Diari Ibu : Makin Tak Cukup Tidurlah Pulak.

 Assalammualaikum.
Bismillah. 

Diari Ibu : Makin Tak Cukup Tidurlah Pulak. | In syaa Allah 3 hari lagi cukup dah sebulan bersalin. Luth sekarang pun dah makin cerdik. Dah tahu masa nak mandi, tidur pun suka berkepit. Tiap malam mesti nak mengempeng sampai terlelap dan berbantalkan lengan. Itulah tempat kegemaran Luth bila dia nak tidur. Alahai anak ibu ni.




Dulu masa pregnantkan Luth, tak pernah skip waktu tidur. Pantang ada waktu terluang mesti nak tidur je. Dari awal pregnant sampai ke hujung, manjang nak tidur. Tapi sekarang! Boleh kira tau berapa jam je dapat tidur sebab nak besarkan Luth. 

Waktu siang tu kadang sibuk sikit nak tidur pun kadang sampai terlupa. Malam pulak bila badan dah penat nak tidur nak rehat, Luth suka merengek minta mengempeng. Nak tidur sekali masa mengempeng risau Luth tertindih badan daku ni. Al maklum ler bila dah tidur. 

Betullah, bila dah jadi ibu ni memang kena korbankan semuanya untuk anak. Sebab tu dalam berpantang ni jangan stress! Kalau stress, takut anak jadi mangsa. Bersabarlah wahai ibu.

3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. korban apa2 pun untuk anak, jadi tidak mengapa..gittew

    BalasPadam
  2. sebagai ibu buat apa2 pun mesti teringat anak..rela berkorban apa sahaja untuk anak2 tersayang

    BalasPadam
  3. heheheeheh masa bukan utk kita dah. bila dah ada anak kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama