MOHA BIOTECH LANCAR PROGRAM USAHAWAN BERANI BERNIAGA



Bismillah.
Assalammualaikum.

MOHA BIOTECH LANCAR PROGRAM USAHAWAN BERANI BERNIAGA  | Pada 2 minggu lepas, saya dan rakan-rakan blogger berkesempatan untuk melawat kilang terbaru MOHA Biotech yang terletak di Kulai. Buat korang yang tertarik untuk menghasilkan serta memilik produk jenama sendiri, boleh habiskan membaca artikel ini.  

Kami berada di sana dari jam 9 pagi sehingga 1 petang. Suatu pengalaman yang sangat menarik buat saya, ini kerana saya juga merupakan usahawan yang berminat untuk memiliki produk kosmetik jenama sendiri.



Moha Biotech Manufacturing Sdn Bhd merupakan sebuah kilang pengeluar produk kosmetik dan jus jenama sendiri. Di kilang Moha Biotech, saya juga belajar bagaimana untuk menghasilkan serta memilik produk jenama sendiri yang diperakui halal, selamat dan mengikut piawaian serta undang-undang yang telah ditetapkan. 

Memandangkan ramai yang terkesan dengan pandemik covid-19 terutama usahawan - usahawan kosmetik. Syarikat MOHA Biotech Manufacturing Sdn Bhd, turut mengambil inisiatif  menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan yang berani memulakan perniagaan di luar sana.

MOHA Biotech baru-baru ini telah melancarkan Program Usahawan Berani Berniaga bagi menyuntik semula semangat usahwan kecil untuk bangkit semula dan berani mengembangkan perniagaan selepas mengalami kesukaran sepanjang pandemik. 



Program ini telah dilaksanakan sejak Januari 2021 dan lebih daripada 10 produk telah dikeluarkan. Antara produk yang dipromosikan adalah produk esen, lip matte, tablet, sabun dan jelly dengan bermodalkan hanya RM350 sahaja. 

"Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini" hujah Pengarah Eksekutig, Moha Biotech dalam Majlis Perasmian Kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. pada 3 Disember lepas.

Program ini telah berjaya menarik peryertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangkakan dalam perancangan yang singkat. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini dilaksanakan, usahawan yang berminat diberi panduan yang lengkap berkenaan dunia pemasaran kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat tersebut.


Moha Biotech


Program ini juga turut menyaksikan 5 usahawan berani daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas tentang manfaat program tersebut. Mereka juga turut diberikan penghargaan khas yang disampaikan oleh Tuan Ashari Kasnan, Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor.

Secara tuntasnya, pandemik ini memberikan kesan dan impak yang besar kepada ekonomi perniagaan, namun ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk para usahawan tidak berani mencuba alternatif baru dan juga mencari solusi bagi memastikan ekosistem perniagaaan & kelangsungan hidup berjalan seperti biasa dengan menggunakan peluang keemasan menjadi founder produk MOQ rendah di www.mohabiotech.com.my













2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. bagus program program macam ni. takdelah orang nak berniaga ni clueless..tak tahu nak mul dari mana

    BalasPadam
  2. program yang menarik. harap dapat membantu ramai usahawan baru dan lama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama