CARA BUAT KAD PELAUT SECARA ONLINE

Bismillah.
Assalammualaikum.

CARA BUAT KAD PELAUT SECARA ONLINE | Hai selamat petang semua. Memandangkan suami aku baru nak menyertai kursus perkapalan, hari aku nak kongsikan cara buat kad pelaut malaysia. Macam aku kerja site, sebelum masuk site kena ada kad CIDB begitu juga dengan mereka yang kerja laut. 

Untuk menjadi seorang pelaut, apa yang perlu korang ada ialah KAD PELAUT. Di bawah ni nanti, aku tunjukkan satu persatu cara buat kad pelaut bagi memudahkan urusan korang untuk buat kad pelaut tu. Sebelum nak dapat kad pelaut ni, korang kena buat medical check up atau marine medical dari klinik yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia. Kiranya bukan sebarang klinik yang boleh buat medical check up pelaut ni, korang kena cari panel klinik tu terlebih dahulu. Nanti aku akan kongsikan ye. 

Seterusnya, bila korang dah selesai buat medical check up, medical certification tu akan inform samada korang FIT atau tiada apa-apa masalah, kalau korang sakit memang tak boleh apply. 

Kenapa kena buat medical check up?

Dekat medical certification tu, ada satu no siri di PENJURU SURAT MEDICAL (JLM XXXXXX) JLM singkatan Jabatan Laut Malaysia, dimana no ni penting semasa korang daftar kad pelaut. Tak ada no siri ni, tak ada lah kad pelaut. Rasa bersangkut paut je kan? Ye memang betul. Sebelum buat kad pelaut tu, kena buat medikal check up. Harga medikal checkup ni ikut klinik ye, semalam suami aku buat baru RM110 sahaja, ada yang sampai RM150. 

Eh satu lagi,

Lepas dah siap medikal check up tu, silalah buat gambar passport background PUTIH. Nanti nak upload semasa daftar kad pelaut secara online tu. Buat lebih tak apa gambar ni, mungkin berguna juga nanti.

Jadi, aku kongsikan cara buat kad pelaut secara online ni, ikut langkah-langkah di bawah ye.



2. Klik pada 'Application and status inquiry', rujuk di bawah

Cara buat kad pelaut



3. Korang pilih Jabatan Laut yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. Klik 'ENTER'. Aku daftar suami aku di Tanjung Pelepas Johor sebab dekat dengan tempat kerja. Bila bila masa je boleh pergi.

Cara buat kad pelaut

4. Lepas tu , korang klik 'Seafarers Registration'. Dekat atas sebelah kiri, kalau tak nampak, boleh refer gambar di bawah.

Cara buat kad pelaut

5. Dah jumpa? lepas tu korang klik pada 'Apply As New Seafarer'. 


Cara buat kad pelaut


6. Bila korang dah klik, nanti dia akan keluar macam gambar di bawah ni tau. Korang isi segala maklumat yang diperlukan. Jangan skip yang bertanda ni ye ***** tanda tu penting dan wajib isi.


Cara buat kad pelaut

Application type : pilih 'Apply New Seafarer Card/Document' (yg ni dia dh jadi auto)

Discharge book : pilih 'No discharge book'  

Seafarer type : pilih 'Local' sebab korangkan local bukannya non local

Isi yang star merah tu sahaja

Department : Pilih 'Other'

Current rank : Pilih 'Other Officers'

Di bahagian Health Information, 

Certifiction No : Cert number ada dalam medical, atas sebelah kiri JLM, Contoh JLM 000000

Medical Practitioner No : Pilih no cop doctor medical korang ye. Pastikan no cop tu sama nama dengan doktor yang korang medikal check up tu.

Medical Status : Dalam medical certification tu, doctor akan tulis samaada A, A(T), B, C, D, E. Jadi pilih ikut kategori yang doctor tu tulis ye. Kalau A, maka pilih A.

Medical Checkup Date : Tarikh korang medical ye contoh, 17/11/2021

Certification Expiry Date : 17/11/2023 ini contoh ye, refer pada medikal korang


Cara buat kad pelaut


7. Sila semak ye details yang korang isi tu, semak banyak kali pun tak apa. 

8. Klik 'Choose File', upload gambar passport & ic depan korang ye. Pastikan gambar background PUTIH. Pastikan gambar korang di compress dulu ye, kecilkan saiz gambar di sini https://www.ombakbergigi.com/2021/11/cara-kecilkan-saiz-gambar-jpegpngpdf.html

9. Kemudian, klik pada 'I here certify that the information given are true'.

10. Lastly, klik pada 'submit application'. Korang bayar RM50 ye. Nanti dia akan jadi macam bawah ni tau. Print siap siap ye sebelum nak amik kad pelaut tu. 


Cara buat kad pelaut


Alhamdullilah selesai dah urusan daftar. In shaa Allah esok mungkin dah siap. Nanti aku updated bila siap dan berapa lama untuk kad pelaut ni siap ye. Aku harap pengkongsian aku ni bermanfaat bagi korang yang sedang mencari cara buat kad pelaut secara online.

Mudah tak cara buat kad pelaut ni kan? Aku doakan semoga kalian juga menjadi seorang pelaut yang berjaya, amin. Jangan lupa komen dibawah ye. 


Take noted : Entri ni khas untuk pendaftaran baru pelaut ye!! Untuk renew kad atau sebagainya, aku tak pasti. Heheheh

























10 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. ilmu baru, tak penah tahu pun pasal ni sebelum ni. hehe

    BalasPadam
  2. kalau kerja sbg pelaut memang gaji tinggi. boleh kumpul harta ni...

    BalasPadam
  3. lepas bayar, kad tu Jab Laut hantar ke kte kena collect?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita kena pergi sendiri ambil di Jabatan Laut.

      Padam
  4. hai, berapa lama nak siap ye? yang ni seaman card dgn book sekali ke?

    BalasPadam
  5. hai, berapa lama nak siap ye ni and yg ni seaman book and card ke?

    BalasPadam
  6. Dekat manaa klinik ya ? Area shah alam ade ke?

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas maklumat..sangat membantu..

    BalasPadam
  8. salam nak tanya, borang medical checkup tu mana nak ambil? disediakan oleh klinik atau kena download mana2 ya? terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama