu pun aku tertarik dengan satu video di tiktok tentang emas 999 ni. Aku nak cerita lebih pasal emas ni, tak berani pulak. Sebab masing-masing ada pandangan, aku lagi suka emas 999 berbanding emas 916. Aku target juga untuk simpan emas buat Luth Isyraf, sebanyak yang boleh sebelum umur Luth 18 tahun. 


#4 Tetap Istiqomah & Muhasabah


Last but not least, point 4 ini susah nak buat. Aku takut kalau diri aku ni tak istiqomah untuk mencapai semua azam yang aku nak. Jadi, aku kena sentiasa muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang aku ada dan pernah aku lalui. Aku tak nak mengulangi kesilapan yang sama untuk tahun baru 2022. 


Akhir kata, inilah azam aku untuk tahun 2022. In shaa Allah, doa usaha dan tawakal, pasti akan berjaya! Selamat tahun baru 2022 semua!






20 Disember 2021

MOHA BIOTECH LANCAR PROGRAM USAHAWAN BERANI BERNIAGA

MOHA BIOTECH LANCAR PROGRAM USAHAWAN BERANI BERNIAGA



Bismillah.
Assalammualaikum.

MOHA BIOTECH LANCAR PROGRAM USAHAWAN BERANI BERNIAGA  | Pada 2 minggu lepas, saya dan rakan-rakan blogger berkesempatan untuk melawat kilang terbaru MOHA Biotech yang terletak di Kulai. Buat korang yang tertarik untuk menghasilkan serta memilik produk jenama sendiri, boleh habiskan membaca artikel ini.  

Kami berada di sana dari jam 9 pagi sehingga 1 petang. Suatu pengalaman yang sangat menarik buat saya, ini kerana saya juga merupakan usahawan yang berminat untuk memiliki produk kosmetik jenama sendiri.



Moha Biotech Manufacturing Sdn Bhd merupakan sebuah kilang pengeluar produk kosmetik dan jus jenama sendiri. Di kilang Moha Biotech, saya juga belajar bagaimana untuk menghasilkan serta memilik produk jenama sendiri yang diperakui halal, selamat dan mengikut piawaian serta undang-undang yang telah ditetapkan. 

Memandangkan ramai yang terkesan dengan pandemik covid-19 terutama usahawan - usahawan kosmetik. Syarikat MOHA Biotech Manufacturing Sdn Bhd, turut mengambil inisiatif  menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan yang berani memulakan perniagaan di luar sana.

MOHA Biotech baru-baru ini telah melancarkan Program Usahawan Berani Berniaga bagi menyuntik semula semangat usahwan kecil untuk bangkit semula dan berani mengembangkan perniagaan selepas mengalami kesukaran sepanjang pandemik. 



Program ini telah dilaksanakan sejak Januari 2021 dan lebih daripada 10 produk telah dikeluarkan. Antara produk yang dipromosikan adalah produk esen, lip matte, tablet, sabun dan jelly dengan bermodalkan hanya RM350 sahaja. 

"Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini" hujah Pengarah Eksekutig, Moha Biotech dalam Majlis Perasmian Kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. pada 3 Disember lepas.

Program ini telah berjaya menarik peryertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangkakan dalam perancangan yang singkat. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini dilaksanakan, usahawan yang berminat diberi panduan yang lengkap berkenaan dunia pemasaran kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat tersebut.


Moha Biotech


Program ini juga turut menyaksikan 5 usahawan berani daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas tentang manfaat program tersebut. Mereka juga turut diberikan penghargaan khas yang disampaikan oleh Tuan Ashari Kasnan, Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor.

Secara tuntasnya, pandemik ini memberikan kesan dan impak yang besar kepada ekonomi perniagaan, namun ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk para usahawan tidak berani mencuba alternatif baru dan juga mencari solusi bagi memastikan ekosistem perniagaaan & kelangsungan hidup berjalan seperti biasa dengan menggunakan peluang keemasan menjadi founder produk MOQ rendah di www.mohabiotech.com.my













17 Disember 2021

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Terengganu

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Terengganu

Aku rasa memang semua orang sukakan kedai RM2, kedai saka katanya. Hari ni aku nak kongsikan cawangan kedai eco shop (rm2) negeri Terengganu. Niat nak beli hanger, tup tup satu kedai eco shop di angkatnya bawak balik.

Tapi memang betullah, kedai Eco shop ni memang betul betul saka. Bukan setakat aku je, mak aku pun sama. Risau tau kalau mak lama lama kat dalam, elok elok nak beli RM20, beratus jadinya eheheh. Semua mak mak jadi naik hantu kalau beli barang di kedai Eco Shop ni. 

Hari ni aku nak share pada korang senarai cawangan kedai Eco Shop (RM2) Negeri Terengganu. Esok lusa kalau aku free, aku akan kongsikan lagi cawangan kedai Eco Shop negeri yang lain pula. In shaa Allah.

Kedai Eco Shop (RM2) Cawangan Di Negeri Terengganu


eco shop terengganu

$ads={1}

1. Kedai Eco Shop Kuala Terengganu

1081 G (Ground, 1st, 2nd & 3rd Floor), Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

2. Kedai Eco Shop Jerteh

Lot 4116, Jalan Tangki Air, Kampung Tanduk, 22000 Jerteh, Terengganu

3. Kedai Eco Shop Bandar Permaisuri

Lot 71216-A, Mukim Hulu Setiu Kg.Balik Bukit, Bandar Permaisuri, 22100, Terengganu

4. Kedai Eco Shop Gong Datok

Lot 82512 (GM 17053) Mukim, 21030 Kuala Nerus, Terengganu

5. Kedai Eco Shop Tuan Muda

Lot 8323, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

6. Kedai Eco Shop Terengganu 2

Lot 2205 (GM 1761, Kampung Dusun Melintang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

7. Kedai Eco Shop Chendering

Lot 2829 Kawasan Perindustrian Chendering, Mukim, Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

8. Kedai Eco Shop Kuala Berang

Lot 9560 - 9563 Kampung Batu 24 Jalan, Sekayu, Malaysia, 21700 Kuala Berang, Terengganu

9. Kedai Eco Shop Dungun

Lot 10015-10018 (Grd. & 1St Floor Pusat Perniagaan, Kampung Sura Gate, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

10. Kedai Eco Shop Paka

Lot 10526, 10527, 10528, 10529 Wisma Yura, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu

11. Kedai Eco Shop Chukai

Lot 51358, 51359, 51360 & 51361 (Grd & 1st Flr ) Bangunan Kedai, Pejabat Rayhar, Jalan Jakar, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

16 Disember 2021

Penting Ke Ada Follower Widget Di Sidebar?

Penting Ke Ada Follower Widget Di Sidebar?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Penting Ke Ada Follower Widget Di Sidebar? | Lama pula tak update entri tentang tips blogging. Kali ni daku nak sembang sedikit tentang penting ke ada follower widget di blog? Apa itu follower widget? Boleh tengok gambar di bawah ni, itulah follower widget.





Bagi daku sendiri, follower widget ni sangat penting. Sebab apa? Kita nak blogger lain follow blog kita walaupun blog kita ni layu ditasik madu. Tapi kita tak boleh paksa blogger lain untuk follow blog kita tau! Biar je secara natural, kalau ada yang follow blog kita ni, alhamdulillah tapi janganlah malas nak follow balik pulak.

Lagi pun, follower widget ni ikut atas kemahuan blogger masing-masing. Kalau nak letak, silakan. Tiada paksaan untuk blogger letak follower widget ni. Daku sendiri pun agak annoying bila singgah di blog blogger lain dan nak follow tapi tak ada follower widget. Urghh susahnya nak follow terpaksalah buat secara manual.

Tak salah dan memudahkan urusan blogger lain untuk follow blog korang. Kesian tau bila ada newbie atau blogger 30-50an yang tak reti nak buat secara manual. Bukan ke memudahkan urusan orang lain, lagi elok? Tak pasal blogger tu ada mood nak follow terus tak ada mood. Kan dah rugi di situ.

Bagi daku, follower widget ni penting! Korang pula? 

15 Disember 2021

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

 Bismillah.
Assalammualaikum.


Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru | Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Christmas & New Year kan? Bagi uolls yang duduk di sekitar JB dan mencari christmas & new year festive buffet, bolehlah mencuba pakej buffet di Thistle Hotel.

Memang ada juga aku ni berbisik-bisik, dan ada juga pasang angannya, 'Bilalah nak dapat job food review ni ya'.. dan akhirnya, alhamdullilah 'Bisikan Hati' aku tu sampai juga ke sini..


Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru


Aku berpeluang untuk join Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru preview dan merasai pelbagai menu yang ada di buffet ini. Ini adalah food review pertama dan juga pertama kali menjejaki Thistle Hotel. Selama ni, review produk je kan. Seronok juga dapat makan makan dan yang paling best dapat jumpa beberapa blogger yang selama ini aku follow di dalam talian.



Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru


Tak kisahlah berapa harganya kan, yang pasti kalau korang datang makan Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru ni, memang sangat puas hati, tak pernahnya tak sedap dan 'mewah', berbaloi laa dengan apa yang ko bayar dan makan kan.

Bayangkanlah lebih dari 50 jenis menu pelbagai citarasa yang dihidangkan dan pastinya akan mengugat diet korang tu. Lebih baik stop dululah diet korang tu kalau pi makan kt sini. Rugi kalau datang makan cuit-cuit je. Semuanya sedap dan susah nak tolak semua. Aku cakap ni sebab aku dah rasa.

Dan biasanya kalau nak datang makan kat sini, pastikan perut korang lapar, kalau tidak, rugi woo tak dapat rasa semua. Macam-macam menu ado, sampai aku ni tak tahu nak pilih yang mana satu.



Beberapa menu-menu yang ada di Christmas & New Year Festive Buffet adalah :

1) Aromatic Butter Rice
2) Beef Rendang Pie
3) Stuffed Chicken Breast with Spinach & Feta Cheese
4) Creamy Potato Gratin
5) Vegetable Loh Han Chai
6) BBQ Beef Brisket
7) BBQ Lamb Leg

Kalau tanya pilihan menu aku, dah tentunya BBQ Beef Brisket dan Beef Rendang Pie, sedap oooii, memang terangkat mata makan ni hahahahaha.. dan tak lupa gak menu pencuci mulut. Sedap-sedap belaka tau. 

Tak lupa juga kaunter pencuci mulut, ada pelbagai dan aneka juah kek, puding, buah-buahan, memang sangat kemanisan kalau berada di kawasan pemanis mulut ni heheheh



Korang juga boleh tengok full menu di. Boleh juga belek-belek gambar yang aku kongsikan di bawah ni tau. 

Apa macam? Bikin meleleh air liur tak? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke info yang aku kongsikan di bawah ni ye.



CHRISTMAS & NEW YEAR FESTIVE BUFFETS

24 December 2021 Christmas Eve
25 December 2021 Christmas Day
31 December 2021 New Year's Eve
1 January 2022 New Year's Day


15% OFF all buffets (Adult) for Early Birds. Book before 15 December 2021!
Buffet Lunch, 12.00pm - 3.30pm
Normal Price
RM88 nett per adult
RM48 nett per child (6 - 12 years old) or senior citizen (60 and above)

Buffet Dinner 6.30pm - 10.00pm
Normal Price
RM128 nett per adult
RM68 nett per child (6 - 12 years old) or senior citizen (60 and above)

For reservations and inquiries :
Thistle Johor Bahru
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

+607-222 9234 | +607-267 8999 | https://wa.me/60127892092
fnbcoordinator.jb@thistle.com.my | salesthistle.johorbahru@thistle.com.my 

Facebook : https://www.facebook.com/Thistle.Johor.Bahru
Website : https://www.thistle.com.my/johorbahru



7 Disember 2021

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sarawak

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sarawak

 

 Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Cawangan Kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sarawak | Aku rasa memang semua orang sukakan kedai RM2, kedai saka katanya. Niat nak beli hanger, tup tup satu kedai eco shop di angkatnya bawak balik.

Tapi memang betullah, kedai Eco shop ni memang betul betul saka. Bukan setakat aku je, mak aku pun sama. Risau tau kalau mak lama lama kat dalam, elok elok nak beli RM20, beratus jadinya eheheh. Semua mak mak jadi naik hantu kalau beli barang di kedai Eco Shop ni. 

Hari ni aku nak share pada korang senarai cawangan kedai Eco Shop (RM2) Negeri Sarawak. Esok lusa kalau aku free, aku akan kongsikan lagi cawangan kedai Eco Shop negeri yang lain pula. In shaa Allah.


eco shop sarawak


Kedai Eco Shop (RM2) Cawangan Di Negeri Sarawak


1. Kedai Eco Shop Serian 


No. 67, 68, 69, 70, Lot 1397,
Bukar Sadong Land District,
Serian, Sarawak

2. Kedai Eco Shop Aiman Mall


G32, G33, G59, G60 & Part Corridor (Ground Floor) & F3 (1st Floor)
Aimal Mall, Lot 125, Blk 26 MTLD,
Jalan Dato' Mohd Musa, 
94300 Kota Samarahan, Sarawak


3. Kedai Eco Shop Kuching Sentral


Lot 300 (2nd Floor),
Kuching Sentral 6th Miles,
Jalan Penrissen 93250 Kuching, Sarawak


4. Kedai Eco Shop Matang


Parcel Nos. 401-408, 420-434, 438-441; K346-K349 & K44d (Third Floor),
Lot 9307, Section 65, Kuching Town Land District,
Jalan Matang, 93050 Kuching Sarawak